Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

PROGRAM CHEFMANSHIP AKADEMI KINI DI PULAU PINANG

$
0
0

PROGRAM CHEFMANSHIP AKADEMI OLEH UFS UNTUK PENGUSAHA MAKANAN DI PULAU PINANG


Unilever Food Solutions (UFS) yang merupakan salah satu antara ratusan syarikat pengeluaran barangan masakan yang terkenal telah melancarkan program Chefmanship Academy (CA) yang pertama di Pulau Pinang baru-baru ini. Hampa mesti kurang familiar dengan nama syarikat sebab bukan hari-hari orang sebut tapi kalau sebut Knorr, Lipton, Planta dan Lady's Choice mesti tau kan ? Kakak-kakak semua yang rajin masuk wajib kenal produk-produk daripada UFS ni. Ceq kenal satu dua jaaa sebab ceq pemalas.

Objektif utama program CA yang dianjurkan adalah bertujuan untuk membuka jalan kepada pengendali perniagaan yang berasaskan makanan agar mereka boleh berjaya dalam industri pemakanan dengan lebih cemerlang. Nak bisnes kena ada ilmu dan skill. Bab makanan yang sedap bukan saja antara penyebab pelanggan akan sentiasa datang tapi ada juga elemen-elemen lain yang perlu diberikan perhatian. Bukan boleh hentam saja. Program CA ini juga membantu pengendali makanan mencari penyelesaian untuk masalah yang melanda kebanyakan peniaga diluar sana iaitu : kenaikan harga kos bahan mentah, harga kos utiliti, kebersihan dan keselamatan. 

Macam-macam ilmu dapat diperoleh melalui program CA yang dianjurkan. Perkongsian pengetahuan untuk memupuk praktis yang betul dalam industri pemakanan digalakkan melalui Chefmanship Akademi. CA adalah satu pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan menjadi chef yang lebih baik dengan penekanan kepada keusahawanan pintar.

“Bagi kami, CA merupakan sebahagian Pelan Kehidupan Lestari Unilever dengan objektif untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat kebersihan di Malaysia. Matlamat kami tertumpu pada ikhtiar dengan pengendali makanan di Malaysia dan di seluruh negara untuk menangani kejadian mendadak dalam kes demam kepialu, leptospirosis (pencemaran kencing tikus), cirit birit dan keracunan makanan.” - En. Matt Wilke, Pengarah Urusan UFS Malaysia.
  
UFS sudah terlibat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2013 dengan penglibatan hanya 400 pengendali makanan pada permulaannya. Senarai penglibatan PBT termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Persatuan Penjaja Klang dan Pantai di Lembah Klang. UFS juga bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Kuantan (MPS), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan terkini dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

PROGRAM CHEFMANSHIP AKADEMI DI PULAU PINANG


Sempena Sambutan Hari Penjaja & Komuniti Peniaga 2015 pada 21 Oktober 2015 yang dianjurkan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang (Penang Esplanade), pihak UFS telah membuka satu booth untuk memperkenalkan program Chefmanship Akademi dan juga rangkaian produk Unilever Food Solutions. Beberapa orang ahli #BloggerUtaraOfficial juga telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan booth UFS. Baru aku tahu produk-produk yang berada di bawah naungan UFS adalah antara produk-produk yang kita consume hari-hari. Dok minum Lipton.. Sapu jem Lady's Choice tapi tak tahu siapa pengeluar. Haaa.. itulah !! Tau makan saja selama ni. 



Banyak aktiviti menarik telah diadakan di booth UFS sepanjang program CA dianjurkan. Antaranya adalah food sampling, demo masakan dan juga jualan produk UFS dengan harga istimewa. Ada juga beberapa produk baru UFS turut diperkenalkan kepada orang awam melalui penganjuran program CA ini. Layanan yang superb dari crews UFS yang awesome. Geng #BloggerUtaraOfficial pula memang havoc, jadi bertambah-tambah meriah jadinya. 







Terbaik baq ang. Kak Sha pun dah bertukar jadi Chef of the day. Keletung keletang kat dapur. Pengalaman hands on memasak bersama Chef Yang Ibrahim memang awesome. Terima kasih diucapkan kepada Mr. Thong, Mr. Raymond dan Ms. Angeline dari Integrated Public Relations kerana menjemput team #BloggerUtaraOfficial ke program Chefmanship Akademi. What a great experience.



Untuk lihat semua rangkaian produk Unilever Food Solution  -- SINI

CREDIT
| Unilever Food Solutions | Cikpinz | Aryshafayyadh | Farah | El Darwena |
| Murni | Zai Zamree | Izzeyda |

--------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Sitiroro | Facebook | Facebook Page | Blogger Utara |

- Menangi Voucher Zalora Bernilai RM250 - Mari Mengembara Ke India Bersama - 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579