Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all 579 articles
Browse latest View live

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 6.1 - LA PEROUSE + HUJAN LEBAT DI SYDNEY + PANCAKES ON THE ROCKS + SYDNEY OPERA HOUSE

$
0
0

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
22 March 2017 [Rabu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | PANTAI LA PEROUSE + HUJAN LEBAT DI SYDNEY + PANCAKES ON THE ROCK DAN SYDNEY OPERA HOUSE. Perjalanan untuk ke Coogee Beach terpaksa dibatalkan sebab matahari makin mencanak atas kepala tak sanggup sudah masing-masing kepenatan. Kami terus cari the nearest bus stop yang boleh bawa kami terus ke next destination - Pantai La Perouse. Asalnya La Perouse tak masuk dalam plan tapi setelah dihasut dengan gambar-gambar yang cantik di Instagram terus rasa nak pergi. Aku guna GPS saja nak cari jalan ke La Perouse dari Clovelly Beach. Entah mana punya bus stop kami pergi jenuh menapak tapi syukur naik bus yang betul. Kiranya reliable jugalah Google Maps kalau tersesat pun masih membantu. Singgah sekejap di Pagewood tukar bus sebelum sampai di La Perouse. Lalu juga Coogee Beach tengok dari dalam bus saja. Meriah dan ramai orang mesti menarik juga kalau dapat lepak sekejap. Sampai di La Perouse terus cari tempat makan and alhamdulillah ada satu kedai jual pizza yang halal. Dapatlah isi perut yang kelaparan. Asalnya cuaca cerah terang tiba-tiba saja mendung pula. Lain macam.. Marilah kita cepat meronda cepat juga dapat gerak balik ke Sydney.

La Perouse Monument.



Bare Island dari jauh.


Jambatan menuju ke Bare Island.


Kawasan La Perouse sungguhla sangat cantik dan tenang tak menyesal kami bersetuju nak masukkan dalam itinerary. Kalau saja-saja datang dari Sydney mungkin agak tak berbaloi dengan jarak yang jauh. Disebabkan kami dah separuh jalan menapak sepanjang Coastal Walk jadi dekat pula La Perouse. Rugi pula kalau tak singgah. Memang cantik patutlah sentiasa jadi lokasi pilihan pengantin-pengantin shooting gambar kahwin. Datang pula waktu dekat nak senja lagilah bertambah cantik. Jalan sampai ke hujung Bare Island dan turun ke kawasan bawah jambatan. Keselamatan dibawah tanggungan sendiri tak ada orang nak tolong selamatkan kita kalau jadi apa-apa. Bila air surut saja dapat turun kebawah. Bila air pasang semua tenggelam. Nak memancing pun boleh menjala pun boleh. Jenis-jenis ikan yang bakal ditangkap juga disenaraikan untuk kaki pancing. Apa-apa pun jaga diri baik-baik jangan seronok sangat. Sentiasa berjaga-jaga dengan paras air laut yang tiba-tiba saja tak boleh jangka nak pasang surut.


Merenung termenung apa tak tahulah..



Goodbye La Perouse.

Cuaca semakin teruk bila sebahagian kawasan La Perouse dah mendung teruk. Tak ada tempat berteduh sangat tak mungkin nak menyorok bawah jambatan. Tenggelam pula nanti jadi kami cepat gerak ke tempat bus dan alhamdulillah bus yang direct ke Circular Quay di Sydney dah ada. Kisahnya pula baki card MYKI dah kurang jadi tak tahu nak top up dimana. Aku cakap pada driver dan dia suruh naik saja bus tak perlu tap card. Baiknyaaa.. Terima kasih. Sepanjang perjalanan ke Sydney cuaca memang teruk. Angin kencang berbunyi-bunyi seram pula rasanya. Makin dekat dengan Circular Quay makin kuat angin. Alaaahai macam mana ni.. Tiba-tiba driver bus suruh semua turun. Rupanya dah sampai ke stesen berdekatan dengan Circular Quay. Terkulat-kulat kami sebab seriously tak ada tempat berteduh melainkan bangunan berdekatan. Itu pun sambil berteduh sambil pucat lesi takut tengok pokok bergoyang teruk daun-daun dan ranting-ranting halus berterbangan. Bila nak reda hujan memang tak ada tanda nak berhenti. Kami bersetuju nak redah juga sampai ke Circular Quay. Dua payung kongsi tiga orang jalan rapat-rapat akhirnya sampai ke Circular Quay dalam keadaan baju dan bag lencun teruk. Syukur passport ada dalam file waterproof.

Pokok menari-nari kena tiup angin.

Langit mendung.



Redah juga hujan sebab tak sanggup nak berteduh depan hotel. Jealous tengok orang lain masuk hotel duduk selesa kita kat luar macam tengah berperang. Selama beberapa hari berada di Sydney memang hari keenam cuaca sangat teruk. Unpredictable.. Dari pagi suhu sangat panas terik tiba-tiba drop dengan drastic. Memang kena always prepare all the time. Kalau boleh masuk dalam bangunan tak apa juga tapi nanti takut kena halau. Dari satu bumbung ke bumbung lain kami jalan. Sekejap-sekejap berhenti. Pengalaman sungguh merasa lencun teruk. Teringat balik rasa kelakar pun ada juga. Masing-masing kalut dan gelabah nak cepat. Dengan perut lapar elok sangat hujan lagi bertambah lapar. Itu jadinya sanggup redah hujan sebab nak cepat sampai tempat makan. Makan tetap kena makan tak kira hujan atau tak. Kami mencari kedai pancake terkenal - Pancake On The Rocks yang terletak berdekatan dengan Circular Quay. Dalam hujan masih lebat kami tetap redah. Tak susah pun nak cari just guna GPS dah cukup membantu. Orang tak ramai jadi tak perlu tunggu lama untuk dapat seat. Sempat juga keringkan baju sikit sebelum masuk kedai. Macam-macam pengalaman. Terbaca juga beberapa komen dan entries dari kawan-kawan lain yang doubt kehalalan makanan di Pancake On The Rocks. Aku baca lepas dah balik sebab sebelum pergi review macam okay dan tak meragukan. We did our best to confirm makanan yang disediakan boleh dimakan atau tak.  Beberapa soalan ditanya kepada pekerja untuk mendapatkan kepastian. Diyakinkan okay dan selamat untuk Muslims makan baru kami order. Tapi bila terjumpa articles yang meragukan sendiri pula terfikir. Jadi kepada yang nak cuba pancake di Pancake On The Rocks silalah tepuk dada tanya diri sendiri dulu. Kalau dari awal rasa sangsi dah ada janganlah pergi. Kalau rasa yakin insyallah okay bolehlah cuba. Kami order Blackforest something tak ingat nama. Mujur order satu set saja sebab besar dan mengenyangkan. Ikutkan hati nak order dua set nasib tak jadi. Makan tiga orang pun more than enough seksa nak habiskan.



Keluar dari Pancake On The Rocks hujan pun alhamdulillah dah berhenti dan hari makin gelap. Memang just nice seperti yang kami rancang untuk meronda sekitar Circular Quay pada waktu senja. Melayan perasaan tengok sunset sambil cuci mata. Memang free and easy tak ada apa-apa aktiviti just bersiar-siar santai. Cuaca sejuk nyaman berangin.. Orang lain datang Sydney pergi Sydney Opera House awal-awal tapi kami pergi masa dah nak balik. Tapi yang penting pergi jejak kaki tak kisahlah awal atau akhir. Kalau ada lebih masa boleh panjat observation deck di Sydney Harbour Bridge - Pylon Lookout. Tapi dah senja nak gelap macam malas pula nak menapak kesana. Seronok berada di Circular Quay sebab view cantik ada banyak lampu ambiance pun rasa ala-ala romantic gitu. Esoknya sebelum balik akan singgah lagi. Dapatlah experience night view dan day view sekitar Circular Quay dan Sydney Opera House. No harm datang dua kali..







Nak duduk atas tangga semua basah jadi tak adalah kami melepak lama sangat. Nak balik cepat kemas barang-barang since that night was our last night in Sydney. Nurul and Amy tinggal rumah while I went out jumpa my students. Dah rumah dekat sangat gunakan kuasa veto seorang cikgu untuk menyeru anak-anak muridnya. I contacted Idlan and his friends ajak jumpa before balik Malaysia because I wanted to treat the boys Gelato di Central Park. Banyak tolong and layan perangai kami. Tapi terlambat sebab kedai dah tutup. Tak ada rezeki teacher nak belanja anak-anak murid. Huuurm.. So kami beli sajalah Magnum duduk dan makan. Sembang sikit before balik rumah masing-masing. Thank you Idlan, Akmal and Azizul. Study smart and hard come back for good jadi orang hebat. My prayers are always be with all of you good boys.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

BUAH MANGGA KERING / PREMIUM DRIED MANGO YANG SEDAP DARI THAILAND

$
0
0

BUAH MANGGA KERING / PREMIUM DRIED MANGO YANG SEDAP DARI THAILAND. Recently my cousin and his family pergi Bangkok bercuti. They got back bawa balik beberapa jenis snacks made in Thailand dan salah satunya adalah buah mangga kering seperti di dalam gambar. Perasaan jatuh cinta rasa pertama muncul lagi the moment I took my very first bite. Aku dahlah memang suka makan mango (pemalas nak kupas kulit saja) dan semua benda rasa mango aku suka. Memang layan sangat makan dried mango tak ingat orang lain. Kalau korang pening kepala fikir nak bawa balik apa untuk family members and friends boleh beli buah mangga kering atau premium dried mango buat souvenirs. Antara cadangan buah tangan untuk mak ayah pakcik makcik datuk nenek. Mana nak beli sepupu cakap merata ada jual senang nak jumpa. No excuse untuk tak beli !! I do not know about other people tapi kalau aku pergi jalan-jalan, I would buy food yang sesuai untuk ahli keluarga selain daripada keychains dan fridge magnets. I cannot afford to bring them with me jadi aku akan cuba bawa balik apa yang boleh dibawa balik ke Malaysia. Ya Allah kenapa sedap saaangat rasa mangga kering dari Thailand !! Memang langsung tak sama dengan mangga kering made in Malaysia atau mana-mana negara. Memanglah Allah izin Thailand kaya dengan mangga dan product kering macam ni tak mengejutkan kalau sedap. Kering tapi still moist dan juicy. Faham tak perasaan dia macam mana bila kunyah rasa kenyal sedap manis semua ada. Stressnya sebab sedap dan seharusnya tak cukup kalau makan sekeping saja. Bila kat kampung ada ramai orang kena tahan diri dari makan - istilah 'ingat orang belakang' hahaha.. Siapa nak pergi Thailand tu tolonglah belikan !! Nak kirim !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 7.0 - BAGGAGE STORAGE CENTRAL STATION + SYDNEY FISH MARKET + DARLING HARBOUR + CIRCULAR QUAY

$
0
0

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
23 March 2017 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | BAGGAGE STORAGE SYDNEY CENTRAL STATION + SEAFOOD GALORE DI SYDNEY FISH MARKET + DARLING HARBOUR KE CIRCULAR QUAY. Haaari terakhir di Sydney. Memang setiap kali nak balik hati menjerit-jerit tidaaak mahu pulang. Cuaca mendung dari pagi sayup sama syahdu dengan hati kami. Flight balik pada waktu malam jadi kami masih punya waktu nak meronda lagi. Kena check out by 10:00AM tapi pukul 08:30AM dah siap. Di Central Station ada service Baggage Storage untuk tolong kita simpan luggage buat sementara waktu atau up to seminggu. Ada beberapa location sekitar Sydney and the nearest one senang untuk kami bertiga adalah di Grand Concourse Central Station Sydney bersebelahan saja dengan station Lightrail Hay Street. Harga pula mengikut size luggage (small medium or large) semestinya dan mengikut jam (4/8/24 jam). Aku ada satu luggage besar dan satu hand carry. For sure kami kena simpan lebih dari 8 jam terpaksa ambil untuk 24 jam. Total aku kena 29AUD (RM110.00 approx). Untuk rujukan lanjut sila rujukSINI - Baggage Storage Australia. Lepas dah selesai semua urusan tagging bag dan bayaran kami teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Sydney. Ada lagi beberapa tempat-tempat menarik sekitar Sydney yang bakal kami terjah. First of all kami sangat lapar haruslah pergi makan. Amy dah janji nak jumpa kawan dia di Sydney Fish Market jadi lets go !!

SEAFOOD GALORE / HIDANGAN MAKANAN LAUT DI SYDNEY FISH MARKET

When you are in Sydney, a visit to Sydney Fish Market should not be missed. Wajib menjadi antara tempat untuk diterjah. Dari Central Station kami naik Lightrail Central Station terus ke Fish Market Station. Boleh juga turun di Wentworth Park Station lebih dekat tapi kami nak lalu bangunan depan entrance area Sydney Fish Market jadi turun di Fish Market Station. Kalau turun di Wentworth Park Station masuk ikut pintu belakang. Weekdays pun orang ramai penuh dengan pelancong tapi tak sesak. Just nice nak cari tempat duduk makan dan lepak. Dalam Sydney Fish Market ada banyak kedai yang menjual makanan berasaskan hidangan laut. Rambang mata nak pilih semua nampak sedap dan teringin nak cuba. Sediakan duit saja sebab harganya tak adalah murah. Peminat sushi dan sashimi mesti cuba fresh sliced sashimi dari pelbagai jenis ikan. Aku tak minat sangat tapi tengok gebu-gebu ikannya telan air liur juga. Kami pakat order apa yang kami teringin dan kongsi bersama. Dah nak balik habiskan saja duit yang berbaki. Beli lunch set sesuai untuk empat orang makan. Aku dan Nurul beli 1/4 daripada seekor lobster. Kalau beli seekor besar memang menangis wallet. Dari pergi Semporna aku teringin nak makan dan rasa lobster rupanya dapat rasa di Sydney. 

Permandangan hadapan Sydney Fish Market.




Udang-udang yang comel.


Berpuas hati dengan hasil tangkapan.

Makan tepi perairan Blackwattle dan Anzac Bridge Sydney.





Atas lobster ada mashed potato dan cheese. Yuuums =D

NAIK FERI DARI DARLING HARBOUR KE CIRCULAR QUAY

Cannot remember berapa habis untuk merasa makanan-makanan diatas. Mahal yes tapi tak terlalu mahal sampai rasa terseksa nak bayar. Plus kami kongsi jadi it was okay. Just nice. Kami makan memang sampai licin tinggal kotak. Berharga sungguh setiap seketul ikan or seafood yang dibeli. Langit masih mendung tak ada tanda nak cerah. Susah hati juga sebenarnya fobia lencun berlari-larian hari sebelumnya. Dah kenyang dah senang hati dah dapat apa yang dihajati marilah kita gerak ke next destination. Kami nak terus ke Manly sekejap tengok ada apa disana. Dari kawasan Darling Harbour tak boleh terus ke Manly naik feri, kena transit dulu di Circular Quay. Inilah peluang nak naik medium pengangkutan feri yang terkenal di Sydney. Selain bas dan metro, Sydneysiders suka menggunakan feri untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sejak hari first sampai kami tak pernah naik feri lagi jadi inilah masanya untuk merasa naik feri di Sydney. Dari Sydney Fish Market kami gerak ke Lightrail Wentworth Park Station dan turun di Lightrail Pyrmont Bay Station. Berdekatan dengan Lightrail Pyrmont Bay Station ada Pyrmont Bay Ferry Terminal. Disitulah kita akan naik feri ke Circular Quay. Ada banyak options sebenarnya dari Darling Harbour nak ke Circular Quay tapi kami memilih untuk menaiki feri.



Muka masing-masing sunburn teruk.


Feri untuk ke Circular Quay dah sampai.

Bye Darling Harbour.



Luna Park Sydney.

Sydney Harbour Bridge.


Menghampiri Circular Quay.

Seronok naik feri di Sydney patutlah ada yang ulang banyak kali. Duduk open deck sedap rasa angin cuaca mendung sejuk tak terik. Feri tak laju sangat dan tak merangkak lembab. Puas hati lagi-lagi bila dapat lalu bawah Sydney Harbour Bridge. Sebiji-sebiji besi jambatan jelas nampak. Dari Darling Harbour ada beberapa point yang feri akan berhenti before sampai di Circular Quay. Di Circular Quay ada banyak wharf jadi kita kena pastikan betul-betul wharf mana yang patut kita pergi untuk ke destinasi yang dituju. Kami perlu tunggu di Wharf 3 untuk ke Manly. Ada lima belas minit lagi jadi bolehlah beli ice-cream Gelato yang sedap berhadapan wharf untuk hilangkan dahaga. Sedapnya rasa  patutlah menjadi kegilaan sangat Gelato di Australia. Yang jual pula seorang pelajar dari Malaysia yang kerja part time di kedai Gelato jadi dah jumpa orang kampung habis semua flavours dia kasi rasa sambil bersembang. Enjoy dulu ice-cream feri datang baru gerak masuk Wharf 3 dan sedia untuk gerak ke Manly yang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 7.1 - MANLY + SYDNEY OPERA HOUSE + GOODBYE NEW SOUTH WALES

$
0
0

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
23 March 2017 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | MANLY + SYDNEY OPERA HOUSE + SELAMAT TINGGAL NEW SOUTH WALES. Sedap makan gelato sambil naik feri ke Manly. Perlu sangat ke pergi Manly ? Terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau ikut suggestion orang ramai memang Manly tersenarai antara tempat menarik di Sydney untuk dilawati. Tapi personally aku rasa tak adalah benda yang menarik sangat disana. It is just nice untuk duduk melepak santai dengan kawan-kawan tepi pantai. Kalau ada banyak masa di Sydney boleh singgah tapi kalau nak cepat skip pun tak apa. Gerak dari Circular Quay Wharf 3 menuju ke Manly Wharf. Perjalanan mengambil masa kira-kira empat puluh minit sehala. Cuaca mendung mengiringi kami sepanjang perjalanan. Aku nak sangat naik feri ke Manly hanya kerana satu sebab saja. Aku tengok entries yangPLMkongsikan rasa teruja terus letak Manly dalam itinerary. Korang mesti sedia maklum Sydney Opera House adalah antara icon terkenal di Sydney dan untuk ambil gambar Sydney Opera House dari sudut tertentu salah satu daripadanya adalah kena naik feri dari Circular Quay ke Manly. Kalau ambil gambar Sydney Opera House dari Mrs. Macquarie's Point pun tak akan sama dengan angle gambar dari dalam perjalanan ke Manly. Unless korang ada drone boleh terbangkan untuk ambil gambar dengan lebih jelas dan awesome. Tak perlu naik feri.

Bergerak meninggalkan Circular Quay.


Menghampiri Sydney Opera House.

Permandangan hadapan Sydney Opera House.

Sydney Opera House dikejauhan.

Please excuse my photography skill yang tak berapa nak membanggakan. Snap ambil gambar ikut mana sempat saja sebab hari mula hujan renyai dengan angin kuat bertiup. Camera pula tak sempat charge penuh jadi kena guna bila perlu saja. Memang puas hati naik feri ke Manly dapat tengok keseluruhan kawasan hadapan Sydney Opera House dari jarak dekat. Jadi kalau korang pun ada keinginan yang sama dah tahu nak kena buat apa kan.. Sampai Manly hujan dah berhenti tapi langit masih mendung. Bila-bila saja rasanya hari boleh hujan lebat. Sementara langit masih baik marilah kita meronda. Terus saja ke Manly Beach kira-kira sepuluh minit jalan kaki dari Manly Wharf. Surrounding sekitar Manly tenang saja. Ada beberapa butik pakaian branded dan ada juga local brands. Kedai cafe menjual makanan dan hotels. Menariknya juga hotel-hotel sekitar Manly sangat cantik dan klasik. Deretan rumah-rumah kedai ditukarkan menjadi hotels dengan rekaan yang stylish. Teruja dan kalau dapat spend satu malam pun menarik juga. Sayangnya kami dah nak balik Malaysia jadi mampu cuci mata saja. 

Aku kadang-kadang tak faham bila orang cakap pantai ni cantik.. kena pergi wajib singgah when hakikatnya view biasa saja. Samalah macam Manly Beach. Aku nak rate sebagai biasa saja nothing spectacular or the bomb sampai meleleh air liur tengok. Cantik lagi Bondi Beach dan beaches lain sekitarnya. Lebih bersih air lebih biru dan overall memang fantastic. Compare Manly Beach dengan Miami Beach Batu Ferringhi, lawa lagi Miami Beach. Manly Beach memang standard biasa saja cuma extra meriah sebab ramai tengah picnic dan sunbathing here and there. Bolehlah kalau nak main layang-layang or bubbles. Kalau duduk melepak santai pun bolehlah kira lulus ngam saja. Serious tak lama kami singgah acah jejak kaki bergambar saja. Nak duduk pun tak ada ruang yang menarik. On the way balik singgah beli kebab dulu. Cadangnya buat bekalan makan dalam flight tapi sampai balik Malaysia lupa terus nak keluarkan. Mujur tak basi dan masih boleh dimakan. Haaaih !! Ingat beli nak kasi Nurul dan Amy rasa kebab Australia. Maaflah ya..

MANLY + MANLY BEACH

Menghampiri Manly Wharf. Banyak kapal-kapal kecil.




Manly Beach yaaang.. huuurm..





Balik ke Circular Quay dan menapak menuju Sydney Opera House. Langit mendung hujan renyai tak dapat nak berlama-lama bergambar. Cari tempat berteduh dan ended up berada dalam bangunan Sydney Opera House. Sempat pusing-pusing dalam bangunan dan dengar free tour yang disediakan di lounge Sydney Opera House. Ada juga beberapa interactive screen yang disediakan untuk pengunjung yang berminat untuk tahu mengenai Sydney Opera House dengan lebih lanjut. Ramai pengunjung dan ada beberapa shows yang sedang berlangsung. Sementara duduk hilangkan penat di lounge dapatlah tengok gelagat Sydneysiders yang minat seni dan muzik. Menarik dan jadi penonton pun pakai baju cantik-cantik. Agak-agak hujan dah berhenti kami menapak keluar. Niat dihati nak ke Mrs. Macquarie's Point jadi kami terus ke park. Half way berjalan memang Allah izin hujan turun menderu lebat tak ada renyai terus gelabah cari tempat berteduh. Memang susah sebab open park ada pokok-pokok saja. Lencun tak payah cerita sejuk menggigil semua ada. Cancel ke Mrs. Macquarie's Point walaupun kami perlu berjalan dalam sepuluh minit saja lagi. Nope !! Memang tak ada tanda hujan nak berhenti. Terpaksa meredah hujan cross park to the nearest train station untuk terus ke Sydney Central Station. Naik train dalam keadaan basah lencun. Sambil tunggu train sambil perah baju. Hopefully tak mengganggu orang lain dalam train dengan keadaan kami.








Sebelum hujan lebat menderu turun.

Langit dah warning sebenarnya hujan lebat on the way.



SELAMAT TINGGAL NEW SOUTH WALES

Pengalaman sungguh tapi bila kenang balik memang kelakar. Macam-macam Allah izin merasa dalam trip kali ni. Ambil luggage di Central Station dan terus gerak ke airport masih dalam keadaan lencun kesejukan. Thank you Daus, kawan Amy teman kami jalan-jalan dan sama-sama lencun. Berlari-larian dalam hujan memang tak dapat dilupakan. Sampai airport kami masih ada empat jam sebelum waktu departure. Keluarkan baju kering nak salin dan berehat. Urusan check-in berjalan lancar tak ada lebihan berat just nice. Aku kongsi dengan Amy. Asalnya cuak takut terlebih tapi alhamdulillah. Masuk ke departure hall nampak ada shower room. Ingatkan nak tukar baju saja tapi menarik juga kalau dapat mandi. Pergi intai keadaan shower room dan terharu. Syampoo dan sabun pun disediakan apa lagi alasan untuk tak mandi ? Ohohooi tak pernah aku mandi kat airport tapi kerana terpaksa dah tak tahan baju kuyup semua basah. Selesai mandi scarf pun tak pakai shawl selempang suka hati baju tshirt seluar baggy, aku dah ready nak naik kapal terbang nak tidur dan balik Malaysia. Sejam sebelum departure dengar announcement flight delayed. Dengan captain dan anak-anak kapal turut sama menunggu dengan jayanya. Alang-alang dah masuk waktu solat carilah tempat boleh solat dulu. Nampak ada seorang kakak dari Malaysia nak tukar pampers anak dia. Aku minta izin nak join sekali sebab nak solat. Kalau aku masuk seorang macam minta kena kecam saja alang-alang dia ada baby dan urusan yang lebih legit nak guna bilik baby aku tumpanglah sekali. Dia pun tunggu sampai aku habis solat baru sama-sama kami keluar. Lega !! Naik flight dekat satu jam juga flight tak gerak tapi we were too tired to notice apa yang terjadi disekeliling. Aku sedar kami bertiga memang senyap sebab selamat tidur. Letak kepala terus masuk dreamland. Terjaga bila waktu makan entah bila depart pun aku tak tahu. Hahaha.. Nurul punya badan panas gila confirm sebab kena hujan. Flight attendant yang baik hati bagi ubat dan make sure kami okay. Paling tak boleh tahan bila ramai ingat kami students Malaysia belajar di Sydney nak balik bercuti. Pakat panggil 'adik''adik' padahal aku yakin budak flight attendant tu jauh lagi muda dari kami bertiga.

Apa ni ? Entry last ke ? Haaa.. Sudah-sudahlah tu dah habis dah tak ada cerita dah selamat sampai Malaysia alhamdulillah. Finally dapat habiskan entries siri ke New South Wales. Itineray dan perbelanjaan akan aku kongsikan dalam post yang lain. Thanks a lot kepada kawan-kawan travel kali ini, Nurul dan Amy. Nanti kita plan jalan-jalan sama lagi ya.. Both of you are awesome banyak tolong dan sangat memahami. I had fun travelling with you two hopefully korang pun had fun juga travelling together. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi baca perjalanan kisah kami bertiga di Sydney. Aku masih ada rasa sayang yang tebal untuk Australia dan aku harap dimurahkan rezeki dapat teroka negeri-negeri lain di Australia untuk siri pengembaraan yang seterusnya. Meanwhile kita teruskan menabung untuk keriangan berganda. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 0.0 - ITINERARY 7 HARI DI SYDNEY NEW SOUTH WALES

$
0
0

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | ITINERARY 7 HARI DI SYDNEY NEW SOUTH WALES. Selesai cerita perjalanan selama tujuh hari di negeri New South Wales Australia. Negeri ketiga Australia yang berjaya aku terjah. Australia is an amazing country cantik bersih dan aku harap dapat cross bucket list untuk pergi ke setiap negeri di Australia. Pengembaraan yang seronok dan pelbagai pengalaman baru yang dapat aku belajar bersama kawan-kawan travel yang awesome dan sangat memahami. Dalam post ini, aku akan kongsikan itinerary perjalanan kami sepanjang tujuh hari di Sydney. Kali ni aku tak akan kongsikan budget dan perbelanjaan kami sepanjang berada disana. Aku lost track sudah berapa total perbelanjaan. Untuk sebarang pertanyaan boleh drop comment atau terus hantar email. Insyallah sedia membantu mana yang mampu.


ITINERARY 7 HARI DI SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Secara kasarnya inilah jadual perjalanan kami selama tujuh hari di Sydney New South Wales Australia. Pada peringkat awal perancangan kami ada cita-cita untuk terbang ke Gold Coast dan balik dari sana tapi tak jadi. Masing-masing setuju untuk stay di Sydney dan explore sehabis baik yang boleh. Dengan konflik tiket penerbangan dan sebagainya kami tak mahu keluarkan belanja yang lebih berganda jadi cukup dengan apa adanya. Ada rezeki lebih insyallah kita pergi Gold Coast atau tempat lain pula ya..


HARI 1

Arrival & Shopping Souvenirs Till You Drop
Sampai Sydney Airport terus beli sim card YES OPTUS untuk kegunaan seminggu dan Opal Card di WHSmith. Reload card dan gerak ke downtown Sydney untuk check-in di Chippendale. Rehat dan refresh sikit apa patut sebelum keluar. Hari pertama santai saja sambil cuba sesuaikan diri dengan kawasan sekeliling.
  1. Paddy Market
  2. Dinner di Kungfu Ramen Restaurant 
  3. Chinatown Friday Night Market

HARI 2

Let’s Go Around Sydney CBD
Satu hari suntuk diperuntukkan untuk meronda sekitar bandar Sydney saja. Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Sydney tapi tak mampu nak jenguk semua. Ini pun tak semua kami dapat pergi atas beberapa factors. Yang ada tick saja berjaya diterjah dan sesungguhnya kaki memang rasa nak tercabut. It was impressive I guess sebab banyak juga dapat cover dalam masa sehari. Kadang-kadang kita ingat sekejap saja kita akan singgah di satu-satu tempat rupanya memerlukan masa yang lama. Adjustment perlu dilakukan. Itinerary kena flexible.
  1. Angel Place Birdcagesü
  2. The Strand Arcadeü  
  3. Sydney Tower Eye  
  4. Laduree Macaronsü  
  5. Archibald Fountainü  
  6. Australian Museum  
  7. Queen Victoria Buildingü
  8. Sydney Town Hallü  
  9. Cockle Bay Wharfü  
  10. Madame Tussauds Sydneyü 
  11. Wild Life Sydney Zoo [Gift Shop]ü  
  12. Lunch di Ipoh On York  
  13. Sydney CBD Mosque  
  14. Pyrmont Bridgeü 
  15. Hard Rock Cafe ü  
  16. Harbourside Shopping Centre [Dinner - Enfes Kebab]ü  
  17. Chocolate Hunting Colesü 
  18. Sydney International Convention Centre ICC [Prayer Room]  
  19. Darling Harbour Firework  
  20. Dinner Malacca Straits On Broadwayü  

HARI 3

Kangaroo & Koala, Here We Come
Jom cari kangaroo dan koala yang comel. Singgah dulu sekejap di The University of Sydney pura-pura seorang pelajar. On the way balik singgah labur duit di DFO Homebush dan dinner di It’s Time For Thai.
  1. The University of Sydney  
  2. Featherdale Wildlife Park  
  3. DFO Homebush 
  4. Dinner It’s Time For Thai  

HARI 4

Day Trip to Kiama, Sea Cliff Bridge & Wollongong
Day Trip ke Kiama adalah optional. Ikut citarasa masing-masing. Kami bertiga setuju untuk ke Kiama jadi kami rancang perjalanan kesana.
  1. Kiama Blowhole
  2. Sea Cliff Bridge Grand Pacific Drive 
  3. Wollongong
  4. Dinner Blue Flame Express

HARI 5

Day Trip to the Blue Mountains
Day Trip ke Blue Mountains dari Sydney adalah wajib dilakukan. Masih bergantung pada cuaca kena sentiasa tengok weather forecast. Harapnya hari tak hujan. Kalau hujan semua cable cars tak jalan jadi rugi macam-macam aktiviti tak boleh dilakukan. Makanan halal sangat limited jadi boleh sediakan bekal.
  1. The Echo Point
  2. Scenic World
  3. Kebab Shop Katoomba Station
  4. BigW Katoomba 
  5. Sydney Opera House
  6. Nur Muhammad Café Darling Harbour

HARI 6

Sydney and Its BitchesBeaches
Masa untuk menikmati sinaran matahari disepanjang coastal line Sydney. Jangan lepaskan peluang untuk enjoy kawasan pantai yang membiru di Sydney. Pastikan korang pilih hari paling okay mengikut ramalan cuaca. Hopefully betul sebab its Sydney, cuaca berubah begitu saja. Nak enjoy pantai langit kena cantik. 
  1. Coastal Walk Bondi Beach
  2. Coogee Pavilion
  3. La Perouse / Bare Island 
  4. Pancakes on the Rocks
  5. Sydney Opera House / Circular Quay
  6. Central Park Sydney 

HARI 7

Seafood Galore & Home Is Calling
Hari terakhir tak perlu padat sangat. Just nice perjalanan yang santai no rush jangan panic. Pilihlah penerbangan pulang pada waktu malam dan rancang supaya sampai airport sekurang-kurangnya tiga jam lebih awal, Dah nak balik what to do memang kena say goodbye. Why not hari terakhir kita sambut dengan menghabiskan saki baki duit yang ada dan pergi makan seafood sedap-sedap. 
  1. Sydney Fish Market 
  2. Manly
  3. Sydney Opera House 



CADANGAN DAY TRIP YANG BOLEH DILAKUKAN DARI SYDNEY | Selain daripada itinerary yang kami buat, ada banyak lagi options Day Trip yang menarik boleh dilakukan sekiranya berada di Sydney. Kalau ada banyak masa bolehlah cuba squeeze dalam perjalanan korang. Antaranya korang boleh cuba rancang perjalanan ke Hunter Valley. Jervis Bay, Berry, The Entrance, Royal National Park, Port Stephens Dolphin Watching & Sandboarding, Ku-ring-gai Chase National Park dan boleh juga kalau nak ke Canberra. Walaupun orang kata Canberra tu tak ada apa sangat kalau nak pergi tu pergi saja. It is your trip. Memang teringin sangat nak buat macam-macam aktiviti lagi di Sydney tapi masa tak mengizinkan. Manalah tahu in the near future dapat pergi lagi kita cuba explore tempat lain pula. Jadi aku kongsikan sekiranya ada kawan-kawan yang perlukan cadangan dan juga senarai entries untuk jalan-jalan ke Sydney yang dah aku siapkan. Harapnya semua entries perkongsikan kali ini dapat sedikit sebanyak membantu korang semua merancang perjalanan ke Sydney dan enjoy. Doa yang baik-baik saja. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

CIP KELAPA BAKAR / ROASTED COCONUT CHIPS RANGUP DAN SEDAP DARI THAILAND

$
0
0

CIP KELAPA BAKAR / ROASTED COCONUT CHIPS RANGUP DAN SEDAP DARI THAILAND. Bila pergi jalan memang pening fikir souvenirs apa yang perlu dibeli dan sesuai especially untuk ahli-ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Selain daripada buah mangga kering sedap juicy dan terbaik yang aku ceritakan dalam postINI, korang boleh juga beli cip buah kelapa atau roasted coconut chips sebagai souvenirs untuk ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan sekiranya melancong ke Thailand. Terima kasih sepupu sebab belikan beberapa snacks sedap dari Thailand untuk kami rasa. Membuak-buak pula keinginan nak pergi Thailand. Selain dari air kelapa dan ais krim kelapa yang sememangnya kita semua tahu memang sedap dan menyegarkan, ini pula ada kerepek yang diperbuat daripada isi kelapa. Dipanggang elok rangup dan sedap sangat. Tanpa sedar makan dah separuh peket. Memang crunchy walaupun potongan agak tebal tak cukup satu bungkus tolong beli banyak-banyak dan bawa pulang takut nanti berebut-rebut. Budak-budak sukalah agaknya sebab rasa lemak manis semua cukup. Macam rasa biskut kelapa tradisional yang dijual di Malaysia pun ada. Kalau korang jenis yang suka beli makanan as souvenirs macam aku, ini adalah antara contoh makanan yang sesuai untuk dibawa pulang. Packaging pun cantik orang tak akan merungut dan selesai bab souvenirs tak perlu pening fikir nak beli apa. Fridge magnets, keychains dan tshirt memang wajib tapi apa salahnya buat sedikit kelainan beli makanan juga. Bila aku nak sampai Thailand memang tak tahu tapi for those yang bakal ke Thailand jangan lupa consider cip kelapa atau roasted coconut chips sebagai pilihan souvenirs. Doa yang baik-baik saja. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

2018 #TRAVELGOALS BY AIR ASIA

$
0
0

2018 #TRAVELGOALS BY AIR ASIA


2018 #TRAVELGOALS BY AIR ASIA | Aaauch Air Asia is being cheeky once again. Came across this picture on Facebook. Why not saja suka-suka for fun hilangkan stress sikit don't have to be that serious. The first three destinations yang aku nampak are Melbourne, Tokyo dan Auckland. Oh my goodness.. Ketiga-tiga tempat rasanya memerlukan duit yang banyak jadi kenalah gigih lagi kita menabung. Obviously menarik tapi kena tengok poket sendiri dulu. My love towards Melbourne membuak-buak sangat agaknya or it is just about time to fly there again ? Maybe.. How about korang ? Mana tiga destinasi pertama yang korang nampak ? Hihihi.. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

ROAD TRIP KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG

$
0
0

ROAD TRIP KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG

ROAD TRIP KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG. Selain daripada meneroka dunia luar dari Malaysia, jangan lupa pada destinasi-destinasi pelancongan menarik yang ada di negara kita. Malaysia has a lot to offer be it kepada pelancong-pelancong luar atau pun rakyat tempatan. Kadang-kadang kita saja buat tak nampak dan tak nak ambil tahu betapa cantiknya negara sendiri. Dalam usaha menanam hasrat untuk travel ke negara-negara lain, aku tak lepaskan peluang mengelilingi Malaysia. Banyak tempat-tempat menarik yang ada belum pernah dijejaki. Tempat aku membesar pun tak pernah habis pusing. Menariknya negara kita, banyak perjalanan 'Road Trip' yang boleh dirancang. Orang utara boleh ke selatan, orang selatan datang ke utara, kita boleh ke pantai timur dan juga terbang ke Borneo Sabah dan Sarawak. Unik perbezaaan diversity yang negara kita ada. Pelbagai budaya, adat resam, makanan yang pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik. Kali ini aku akan kongsikan cadangan itinerary perjalanan 'Road Trip' aku dan MamiZ ke Pantai Timur dan gambar-gambar yang sempat kami ambil. Berdua, kami membawa hati mengubati kesunyian tanpa DediS disisi. Bermula dari Penang terus ke Kelantan, singgah di Terengganu sebelum ke Pahang dan akhirnya menamatkan perjalanan ke Bangi.

Permandangan indah di Hentian Sebelah Banjaran Titiwangsa.


ITINERARY PERJALANAN 'ROAD TRIP' KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG

Untuk merancang satu-satu trip semuanya bergantung pada minat masing-masing. Bukanlah kena rigid dan ikut menonong saja. Kalau orang suka makan tentulah kena lebihkan tempat-tempat makan yang best. Kalau suka shopping wajib selitkan tempat-tempat menarik untuk membeli-belah. Jadi yang aku kongsikan adalah berdasarkan minat aku. Mungkin boleh memberi gambaran dan cadangan. Ambil yang baik saja.. yang rasa menyusahkan letak tepi.


 HARI 1

Dari Penang Ke Kota Bharu
Hari pertama gerak awal dari Penang dan adalah hari perjalanan sambil selit beberapa tempat menarik yang boleh disinggah sepanjang perjalanan untuk ke destinasi utama - Kota Bharu.

  • Gerik / Banjaran Titiwangsa / Jeli / Rantau Panjang / Pasir Mas
  • Hentian Sebelah Banjaran Titiwangsa [Makan / Solat]
  • Rantau Panjang - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang / Bazar Siti Aminah / Bazar Fatimah / Jasa Duty Free
  • Check-in - Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan
  • Dinner : KST Ikan Bakar
  • Shopping di Wakaf Che Yeh

Tempat-tempat makan yang sedap di Kota Bharu
Kedai Makan Nasi Kuning (Nasi Khoumok), Warung Pok Mat Pulau Pisang, Restoran By T Laksam, Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan, Nasi Sup Cemerlang, Satay Razak Wakaf Baru, Alemy Meggi Ketam, Kopitiam Kita, Nasi Kak Wook, etc.

Ramai yang suka shopping di Rantau Panjang : Toto Narita, kuali, chocolates, beras siam dan makanan-makanan tempatan Kelantan dan dari Thailand. Semua nampak menggoda dan sedap. Asalnya kami nak makan di KST Ikan Bakar tapi hujan terlalu lebat. Ended up makan steamboat di Hotel Perdana.


HARI 2

Sekitar Kota Bharu Dan Gerak Ke Kuala Terengganu
Hari shopping di Kota Bharu sambil mencuba beberapa makanan tempatan yang terkenal dan sedap. Satu-satu kawasan shopping di Kota Bharu memerlukan masa yang lama untuk duduk, belek dan pilih yang berkenan di hati sambil kira berapa duit nak dilebur. Kalau masa limited untuk meronda banyak tempat kenalah pilih salah satu saja. Petang dah gerak ke Kuala Terengganu.

  • Breakfast : Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan
  • Pasar Siti Khadijah / Wakaf Che Yeh / Bazar Tok Guru : Kain Batik Sarung / Kain Batik Lepas / Baju Kelawar / Batik Crepe / Batik Sutera / Souvenirs / Makanan Tempatan / etc.
  • Lunch : Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan
  • Restoran By T Laksam
  • Pantai Irama Bachok / Pantai Tok Bali
  • Pantai Bukit Keluang / Pantai Penarik - Goreng Tepung
  • Check-in - Hotel Felda Residence Kuala Terengganu

Tempat-tempat makan yang sedap di Kuala Terengganu :
D'Ganu Cafe Steamboat Pulau Duyung, Restoran Mat Kedai Binjai, NR Seafood Village, Warung Pok Nong, Gerai Kak Pah Nasi Dagang, Air Buah Gelas Besar, AZ Selera Timur, etc.


First time menginap di Hotel Perdana Kota Bharu.

Menarik tapi sayang baju mandi tinggal. Selalu tertinggal bila jalan..


Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan.




Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan.

Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu.

Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu.

Pantai Penarik Setiu Terengganu.


Pantai Penarik Setiu Terengganu.

Hotel pilihan kami sekeluarga setiap kali ke Kuala Terengganu - Felda Residence Kuala Terengganu.


HARI 3

Sekitar Kuala Terengganu Dan Gerak Ke Cherating
Perjalanan kami santai tak kejar apa-apa. Bersepakat untuk ke Pasar Payang untuk sambung shopping apa yang patut sebelum ke Cherating.

  • Breakfast : Hotel Felda Residence Kuala Terengganu
  • Pasar Besar Kedai Payang : Kain Batik Sarung / Kain Batik Lepas / Baju Kelawar / Batik Crepe / Batik Sutera / Souvenirs / Makanan Tempatan / etc.
  • Pantai Batu Buruk / Marang
  • Pantai Kuala Abang
  • Kerteh / Pantai Kemasek / Kijal
  • Check-in - Hotel The Legend Resort Cherating Pahang
  • Dinner : D' Cherating Cafe

Kami tak singgah lunch dimana-mana kedai makan sebab masih kenyang breakfast di hotel. Kain batik crepe atau sutera di Pasar Payang pilihan banyak dan cantik tapi aku rasa kain batik crepe di Pasar Siti Khadijah lebih cantik dan kemas. Harga memang mahal tapi puas hati dengan kualiti. Pantai Kemasek adalah pantai favourite aku di Terengganu.


HARI 4

Cherating Pahang Dan Pulang Ke Bangi
Hari terakhir 'Road Trip' ke Pantai Timur hanya dihabiskan sekitar kawasan hotel saja. Menjenguk pantai dan berkuak kekupu di dalam swimming pool. Beli keropok lekor di Cherating (sedap juga) untuk dibawa pulang ke kampung halaman.

  • Breakfast : Hotel The Legend Resort Cherating Pahang
  • Keropok Lekor di Cherating
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
  • Bangi Selangor


Hari ketiga sedikit sentimental buat aku dan MamiZ. Kami melewati Kerteh meronda-ronda mengenang waktu dulu ketika tinggal disana. Sempatlah aku membesar di Kerteh sekejap sebelum pindah ke Pulau Pinang. Jenguk rumah sewa yang lama masih kukuh dan tak banyak yang berubah. Kerteh masih sama seperti Kerteh yang dulu. Setiap kali ke Kerteh, DediS pasti akan singgah bergambar di signage Pangsapuri MRSM Kerteh. Kenangan katanya tempat pertama posting sebagai pendidik. Kini semua hanya kenangan.. Janggal dan sedih rasanya kembali ke Kerteh tanpa DediS bersama bersama.  

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu.

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu.

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu - Lokasi pengambaran filem Mael Lambong.

Perkampungan nelayan di Kerteh.



Pantai Kemasek Terengganu.



Hotel The Legend Resort Cherating.

Kawasan pantai yang sendu di awal pagi.



Empat hari memang tak cukup dan puas meronda kawasan di Pantai Timur. Tak tahulah kena berapa hari baru cukup sebab terlalu banyak tempat menarik untuk singgah tapi terlalu sedikit masa. Kalau nak squeeze semua memang tak akan mampu. Memandu sendiri memang seronok boleh pergi mana saja dan berhenti ikut suka tapi seharusnya sangat memenatkan. Belum lagi cerita dengan pulau-pulau cantik yang ada. Banyak aktiviti menarik nak dibuat dan pelbagai makanan nak dimakan. Trip pulau memang kena asing tak boleh campur dengan kawasan lain. Aku dan MamiZ memang memilih untuk santai saja tak perlu rushing. Kalau tak sempat singgah tak apa tak perlu rasa terkilan. You can always plan untuk pergi lagi next time. Ada masa kita rancang lagi perjalanan 'Road Trip' kawasan lain pula mengelilingi Malaysia. Doa yang baik-baik saja.. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

MENU ROTI BAKAR KACANG PHOOL / POOL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG

$
0
0

MENU ROTI BAKAR KACANG PHOOL / POOL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG

Menambah satu lagi pilihan tempat makan yang menyajikan pilihan makanan yang sedap di Pulau Pinang di dalam carta, memperkenalkan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool Penang yang terletak di kawasan Tanjung Tokong berdekatan dengan Batu Ferringhi, Georgetown dan Gurney Drive. Hidangan kacang phool bukanlah asalnya makanan masyarakat tempatan di Pulau Pinang. Semua tahu dan sedia maklum hidangan kacang phool sangat famous di negeri Johor especially di Larkin. Jauhnyaaa nak sampai Larkin bagi aku dan penduduk-penduduk di kawasan utara semata-mata untuk merasa hidangan kacang phool. Sekarang korang dah tak perlu risau sebab kita semua boleh menikmati hidangan kacang phool tanpa perlu pergi jauh hingga ke Larkin. Dah ada hidangan kacang phool di Pulau Pinang !! Aku tak pernah sampai Larkin dan tak pernah rasa macam mana sedapnya hidangan kacang phool di Larkin jadi tak dapat nak buat perbandingan. Tapi yang pastinya, di Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool, hidangan kacang phool yang disajikan adalah sedap dan menyelerakan. Sebelum menu kacang phool famous, aku tak tahu pun apa itu kacang phool memang tak pernah dengar. Bila viral nak cuba alahai jauhnya jadi bertangguh-tangguh untuk rasa. Sejak tahu adanya hidangan menu roti bakar dan kacang phool di Penang, terus ajak MamiZ pergi cuba. Dah dua kali kami pergi dan berpuas hati. 

LOKASI NAZZERAA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL TANJUNG TOKONG PULAU PINANG


Kedudukan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool yang strategik berada di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong membuatkan lokasi mudah untuk sampai. Hanya key in nama lokasi di perisian GPS memang akan sampai. Kawasan tempat letak kenderaan juga luas. Kali pertama pergi dengan MamiZ, hanya ada beberapa saja hidangan utama. Perniagaan baru mula. My second visit recently adalah bersama beberapa orang geng Blogger Utara. Terus setuju bila Arz Moha ajak melepak sambil makan kacang phool. Setelah tiga tahun berniaga alhamdulillah bisnes semakin maju dan rancak dengan pengunjung. Hidangan-hidangan juga banyak yang baru tak sabar kami nak cuba. 

MENU DI NAZZEERAA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL TANJUNG TOKONG PULAU PINANG

Dah sampai kedai kacang phool wajiblah kita order set kacang phool. Semangkuk penuh kacang phool boleh dipilih dengan empat jenis hidangan roti yang berbeza. Ikutlah selera tekak masing-masing. Jangan pandang rendah tau sebab nampak saja sikit tapi mengeyangkan. Penuh perut rasanya nak habiskan satu set hidangan. Boleh juga cuba hidangan sampingan yang ada seperti Roti Jala, Roti Telur Goyang dan macam-macam lagi. Memang seronok tengok pilihan makanan dah bertambah. Mesti makin mendapat sambutan. Paling menarik perhatian aku adalah Caramelized Banana yang sangat awesome. Sedapnyaaa rasa wajib order !!


Menu pilihan : Set Roti Bakar Biasa & Kacang Phool,
Caramelized Banana dan air Lemon Lychee.

Hidangan yang santai tak berat sangat sedap dimakan dengan ahli keluarga atau kawan-kawan tapi cukup mengenyangkan. Kami pergi berempat dapat order pelbagai hidangan merasa seorang sedikit. Tapi Caramelized Banana aku tibai seorang tamak tak mahu kongsi. It is just too good.. Sempat sembang dengan owner, alhamdulillah rezeki semakin murah. Lebih mengagumkan bila ramai juga bangsa-bangsa lain turut sama datang dan menikmati hidangan kacang phool disini. Menarik sebab itu tandanya hidangan kacang phool semakin diterima oleh bangsa-bangsa lain. Jadi buat korang yang merancang perjalanan ke Pulau Pinang, especially kawasan pulau jangan lupa masukkan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool dalam senarai Jalan-Jalan Cari Makan. Tak rugi cuba.. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND

$
0
0

MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND


MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND | Another makanan dari Thailand yang diterima dari sepupu. Makin membuak-buak rasa nak pergi Thailand bila disogok dengan goodies dari sana. RaihanF pergi Hatyai naik train ETS dari Penang tak ajak, makan sedap macam-macam kat sana pun tak ajak dan hanya bawa balik beberapa bungkus mee segera perisa tomyam Thailand untuk kakak dia. Haih.. adik bertuah !! Yang dah selalu ke Thailand mungkin tak hairan dengan mee segera tomyam ini. Aku yang baru first time cuba jadi excited terlebih sikit. Ada cop halal jadi jangan ragu-ragu. Boleh beli untuk bawa balik or as souvenirs. Surprisingly rasanya sedap dan tak ada rasa sangat MSG yang banyak. Pure rasa tomyam yang light tak pekat pedas sangat. Not bad rasanya totally different dengan mee segera perisa tomyam di Malaysia. Just nice untuk tekak aku yang kurang gemar tomyam. Mee yang halus kecil dan kenyal. Cepat saja masak. Nak extra sedap letak telur. I am not a fan of mee segera tapi makan juga kalau dah lapar sangat teringin atau terpaksa. Kalau pergi jalan pun instant noodles kadang-kadang bawa kadang-kadang tak bawa. Aku rasa mee segera ni ada dijual dimana-mana ceruk Thailand especially kawasan yang ramai Muslims. Jadi bolehlah korang consider nak beli mee segera perisa tomyam udang dari Thailand ini untuk dibawa pulang untuk keluarga kawan-kawan atau diri sendiri. Those yang minat tomyam jangan lupa cuba rasa. Mesti korang suka punya..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

$
0
0

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM


SOUVENIRS YANG BAKAL DIBERIKAN :
  1. 3 x Fridge Magnet Pulau Jeju (3 Orang Pemenang)
  2. 5 x Keychain Khas Pulau Jeju (5 Orang Pemenang)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
  1. Terbuka kepada semua rakan-rakan Bloggers di Malaysia bermula 25 Januari 2018 - 31 Januari 2018.
  2. Follow blogSITIYANGMENAIP& SALBIAHM. Saya TIDAK akan semak satu persatu. Sendiri ukur tahap kejujuran diri anda.
  3. Buat satu entry khas bertajuk 'GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM'.
  4. Letak banner dan backlink kepada entry INI sahaja.
  5. Tinggalkan link entry penyertaan anda pada ruangan komen entry INI sahaja.
  6. Pemilihan pemenang akan dibuat menggunakan khidmat Encik Random. Tunggu sehingga pengumuman para pemenang diumumkan.
MARI JOIN RAMAI-RAMAI. SEMOGA BERJAYA. THANK YOU !!

SENARAI PESERTA :

1. YOU


FACE MASK POKEMON & DORAEMON DARI JEPUN

$
0
0

THINGS TO BUY IN JAPAN / BENDA YANG BOLEH DIBELI DI JEPUN


THINGS TO BUY IN JAPAN / BENDA YANG BOLEH DIBELI DI JEPUN | FACE MASK POKEMON & DORAEMON DAN ANIME. Aku belum rajin untuk mula menaip cerita perjalanan ke Jepun December yang lalu. Dalam process edit gambar dan tapis apa yang patut. Tapi tak sabar rasanya nak kongsi dengan korang tentang face masks comel yang aku beli disana. Mana tahu ada yang berminat untuk beli juga, pergi Jepun nanti boleh terus cari. Inilah dia face masks Pokemon - Squirtle, Charmander dan Bulbasaur, Doraemon dan Doralin atau Dorami yang aku beli di pusat membeli-belah ESTA di Sapporo Hokkaido. Aku tahu mengenai face mask ini bila tengah khusyuk tengok DARA TV di Youtube. Dara pakai versi Pikachu and it was so cute on her siap ada telinga Pikachu. She mentioned in her video that the face mask dibeli di Jepun. From that moment aku memang dah target nak cari face mask Pokemon sampai dapat. I am not a big fan just suka sikit-sikit minat biasa saja but there are few Pokemons yang comel. Sadly, versi Pikachu dah habis biasalah watak Pokemon paling famous. Google juga info untuk dapatkan kepastian yang lebih specific face mask ini dijual dimana sebelum berangkat ke Jepun tapi tak ada page yang membantu. Adachi (our Airbnb host) pun tolong search kat mana boleh beli dan dia suggested beberapa location sekitar Sapporo yang jual Pokemon merchandises. What I did, aku pergi masuk kedai biasa dan tunjuk gambar sambil bertanya. Luckily pekerja kedai sangat membantu dan suggested kami pergi ke ESTA. Sampai di Level 6 ESTA, mula nganga sebab luas yang amat memang jenuh nak mencari. Again, I showed the picture pada pekerja dia angguk-angguk dan terus communicate guna walkie talkie. Tak tahulah dia sembang apa tapi dengar jugalah 'Pokemon''Face Mask' yadda yadda yadda. Tak sampai lima minit ada pekerja datang jemput kami tunjuk jalan ke bahagian yang sepatutnya. Taaadaa !! Face mask Pokemon didepan mata.

Jangan tersalah beli ya sebab product rangkaian jenama Tony Moly juga ada keluarkan range face mask Pokemon tapi tak sama dengan yang ini. Face mask Pokemon Tony Moly hanya packaging saja ada Pokemon. Face mask tetap biasa warna putih. Sekeping face mask Pokemon berharga 495Yen (RM18.81 approx). Ternampak pula face mask Doraemon dan kawan-kawannya Nobita Sizuka Giant dan Suneo. Nak memenuhi hasrat dihati, rembatlah beberapa keping face mask Doraemon dan Doralin dengan harga 395Yen (RM15.01 approx). Belum lagi teruja bila nampak face mask watak-watak Anime yang lain seperti Naruto, Bulma, Goku, Asuna, Hamtaro dan banyak lagi. Cukuplah dengan godaan duniawi. Sesuai juga dijadikan souvenirs. Insyallah bahan-bahan yang digunakan okay untuk Muslims - kandungan seperti Arbutin dan Hyaluronic Acid untuk memutihkan dan melembabkan kulit. Extra caution diambil aku minta tolong juga kawan yang penah belajar di Jepun semak bahan-bahan. Please let me know and correct me kalau info yang diberikan salah. Basically macam itulah konsepnya, kalau kedai tertentu ada jual Pokemon merchandises ada high possibility face mask comel ini akan dijual sekali. Di bandar-bandar terkenal seperti Tokyo dan Osaka mungkin lebih tinggi chances nak jumpa. Maaf tak dapat membantu dengan provide nama kedai yang specific. Kalau ada kawan-kawan yang tahu lokasi tertentu nak dapatkan face mask Pokemon bolehlah kongsi bersama. Mudah untuk kawan-kawan lain cari jika berminat. Hopefully perkongsian ini membantu serba sedikit buat kawan-kawan yang bakal ke Jepun dan punya minat yang sama. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 3.2 - DFO HOMEBUSH + OPORTO BURGER + MAKAN MALAM DI IT'S TIME FOR THAI

$
0
0
Entri sebelumnya diSINI.
19 March 2017 [Ahad]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | BURGER AYAM OPORTO SEBAGAI LUNCH, SHOPPING DI DFO HOMEBUSH DAN MINI REUNION. Walaupun sedikit kecewa tak dapat bermesra dengan kangaroo, plan tetap diteruskan. Alang-alang ke Australia wajib singgah ke DFO (Direct Factory Outlets). Macam premium outlet kat Malaysia tempatnya. Ada enam DFO seluruh Australia dan salah satunya adalah DFO Homebush yang terletak di New South Wales. Yang lain-lain ada DFO Brisbane di Queensland, tiga DFO di Victoria iaitu DFO Essendon DFO Moorabbin dan DFO South Wharf. Di Perth, Western Australia pun ada sebuah iaitu DFO Perth. Seronok shopping di DFO sebab barang-barang terus dari factories and obviously jauh lebih murah dari yang dijual di boutique. Aku dah pernah ke DFO Essendon di Victoria dan Watertown Brand Outlet di Perth, mari kita terjah DFO Homebush pula. 

Dari Blacktown Station ambil train menghala pulang ke Sydney tapi turun dulu di Strathfield Station. Tunggu bus bernombor 525 dan 526 untuk terus dihantar ke entrance DFO Homebush. Satu perkara penting bila merancang perjalanan ke DFO adalah, kita kena pastikan waktu operasi setiap DFO mengikut hari. DFO Homebush pukul 06:00PM dah tutup jadi kami yang sedikit lewat memang kena cepat. Sampai di DFO Homebush sekitar pukul 03:00PM terus cari tempat makan dulu. Oporto Burger adalah antara premis makanan fast food yang menjual pilihan burger halal untuk muslims. Ikmal told us katanya boleh makan dan kami double check dengan kaunter. Burger ayam di Oporto Burger adalah halal. Hati yakin terus order sebab dah kebulur teruk. Satu set hidangan burger ayam dengan carbonated drink adalah 11.50AUD (RM38.87 approx). Puas hati burger besar dan chips sangat banyak. Bungkus bawa balik sebab tak habis makan. 




Dua keping patties. Sos sedikit manis..

Lepas dah kenyang baru ada energy nak pusing-pusing. Kak Sal told me DFO Homebush bosan and I have to agree. I did not feel like buying anything. Maybe harga yang dah reduced pun masih mahal dan lebih kurang saja dengan harga di Malaysia. Seriously bosan tapi a good exposure untuk Nurul dan Amy. Both of them shopping juga barang masing-masing. Beli handbags dan jeans. Ada jugalah aku beli tshirt sehelai di Cotton On sebab rasa perlu juga melabur bila dah sampai. Huurm.. DFO di Victoria tetap yang terbaik then di Watertown Brand Outlet. Tapi at least sendiri dah datang baru mengerti. Seronok lagi Shopping di Sydney Arcade. Puas keliling tawaf sampai dah nak tutup tempatnya tapi masih rasa tak tergoda nak melabur. Niat nak beli Adidas sepasang tapi warna yang berkenan semua tak ada size. Memang habis mood hilang gitu saja. Positive side, duit tak membazir. Kalau korang nak beli Corelle memang tak ada di DFO Homebush. Silalah ke Big W atau another shopping mall yang lain. If all of you ada banyak masa tak tau nak pergi mana bolehlah datang singgah DFO Homebush. Tapi kalau limited time saja pergilah tempat lain. Lagi berbaloi.






Balik terus ke Chippendale regangkan segala otot dan solat. Seharian berjalan memang lenguh segala sendi. Rehat sekejap sebelum keluar semula menyambung agenda kami yang lain. Trip kali ini aku rasakan ada sedikit rasa syahdu dan sentimental. I got the chance to meet my ex-students di bumi Sydney. How cool does it sound to you guys ? Bagi aku dah cool habis. The last time all of us jumpa was back in 2013 when they were just 16. Sekarang dah besar remaja dewasa bawa diri merantau di tempat orang. Bukan seorang dua tapi quite a number. Idlan and the gang. I feel so old right now. Aku ajak Ikmal sekali to join us for dinner. Pusing-pusing budak-budak ni kenal saja each other. Semua setuju jumpa di restaurant It's Time For Thai yang berdekatan dengan Central Station. Senang kawasan nearby Central Station banyak kedai makan yang menjual makanan halal. Review yang kami baca sebelum berangkat pun semua positif belaka kata makanan yang disediakan sedap jadi terus sajalah kita jumpa disana. Harga biasalah memang kena pejam mata sebelah buat tak tahu. Idlan was being super nice pergi book bilik siap. Maklumlah ramai yang nak join. Mini reunion katanya. Order makanan tunggu sambil sembang tentang cerita-cerita lama disekolah. Sekejapnya masa berlalu. Makin cantik makin handsome. Dulu comot belemoih. 



Tomyam susu with ayam goreng.

Tak ingat dah ikan apa..



Total damage our dinner that night tak diketahui. It was on Ikmal. Laju dia ambil bill pergi bayar. Semoga makin murah rezeki dan dipermudahkan urusan belajar dan lain-lain. Thanks to Amy dan Nurul yang sudi teman dan ikut bersama. Sayu juga hati bila tengok anak-anak murid dah besar dewasa. It is a reminder yang aku pun bukan muda lagi. Thanks people sebab sudi juga datang dari jauh. Ada beberapa ex-students yang study jauh sikit also put effort to come. Massive thanks. All the best and sure, my prayers are with all of you. Take care and have fun.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

$
0
0

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM


Terima kasih kami ucapkan kepada kawan-kawan bloggers yang sudi menyertai Giveaway Souvenirs Pulau Jeju dan support giveaway kami. Insyallah in the future akan ada lagi giveaway. Salah satu tanda kami berterima kasih kepada semua. Alhamdulillah dah selesai dan pengumuman pemenang akan dibuat. Ada good news !! Ada good news !! Tunggu !!

3 x Fridge Magnet Pulau Jeju (3 Orang Pemenang)



5 x Keychain Khas Pulau Jeju (5 Orang Pemenang)



TAHNIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG UTAMA GIVEAWAY KALI INI

TAPI !! TAPI !! TAPI !!
GOOD NEWS
MENANTI KEPADA YANG LAIN-LAIN

Disebabkan sambutan yang agak menarik dari rakan-rakan blogger, aku dan Kak Sal bersepakat untuk tambah lagi bilangan hadiah untuk diberikan sebagai tanda penghargaan kerana sudi meluangkan masa untuk join giveaway yang kami anjurkan bersama. Kami akan memilih SEMBILAN BELAS orang pemenang tambahan untuk menerima souvenirs dari Macau, Hong Kong dan Korea selain daripada souvenirs utama yang ditawarkan. Walaupun tak terpilih untuk memenangi souvenir utama, tapi SATU souvenir akan diberikan kepada peserta terawal. Inilah dia dua puluh orang mereka yang terpilih :

10 x Souvenirs Korea (10 Pemenang)


5 x Fridge Magnet Macau (5 Pemenang)


5 x Fridge Magnet Hong Kong (5 Pemenang)


TAHNIAH SEMUA. TERIMA KASIH sekali lagi diucapkan. Untuk yang tidak terpilih jangan sedih jangan merajuk. Cuba lagi insyallah rezeki di lain hari. Maybe soon aku buat lagi GA untuk korang semua.

Untuk perhatian semua pemenang, sila tinggalkan details di ruangan komen entry INI SAHAJA selewat-lewatnya sehingga 7 February 2018 (RABU) Jangan risau, sebarang particulars korang tidak akan dipublish. Ada lima hari semoga semua pemenang memberikan kerjasama supaya urusan pengeposan hadiah dapat dijalankan secepat mungkin. 

NAMA PENUH (No. Penyertaan) : Siti ******** Binti ******* (No Penyertaan : 100)
ALAMAT LENGKAP BESERTA POSKOD :
NO TELEFON :


TERIMA KASIH DAUN KELADI
NEXT GIVEAWAY JOINLAH LAGI


JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 1.0 - JAPAN + KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT + AEROPLAZA

$
0
0

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Alhamdulillah syukur tirai akhir tahun 2017 disambut baik dengan satu trip diluar jangkaan ke Jepun bersama Ain. Dipersetujui hanya dari bersembang-sembang kosong bertanya khabar menerusi Whatsapp. It was back in September, seminggu sebelum Matta Fair di PWTC. We were discussing mana destinasi yang teringin kami terjah. Sangat random bila masing-masing teringin untuk ke Jepun dan setuju untuk ke Hokkaido. Misi bermain salji katanya.. Kecewa sangat penerbangan Air Asia X ke Hokkaido tiada sale langsung untuk semua penerbangan in December dan kami hampir give up. Well, we should have bought the tickets earlier dan rancang perjalanan dengan lebih teliti but it happened just like that nak buat macam mana. Lama beratur di kaunter Air Asia tapi sedih harga tiket memang mahal. Direct flight return dari Kuala Lumpur terus ke New Chitose pada tarikh yang kami setuju berharga RM2+++ belum campur segala macam add-ons dan expenses. Pulang dari Matta Fair dengan kekecewaan tapi semangat masih tinggi. Pusing punya pusing nak sangat pergi sampai kerah otak berfikir utara selatan kiri kanan akhirnya aku jumpa solution. We ended up beli tickets return ke Kansai since itulah option yang paling murah dan tickets penerbangan domestic Peach Aviation ke Hokkaido. Hanya Hokkaido dihati ketika itu mesti juga usaha sampai jadi. Harga tickets yang kami dapat tak murah bila difikirkan kembali tapi cheaper dari harga direct flight ke Hokkaido atau dari arah lain pelusuk Jepun. Sedikit jauh detour dan memenatkan tapi manisnya tetap ada. It was like killing two birds with one stone. We got Hokkaido covered as well as Kansai. Selesai pembelian tickets, urusan lodging dan susunan itinerary.

Jadi kali ini, aku nak kongsikan dengan kawan-kawan semua yang sudi luangkan masa baca cerita perjalanan aku dan Ain selama sepuluh hari ke Hokkaido dan Kansai. Dah nak masuk dua bulan balik kena rajinkan diri menaip nanti lupa pula. Insyallah aku akan kongsikan tempat-tempat menarik di Hokkaido dan Kansai yang sempat kami terjah, menu makanan-makanan halal yang kami cuba, pengalaman pahit manis baik buruk dan macam-macam lagi. Yang baik boleh ambil buat rujukan semoga membantu, yang krik krik sila abaikan.

4 December 2017 (Isnin)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : NEGARA JEPUN (REGION + PREFECTURE), KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT DAN TIDUR PERCUMA DI AEROPLAZA. Sebelum kita sembang lebih jauh, salah satu perkara yang memeningkan kepala aku tentang negara Jepun adalah kekeliruan istilah 'Prefectures' yang digunakan. Tiba-tiba jumpa perkataan 'Regions' pula. Jadi mulalah berkerut kepala bila banyak kali berdepan perkataan 'Prefectures' dan 'Regions' dengan nama tempat yang lain-lain bunyinya. Faham maksud 'Prefectures' dan 'Regions' tapi pening dengan nama tempat. Selama ini tahu Jepun ada Tokyo, Osaka, Gunung Fuji, Sushi dan Anime saja. Benda apa pula 'Regions' dan 'Prefectures' haaaih !! Korang yang dah super pandai otai-otai jangan ketawakan aku. Tak baik woo.. Jadi mari sini aku nak cerita sikit istilah 'Regions' dan 'Prefectures' yang digunakan secara meluas di Jepun. Tak memeningkan pun bila dah tahu. Kelakar pula rasa sebab macam tak patut jadi punca nak stress. Aku yakin masih ada ramai yang tak tahu especially yang first time nak jejak kaki ke Jepun dan masih blur mencari arah. Newbie macam aku tapi tak apa.. Korang tak keseorangan. Kalau ada info yang aku kongsikan adalah salah, sila tegur di ruangan komen nanti aku betulkan. 

NEGARA JEPUN : 'REGIONS' DAN 'PREFECTURES'

Credit : LINK
Jepun memang sebuah negara yang besar. Tak tahulah kalau nak cover betul-betul satu negara mengambil masa berapa lama. Mempunyai lebih 6000 buah pulau dan 4 pulau utama : Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu. Merujuk kepada peta diatas, Jepun hanya terbahagi kepada 8 'Regions' saja dan bandar Tokyo sebagai ibu negara : Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku dan Kyushu. Di dalam setiap 'Region' ada senarai 'Prefectures' yang tersendiri menjadikan kesemua jumlah 'Prefectures' yang ada di Jepun adalah sebanyak 47 'Prefectures'. Boleh rujuk peta dan senarai yang dikongsikan. Jadi lepas ni dah tahu.. Kalau nak pergi Tokyo boleh sembang 'I want to go to Tokyo Prefecture which is situated in Kanto Region'. Gituuu caranya mudah saja sia-sia pening kepala. In my case, aku akan ke Osaka Prefecture yang terletak di dalam kawasan Kansai Region terlebih dahulu sebelum terbang ke Hokkaido Prefecture di Hokkaido Region. Jangan tanya aku kenapa both 'Region' and 'Prefecture' nama sama. I read it somewhere tapi tak ingat kenapa. Terima sajalah seadanya. Jadi Hokkaido adalah pulau kedua terbesar di Jepun dan terletak di kedudukan paling utara dan berdekatan dengan negara Rusia. Boleh agaklah kenapa Hokkaido menerima taburan salji paling banyak berbanding kawasan lain di Jepun. Ada banyak bandar-bandar di Hokkaido (tengok peta betapa besarnya kepulauan Hokkaido), antara yang terkenal adalah Sapporo (capital), Bibai, Chitose, Furano, Hakodate dan Otaru. Masa yang kami ada tak mampu untuk cover semua pelusuk. Terlalu besar..

Penerbangan petang 02:30PM local time Flight D7 532 selama hampir tujuh jam ke Kansai International Airport alhamdulillah smooth dan tak delayed. Kami pergi KLIA2 seawal boleh sebab tak mahu kalut. Memang tenang berjalan ke depature gate tak terkejar-kejar seperti selalu. Safely landed in Kansai at 09:40PM local time. Time difference between Kuala Lumpur dan Osaka hanya satu jam. Urusan kastam semua lancar walaupun tengok muka pegawai-pegawai bertugas masing-masing macam nak telan orang. Isi siap segala jenis forms dan information yang diperlukan dalam 'Arrival Form' semasa dalam flight tak perlulah kalut dan terkial-kial nak isi masa beratur di imigresen. Provide sekali alamat lengkap dan nombor telefon kediaman sepanjang berada di Jepun. Dalam situasi kami, aku provide nombor telefon host Airbnb. Selesai urusan tak bercakap langsung pun pegawai yang uruskan passport aku. Dah ambil luggage kena tahan pula suruh buka luggage. Ikutkan saja apa juga arahan tak perlu takut. Procedures normal. Pegawai check sikit saja tengok ada bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia dan tanya mengenai ubat-ubatan yang kami bawa. Itu saja.. Luckily Ain ada bawa ubat extra because I had a terrible flu a day before depart bawa ke hari berangkat bonus sekali running nose high fever sengal urat sendi semualah. Memang dah dapat bayang keadaan yang tak selesa selagi tak sembuh. What a great combination and package. Pergi tetap pergi Hokkaido dah lama menanti. Tergedik-gedik dah tak sabar. Kesian Ain kena mengadap travel partner yang demam panas dan tercungap-cungap cari ruang nak bernafas. 





KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT : MAKANAN HALAL, PRAYER ROOM DAN TIDUR PERCUMA DI AEROPLAZA

Kami sampai di Kansai dah lewat malam, probability untuk restaurant masih beroperasi memang tipis. Itulah sebabnya makan kenyang-kenyang dalam flight. There are three restaurants yang serve halal food di Kansai International Airport : Soujibou, The Udon dan Oraga-Soba. Boleh rujuk di website Halal Media Japan SINI. Keluar dari arrival gate terus naik ke tingkat tiga dan suasana sangat sunyi sepi. Seorang dua saja manusia yang ada. Kedai-kedai makan memang dah tutup. Memang dah dijangkakan jadi tak apa. Kami berpusing-pusing sebab mencari Prayer Room. Tersalah kiri dan kanan hujung bangunan akhirnya terjumpa restaurant Soujibou. Jelas tanda halal dipaparkan. Nantilah next time cuba makanan disitu. Ada tiga Prayer Rooms di Kansai International Airport. Satu terletak di Tingkat 3 (3F) Terminal 1 bersebelahan dengan Korean Air Lounge dan dua lagi International Departure North Wing dan South Wing. Kalau keliru, keluar dari arrival hall mengadap pintu keluar utama, kedudukan Prayer Room adalah di sebelah kanan. Hujung dan tersorok sikit. Lega bila dah jumpa Prayer Room. Tak ada orang langsung seram pun iya juga tapi nikmatnya dapat golek-golek regangkan urat. Prayer Room yang luas dan selesa. Banyak telekung disediakan untuk pengguna. Ingatkan nak bermalas-malasan di dalam Prayer Room lebih lama tapi ada notice pula tak dibenarkan untuk melepak. Tengah solat dengar suara orang bersembang diluar, rupanya ada tiga orang kakak dari Malaysia baru jumpa Prayer Room. Bersembang serba sedikit sambil diorang solat dan sama-sama kami menapak ke Aeroplaza untuk rehatkan badan.

Restaurant Soujibou.

Aku ada terbaca di blog-blog milik Bloggers dari Indonesia yang menasihatkan jangan tidur suka hati di mana-mana kerusi yang disediakan di dalam Terminal 1. Pernah ada yang dikejutkan oleh pihak berkuasa dan ditegur. Masyarakat Jepun tak dapat menerima act yang sebegitu rupa jadi janganlah kita buat perangai. Ada juga aku tengok yang duduk tidur tapi tak berani nak follow. Habis tu nak melepak dimana sudahlah kedai-kedai tutup orang tak ramai sendu saja. Bertentangan dengan Kansai International Airport Terminal 1, ada sebuah bangunan Aeroplaza. Ada dua hotels disitu : Hotel Nikko Kansai Airport dan First Cabin Kansai Airport. Kalau poket tebal boleh menginap disana sebab rate untuk satu malam memang mencekik. Tapi jangan risau, di Aeroplaza ada disediakan perkhidmatan ruang menunggu (Waiting Area) yang percuma khas untuk penumpang-penumpang yang sampai lewat malam dan bakal menaiki penerbangan awal pagi. Bersama-sama dengan tiga orang kakak yang baru kenal (maaf tak ingat nama), sama-sama kami ke Waiting Area di Aeroplaza untuk berehat.




Dalam Waiting Area memang ada orang yang baring dan tidur berehat. Extra charge akan dikenakan kalau nak sewa selimut. Boleh sewa di kaunter berdekatan pintu masuk. Kami tak sewa pun. Luckily aku ada Tuala Travel dari Kaki Travel SINI yang just nice sesuai untuk digunakan sebagai selimut. Multifunction dan sangat practical. Learn to do it like locals. Perhatikan dan ikut cara orang tempatan jadi kami cari port mana yang sesuai untuk berehat. Campur lelaki perempuan jadi pandai-pandailah cari ruang. Taklah selesa sangat tapi syukurlah dapat baring daripada tak boleh baring langsung. Dengan suhu badan yang masih panas tapi sejuk menggigil, aku paksa diri untuk tidur lepas minum vitamin dan telan ubat. Semoga bila bangun demam dah sikit kebah. It was already 01:00AM mata memang layu penat lenguh semua ada. Could not breathe properly hidung tersumbat bernafas guna mulut. Seksa sangat rasa tak larat tapi kena kuatkan semangat. Tak boleh dilayan sakit nanti lambat sembuh. Online sekejap main phone update keluarga serba sedikit layan Netflix sedar dah tertidur. Rehat secukupnya kerana perjalanan masih panjang menuju destinasi. Sambung lagi nanti ya.. Good night everyone.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 2.0 - KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT TERMINAL 2 + PEACH AVIATION + NEW CHITOSE AIRPORT + HELLO HOKKAIDO

$
0
0

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
4 December 2017 (Selasa)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT TERMINAL 2, PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI PEACH AVIATION KE NEW CHITOSE AIRPORT HOKKAIDO. Tak ingat pukul berapa terjaga tapi belum masuk waktu Subuh dan ramai yang masih tidur. Sakit badan yang amat dan masih panas tapi digagahi juga. Panic sekejap cari Ain tak jumpa rupanya dah tukar tempat tidur. Masih awal nak bangun tapi dah tak boleh lelap. Layan Netflix sebab wifi di Aeroplaza sangat awesome. Bangun bersiap di tandas yang berdekatan buatlah apa patut nak freshen up. Nak mandi pun boleh. Disediakan shower room yang terletak di Terminal 1 (International North Gate), di KIX Airport Lounge dan di 2F Aeroplaza. Dikenakan bayaran 500Y - 600Y untuk 15 minit. RujukSINI untuk peta lokasi. Kesemua shower rooms yang disediakan adalah coin-operated jadi masuk duit air pun keluar. Shampoo, shower gel dan conditioner turut disediakan. Mandi kena pantas tak boleh take your own sweet time. Bersiap ala kadar just nice untuk menempuh perjalanan ke Hokkaido dan solat. Kami bentang sejadah buat tak tahu dan solat. Kalau rasa insecure ada juga ceruk yang tersorok jadi boleh solat disitu. Tapi jangan risau, orang ramai di Aeroplaza tak sempat nak ambil peduli pun kita buat apa. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. 

KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT : DARI TERMINAL 1 KE TERMINAL 2 MENGGUNAKAN FREE SHUTTLE BUS SERVICE

Di Terminal 1, ada juga perlepasan ke destinasi-destinasi domestic tapi untuk selected airlines saja. Khas untuk penumpang-penumpang Peach Aviation, KIX telah menyediakan satu terminal khas iaitu Terminal 2 Kansai International Airport. Hanya Peach Aviation saja yang beroperasi di Terminal 2. Kalau korang naik ANA, JAL, Vanilla Air atau mana-mana airlines selain Peach Aviation tak perlu susah-susah ke T2. Terpaksalah kami gerak ke T2 untuk check-in luggage. Selesai solat kemas barang sikit siap sedia untuk berangkat ke Terminal 2. Semangat nak sampai domestic departure awal-awal.. Ikut saja signage 'shuttle' dan tunggu service shuttle bus ke T2 yang disediakan secara percuma. Dekat sangat dengan kawasan Waiting Area hanya perlu turun ke bawah terus sampai di tempat menunggu shuttle bus. Rujuk SINI untuk lokasi menunggu shuttle bus ke T2 Kansai International Airport. Ada timetable waktu pergerakan shuttle bus online tapi based on my observation, frequency service shuttle bus ke T2 adalah banyak bermula seawal 06:00AM dan mungkin sedikit slow menjengah tengah malam.

Dalam shuttle bus dari T1 ke T2.


Perkhidmatan percuma shuttle bus yang sistematik.

Tak sampai lima minit gap, another shuttle bus sampai.

Terminal 2 International Gate perlepasan Peach Aviation ke negara lain.

Shuttle bus turunkan penumpang berhadapan dengan Domestic Gate.

Suasana di dalam kawasan Domestic Gate T2 Kansai International Airport.

Kerusi-kerusi yang disedikan untuk menunggu pun tak banyak.

Penerbangan ke New Chitose Airport Hokkaido adalah pada pukul 09:00AM. Pukul 07:00AM kami dah terpacak di T2. Memang dinasihatkan untuk berada di terminal one hour prior depature tapi kami nervous better pergi awal. Bangunan T2 sama macam LCCT rumah gudang yang besar. Tak ada yang menarik langsung dan kerusi pun tak banyak disediakan. Masuk melepasi pintu automatic terus nampak kaunter drop luggage dan ada signage 'Okinawa' dan 'Fukuoka' saja. Duduk dulu sekejap hilangkan penat sebelum aku pergi jenguk mesin print ticket. Bila nampak ada yang bertudung ganjil semacam makhluk seorang ni ramailah datang nak tolong. Very nice staff Peach Aviation tolong even though mesin ada option English. Scan code yang diberikan tapi yang appear adalah 'Access Denied'. Dua kali cuba still sama. Dah sudah.. Nak nangis pun ada. Staff minta nak check ticket aku dan senyum saja. Rupanya untuk ke New Chitose belum boleh check-in. Pukul 08:20AM baru boleh scan code. Dalam hati terdetik tak lewat sangat ke nak check-in tapi ikutkan saja. Duduk melepak melangut tengok orang. Adalah kedai kalau nak beli coffee tapi tak terasa pun. Not a fan. Tiba-tiba ada segerombolan penumpang (adalah dalam 20-30 orang) baru turun shuttle bus masuk dan terus ke mesin untuk scan dan print ticket. Pantas terus masuk ke security check dan hilang disebalik pintu. Yang mana nak drop luggage boleh proceed drop luggage, kalau tak ada terus saja ke depature gate. Peeergh !! Patutlah tak ramai orang berlegar-legar sebab yang sampai terus uruskan urusan ticket dan lenyap. Kenapa ya cepat sangat.. Makin tak sabar nak tahu macam mana situasi disebalik pintu security.

PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI PENERBANGAN PEACH AVIATION DARI KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT KE NEW CHITOSE AIRPORT HOKKAIDO

Peach Aviation berpusat di Kansai International Airport itulah sebabnya siap ada satu terminal khas untuk Peach Aviation. Urusan booking ticket penerbangan adalah sangat mudah dengan syarat ada credit card. Tak ada credit card memang tak boleh booking langsung. Ingatkan bila dah activekan debit card untuk buat international transaction bolehlah guna tapi asyik kena reject. Ended up terpaksa pinjam credit card orang lain yang baik hati nak tolong because I don't have one. Thank you so much. Homepage Peach Aviation pula sangat tersusun dan comel mudah untuk berurusan. Isi nama kena rapatkan semua huruf 'binti' pun dirapatkan sekali. Contohnya : SITIH#####BINTI (Name) dan SH### (Surname). Maaf tak ada tutorial bergambar tapi jangan risau senang saja nak isi. At first aku memang tak tahu nak isi macam mana sebab keliru. Tanya kawan yang pernah study di Jepun katanya tak perlu 'BINTI' tapi tanya seorang lagi kawan yang pernah menaiki Peach Aviation letak 'BINTI' untuk mengelakkan persoalan bila nama di booking form tak tally dengan passport. Baiklah.. Letaklah 'BINTI'. Aku letak 'BINTI' sekali terus dengan nama. Alhamdulillah selamat lepas kastam dan urusan-urusan lain. Peach Aviation menawarkan tiga jenis kelas penerbangan. Paling murah obviously paling tak ada benefit, sesuai untuk those yang travel light, middle dan paling mahal. Kami ambil yang middle Value Plus namanya, boleh check-in luggage 20KG seorang dan hand carry 10KG seorang. One of the reasons kenapa kami pilih nak naik Peach Aviation selain daripada tambang yang paling murah adalah kerana kecomelan nama airlines 'Peach Aviation' dan warna tema purple. Serba serbi purple sooo kawaii.

Hampir 08:20AM dah nampak signage 'Chitose' dipasang. Banner guna kertas saja langsung tak fancy tapi still warna purple. Tak ada screen electronic pun. Pandai-pandailah kau buka mata luas-luas tengok banner. Staff yang tolong aku tadi dah panggil suruh check-in. Nampak tak macam mana diorang bekerja ? Alert dan ingat penumpang-penumpang walaupun deal dengan ramai orang dalam masa sehari. Scan code terus keluar nama dan tiket. Nak scan code terus dari handphone pun boleh. Dapat ticket terus pergi ke kaunter untuk drop luggage. Scan luggage sekali dan terus tinggalkan di kaunter. Tak ada banyak soal. Untuk hand carry, staff hanya tanya saja ada atau tak barangan terlarang tak check pun. Memang tak adalah jadi terus ke security gate. Punyalah standby nak tanggalkan jam, nak keluarkan handphone dan segala macam benda yang kita selalu lalui di Malaysia rupa-rupanya tak ada langsung security check. Disambut mesra dengan senyuman dan hanya angguk-angguk kepala sambil wish safe journey. Tahap kepercayaan tinggi sangat agaknya sampai tak perlu check. Mampu bertukar pandangan saja dengan Ain sambil terserlah rasa kagum.

Boarding pass dan ruangan menunggu Q untuk ke Chitose.

Melepasi security gate ada kedai kiri kanan dan terus sampai ruangan menunggu. Tak adalah episode menapak jauh atau takut ditinggalkan kapal terbang. Hairan sungguh kenapa semua sudut tak ada banyak kerusi disediakan. Sikit sangat. Memang masyarakat Jepun tak suka duduk agaknya. Kami cari tempat nak melepak tapi tak sampai 10 minit menunggu pun semua penumpang sudah dipanggil beratur. Waktu menunjukkan pukul 08:40AM. Hanya pemegang ticket seat tepi tingkap saja dulu yang dibenarkan masuk dan memang akan disemak satu per satu. Tak ada yang tak ikut arahan pun semua faham bahasa jadi process sangat smooth dan cepat. Since aku beli seat duduk tepi tingkap, aku berjalan masuk dulu ke dalam kapal terbang. Landasan open air tak ada aerobridge kena naik tangga macam zaman di LCCT. Angin sejuk bertiup kencang memang menggigil teruk walaupun jarak menapak dekat tapi seksa yang amat. Nak buka mata pun berkerut-kerut dahi. Ingatkan ada aerobridge rupanya tak ada.. Baju sejuk pula dah lipat masuk hand carry. Padan muka !!

Sambil flight attendance check compartment sambil kapal terbang gerak. Woooah !! 08:55AM demonstration keselamatan tepat 09:00AM dah depart. Bukan 09:00AM baru undur nak gerak. NO !! No wonder they don't even mind check-in 40 minit sebelum berlepas sebab semuanya sangat sistematik right on the dot terus gerak. Pap pap pap pap !! Selesai kerja. Itulah agaknya sebab kenapa tak perlu nak sediakan kerusi banyak-banyak sebab tak sempat nak duduk melepak dah dipanggil. No wonder juga semua penumpang yang meluru masuk ke departure gate lesap sebab sistem yang sangat bagus pantas dan sistematik. I just can't imagine how they work it out..


Goodbye Kansai. Will be back soon..

Terbang meninggalkan landasan Kansai International Airport.

Kapal terbang Peach Aviation biasa saja besarnya. Sama size dengan pesawat Air Asia untuk penerbangan domestic. Untuk journey sejam dua okaylah just nice. I noticed one thing masa melangkah masuk ke flight, flight attendance pandang atas bawah sambil sengih kemain sangat. Mula-mula ucap selamat datang in Japanese kemudian sendiri melatah kalut greet in English. Alaaa tak kisah pun.. Ada juga penjualan makanan snack dan merchandises. Comel-comel merchandises Peach Aviation teringin nak beli (tiba-tiba jadi peminat pula) tapi melihatkan harganya memang hanya mampu tengok tak mampu membeli. Penerbangan ke New Chitose Airport Hokkaido mengambil masa selama hampir dua jam. Memang kami sambung tidur mengantuk dan penat. It was a rough journey bumpy here and there. Awan kepul-kepul dan tebal. Penggunakan handphone adalah dibenarkan cuma tak dibenarkan membuat sebarang panggilan (diberitahu ketika penerangan keselamatan) dan memang dapat signal 4G. Laju !! Hati makin melonjak riang bila buka tingkap dah mula nampak tompokan-tompokan putih di daratan. Tak tahu nak express perasaan dalam hati macam mana. Ya Allah.. hanya tuhan yang tahu betapa aku excited dan sangat tak sabar untuk mendarat. Berkali-kali rasa syukur aku ucapkan dan berterima kasih dengan peluang yang DIA berikan. Always.. Always be grateful and thankful.

How can you say no to this ?






Hello Hokkaido.. Nice to meet you.



Alhamdulillah selamat mendarat di New Chitose Airport Hokkaido at 11:00AM local time. Memang satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan macam mana rasanya bila tengok salji putih memenuhi landasan. Terkedu dan rasa diri sangat kerdil. Lama berdiri di aerobridge mengintai landasan. It was not my first encounter dengan snow. Dah pernah main snow when I went to Korea few years ago tapi perasaan kali ini tak sama. Not at all. Slowly berjalan meninggalkan aerobridge nak pick up luggage. I believe yang menanti di luar airport mesti lagi menakjubkan. Tak sabar nak melalui pelbagai lagi pengalaman baru dan menarik yang aku dan Ain akan tempuh selama lima hari di Hokkaido. Tapi.. Kita pergi makan dulu ya. Perut dah mula buat konsert tarian kipas.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

PILIHAN SUSHI YANG SEDAP DARI EMPIRE SUSHI

$
0
0

PILIHAN SUSHI YANG SEDAP DARI EMPIRE SUSHI


PILIHAN SUSHI YANG SEDAP DARI EMPIRE SUSHI | Siapa suka sushi dan makanan-makanan Jepun yang lain sila angkat tangan !! Okay kita geng kita geng. Yang tak suka sushi bacalah juga mana tahu nanti ada rasa nak cuba lepas tu terus jatuh cinta. You might deeply fall in love dengan sushi the moment you take your very first bite. This time aku nak kongsikan mengenai range of delicious sushi yang ada di Empire Sushi. Ini first time cuba walaupun dah pernah jenguk pernah lalu depan kedai dan pernah berkira-kira untuk membeli beberapa kali. Akhirnya di Ipoh Parade aku tewas dengan godaan sushi dari Empire Sushi. Ada logo 'HALAL' dipaparkan maka makanlah dengan tenang. Together with Najwa, jakun kami tengok sushi disusun cantik sambil tunjuk-tunjuk nak itu nak ini. Tak sabar nak pilih dan ngap. Kami pilih ikut selera masing-masing dan kesemua pilihan kami langsung tak mengecewakan. I am not sponsored untuk buat sebarang statement promotion. Memang kalau sedap cakap sedap.. Aku pelanggan dan aku berpuas hati. Haih sambil menaip sambil teringat balik kesedapan sushi di Empire Sushi. Craaaving teruk ni !! I am so going to go to Sunway Carnival very soon since disitu ada store Empire Sushi yang paling dekat dengan rumah. Selain di Sunway Carnival, Penangites boleh beli sushi Empire Sushi di First Avenue Mall, Gurney Paragon, Gurney Plaza dan Mydin Mall Bukit Mertajam. Boleh locate store berdekatan dengan korang di SINI

 Maki Rolls dan Inari.


Konsep di Sushi Empire bukan fine dining ada conveyer belt sushi joget-joget atas pinggan semua tak langsung. Just store biasa you tunjuk-tunjuk nak sushi yang mana they will pack for you and please go macam beli sushi di Aeon. Really good nak dijadikan snack on the go. Kalau nak makan juga adalah few tables and chairs disediakan. To my surprise, harga setiap sushi adalah sangat reasonable. I thought harga mahal or at least sedikit mahal daripada Sushi King. Nope.. Sangat berbaloi dengan harga and the fillings banyak dan padat confirm puas hati. Options pun banyak dari Gunkan, Nigiri, Inari, Maki Roll, Temaki dan Onigiri. Oh oh they have mochi as well. Sedapnya !! Really chewy and sweet. Makan dua tiga biji dah rasa full. Cannot remember the exact price berapa total kami bayar tapi range dalam RM1.50 ke RM3.50 sebiji. My favourites are : Grilled Abalone, Egg Inari, Tuna Mayo dan banyak lagilah. Rasa nak beli semua.. Next time kita singgah lagi. Jangan lupa cuba jika berkesempatan ya.. Yumms !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TWIX DAN SNICKERS ICE CREAM BAR BY MARS INCORPORATED

$
0
0

TWIX DAN SNICKERS ICE CREAM BAR BY MARS INCORPORATED


TWIX DAN SNICKERS ICE CREAM BAR BY MARS INCORPORATED | Tahu tentang kewujudan ice cream Twix dan Snickers ini tapi tak pernah jumpa di pasaran tempatan atau aku yang pemalas nak cari di kedai. Jarang pergi grocery stores yang high end seperti Cold Storage, Sam's Groceria dan yang seangkatan sebab tak ada satu pun yang dekat dengan rumah. Jadi chances nak jumpa sangat low. I am not sure kalau ice cream bar ini ada dijual di hypermart biasa. If ada please let me know. Pernah nampak ice cream ini masa di Australia tapi tak pula rasa nak mencuba mood nak makan ice cream tak ada jadi tak beli. Bila dah balik selalunya memang akan teringat-ingat terbayang-bayang. Singgah beli barang di Jaya Grocer Bangi Gateaway ternampak peti ice cream Mars Incoporated and yeah !! Banyaknyaaa ice cream yang sedang menggoda. Ada Twix, Snickers, Mars, Bounty, Milky Way dan few others lagi exactly macam yang aku jumpa di Australia. Ikut hati nak beli serba satu, tamaklah katakan tapi tengok harga kembali sedar diri. Mahal jugaaa jadi hanya ambil yang mana berkenan. Twix is my favourite and I bought Snickers untuk MamiZ. Satu ice cream bar ini berharga RM6.90 jadi kalau nak beli serba satu rasa tercekik nak bayar. Tak apalah.. Tak akan lari ice cream dikejar. Next time kita beli lagi. Verdict rasa : absolutely Twix punya lebih sedap sebab tekak memang suka Twix but MamiZ said Snickers sedap lagi. It is obvious selera masing-masing tak sama. If you are someone yang suka makanan-makanan manis, you should give it a try. Sesekali reward diri apa salahnya. Yuuums..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 2.1 - HIDANGAN HALAL DI DONBURI CHAYA NEW CHITOSE AIRPORT + PRAYER ROOM / BILIK SEMBAHYANG

$
0
0

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017


Entri sebelumnya diSINI.
5 December 2017 (Selasa)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : MENU MAKANAN HALAL DI DONBURI CHAYA NEW CHITOSE AIRPORT, CHECK-IN AIRBNB DI NAKANOSHIMA STATION DAN SHOPPING DI DAISO SUSUKINO STREET SAPPORO. We were hungry !! Last meal we had adalah meal Air Asia dalam perjalanan ke Kansai dan bread sticks yang Ain bawa dari Malaysia for breakfast. Ikut logic memang layak sangat perut berdondang sayang minta diisi. Arrived in Hokkaido at 11:00AM selesai urusan kastam around 11:45AM gituuu and seriously kena cari makanan. Perjalanan masih panjang untuk sampai ke Sapporo dan kami ada masa yang agak lama untuk melepak sebelum check-in ke rumah yang disewa through Airbnb pada pukul 03:00PM. Aku personally suka itinerary yang kami sediakan kali ini. Off course dalam setiap satu perjalanan ada target dan matlamat tempat-tempat menarik yang ingin dituju, tapi kami juga bertindak lebih flexible mengikut keadaan dan cuaca. Sebelum jumpa restaurant yang menyediakan hidangan menu halal, sempat juga meronda dalam bangunan New Chitose Airport yang super besar dan bertingkat-tingkat. New Chitose Airport dibahagikan kepada dua terminal utama, domestic dan international yang dihubungkan oleh 'Connecting Path' di 3F dan 4F. Kebanyakkan facilities yang menarik terletak di Domestic Terminal : JR Line Train, Arrival Lobby, Departure Lobby, Shopping World, Gourmet World, dan Oasis Park (Theater dan Bathing Facilities) berbanding di International Terminal. Rujuk SINI untuk New Chitose Airport Map. Banyak pilihan restaurant di Gourmet World tapi obviously tak boleh makan. Ada satu saja restaurant di New Chitose Airport yang menyediakan menu makanan halal untuk Muslims iaitu Donburi Chaya yang terletak di 3F Domestic Terminal.



Jujurnya tak rancang untuk makan di Donburi Chaya New Chitose Airport and I had no idea at all ada Donburi Chaya di New Chitose Airport. Ingatkan hanya ada satu saja di Otaru. Perancangan asal adalah untuk terus ke Sapporo dan cari makanan halal disana sebelum check-in. Tapi kami masing-masing dah kepenatan dan kelaparan. Ditambah pula kena mengusung luggage sana sini lagilah terasa lenguh. Duduk dan search sikit akhirnya jumpa Donburi Chaya. Terus pergi ke 3F Gourmet World. Banyak sangat kedai souvenirs dan chocolates di Shopping World 2F. Kedai-kedai yang menjual souvenirs yang comel belaka. Pokemon Centre pun ada. Alaaahai rasa tergoda tapi awal sangat nak mula melabur. Disebabkan tak study lebih awal, agak kelam kabut mencari kerana susunan restaurants di Gourmet World agak confusing. Pelan-pelan pusing no need to rush. Ended up kami terus ke information counter dan terus tunjuk gambar restaurant. Di desk information counter ada floor map semua restaurants yang ada di Gourmet World. Dari information counter 3F sebenarnya dah boleh terus nampak Donburi Chaya. 

MENU MAKANAN HALAL (SEAFOOD) DI HOKKAIDO : DONBURI CHAYA NEW CHITOSE AIRPORT

Jelas logo halal ditampal di pintu masuk restaurant jadi kami tak tanya lebih untuk mendapatkan kepastian. Logo Halal Media Japan juga ditampal. Rujuk SINI. Kami disambut baik dengan senyuman. Semua utensils besi yang berada di atas meja cepat-cepat diangkat dan digantikan dengan chopstick kayu. Botol-botol sos diganti dengan botol-botol baru yang sudah dilabel 'HALAL'. Semua process dilakukan dengan sangat pantas dan teratur. Langsung tak mengganggu kami yang baru nak settle down. Donburi Chaya New Chitose Airport is not 100% halal certified but they are acknowledged to be Muslims friendly. Segala seasoning yang digunakan adalah halal dan cara penyediaan makanan juga dijaga rapi. Melihatkan cara segala perkakasan ditukar dan dijaga, kami yakin untuk makan. I believe pihak berwajib dah jalankan apa yang patut untuk make sure makanan yang dihidangkan adalah selamat dan boleh dimakan oleh Muslims. Plus, we are talking about Japan, satu negara yang diakui mempunyai nilai disiplin dan integriti yang tinggi dan tak akan mengambil satu-satu aspek sebagai sia-sia. Menu makanan yang special untuk Muslims dihulurkan. Teruja dan lapar !! 

 Donburi Chaya New Chitose Airport.








DONBURI

Dah nama restaurant Donburi Chaya off course main menu banyak pilihan donburi. Apa benda pula donburi ni.. Donburi adalah hidangan ikan, daging, sayur dan ikut sukalah nak letak apa yang dimasak bersama dan dihidangkan di atas nasi di dalam mangkuk. Selalunya sos yang digunakan adalah manis tapi berlainan tempat berlainan cara ikut tarikan dan keistimewaan. Majoriti hidangan donburi akan ada mirin (sejenis alcohol) yang dicampur dengan kicap tapi di Donburi Chaya, yang mana tersenarai di dalam menu khas untuk Muslims tak ada mirin digunakan. Donburi ada banyak jenis. Kalau nak cerita satu persatu semua jenis yang ada memang tak ada kesudahan. Boleh cuba kalau berminat. Aku tengok pelanggan-pelanggan lain makan dengan penuh selera. Kalau di Korea ada Bibimbab, di Jepun ada Donburi. Hampir semua benda yang boleh dimakan boleh digunakan untuk jadi toppings donburi termasuklah makanan-makanan atau lauk pauk yang tak habis dimakan. Jadi campur semua gaul dan makan. Ikutlah selera masing-masing macam mana.

Kami decided untuk order hidangan lain selain donburi. Tekak masih belum bersedia untuk menerima makanan Jepun sepenuhnya. Two bowls of rice, grilled salmon and squid dengan total harga sebanyak 1840Y (RM68.80 approx). Nak makan makanan panas memandangkan hidung tengah ketat. Order juga miso soup tapi sayangnya miso soup tak termasuk dalam menu hidangan halal. Kagum lagi dengan ketelusan waitress yang ambil order. Bila sebut nak miso soup berkerut-kerut dahi dia sambil mencebik. Geleng-geleng cakap tak boleh makan. Oh well.. baiklah. Kami dah masing-masing setuju, bab makan kami kongsi saja duit tak kiralah kalau salah seorang order hidangan yang sedikit mahal. Urusan makan tak perlu berkira sangat.. Makan saja.


Grilled salmon and squid.


Terkejut yang amat bila nasi sampai dihidangkan dalam mangkuk yang besar. Satu mangkuk boleh kongsi dua orang makan pun kenyang. Memang pada awalnya ditanya nak nasi size small, medium atau large. Kami dengan yakinnya pilih medium tapi tak sangka punyalah besar mangkuknya. Sama besar dengan size tapak tangan. Dalam keadaan kami yang kelaparan pun rasanya tak mampu nak habiskan nasi sebanyak itu. Nak tukar ke mangkuk small rasa macam serabut pula aku nak explain cakap ayam itik jadi makan sajalah mana yang larat. Menu pilihan sedikit kering tak berkuah tapi overall sangat sedap dan kami berpuas hati. Syukur deria rasa masih berfungsi sikit dapat juga rasa makanan yang dimakan. Kenyang yang amat memang tak mampu nak habiskan nasi. Belajar dari kesilapan, next time tolong order small portion dulu kalau tak cukup masih lapar baru minta nasi tambah daripada terus tamak tapi makan tak habis. Hihihi..

PRAYER ROOM / BILIK SOLAT DI NEW CHITOSE AIRPORT INTERNATIONAL TERMINAL

Hanya ada satu saja prayer room yang disediakan di New Chitose Airport (ketika post ini ditaip) iaitu di 2F International Terminal. Rujuk SINI untuk peta lokasi. Agak jauh juga nak kena menapak ke International Terminal dari Domestic Terminal. Lepas makan ingat nak terus ke JR Station di B1F Domestic Terminal dan cari mana-mana ceruk untuk solat dan terus uruskan urusan KITACA Card dan gerak ke Sapporo. Sayangnya orang terlalu ramai di ruangan menunggu dan sendiri rasa tak selesa untuk solat. Kalau seorang dua mungkin berani juga bentang sejadah dan solat. Jadi menapaklah kami ke International Terminal melalui Connecting Path di 2F. Jauh.. serious jauh. Dalam keadaan kami yang lembik kepenatan memang lemah betul menapak. Sepanjang laluan Connecting Path ada tarikan menarik tapi langsung tak rasa teruja. Kedudukan prayer room agak tersorok tapi ada signage jadi ikut saja. Tak ada pemisah lelaki dan perempuan dan tak ada ruang wuduk langsung jadi kena ke toilet. Memang semata-mata satu bilik besar yang dikhaskan untuk urusan keagamaan. Tak ada orang jadi dapatlah nak golek-golek sebentar. Selesai solat jomlah patah balik semula ke Domestic Terminal, beli transportation card dan seterusnya ke Sapporo.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 2.2 - KAD KITACA + DARI NEW CHITOSE AIRPORT KE SAPPORO + AIRBNB DI NAKANOSHIMA STATION + DAISO SUSUKINO

$
0
0

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
5 December 2017 (Selasa)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : KAD KITACA, DARI NEW CHITOSE AIRPORT KE SAPPORO, CHECK IN AIRBNB DI NAKANOSHIMA STATION DAN DAISO SUSUKINO. Lega dapat makan dan solat dah boleh bertenang. Almost pukul 02:30PM eloklah kita atur langkah ke Sapporo dan seterusnya check-in. Tak sabar nak check-in nak golek-golek. Kami ke B1F di Domestic Terminal untuk menaiki train JR Airport Rapid ke Sapporo Station. Tapi sebelum nak gerak kemana-mana kena settle dulu urusan transportation card yang akan digunakan. Agak pening sebenarnya nak study mengenai jenis-jenis transportation card yang ada sebab terlalu banyak. Ada card yang boleh digunakan di seluruh Jepun ada yang hanya di sesetengah tempat dan ada yang hanya boleh guna untuk jenis pengangkutan yang tertentu. Jenis-jenis transportation card atau smart card yang boleh digunakan di Hokkaido adalah SAPICA, KITACA, SUICA, PASMO, TOICA, ICOCA, HAYAKAKEN, NIMOCA dan SUGOCA. Rujuk SINI. Banyak kan.. Dan setiap satu card memainkan peranan yang berbeza jadi kena ambil tahu fungsi setiap card dan pilih yang mana satu paling sesuai dengan itinerary yang telah dirancang. Belum cerita lagi tentang senarai Pass yang ada di Hokkaido. Makin bertambah pening. Penting sangat untuk kita ada mana-mana jenis smart card sebab senang nak bergerak sana sini naik public transportation.

HOKKAIDO RAIL PASS / SMART CARD / TRANSPORTATION CARD / KAD YANG BOLEH DIGUNAKAN DI HOKKAIDO : SAPICA & KITACA

 SAPICA
Hanya boleh digunakan untuk menaiki subway lines (Namboku Line/Tozai Line/Toho Line), buses dan streetcar di Sapporo sahaja. Kad SAPICA berharga 2000Y (RM74.80 approx) dengan 500Y digunakan sebagai deposit dan akan dipulangkan ketika terminate penggunaan card. Jadi ada 1500Y jumlah tambang di dalam setiap kad. Boleh tambah nilai dimana-mana saja stesen sekitar Sapporo. SAPICA lebih menguntungkan buat penduduk tempatan sebab setiap kali tap on dan tap off ada point yang dikumpul dan discount akan diberikan. Kalau korang hanya berada di sekitar Sapporo dan akan menggunakan tiga lines subway utama Sapporo, this card is the best choice.
 KITACA
KITACA adalah smart card oleh syarikat JR Hokkaido yang boleh digunakan untuk menaiki kesemua JR Train di laluan JR diseluruh Hokkaido. Menariknya, KITACA covers semua area SAPICA cuma tiada point dan discount yang akan diberikan. Harga juga sama : 2000Y (RM74.80 approx) dengan 500Y digunakan sebagai deposit dan akan dipulangkan ketika kita terminate penggunaan card. Jadi ada 1500Y jumlah tambang di dalam setiap kad.
 SUICA
Card yang juga digunakan untuk pengangkutan JR Line dan lebih menarik, card ini boleh digunakan secara meluas. Berbaloi untuk pengguna yang akan pergi ke banyak tempat di Jepun. SUICA boleh digunakan untuk menggantikan KITACA, PASMO, MANACA, TOICA, ICOCA, HAYAKAKEN, NIMOCA, SUGOGA. SUICA juga boleh digunakan ketika shopping sebagai ganti wang tunai. Rujuk SINI untuk laluan-laluan utama JR Line yang boleh menggunakan SUICA. Card ini juga mengenakan deposit sebanyak 500Y dan ada tambang khas untuk dewasa dan kanak-kanak.

KITACA Card.

Nak kongsikan semua benefit dan senarai semua jenis Smart Card yang ada di Jepun memang tak akan habis, terlalu banyak tapi slowly korang buatlah bacaan dan research kemudian decide mana yang paling sesuai dengan gaya perjalanan korang. Rujuk SINI untuk senarai Smart Card atau IC Cards yang boleh digunakan di Jepun. Kami berdua bersepakat untuk guna KITACA saja memandangkan KITACA boleh digunakan untuk menaiki train JR Line dan juga boleh access semua subway dan bus di sekitar Sapporo. Kami ada rancangan untuk keluar dari Sapporo jadi eloklah pakai KITACA. JR Hokkaido sebenarnya masih dalam process untuk memanjangkan laluan di sekitar Hokkaido. Jadi buat sesiapa yang baru nak pergi Hokkaido, rajin-rajin jenguk website JR Hokkaido di SINI to keep updated dengan perkembangan terbaru laluan JR Hokkaido. JR Hokkaido offers pelbagai jenis passes yang kita boleh pilih untuk memudahkan perjalanan disana. Since kami tak berminat untuk beli mana-mana pass, tak adalah study lebih-lebih. Baca gitu-gitu saja. Korang boleh rujuk SINI untuk bacaan lanjut. Berbaloi untuk sesiapa yang nak stay lama di Hokkaido dan keluar dari Sapporo. Selain itu, ada juga One Day Pass Sapporo, Donichika Ticket, Dosanco Pass dan beberapa lagi pilihan. Memang pening tapi as you go by preparing your itinerary, you will get used to it. Untuk kami berdua, tak perlu Hokkaido Rail Pass atau apa-apa pass lain. Memadai dengan hanya KITACA card.

Harga KITACA adalah 2000Y (500Y adalah deposit) jadi hanya 1500Y (RM56.10 approx) saja nilai yang ada didalam card. Tak cukup pun untuk bayar tambang JR Airport Rapid jadi kami top up another 2000Y menjadikan jumlah nilai di dalam card adalah 3500Y. Card dah beli siap top up apa lagi.. Jom kita gerak ke Sapporo.

DARI NEW CHITOSE AIRPORT KE SAPPORO STATION

Ada beberapa options untuk ke Sapporo Station dari New Chitose Airport. Selain Airport Limousine, rujuk SINI, option paling mudah adalah JR Line Airport Rapid dari New Chitose Airport Station terus ke JR Sapporo Station. Setiap 15 minit akan ada sebuah train jadi tak adalah lama menunggu. Dah ada KITACA tak perlu beli tiket hanya tap on tap off saja setiap kali masuk dan keluar station. Mengikut Google Maps, harga sehala JR Airport Rapid dari JR New Chitose Station ke JR Sapporo Station berharga 1590Y (RM59.50 approx) tapi bila tap off di JR Sapporo Station, hanya 1070Y (RM40.10 approx) saja yang dipotong. Ini sudaaah baik hihihi.. Perjalanan untuk ke JR Sapporo Station mengambil masa kira-kira satu jam. Sempat kalau nak tidur tapi keluar dari kawasan New Chitose Airport memang dah terpukau dengan permandangan diluar tingkap. Cantiknya permandangan putih kiri dan kanan landasan. Senyum seorang diri bermonolog sambil merenung salji-salji putih.. Sampai di satu station, kami berselisih dengan satu lagi train di arah bertentangan. Penuh berdebu train dan senyuman aku makin lebar. That's it !! Maksudnya di depan sana tengah snowing itulah sebabnya train itu berdebu. Ya Allah.. Tak tahu kenapa rasa jantung berdegup kencang sangat aaand I was right. Makin kami menghampiri Sapporo, makin lebat kelihatan snowflakes yang turun. It was a dream come true !! Tak tahulah kenapa emotional sangat.. Dalam train juga meleleh airmata.


 Snowflakes di train station.

 Semakin menghampiri JR Sapporo Station.

Sampai di JR Sapporo Station, kena tukar pula laluan ke Namboku Line ke Nakanoshima Station. Tak susah jangan panic ikut saja signage untuk menukar laluan. Sapporo Station sangat besar dan orang sangat ramai jadi tabahlah mengusung luggage. Jangan berani sangat berjalan di tengah laluan kalau tak memang kena rempuh. Tak ada pun yang nak kesian dengan kita jadi pilih jalan selamat, usunglah luggage di tepi. Orang-orang disana tak sempat nak hiraukan kita diorang sendiri sibuk buat hal diorang saja dan semua sangat laju berjalan tak tahulah nak kejar apa. Bila nak turun tangga, abaikan kalau ada yang berdengus tak puas hati. Buat tak tahu saja suka hati dia nak buat apa. Bukan buta sampai tak nampak orang tengah usung luggage. Yang mana ada otak akan terus mengelak daripada berjalan belakang pelancong-pelancong yang usung luggage. Hanya lima stops saja dari Sapporo Station ke Nakanoshima Station. Antara pilihan lokasi lodging yang popular adalah di Sapporo, Odori, dan Susukino. Memang meriah dan lively tapi kami memang pilih lodging yang sedikit jauh dari bandar tapi senang access dengan train. Rumah di Nakanoshima bukanlah option yang termurah tapi kami suka dengan lokasinya. Tak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai atau bunyi kenderaan yang bising. Airbnb berdekatan dengan Nakanoshima Station milik Adachi adalah lokasi pilihan terbaik dan sangat tenang. Keluar dari Exit 3, terkedu melihat keadaan sekeliling. It was snowing dan agak lebat. Menyaksikan sendiri snowflakes yang turun sepatutnya hati seronok tapi sayu pula rasa. Lama juga kami berdiri di hadapan pintu Exit 3 ralit menghayati snowflakes yang halus cantik turun dari langit. Subhanallah..

Hanya dua minit saja untuk sampai ke rumah Adachi. Dua blocks dari Exit 3 Nakanoshima Station. Sangat dekat cuma perjalanan sedikit slow sebab jalan licin dan kena usung luggage. Pengalaman pertama berjalan di atas salji yang tebal. Hati-hati jangan sampai tersungkur. Joget-joget atas jalan nak melintas. Macam penguin pun iyaaa juga. Kalau terlambat sikit pun jangan risau, kereta akan tunggu tak adanya diorang marah. Ada dua convenience stores berdekatan jadi nak beli apa-apa sangat senang. Disapa mesra oleh seorang makcik yang keluar ke Exit 3 tapi entahlah apa dia cakap tak dapat tangkap sangat. Kami angguk dan senyum saja.. Terubat sikit hati bila jumpa orang-orang yang baik hati. Tak adalah nak marah saja kerjanya. Jomlah kita masuk rumah.. Tak sabar nak golek-golek dan berehat. 

 Betul-betul dihadapan pintu Exit 3.






Sangat senang process untuk check-in. Semua arahan telah diberikan dengan jelas jadi ikut saja. Dah check-in terus update Adachi tentang keadaan rumah seperti yang diminta. Disebabkan berjalan terlalu banyak, rasa panas pula bila dah masuk rumah. Dengan sombongnya tak mahu hidupkan heater konon mampu bertahan. Tak sampai lima belas minit mula menggagau macam mana nak on heater sebab dah menggigil kesejukan. Siap duduk bersila depan heater panaskan badan sambil layan permandangan luar tingkap. Manual telah disediakan oleh Adachi jadi ikut saja arahan. Rumah Adachi sama seperti yang dikongsikan di website Airbnb. Takut juga sebab ada baca pengalaman orang lain yang dapat rumah hanya indah khabar dari rupa. Adachi's house sangat value for money dengan lokasi yang dekat dengan subway station. Kawasan neighbourhood sangat tenang. Great for two and just nice for three. Disediakan extra tilam juga. Katil yang selesa dengan comforter yang gebu aaargh bestnya. Ada stove, microwave dan washing machine. Detergent dan segala toiletries juga disediakan cuma toilet agak kecil. RujukSINI. Hari hampir gelap walaupun baru pukul 05:00PM. Leka panaskan badan dan mula rasa malas nak keluar meneruskan misi pertama di Sapporo. Ikut perancangan awal, kami nak ke Mount Moiwa Observatory Deck naik cable car dan enjoy night view disana tapi dengan keadaan angin yang sedikit kencang dan snowfall yang masih belum berhenti, kami batalkan niat untuk kesana. Takut bila dah sampai cable car tak beroperasi pula. Tengoklah keadaan macam mana kalau boleh adjust itinerary untuk ke Mount Moiwa. Dah tak jadi ke Mount Moiwa tak mungkin nak duduk dirumah saja.. Haruslah keluar juga walaupun badan masih demam. Rugi.. Rugi kalau dilayan sangat. Kami decided untuk ke Susukino dan hanya berjalan-jalan sekitar kawasan Susukino dan meneruskan misi untuk ke Daiso yang katanya terbesar di Sapporo. Dari Nakanoshima Station kami ke Susukino Station, kawasan yang paling lively penuh dengan manusia dan segala macam aktiviti membeli-belah boleh dilakukan. Hanya jalan cuci mata survey sikit dan terus ke Daiso. Hanya lima minit berjalan kaki dari Susukino Station.



Memang besar sungguh Daiso yang terletak di Susukino. Ada lima tingkat dan setiap tingkat ada bahagian yang tersendiri. Lama kami berada di Daiso nak habiskan tawaf kesemua tingkat. Obviously Daiso di Jepun sama saja dengan Daiso di Malaysia tapi lebih banyak pilihan dan harga serendah 100Y (RM3.74 approx). Ada juga barangan yang mahal sehingga 500Y (RM18.70 approx) tengok gaya dan quality juga. Di Daiso juga ada quite a selection of souvenirs yang boleh dibeli untuk keluarga dan kawan-kawan. Make sure pilih yang nampak rare dan ada unsur-unsur culture Jepun yang obvious. Borong coasters Mount Fuji untuk sepupu dan beberapa housewares yang menarik. Both of us tak beli chopsticks at all walaupun ada banyak design yang menarik. Disini aku banyak beli toys untuk my nieces dan nephews sebab murah dan menarik. Barangan-barangan Disney juga banyak tapi bersesuaian jugalah dengan harga 100Y.  Keluar dari Daiso, snowfall makin tebal dan tak ada tanda untuk berhenti. Berpuas hati dengan hasil tangkapan, kami decided untuk pulang ke rumah dan berehat. We had a long journey dua hari berturut-turut eloklah pulang dan charge energy untuk menempuh hari-hari seterusnya di Jepun. Sempat beli sebiji apple dan strawberries. Yuums.. Goodnight semua.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Viewing all 579 articles
Browse latest View live