بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Muka surat pertama tahun baru 2021 kini dibuka.. Alhamdulillah syukur atas nikmat dariNya yang tak pernah putus buat kita semua. Selamat tahun baru diucapkan dan semoga dengan ini, didoakan juga kebahagiaan dan kesenangan dunia akhirat buat semua. Let us all pray that this 2021 will be a year with peace, happiness and abundance of all. May Allah SWT bless us all, always. Semoga kita semua dikurniakan rezeki melimpah ruah dan kesihatan yang berpanjangan. Sekiranya ada diantara kita yang sedang diuji, didoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan. Andai ada yang sedang jatuh, didoakan semoga tabah untuk kembali berdiri. Insyallah.. Semoga hari-hari mendatang kita semua dipenuhi dengan perkara yang baik-baik saja. Tak mahu cerita tentang azam tahun baru sebab jujurnya aku tak set apa-apa goals atau targets lagi yang khas bagi tahun baru ini. Mungkin semua azam tahun-tahun lepas yang kecundang di tengah jalan akan dibawa ke tahun baru dan berusaha untuk dicapai. Banyak yang terkandas dan aku sedang berusaha nak merealisasikan satu per satu - slow progress is better than no progress. Mari kita semua sama-sama tabah mengharungi ujian pandemic yang masih belum selesai ini. Sakit jatuh kita marilah sama-sama kita sokong dan bantu diantara satu sama lain. Dah tahun 2021 kan.. Harapnya pemikiran kita juga semakin matang seiring usia dan tindakan kita juga semakin waras kena pada gayanya. Pastinya tahun baru 2021 akan lebih mencabar dan sudah tentu juga akan ada ups and downs yang tersendiri. Itulah pahit manis rencah kehidupan. Apa-apa pun.. Ayuh !! Let's make this 2021 a better year for everyone.
No one can go back and and make a brand new start..
but everyone can start from now and make a brand new ending !!
Jaga hati jaga iman jaga diri.
SALAM TAHUN BARU 2021 | HAPPY NEW YEAR
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com