Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TEMPAT MAKAN BEST DI SUNGAI ARA | PENANG - ROCKSTARZ BURGER

$
0
0

ROCKSTARZ BURGER : BURGER ROCKERS SEJATI YANG AWESOME DI PENANG


Yeyeh !! Yeyeh !! Are you ready to rock and roll ? Tiba-tiba aku pun berjiwa kental seorang rocker. Semua sebab makan burger di Rockstarz Burger hari Ahad (15 Nov 2015) lepas. Sampai sekarang dok Yeyeh !! Yeyeh !! Terima kasih kepada dua orang boss Rockstarz Burger yang sudi menjemput geng #BloggerUtaraOfficial yang riuh ala geng pecah rumah untuk cuba segala jenis hidangan yang ada di Rockstarz Burger. Korang jiwa rock ke ? Atau sekadar mengaku rockers tapi dalam hati ada taman ? Tak kiralah korang rockers sejati ke.. rockers rock kapak tangkap cintan cintun leleh semua ke apa ke.. Yang penting korang kena cuba burger-burger yang ada di Rockstarz Burger. Ngerti tak ?

Jom kita sama-sama telan air liur sambil teruskan membaca.

SEJARAH ROCKSTARZ BURGER


Sempat aku bersembang dengan owner Rockstarz Burger, Encik Saiful Danial dan Encik Saiful Irwan. Macam-macam aku korek. Tiga tahun dah sebenarnya Rockstarz Burger berada dalam industri pem'burger'an di Penang. Bukan sehari dua baru mencipta nama. Pernah menjadi tempat makan pilihan program TV popular iaitu 'Jalan-Jalan Cari Makan' pada tahun 2014. Asalnya buka gerai tepi jalan saja tapi disebabkan demand yang tinggi, dua adik-beradik ini akhirnya dapat buka kedai pula. Lagi selesa dan more people can come untuk rasa burger rockers resepi rahsia mereka berdua. Memang tabik spring. Kedai pun super cool dengan deco yang menarik. Terasa sungguh aura rockers dalam diri masing-masing. Kemudahan seperti surau dan tandas ada disediakan. 








LOKASI KEDAI ROCKSTARZ BURGER



Rockstarz Burger
118, Taman Tunas Muda,
Jalan Dato' Ismail Hashim,
11900 Sungai Ara,
Pulau Pinang

 019-429 9309 (Sungai Ara)
016-446 6036 (Ayer Itam / Greenlane)

5.00PM - 1.00AM
Isnin - Ahad

Facebok Page - Rockstarz Burger
Instagram - Rockstarz Burger
Twitter - Rockstarz Burger

Orang Penang memang mohong sangat kalau tak tahu kedai ni terletak kat ceruk mana. Yang lain jangan risau. Sekarang dunia canggih. Orang jauh pun kalau tenyeh phone masing-masing mesti jumpa kedai Rockstarz Burger. Aku dah check dalam Waze. Alamat dan lokasi semua betul. Insyallah tak sesat. Parking pun senang dapat jangan risau. Kedudukan kedai pun tak adalah jauh sangat dari tempat tumpuan pelancong seperti Georgetown. Apa ada hal sekarang ni babe ? Bab makan sedap tak payah berkira sangat. Redah saja. Mengikut pemerhatian aku, orang mula ramai datang ke Rockstarz Burger bermula pukul 8.00PM. Memang sibuk habis pekerja-pekerja Rockstarz Burger nak melayan pelanggan. Tak menang tangan. Kalau ada yang terlambat seminit dua tu bawa bersabar ya.. Jangan marah-marah. Cool.





Siap sedia ke semua nak tengok burger-burger seksi ? Harap iman korang kuat ya.. Nanti jangan cakap kakak tak payung korang pula..

MENU / BURGER-BURGER 








Setiap hari, Rockstarz Burger menawarkan pilihan burger yang pelbagai untuk pelanggan. Menu-menu akan bertukar atau bersilih ganti mengikut kehendak Encik-Encik Owner. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba pilihan burger berubah. Sajalah sesekali nak tukar selera pula. Asyik yang sama nanti cepat bosan. Ada juga burger yang khas untuk musim perayaan saja. Jadi korang boleh pilih dan rasa different burger setiap kali datang ke Rockstarz Burger. Geng #BloggerUtaraOfficial diberi mandat oleh Encik-Encik owner untuk pilih sendiri burger yang kami mahu. Wow.. memang sakan memilih dan riuh sungguh kedai macam nak runtuh. Hampa sebut saja nak berapa layer. Satu ? Dua ? Alahai.. Tiga pun bolehlah. Make sure perut korang ada space untuk terima burger heavy metal (3 layers) dari Rockstarz Burger. Nama-nama burger juga diberikan berdasarkan nama-nama band rock terkenal tanah air dan antarabangsa. 

Pssst : Burger khas untuk vegetarian pun bakal diperkenalkan tak lama lagi..

Burger pilihan Siti Yang Menaip (SYM) adalah : The Metallicheeze, The Rockstarz, The Wings dan The Red Hot Curry Chilleez. 

Yang dah meleleh-leleh air liur tu sila lap cepat. Tak guna korang telan air liur mengadap screen. Cepat-cepat ajak kawan-kawan datang serbu Rockstarz Burger. Mesti korang tergoda kan ? Beef  dan chicken patty yang juicy dan lembut. Peeergh !! Masa gigit burger tu aiyark.. Aku tak reti nak describe feeling puas hati tu macam mana. Hampa kena mai dulu dan rasa sendiri. Baru hampa mengerti. Semua patties adalah 'homemade' recipe. Tak ada yang sejuk beku. On the spot minced beef and chicken akan dibentuk menjadi patty burger. Memang flavour pun original dan thumbs up.

Selain menu utama iaitu burger, ada juga beberapa side menu yang lain seperti fries, meatballs, curly fries dan onion rings. Aku suggest korang cuba meatballs dan curly fries. Sedap =)



Habis riuh kedai Rockstarz Burger bila geng #BloggerUtaraOfficial berkumpul. Terima kasih kepada Encik-Encik Owner yang sangat baik hati menjemput dan melayan kehendak kami. Kami sangat menghargai semuanya. Semoga perniagaan Encik-Encik Owner semakin maju dari hari ke hari mendatang dan dapat dikembangkan dengan lebih luas. Amin..

Terima kasih daun keladi,
Lepas ni boleh jemput lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579