Entri sebelumnya diSINI.
18 March 2017 [Sabtu]
JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | KAWASAN HIPSTER ANGEL PLACE BIRDCAGES + LADUREE MACARONS + HYDE PARK SYDNEY. Hari kedua di Sydney memerlukan kekuatan kaki yang maha dasyat kerana teruji betul tahap kekuatan fizikal. Kami meronda sekeliling bandar menerjah tempat-tempat menarik sekitar Sydney yang kami senaraikan. Ikutkan nak terjah semua memang tak cukup masa jadi kena bincang baik-baik pilih mana yang patut. Kami masing-masing senaraikan tempat-tempat menarik sekitar Sydney yang nak pergi dan masing-masing berbincang melalui Whatsapp untuk sama-sama capai kata sepakat. Berbincang dengan these two girls sangatlah senang dan memahami. Bagus !! Selesai merancang dan marilah kita ronda bandar Sydney yang canggih. Dari awal pagi memang renyai hujan tak nampak tanda nak reda. Kami dah tunggu hampir satu jam lewat tapi tak berhenti juga. Tak boleh tunggu lagi nanti yang lain tergendala. Tengok weather forecast pun tak ada tanda hari akan cerah. Gloomy saja. Apakan daya bukan kita yang punya kuasa control cuaca. Marilah kita redah juga. Hujan pun jalan tetap kena jalan. Usung payung merata standby kalau hujan makin lebat.
Destinasi pertama adalah ke Angel Place Birdcages. Amy yang jumpa tempat menarik ada hipster vibe di celah-celah lorong bangunan tinggi. Banyak sangkar burung kosong digantung. Dari Central Station kami terus ke Martin Place Station. Boleh juga turun di Wynyard Station. Angel Place Birdcages terletak in between these two stations jadi pilihlah mana-mana station pun. Lepas tu kena menapak sikit dalam lima minit untuk sampai ke Angel Place Birdcages. Menarik sangat kawasan Martin Place. Cuci mata sungguh kami tengok bangunan-bangunan tinggi dengan architecture yang superb plus orang tak ramai. Seronok kami bergambar hujan pun dah reda. Mungkin sebab awal pagi hari Sabtu jadi masing-masing sedap melingkar.
Keluar dari exit Martin Place Station terus nampak bangunan-banguan tinggi.
Tengoklah bangunan bank depaaa..
Aku suggest korang sentiasa berpandukan GPS juga selain daripada itinerary yang kita dah sediakan. Boleh tahan mengelirukan berjalan di celah bangunan-bangunan tinggi. Kami pun tersesat sikit sebelum jumpa jalan yang betul. Ada jugalah pusing tempat yang sama dua tiga kali pening lalat cari lorong yang betul. Bila sampai sunyi sepi. Tapi sangkar-sangkar ada tergantung. Kalau ikutkan gambar-gambar yang kami jumpa di Instagram semuanya lively dan colourful tapi sebab datang hari Sabtu agaknya langsung sendu. Ada cafe tepi lorong tapi semua tutup. Hancur harapan nak acah minum kopi di lorong-lorong Sydney. Dengan hari hujan langit mendung tak adalah nak meriah sangat cuacanya. Apa-apa pun dah sampai jadi kita enjoy sajalah. Mula-mula lorong clear kenderaan satu pun tak ada cantik nak posing cuma tak boleh guling. Sekali ada pula van sebiji parking tepi jalan terus cacat gambar. Serba tak kena nak posing van kacau.
Inilah dia lorong yang dipenuhi sangkar-sangkar burung.
Sebelum kemunculan van tenang bergambar.
Seram sikit bila kami saja yang ada tapi bunyi macam ada banyak burung dalam sangkar. Mana datang tak tahu. Cepat-cepat rasa nak pergi.
Lepas dari Angel Place Birdcages kami plan nak ke Sydney Tower Eye. Nak naik menara tapi kisahnya tak jumpa jalan masuk. Nampak dah Sydney Tower Eye dari jauh tinggi tapi entah celah mana entrance. Lama-lama kami give up selamatlah 28AUD (RM94.64 approx) untuk standard admission. Yang aku tahu entrance ke Sydney Tower Eye adalah dari salah satu bangunan yang ada. Macam bercantum gitulah tapi entah kami penat kehulu hilir tapi tak jumpa juga. Tak ada rezeki nak naik. Kalau berminat boleh rujuk SINI. Dalam perjalanan mencari entrance Sydney kami lalu satu kawasan shopping, The Strand Arcade terus bulat biji mata nampak kedai-kedai yang menggoda kiri dan kanan. Sephora sampai empat tingkat, ELLE, Pandora, Guess, ZARA, UGG dan macam-macam lagi. Ada banyak shopping malls rupanya. Westfield Sydney dan Midcity Shopping Centre pun ada berdekatan. Memang rambang mata jadinya. Tak masuk dalam list pun jadi ad hoc punya plan. Girls and shopping mana boleh berpisah.
Sydney Tower Eye yang tinggi itu. Nampak dari kejauhan saja.
Hari masih hujan renyai. Kami redah juga buat tak tahu.
Sekali nampak macam ada snow fall pula. Bukan.. Hahaha jangan tertipu.
Sempat jugalah aku leburkan duit beli Pandora. Well.. Harga Pandora di Australia obviously jauh lagi murah. Daripada nak beli satu charm saja terus terbeli gelang baru. Then kami teruskan lagi tapi memang dah give up tak jadi naik Sydney Tower Eye. Teringat pula Laduree Macarons yang famous di France. Pernah tengok kawan travel ke France dan borong Laduree Macarons terus teringin and pasang angan-angan one day nak juga rasa Laduree Macarons. Nak tunggu sampai France entah bila jadi alang-alang ada satu outlet di Sydney haruslah tak lepaskan peluang beli. Kebetulan pula outlet di Sydney berada berdekatan dengan George Street, di Westfield Sydney. Marilah kita berusaha keras sikit cari mana outlet Laduree Macarons. Terus on GPS dan akhirnya jumpa. Kalau korang pun penggemar macarons, boleh rujuk SINI untuk senarai outlet Laduree Macarons. The nearest dengan kita di Malaysia adalah satu outlet di Singapore. Huhuhu.. Menarik sebabnya tengah pilih macarons aku minta yang warna biru mint flavor tapi pekerja tak bagi. Dia kata ada alcohol and dia alert Muslims tak boleh makan alcohol. Dia cakap flavor lain tak ada dia bagi jaminan.
Termenung tengok macarons comel sambil congak kira-kira dalam kepala. Seketul macaron berharga 4.50AUD (RM15.21) tapi kalau beli enam ketul terus harga 34AUD (RM113.56 approx). Beli untuk bawa balik sekali.
Berpuas hati dengan hasil tangkapan kami terus menuju Hyde Park. Kalau terus nak ke Hyde Park dari Central Station boleh terus turun di St. James Station. Semua kawasan hanya walking distance saja tapi bila kepenatan jarak dekat pun terasa jauh yang amat. Kami singgah beli air mineral dan juice. Bekalan nak lepak santai di Hyde Park. Banyak kerusi disediakan memang cantik sangat nak berehat hilangkan penat. Matahari menjelma sikit jadi cerah rasa dunia. Itupun malu-malu tak seceria selalu. Tapi syukur juga hanya hujan renyai. Kalau lebat teruk rasanya memang tergendala jadinya rancangan kami. Bila hujan suhu pun tak adalah terik sangat. Sedap saja nak jalan-jalan. Niat utama ke Hyde Park adalah nak cari Archibald Fountain yang terkenal di Sydney. Diberi nama sempena J. F. Archibald, pemilik syarikat majalah yang sendiri nak patung dia dibina. Hyde Park ni boleh tahan besarnya. Kalau nak meronda sekeliling tak tahulah berapa lama masa diperlukan. Antara tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan Hyde Park adalah Captain Cook Statue, Pool of Reflection, Anzac Memorial, Australian Museum, Naval Gun, Busby's Bore Fountain, The Mint, Drinking Fountain, Hyde Park Barracks Museum, St. Mary's Cathedral dan banyak lagi. Kalau kami ada kudrat lebih rasanya meronda juga merata tapi tak larat.
Sydney Tower Eye nun tinggi melangit. Macam dah tahu entrance tapi masing-masing tak ada mood nak pergi sana dah.
Bersama patung Archibald yang bogel. Huhuhu..
Di sekitar kawasan berdekatan pun ada juga pilihan makanan halal. Boleh cuba Ipoh on York, Pepper Lunch di George Street, Malay Village dan beberapa lagi pilihan restoran yang menyediakan pilihan menu halal. Tapi kami tak lapar lagi. Nak makan di tempat lain jadi kita bertahan dulu ya. Selesai meronda dan melepak hilangkan penat di Hyde Park. Menyesal pula rasa tak singgah ke Pool of Reflection. Cantik tapi huurm.. Nak menapak tu satu cabaran yang memerlukan kesungguhan. Masa pun mencemburui kami. Tak apalah banyak lagi tempat yang hendak dituju. Baru suku hari perjalanan. Banyak lagi menanti.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com