CABAR DIRI SENDIRI DI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PULAU PINANG
Selepas pembukaan Jump Street Trampoline Park di Petaling Jaya, Jump Street Asia kini dah buka another trampoline park in Penang. Yahoo !! Ini adalah berita gembira buat orang-orang Pulau Pinang sekalian yang sukakan aktiviti lasak. Antara tarikan terbaru di Pulau Pinang sebagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Next akan dibuka di Johor pula tak lama lagi. Musim cuti sekolah ni mesti anak-anak mula merengek ajak mak ayah berjalan. Pening kepala dibuatnya. Kalau korang tak tahu mana nak bawa anak-anak bercuti dan beriadah, bawa saja anak-anak ke Jump Street Trampoline Park Penang dan sama-sama melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan.
Jump Street Trampoline Park adalah satu playground yang gempak dibina khas untuk orang-orang dewasa dan juga kanak-kanak. Ada banyak trampolines disediakan dengan kesesuaian jarak tinggi tertentu dari lantai dan juga di dinding untuk dicuba. Jangan risau kalau korang baru first time nak cuba lompat atas trampoline. This is the chance untuk korang cuba. Ajak ramai-ramai join sekali. Angkut satu keluarga dan kawan-kawan datang cuba. Mesti seronok.
AKTIVITI-AKTIVITI DI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG
Dodgeball Courts
Slam Dunk
Main Court
The Wall
High Performance
Tower Jump
Foam Pit
Battle Beam
Banyak aktiviti yang ditawarkan di Jump Street Trampoline Park untuk korang cuba. Ada sembilan semuanya. Dari level yang senang hinggalah ke tahap professional. Selain itu ada juga aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan secara berkala seperti Jump Camp, Jump School dan Jump Aerobic. Jump Street Trampoline Park juga menawarkan perkhidmatan lain seperti Birthday Party Celebration dan Cheerleading. Korang jangan risau sangat. Akan ada seorang dua Jump Referees yang jaga kita while melompat. Janji korang ikut arahan dan jangan tunjuk pandai walaupun korang rasa korang dah hebat. Safety kena always alert dan pakailah pakaian yang sesuai. Kita lebih tahu diri kita sendiri. Kalau korang ada slip disc macam aku, janganlah korang over excited sangat sampai tak ingat yang diri tu sakit. Boleh lompat tapi berpada-pada. Korang akan diberikan sepasang stokin yang khas untuk melompat atas trampoline. Tak adalah licin dan tercedera ketika melompat. Buat senaman regangan dulu sebelum mulakan aktiviti.
Baru-baru ni, team #BloggerUtara dijemput untuk merasai sendiri pengalaman melompat di Jump Street Trampoline Park Penang. Teruja sangat sebab aku jarang buat aktiviti-aktiviti macam ni sejak sakit. Dah ada peluang, kita grab. Mari kita uji tahap kecergasan dan ketahanan diri. Bila semua dah berkumpul, ada taklimat dari Jump Referees. Diingatkan tentang keselamatan dan sebagainya. Beberapa rules yang penting diingatkan supaya nanti tak ada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Dah mengeliat dan stretching apa lagi..
Jom kita lompat..
Masa yang diberikan untuk satu sesi adalah selama satu jam saja. Dalam tempoh satu jam itulah kita akan dibawa untuk merasai pengalaman melompat sakan di atas trampoline.
1. Ice Breaker/Main Court
Safety briefing yang diketuai oleh Jump Referees dan safety briefing. Lima jenis tricks akan diajar oleh Jump Referees di Main Court untuk dicuba :
Straddle Jump
Tuck Jump
Pike Jump
Knee Drop
Seat Drop
2. Trampoline Dodgeball/Dodge Ball Courts
Perlawanan Dodgeball diantara 2 pasukan menggunakan format Round Robin dan ada kiraan mata untuk menentukan pemenang. Hanya tiga minit saja masa yang diberikan untuk bermain.
3. NBA Sharp Shooter/Slam Dunk Lane
Berminat dengan sukan basketball atau fan anime Slam Dunk ? Korang wajib cuba aktiviti ini.
- Semua orang diberikan peluang untuk mencuba
- Objektif permainan adalah untuk skor sebanyak mungkin dan jumlah dalam tempoh dua minit
4. Foam Pit Relay/Foam Pit
- Dua kumpulan akan lompat serentak ke dalam Foam Pit dan perlu cepat keluar untuk tag pemain lain. Ulang langkah yang sama sehingga semua pemain selesai membuat lompatan.
Semua court kami bolot dari yang pertama sampailah untuk orang-orang high performance. Aku suka the first court (Main Court) daripada court lain. Di Main Court nanti Jump Referees akan ajar several jump tricks. Ada duduk dan lompat, ada pusing ada angkat kaki dan banyak lagilah. Aku rasa ada yang senang dan ada yang agak mencabar untuk buat. Tapi.. Bila tukar ke court lain, cabaran lagi susah dan aku tak berapa mampu dan berani nak buat. Ada court untuk berlawanan Dodge Ball, ada untuk test kepakaran main basketball dan macam-macam lagi. Aku banyak duduk tepi sebab tak mahu lompat sakan. Enjoy sajalah tengok orang lain lompat dan pusing. Yang mana aku rasa aku boleh buat aku cuba. Not bad. Memang seronok. Kalau dapat buat stunt macam orang lain lagilah seronok. Huhuhu..
LOKASI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG
Venue
70, D'Piazza, D'piazza Mall, Jalan Mahsuri,
Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.
Business Hours
Monday - Thursday & Sunday : 10.00AM - 9.00PM
Friday & Saturday : 10.00AM - 10.00PM
Entry Fee
Total Price (Monday to Wednesday): RM 22/Pax (Incl 6% GST)
(1 Hour Jumping + Reusable Socks )
Total Price (Thursday to Sunday): RM 27/Pax (Incl 6% GST)
(1 Hour Jumping + Reusable Socks)
Entry Fee
Total Price (Monday to Wednesday): RM 22/Pax (Incl 6% GST)
(1 Hour Jumping + Reusable Socks )
Total Price (Thursday to Sunday): RM 27/Pax (Incl 6% GST)
(1 Hour Jumping + Reusable Socks)
Facebook - Jump Street Asia
Instagram - Jump Street Asia
Youtube - Jump Street Asia
Korang tunggu apa lagi ? Bolehlah plan untuk bawa anak-anak korang datang dan melompat di Jump Street Trampoline Park. Kalau berminat untuk belajar skill melompat atas trampoline dengan lebih advance, boleh daftar untuk ikut beberapa kelas yang dianjurkan. Nanti boleh lompat macam orang professional. Pejam mata pun dah boleh lompat.
Terima kasih pihak Jump Street Trampoline Park untuk peluang ini.
---------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com
| SitiYangMenaip | Sitiroro | Facebook | Facebook Page | Blogger Utara |
- Amboi !! Laksa Pun Mengancam - Bila Arnold Schwarzenegger Menyanyi -
- Amboi !! Laksa Pun Mengancam - Bila Arnold Schwarzenegger Menyanyi -