TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017
Entri sebelumnya diSINI.
6 December 2017 (Rabu)
TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI SNOWMOBILE DI SNOWMOBILE LAND SAPPORO. Both of us rasanya around 10:00PM dah selamat masuk dreamland. Lepas decide perjalanan hari seterusnya memang tak fikir panjang letak kepala pengsan terus mimpi apa pun tak tahulah. Ain give up tidur atas katil terus buka tilam berkampung depan heater. Suhu sangat sejuk walaupun dah on heater. It was snowing kat luar cantiknya tengok snow turun waktu malam. Sejuk sangat tapi nikmatnyaaa tidur dengan tilam empuk selimut lembut. Hari baru semestinya pengembaraan baru yang menanti. Dah kenyang breakfast dengan bekalan nasi goreng Brahim's, seawal 08:00AM kami dah keluar menuju Nakanoshima Station. Cuaca cantik snow dah berhenti dan jalan dipenuhi salji yang gebu. Semangat sangat kami nak pergi main salji muka masing-masing meriah dan excited. Inilah niat utama kami berdua setuju untuk ke Sapporo. Kami golek atas salji puas-puas dan nak pergi main snowmobile. Ada seorang kawan dah pernah pergi main snowmobile dan kongsikan gambar di Facebook. Since then, memang aku nekad whatever it takes aku akan jejak kaki ke Sapporo dan experience sendiri pengalaman bermain snowmobile. Nak enjoy winter festival dan have fun di Takino Suzuran tak boleh sebab semua event belum lagi bermula. Rujuk SINI untuk info mengenai Takino Suzuran. Majoriti events menarik sepanjang winter di Hokkaido bermula hujung December atau January. Tapi tak apa !! Jom kita pergi main snowmobile.
SNOWMOBILE LAND SAPPORO : PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI SNOWMOBILE
Snowmobile Land Sapporo terletak di dalam kawasan Wonderland Sapporo. Di Wonderland Sapporo pun ada banyak aktiviti-aktiviti menarik seperti di Takino Suzuran. Rujuk SINI. Dari Nakanoshima Station (Namboku Line), kami perlu ke Hassamuminami Station (Tozai Line). Tukar laluan di Odori Station. Sampai di Hassamuminami Station terus saja ikut signboard ke Hassamuminami Bus Station yang terletak di atas subway station. Bus station kecil saja tapi sangat sistematik. Untuk ke Wonderland Sapporo kita perlu naik bus bernombor 41 (Nishiko-Fukui Line) dan turun di Fukui Entei Mae (station terakhir). Kalau keliru tunjuk saja gambar pada driver bus. Selama kami disana, tak jumpa seorang pun driver bus yang tak sudi menolong. Semua mesra dan baik hati walaupun ada language barrier yang ketara. Tak ada proper bus stand memang diturunkan di tepi jalan saja. Jangan takut nak turun pula. Dalam bus tak ada tulisan Romanji langsung jadi aku hanya berpandukan laluan Google Maps yang aku sentiasa on. Bila dah dekat dengan tempat yang sepatutnya turun baru tekan loceng. Keliru juga tapi alhamdulillah sangat reliable dan semua okay.
Ternganga jugalah bila turun di Fukui Entei Mae. Sungguh kena turun tepi jalan dan hanya ada satu tiang saja tanda tempat tunggu bus. Mula ragu-ragu betul atau tak tempat yang kami pergi ni.. Tapi berpandukan Google Maps kami redah juga. Ikutkan dekat saja sekitar sepuluh minit menapak tapi disebabkan jalan yang penuh salji tebal, pergerakan akan terbatas. We took our own sweet time berjalan tak rush pun. Ada spot cantik kami berhenti bergambar. Sila hati-hati menapak takut ada yang jatuh tersungkur pula. Lagi satu perkara yang sangat penting, lori-lori besar sangat banyak menggunakan main road jadi kena always alert. Dalam seronok tengok permandangan cantik memutih, kena berwaspada juga. Kadang-kadang terpaksa juga lalu atas jalan raya daripada sidewalk sebab salji yang terlalu tebal. Mengah jugalah berjalan rasa jauh yang amat walaupun tengok dalam Google Maps dekat saja, lebih-lebih lagi berjalan atas salji memerlukan ketelitian yang tinggi. Lenguh betis nak control supaya tak jatuh. Penting untuk pilih kasut yang ada grip yang kuat. Jenuhlah nak balik nanti kena patah balik..
Sekitar kawasan turun dari bus (Fukui Entei Mae).
Geramnya tengok salji gebu.
Teruskan berjalan sampai jumpa signboard besar Wonderland Sapporo. Kena lintas jalan ke kanan dan menapak sikit lagi. Maksudnya kita dah berjaya sampai ke kawasan Wonderland Sapporo walaupun dalam hati ada itu sikit rasa ragu. Iyaaalah takut juga entah kat mana kami berada sebenarnya. Lega sebenarnya hati.. Tengok pada papan tanda, ada banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Wonderland Sapporo. Jadi jangan risau kalau terpaksa datang awal ke Hokkaido sebelum Takino Suzuran dibuka. Konsep lebih kurang sama saja walaupun aku personally rasa Takino Suzuran lagi best tapi dah tak dapat pergi nak buat macam mana. Kita cari saja pengganti. Di Wonderland Sapporo juga ada macam-macam yang sedia menanti dan boleh juga berseronok. Kita akan jumpa Beer Garden dulu. Tak jauh dah jangan risau..
Bangunan office Snowmobile Land Sapporo.
SILA BUAT RESERVATION TERLEBIH DAHULU !!
Kami disambut mesra oleh Nakamoto-san yang boleh serba sedikit berbahasa Inggeris. Tak susah untuk communicate dengan diorang tapi jangan expect diorang akan converse guna perfect English. Paling penting adalah keywords yang ingin disampaikan. Nakamoto-san tanya ada buat reservation atau tak, jawapan aku tak sebab memang tak buat apa-apa reservation. Aku ada hantar email few weeks before kesana, tapi dilayan sepi saja tak berjawab. Memang tindakan kami berani dan nekad untuk pergi juga. Alamak.. janganlah cakap kalau tak ada reservation kami tak boleh naik snowmobile. Memang boleh hilang mood serta merta. Ikut jadual dah ada tempahan pukul 11:00AM jadi kena tunggu kalau masih ada kosong bolehlah kami berdua ikut sama. Kalau tak cukup, kami kena tunggu slot pukul 01:00PM. Apa-apa pun kami dapat naik snowmobile cuma tak pasti pukul berapa. Baru pukul 10:00AM memang bosan sungguh kalau kena tunggu lama tapi nak buat macam mana. Berdoa sajalah boleh menyelit sama dengan group pukul 11:00AM. Terkejut Nakamoto-san aku cakap kami datang naik bus dan jalan kaki. Tak tahulah kenapa dia terkejut sangat.. Ini adalah pengajaran untuk semua yang nak datang walk in ke Snowmobile Land Sapporo. Ikut nasiblah kalau datang hari orang tak ramai boleh juga menyelit. Kalau kena timing orang menderu memang harapan lebur. Jadi adalah selamat untuk buat reservation. Reservation boleh dilakukan sehari sebelum tarikh nak pergi ke Snowmobile Land Sapporo. Boleh rujuk SINI. Kalau korang menginap di mana-mana hotel sekitar Sapporo lagi mudah. Siap ada service pick-up lagi dan dihantar pulang. Disebabkan kami menginap di Airbnb, tak boleh gunakan khidmat pick-up untuk ke Snowmobile Land Sapporo. Itulah terpaksa redah macam-macam dugaan untuk sampai ke Wonderland Sapporo. Mungkin juga boleh set untuk pick-up dimana-mana lobby hotel yang berdekatan dengan Airbnb. Acah-acah sikit kononnya menginap disitu. Group yang booking pukul 11:00AM dah sampai dan alhamdulillah kami tak perlu tunggu pukul 01:00PM. Kami akan join sekumpulan pelancong dari Thailand.
LALUAN TRACK DAN HARGA (RATE) SNOWMOBILE LAND SAPPORO
Ada dua laluan utama : Hot Pick dan Cool Pick. Hot Pick adalah laluan pilihan ramai dan paling murah tapi Cool Pick lebih mencabar dan masuk lebih jauh ke dalam hutan. Rujuk SINI. Niat asal nak pilih laluan Cool Pick sebab lebih jauh dan lebih mencabar dengan pemandangan yang lagi cantik tapi that day, laluan Cool Pick terpaksa ditutup. Snow mula turun beberapa hari lepas dan agak bahaya kalau guna laluan Cool Pick at that moment. Sangat dramatic sambil main snowmobile, snow turun dengan lebat. Baiklah.. Kita pilih Hot Pick. Untuk tempoh sejam menyelusuri laluan Hot Pick, bayaran sebanyak 11000Y (RM411.40 approx) dikenakan. Harga memang mahal tapi pengalaman yang kami dapat lagi berganda-ganda harganya. I didn't mind paying that amount of money sebab inilah niat utama yang membawa kami ke Sapporo. Dari awal memang kami dah aware dengan harga yang kami perlu bayar.
Semua peralatan dan pakaian akan diberikan oleh pihak Snowmobile Land Sapporo. Yang extra comel macam aku jangan risau, size baju tetap ada. Memang tak lepas kalau nak pakai pakaian biasa. Kalau ada penutup mulut atau scarf silalah pakai. Barang-barang boleh tinggal di kaunter, akan dijaga oleh pekerja-pekerja. Siap tukar baju simpan barang, marilah kita dengar briefing. Kita akan diajar cara untuk control kelajuan dan cara nak control handle. Dengar baik-baik sebab nak control snowmobile is no joke. Boleh tahan berat handle yang dikawal. Dua hari jugalah rasa sengal dan lenguh bahu. Ramai pengiring yang bertauliah akan teman kita jadi jangan risau. Dua ke tiga penunggang snowmobile akan ditemani seorang pengiring. Nakamoto-san sangat baik.. Dijaganya kami berdua sepanjang perjalanan.
Briefing sedang diberikan. Sila dengar baik-baik..
Course dimulakan dengan belajar control handle sebaik mungkin. Kita akan dibawa membuat beberapa pusingan-pusingan kecil sampai kita mahir nak practice belok kiri kanan. Jangan risau.. Handle memang berat tapi tak susah pun. Lepas dah beberapa kali berpusing-pusing, insyallah kita akan dapat rentak macam mana nak control handle. Kena selalu alert dengan signals yang diberikan oleh pengiring. Nakamoto-san dah pesan jangan keluarkan camera untuk bergambar ketika naik snowmobile bergerak. Bahaya. Hanya ketika berhenti saja boleh bergambar.. Snow turun menambahkan lagi rasa excited. Setiap kali berdepan dengan laluan yang sukar, pengiring akan tolong kita untuk lintas. Course agak mencabar tapi overall aku sangat seronok puas hati dan worth every penny. Melihatkan cara kami dijaga dan layanan yang kami terima, aku sangat suka. Sangat cantik suasana sekeliling memutih rasa macam sesat dalam dunia Narnia yang penuh magic. Lalu juga sungai kecil yang sudah beku. Lebih kurang setengah jam memandu kami semua berhenti sekejap. Ada kawasan lapang untuk bermain salji atau nak posing sesuka hati. Nak golek buat snow angel pun dibenarkan. Cuba bermain snowball fight. Nakamoto-san yang mulakan dulu. Boleh tahan sakit juga kena baling dengan snowball.
Sayounara Nakamoto-san dan kawan-kawan.
Sejam lebih berada didalam hutan akhirnya kami sampai semula ke basement. Snow makin lebat turun. Alaaa.. Dah habis ke rasa tak puas pula naik snowmobile. Beli gambar yang ditangkap oleh pekerja Snowmobile Land Sapporo berharga 2000Y (RM74.80 approx) siap terletak cantik dalam frame kertas ditulis tarikh kami naik snowmobile. Aku memang suka kumpul benda-benda kenangan yang sentimental. Aku rasa Nakamoto-san memang susah hati bila tahu kami datang sendiri bukan naik shuttle. Jadi dia tanya macam mana kami nak balik.. Obviously kami akan patah balik ke Hassamuminami Bus Station. Macam mana datang macam itu jugalah cara balik. Oooh Nakamoto-san tak bagi sebab katanya bahaya dengan keadaan cuaca hari tengah snowing. Dia suruh kami naik shuttle yang bawa pelancong-pelancong dari Thailand memandangkan masih ada seat yang kosong. Tak ada bayaran extra dikenakan sebab service shutle adalah percuma. Kami lagilah suka tak perlu nak menapak patah balik ke bus stand. Tapi kami tak mahu turun di Sapporo jadi kami minta turunkan saja kami dimana-mana subway station yang berdekatan. Mengikut itinerary yang telah dibuat, kami masih lagi on track. Aku memang allocate sekurang-kurangnya 4 jam untuk berada di Snowmobile Land Sapporo. Alhamdulillah things went smoothly for us. Jomlaaah kita teruskan perjalanan.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com