Pejam celik akhirnya sampai ke muka surat akhir tahun penuh suka duka dan ujian - Tahun 2020. Siapa sangka, tahun 2020 yang begitu dinantikan menjadi satu mimpi ngeri buat semua. Satu dunia terkesan Siapa sangka, tahun 2020 yang begitu dibanggakan akan jadi satu titik tolak norma baru untuk setiap penduduk Bumi. Itulah kuasa Tuhan, sebijak manusia merancang sepandai manusia menyusun pun.. masih tak akan mampu menandingi takdir dan ketentuanNya. Aku pasti segala yang berlaku sepanjang tahun 2020 tak akan dilupakan. Dari setiap golongan dan lapisan masyarakat, sangat ramai yang terkesan - gaya hidup berubah terus dan macam-macam lagi. Ada yang terjatuh dan sedang cuba untuk bangkit. Ramai yang berusaha gigih demi yang menanti di rumah dan ramai juga yang kehilangan - hilang yang tiada pernah akan ada ganti. Tapi sebagai orang Islam, kita kena yakin dengan apa yang dah disuratkan dan percaya disebalik setiap satu ujian yang datang dariNya pasti ada hikmah. Rahsia disebalik ujian pandemic Covid19 ini, hanya Dia Yang Maha Tahu. Dalam duka masih ada banyak yang kita perlu bersyukur dan hargai. Nikmat sihat nikmat bahagia dan segala nikmat yang Dia tak pernah putus beri pada kita semua. Masih punya rezeki makan dan minum.. Detik-detik masa terluang diisi dengan berada disamping ahli-ahli keluarga tercinta. Betapa kita beruntung masih punya mereka yang kasih dan sayang pada kita. Tak ramai yang punya peluang itu lagi.. Kesempatan ujian ini Dia beri tempoh kita merenung akan ingatan dan teguran yang Dia hadirkan untuk kita semua. Sedikit Dia jentik dengan ujian tengok betapa kita semua kerdil dan hina. Dia hanya kirimkan ingatan bahawa kita semua adalah hambaNya. Sepanjang tahun 2020, aku belajar banyak perkara. Cuba untuk improve demi masa depan diri sendiri. Aku antara yang terjatuh tapi belum jumpa jalannya nak berdiri semula. Sakit !! Tapi semua dah tak guna nak diratapi. Ada sesetengah perkara memang kita tak mampu nak ubah walau dah cuba segala daya. Jadi aku decide untuk hanya follow the flow jangan pening kepala dan terus berdoa. Aku serahkan semua padaNya.
Dia dengar doa kita dan Dia akan beri tiba masa yang sesuai. He knows best..
Tak mahu sedih dan murung sangat.. Pahit manis perjalanan hidup itu biasalah. Manis memanjang tak ada pahit pun tak boleh juga.. Nanti lalai. Aku ingat tahun 2020 aku sendu but it was not that bad actually. Macam-macam juga aku buat dan sememangnya tahun 2020 aku penuh perisa. Alhamdulillah.. syukur Ya Rabb for everything. Sebenarnya, dari tahun lepas aku dah rancang untuk tak kemana-mana luar dari Malaysia untuk setahun dua. Aku dah all out untuk trip ke New Zealand jadi perancangan untuk 2020 dan 2021 adalah untuk menabung semula. Tabung dah kosong tinggal coins jadi kena isi kasi penuh. Plan untuk meronda dalam Malaysia adalah sikit-sikit tapi banyak yang terbantut sebab PKP. Jomlah ikut aku recap perjalanan sepanjang tahun 2020..
JANUARY 2020
Tirai tahun 2020 dibuka dengan trip santai jalan-jalan makan-makan ke Melaka. Asalnya adalah untuk pergi tengok teater di Encore Melaka dan singgah makan di beberapa tempat makan best disana. Wajib cuba semestinya Coconut Shake Klebang, Mango Royale Float dan Ee Ji Ban Chicken Rice Ball. Melaka sebenarnya menarik juga dan memang antara spot favourite rakyat Malaysia nak pergi bercuti. Ada macam-macam tarikan ada saja aktiviti baru nak dibuat. In January juga, ahli-ahli Geng Bulat had a mini gathering sempena tahun baru di rumah Onni sempena new year.
Baca : Pengalaman Menarik Menonton Teater Di Encore Melaka dan Wajib Cuba Di Melaka : Klebang Original Coconut Shake & Mango Float Royale Melaka
FEBRUARY 2020
Haaa.. February kelam kabut sikit sebab kalut process pindah rumah dari Penang ke Selangor. Fuuuh !! Berdua dengan MamiZ uruskan semua memang rasa nak putus urat tenaga tak cukup lepas tu masing-masing pun dah berusia. Sangat penat tapi apa-apa pun alhamdulillah segala urusan jadi mudah dari process mengemas, angkat barang dan cuci rumah. Dua hari lepas trip pertama lori selesai hantar barang ke Selangor, kerajaan umum PKP satu negara. Panic terus sebab masih banyak barang di Penang. Syukur barang-barang penting nak survive ketika PKP dah diangkut dulu jadi tak adalah sehelai sepinggang atau tak cukup peralatan masa baru pindah.
MARCH - JUNE 2020
Ini adalah tempoh bertenang rakyat Malaysia - tempoh PKP fasa pertama. Masa ni semua masih blur dan jakun apa itu PKP. Obviously tak kemana-mana selain ulang alik kedai runcit Acheh beli barang dapur. Hari-hari dipenuhi aktiviti memasak dan makan diseling-seli tidur sampai tengah hari dan tengok movie. Khatam habis segala KDrama dan cerita-cerita sampai rasa nak muntah tengok screen. Habis tempoh PKP fasa pertama, first outing aku dan MamiZ - pergi makan di The Chicken Rice Shop Alamanda. Perasaan masih takut untuk keluar dari rumah dan ke mall.
MAY 2020
Selamat masuk ke usia 30-an alhamdulillah syukur untuk kesempatan menikmati nikmat dunia. Celebrate birthday time puasa dan PKP adalah satu kenangan. MamiZ memang tak reti buat surprise ke celebration ke jangan expect apa-apa. Aku dah biasa memang setiap tahun macam ini. Tapi kasi duit untuk urus sendiri nak apa sempena birthday. Kalau orang baru kenal mesti kesian kat aku sebab buat semua sendiri untuk birthday sendiri. Hahaha.. mak aku !! Tapi sebenarnya dari kecil tak adalah celebration sangat pun.. Usually pergi makan saja jarang celebrate dengan cake. Bukan kebiasaan dala keluarga aku.. tapi dah PKP tak boleh keluar, kita bawa makanan ke rumah. Funny thing happened, ordered a cake then terlupa nak simpan dalam fridge. By the time nak potong cake lepas berbuka, meleleh habis semua krim dan topping cake dah tak ada rupa. Aku pandang hang.. hang pandang aku. Syukur rasa sedap dimakan tapi rupa memang dah hancur kelaut.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri paling penuh bersejarah namun masih diberi nikmat perayaan agung umat Islam sedunia. Solat Sunat Aidilfitri dan bacaan khutbah raya pertama kali dibuat dirumah dengan bilangan ahli-ahli keluarga yang sangat limited dibenarkan berkumpul. Antara raya yang syahdu sebab ramai tak dapat pulang ke kampung halaman dan antara yang sangat bermakna untuk kita lebih menghargai mereka yang tersayang. Sesuatu yang kita pasti tak akan lupa..
JUNE 2020
Kena serang sakit gigi dan suku daripada gigi geraham depan aku pecah tiba-tiba. Tak tahulah aku kunyah apa keras sangat sampai pecah. Had to go to the dentist dan buat rawatan Root Canal. Pergi ke private dental clinic sebab que Klinik Pergigian Kerajaan memang berbulan. Mana nak tahan gigi gusi semua dah sakit membengkak. Jadi sepanjang June - July aku ada three visits untuk selesaikan process rawatan. First visit lepas rawatan, sakit gusi seminggu dan terus demam. Yang kedua dan ketiga more to check-up. Dentist suruh buat crowning sekali tapi nanti-nantilah.. Itu kena kumpul duit lain pula. Harga semua bukan sikit-sikit, segedebuk terus kena bayar. Alhamdulillah gigi okay setakat ini janji rajin gosok dan jaga kebersihan selalu. Kali pertama buat rawatan Root Canal masa Tingkatan 4. Aku dan masalah gigi memang berpisah tiada. Huuurm..
JULY 2020
Setelah berbulan akhirnya dapat balik ke Penang dan sambung segala urusan pindah rumah yang tergendala. Satu lagi trip lori hantar barang ke Selangor. Aku dan MamiZ ambil kesempatan juga untuk pusing Penang for few days, pergi ke tempat-tempat favourite kami sekeluarga melepak sambil terkenangkan memories 30 tahun menjadi Penangites. Penang is always a home untuk aku walaupun tak pekat pure utara tapi darah Penang tetap ada dalam badan. Lepas ni kalau kesana lagi, mesti rasa awkward dan perasaan tak akan sama. Terima kasih Penang, untuk segala kenangan pahit manis yang mendewasakan.
In July juga sempat aku dan MamiZ naik Cameron Highlands buat day trip. Memang plan nak singgah few places saja tak bermalam pun. First place Baby (kereta aku) pergi masa baru dibeli adalah Cameron Highlands jadi bawa naik sekali lagi sempana usia 10 tahun perkhidmatan. Naik ikut Simpang Pulai dan turun ikut Tapah. Kali ni singgah ke Kea Farm dan The Sheep Sanctuary saja. Second gathering ahli-ahli Geng Bulat sempena tamat PKP fasa 1. Sempat kami terjah Ikea Cheras lepak makan-makan sambil berkongsi macam-macam cerita. Sepanjang PKP pun rajin buat video call bosan sangat dah duduk rumah.
AUGUST 2020
Birthday month MamiZ - aku plan mini celebration bawa makan ke Indus Putrajaya by Bora Ombak. Not bad juga makanan-makanan disana. First time tempah service birthday beli belon dan cake untuk surprise MamiZ. Sempena lepas PKP banyak benar offer hehehe.. Kita grab. Gathering ahli-ahli Geng Bulat lagi dan kali ni kami ke Aquaria KLCC. Beli discounted tickets dari website Wonderfly - first time aku kesana. Menarik dan puas hati tengok hidupan-hidupan laut.
SEPTEMBER & OCTOBER 2020
Bulan September dan October, dua kali aku buat trip ke Ipoh. Trip santai lepak-lepak sambil makan-makan. Bila dah makin berusia, aku notice yang diri tak adalah teruja sangat nak buat macam-macam aktiviti. Just nak spend quality time dengan kawan-kawan sembang catch up session dah memadai. Pergi jugalah ke Concubine Lane cari kedai bertemakan Harry Potter, makan dimsum sedap di Canning Dimsum, makan shellout, pergi Tasik Cermin dan beberapa lagi aktiviti-aktiviti. Early September, sempat berendam di Lubuk Timah, Simpang Pulai berkelah dengan kawan-kawan. Lega rasa dapat mandi air sungai. Orang tak ramai tak sesak nikmatnya berkelah macam tempat tu kita yang punya. In October ingat nak ke Lata Kekabu di Lenggong tapi sayangnya bila kami sampai, kawasan hutan lipur ditutup untuk sebarang aktiviti berkelah. Patah hati..
NOVEMBER 2020
Diserang sakit gigi lagi tapi bukan kawasan yang sama. Kali ni wisdom tooth pula buat perangai.. Nak buka mulut tak boleh dekat dua minggu. Aku pergi check di Klinik Pergigian Kerajaan dan sadly appointment yang boleh dibuat untuk buang wisdom tooth di Hospital Serdang paling cepat bulan February 2021. Gelak dulu sendirian bila fikir nak kena tunggu until next year. Ended up aku pergi contact dental clinic yang buat rawatan root canal few months ago tapi sebab tengah bengkak teruk apa pun tak boleh buat. Makan ubat selama dua minggu tup tup sakit pun hilang. Okay !! Tak jadi jumpa dentist. Hahaha.. Doa saja wisdom tooth tak buat perangai balik. Kalau sakit balik baru kita fikir nak buat apa - ya !! Aku takut.
Next, aku dan kawan-kawan dah siap book nak beriadah di Gopeng Glamping Park dan beberapa hari lepas tu Perak umumkan PKP seluruh negeri. Bayaran penuh semua dah dibuat dan tak boleh refund langsung. Cuma nanti boleh adjust semula tukar tarikh baru. Excited sangat kami berempat nak kesana sebab sangat susah nak cari masa nak berkumpul tapi adalah tuuu hikmah tersembunyi. Tak apa.. Nanti kita adjust semula tarikh yang sesuai. Kasi keadaan reda pulih kita pun rasa selamat nak berjalan-jalan insyallah nanti kita kesana.
DECEMBER 2020
Nothing much memang rasa banyak terperuk dirumah sepanjang December. Plan nak ke Pantai Timur terpaksa dibatalkan sebab tengok jumlah kes semakin meningkat sangat jadi kami decided untuk tak pergi berjalan. We did not want to take any risk.. Biarlah nanti pula jalan-jalan sabar dulu dan doa semoga semua kembali pulih. Jalan dekat-dekat kawasan sekitar adalah pergi makan pergi sightseeing sikit. Ohoo.. My cousin nak bernikah jadi aku tolong siapkan dulang hantaran untuk dia. Ada jugalah benda nak buat ada aktiviti nak isi masa lapang.
Haaa macam-macam juga aku buat sepanjang 2020 walaupun aku ingat macam sendu semacam saja. Apa-apa pun.. We are so done with 2020 dan segala ups and downs yang terjadi. Di hari terakhir tahun 2020 ini mari kita semua mensyukuri nikmat dan rahmat yang diberikan olehNya dan berdoa semoga hari-hari mendatang di tahun baru akan lebih baik lebih indah dan bahagia. Semoga cepat Allah SWT redakan segala ujian yang melanda dan kembali seperti sedia kala.
Jaga diri semua.. ikut SOP yang dah diarahkan oleh kerajaan.
Selamat tinggal 2020 - Terima kasih untuk segala kenangan dan pengajaran.
Remember the good times of 2020.. and get ready for the better times of 2021.
Jumpa lagi insyallah di tahun baru lembaran baru tahun 2021.
- SELAMAT TINGGAL 2020 -
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com