MELBOURNE VICTORIA | PHILLIP ISLAND : PANNY'S CHOCOLATE FACTORY + CAPE WOOLAMAI
Entri sebelumnya di SINI.
15 September 2015
Perjalanan diteruskan lagi. Kami tinggalkan Maru Koala & Animal Park dan memasuki Phillip Island merentasi San Remo. Memang banyak tempat menarik untuk dilawati di Phillip Island. Wajib singgah kalau berkesempatan ke Melbourne. Perut dah mula buat konsert sebab dari pagi tak makan. Jadi kita kena pergi cari makanan untuk top up energy. Kami ke Panny's Chocolate Factory to have our lunch. Memang plan asal hanya singgah untuk makan. Di Panny's Chocolate Factory ada cafe yang menyediakan hidangan halal. Kami tak berminat untuk masuk ke kilang chocolate walaupun banyak review yang positive tentang Panny's Chocolate Factory.
Masuk saja ke Panny's Chocolate Factory terus jumpa souvenirs shop. Ada jual macam-macam jenis chocolate. Teringin juga nak beli sekotak dua buat rasa tekak sendiri, tapi tengok harga terus tak jadi. Tak apalah.. Tak ingat harga tapi boleh menangis dibuatnya. Ada juga ruangan yang disediakan khas untuk rasa chocolate. Nak ambil sikit tapi ada ramai orang. Tak jadilah. Sekali tengok teringat pula museum wax terkenal Madame Tussauds. Lebih kurang sama. Mungkin sebab penggunaan warna yang hampir serupa. Itu semua tak penting.. Yang penting adalah makanan yang dihidangkan.
MARU KOALA & ANIMAL PARK - PANNY'S CHOCOLATE FACTORY
Perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit saja dari Maru Koala & Animal Park untuk sampai ke Panny's Chocolate Factory. Walaupun dalam peta stated hanya 16 minit perjalanan, kita anggarkan sedikit extra plus minus untuk plan itinerary. Actual time mungkin sedikit berbeza. Dalam entry lepas di SINI, aku ada kongsikan tentang The Big Wave statue yang famous di San Remo sebagai salah satu tempat yang aku nak pergi. The Big Wave adalah statue ombak yang dibina sebagai icon untuk San Remo. San Remo pula is one small pekan yang kita akan lalu sebelum masuk ke Phillip Island. Statue The Big Wave pula terletak kira-kira 200m selepas turun dari Jambatan San Remo. Aku ingat susah sangat nak jumpa tapi tepi jalan saja. Tapi kami tak berhenti pun sebab hari hujan. Maka tiadalah gambar The Big Wave untuk dikongsikan. Nak tengok The Big Wave boleh Google sendiri. Hihihi..
PANNY'S CHOCOLATE FACTORY DI PHILLIP ISLAND
Dalam suasana hari sendu mendung kami tak peduli. Parking dan terus meluru masuk mencari cafe. Bau chocolate semerbak. Ada pekerja di entrance yang offer untuk masuk ke kilang. Maaf. Kami lapar nak nasi. Tak nak makan chocolate. Hahaha.. Kalau berminat eloklah masuk. Lebih tepat.. Kalau ada duit poket extra bolehlah laburkan untuk jenguk apa ada dalam kilang. Kalau ikut tour rasanya memang akan masuk dalam package.
Entrance Fee
Adult : $15.00
Children : $10.00
Family : $45.00
More info mengenai Panny's Chocolate Factory di SINI.
Masuk saja ke Panny's Chocolate Factory terus jumpa souvenirs shop. Ada jual macam-macam jenis chocolate. Teringin juga nak beli sekotak dua buat rasa tekak sendiri, tapi tengok harga terus tak jadi. Tak apalah.. Tak ingat harga tapi boleh menangis dibuatnya. Ada juga ruangan yang disediakan khas untuk rasa chocolate. Nak ambil sikit tapi ada ramai orang. Tak jadilah. Sekali tengok teringat pula museum wax terkenal Madame Tussauds. Lebih kurang sama. Mungkin sebab penggunaan warna yang hampir serupa. Itu semua tak penting.. Yang penting adalah makanan yang dihidangkan.
Jom kita makan.
CAFE MAKANAN HALAL DI PANNY'S CHOCOLATE FACTORY
Masing-masing order nak makan apa. Cik Tia dan Acik Yati order set nasi dengan curry kambing dan ayam. Kalau tak silap aku, each set was 15AUD (RM47.70 approx). Aku dan Kak Sal ordered Fish & Chips with 13AUD (RM41.34 approx) dan share berdua. Kami kedekut tapi kami lapar. Tapi AK lagi kedekut. Dia bawa bekal rupanya dari rumah. Sedih pula aku tengok. Harga makanan di Panny's Chocolate Cafe adalah harga standard makanan di Melbourne jadi kalau nak budget, sila anggarkan 10AUD-15AUD untuk satu hidangan makanan. Kami order juga coffee dan hot chocolate. Harga sekitar 5AUD-10AUD. Dah sampai tu pejam mata saja dan makan. Kalau korang buka kelas Maths dekat kaunter memang tak makan.
Plan asal adalah untuk solat di carpark Panny's Chocolate Factory tapi memandangkan hari baru lepas hujan, jalan pun basah. Jadi kami tumpang ambil wuduk di tandas dan bercadang untuk solat di tempat lain yang lebih sesuai.
Jom kita ke Cape Woolamai pula. Tak jauh pun dari Panny's Chocolate Factory. Tak sampai 10 minit dah sampai. Aku tak tahulah kami sampai tempat yang sepatutnya ke tidak. Based on signboard tulis besar 'Cape Woolamai' tapi tak macam yang aku tengok dalam gambar.
CAPE WOOLAMAI : INDAH KHABAR DARI RUPA
AK park berdekatan dengan sebuah hut. Kami tengok keadaan bersih kalau nak solat disitu. Jadi tunaikan kewajipan sebelum melangkah ke Cape Woolamai. Aku serious tak pasti betul atau tidak itulah Cape Woolamai. Sendu !! Ada dua orang tempatan yang tengah get ready nak memancing. Katanya betul itulah Cape Woolamai. Huuurm.. Lain benar dengan Cape Woolamai yang Kak Wa kongsikan. Aku jadi keliru. Aku rasa Cape Woolamai Kak Wa yang betul. Sebab Cape Woolamai yang aku jumpa amat kerik.. keerik.. keeerik..
Warga tempatan yang nak memancing tadi pun hairan tengok kami kat sini. Mesti pelik. Dia pun dah pack barang nak balik. Angin terlalu kuat nak memancing pun tak ada mood katanya. Sempat dia bercerita.. During summer Cape Woolamai akan ada ramai pengunjung sebab Cape Woolamai adalah antara spot terbaik untuk surfing. Based on explanation yang diberikan, macam betul tempat ni Cape Woolamai tapi bila tengok gambar di Google memang jauh panggang dari api. Hahaha.. Apa-apa sajalah. Dah sampai tu kita pura-pura betul saja dan posing.
Dah la tu.. Tak payah pening fikir tempat tu betul ke tidak Cape Woolamai. Hahaha.. Aku redha dah dalam keterpaksaan. Jom kita gerak pergi next destinasi.
Wah !! Rasa macam tak nak balik !! Mana tu ? Tunggu..
-------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com
| SitiYangMenaip | Sitiroro | Facebook | Facebook Page | Blogger Utara |
| Kata Sayang Tapi Sejauh Mana Cintamu | Perempuan Kena Tahu Tukar Bateri Kereta |
| Kata Sayang Tapi Sejauh Mana Cintamu | Perempuan Kena Tahu Tukar Bateri Kereta |