Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.1 - MYKI + FEDERATION SQUARE + BIRRARUNG MARR

$
0
0

JALAN-JALAN MELBOURNE : MELBOURNE CITY + FEDERATION SQUARE + ACMI + BIRRARUNG MARR


Entri sebelumnya di SINI.
14 September 2015

Ada yang bertanyakan sepanjang di Melbourne aku guna camera apa untuk ambil gambar. Semua gambar-gambar yang diambil adalah dari camera Sony NEX-3, Gopro Hero3, camera Kak Sal, camera handphone Cik Tia dan camera Iphone 5s aku. Aku beli Gopro Hero3 second hand dari kawan dengan harga yang berpatutan. Quality masih tip top dan aku dapat sehari sebelum aku berangkat. Jadi tak sempat nak experiment. Hentam kromo saja bergambar. Aku sangat mengalu-alukan pakar-pakar fotografi untuk komen gambar-gambar aku dengan memberi komen yang membina. Sebarang nasihat dan tunjuk ajar amat aku hargai. 

Okay selesai. Dah get ready nak berhuhuhu bersama ? Jom.

MELBOURNE AIRPORT AND ROUTE TO KEPPEL STREET




Keluar dari Melbourne Airport cuaca sangat cantik. Langit biru cerah tapi tidak berawan. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat Melbourne Skybus yang berfungsi sebagai hotel dan airport transfer boleh terus ke kaunter penjualan tiket sebaik saja keluar dari Arrival Hall. Return tiket berharga 36AUD (RM115.20 approx). Boleh rujuk SINI untuk keterangan lanjut. Laluan di Arrival Hall Melbourne Airport ada tiga peringkat. Jadi korang kena extra alert. Di laluan mana sepatutnya korang harus tunggu. Laluan pertama adalah untuk taxi dan beberapa jenis kenderaan khas. Lintas jalan untuk ke laluan kenderaan shuttle dan lintas lagi untuk ke laluan kenderaan awam. Disebabkan Cik Tia dah minta tolong kawan-kawannya datang ambil kami, jadi kami hanya perlu tunggu di Platform 3C berhadapan dengan entrance Hotel Holiday Inn.





Sementara menunggu kami posing saja sini sambil layan Internet OPTUS yang awesome. Tak lama pun kami tunggu. Dalam 20 minit akhirnya kawan-kawan Cik Tia sampai. Cik Tia tak dapat datang jemput. Sibuk menyelesaikan kerja di lab. Thanks to kawan Cik Tia, adik Farahin dan adik Fawwas yang sudi datang jemput kami di airport dan bawa ke rumah Cik Tia di Keppel Street. Perjalanan ke Keppel Street memakan masa plus minus 30 minit dari Melbourne Airport. Jadi korang boleh estimate jarak perjalanan untuk sampai ke Melbourne City. 



Sepanjang perjalanan untuk sampai ke Keppel Street sangat interesting. Semua nampak interesting dimata aku. Tak ada satu ceruk pun yang aku rasa tak cantik. Kawasan suburb di Melbourne sangat kemas dan mempunyai susunan yang terancang. Rumah sebuah-sebuah kelihatan sangat comel. Hartanah di Melbourne adalah antara yang tertinggi nilainya di Australia. Kalau mampu untuk beli sebiji rumah yang ada kawasan lapang memang keturunan orang kaya atau profession tinggi. Pelik juga rasa bila tengok banyak rumah yang menggunakan papan kayu walaupun rumah masing-masing terletak di bandar. Aku tak ada jawapan untuk persoalan itu. Kekal tertanya-tanya sehingga hari ini. Makin menghampiri kawasan bandar utama, bangunan makin tinggi. Excited sungguh.




Akhirnya kami sampai di apartment Cik Tia around 11.30AM. Adik Farahin bawa kami naik. Adik Fawwas tolong angkat bag. Cik Tia dah tinggalkan kunci untuk buka pintu dan segala pesanan pada adik Farahin. Peluk cium adik Farahin dan bid goodbye. I wish we could spend time together lebih lama. To Farahin and Fawwas, if both of you happen to read this, thank you so much.

Masuk rumah Cik Tia terus terpandang memo yang Cik Tia tinggalkan atas meja makan. Ooouch !! She was being super sweet. Tinggalkan breakfast untuk kami makan with a small note that she will be home real soon. Walaupun aku dah makan dua kali sepanjang penerbangan, tetap lapar. LOL. Hang tu sentiasa lapar. Jadi kami bertiga mengadap sarapan yang disediakan. Tengah makan santai tiba-tiba pintu bergegar. Ohemgi !! Cik Tia is back. Nervous !! Can you imagine ? Kami dah hampir 10 tahun tak jumpa. Dup dap dup dap jantung. Over. Aku tenung pintu tunggu Cik Tia masuk rumah. Yeay !! Finally situasi jejak kasih pun bermula. *shed tears*

Kak Sal pun get along very well dengan Cik Tia. I am a happy CT. We continued chit chatting while tunggu waktu Zohor. Memang aku dah plan untuk keluar lepas Zohor. Senang. Tak perlu fikir nak cari tempat solat. Rest for a while dan bersiap untuk solat dan keluar. Mandi weh !! Seharian dah tak mandi. Mujur cuaca sejuk jadi tak berpeluh. Kalau rasa malas continue saja sampai malam. Ada berani ? Hihihi..

PS : Boleh pula aku tinggal tuala mandi. WTH sungguh. Lalala ~

GROCERIES SHOPPING AT WOOLWORTH


While waiting for Kak Sal untuk solat dan bersiap, together with Cik Tia dan Acik Yati sama-sama menapak ke Woolworth untuk beli barangan nak dimasak. Ala-ala Tesco dan Jusco. Sejak sampai memang Acik Yati tak sudah sebut makanan apa dia nak masak. Haruslah. Dia nak masak untuk anak tersayang. Kami tumpang tuah saja. Hihihi.. Dapatlah jenguk macam mana orang di Melbourne shopping barang. Tak jauh beza pun dari di Malaysia. Di Melbourne juga tak susah untuk dapatkan barangan basah yang halal. Seafood dan daging yang halal juga dijual di hypermart. Sistem bayaran saja yang mengagumkan. Ada section yang khas untuk pembeli buat bayaran sendiri. Maknanya tak ada pekerja tukang scan dan isi barangan dalam plastic. Pandai-pandailah kau nak uruskan sendiri. Swap saja card. Cik Tia kata orang Australia jarang jalan bawa cash banyak-banyak. Rasa boleh tak implement di Malaysia sistem macam ni ?

Selain membeli barang mentah di kedai yang jelas tertulis HALAL, boleh juga beli di hypermart. Sila pastikan ada label RSPCA ditulis. Insyallah dijamin Halal. Ada juga few forums di Internet yang membincangkan tentang RSPCA. Kalau berminat boleh teruskan pembacaan.

Aku bawa barang balik ke apartment while Cik Tia bawa Acik Yati looked around. Aku dan Kak Sal ada agenda lain. Gear up dan kami dah bersedia untuk explore Melbourne. Bought MYKI Card untuk aku dan Kak Sal. MYKI itself berharga 6AUD (RM19.20 approx) dan terus top up 14AUD (RM44.80 approx). Kalau tak cukup nanti boleh top up kemudian. Wajib beli kalau korang nak travel di Melbourne menggunakan Tram, Train atau Bus. Boleh beli di mana-mana kedai runcit yang ada label MYKI. Meh nak cerita sikit soal MYKI. Kalau berminat teruskan membaca. Kalau rasa bosan boleh skip. Aku pun pening while merancang budget untuk penggunaan MYKI. Tapi bila dah lalui sendiri jadi dah faham. 

KAD MYKI : CARA PENGGUNAAN DAN PENGIRAAN TAMBANG


Laluan public transport di Melbourne ada 2 zones. Zone 1 dan Zone 2. Majoriti tempat-tempat menarik terletak di Zone 1. Untuk penggunaan MYKI 2 jam yang pertama, kita akan di charge sebanyak 3.76AUD (RM12.03 approx) dan selepas dua jam penggunaan, kita akan di charge another 3.76AUD (RM12.03 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 7.52AUD (RM24.06 approx). 

Kalau di Zone 2 pula (noted that kita scan MYKI for the first time pada hari itu di kawasan Zone 2 dan hanya bersiar-siar di Zone 2 dan tak akan masuk Zone 1), charge MYKI untuk 2 jam pertama adalah 2.60AUD (RM8.32 approx) dan selepas dua jam penggunaan, kita akan di charge another 2.60AUD (RM8.32 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 5.20AUD (RM16.64 approx).

Bagaimana pula kalau kita nak travel dari Zone 1 ke Zone 2 ? Kita scan MYKI for the first time pada hari itu di kawasan sekitar Zone 1 dan bergerak ke Zone 2 dalam tempoh 2 jam. Kita akan di charge sebanyak 3.76AUD (RM12.03 approx) dan sekiranya mahu pulang ke Zone 1 dalam tempoh selepas 2 jam yang pertama, kita akan di charge another 3.76AUD (RM12.03 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 7.52AUD (RM24.06 approx) walaupun dah bergerak dari Zone 1 ke Zone 2 dan kembali semula ke Zone 1.

Jangan lupa untuk scan MYKI setiap kali naik tram, train atau bus. Bila turun dah tak perlu scan. Walaupun korang hanya nak tukar laluan, WAJIB juga scan. Untuk menyenangkan pengiraan budget, siap-siaplah ketepikan wang perbelanjaan untuk MYKI. Tak mungkin kita hanya nak berjalan menggunakan public transport selama dua jam saja. Jadi kita kira full fare terus. Apa yang aku buat, aku rancang perjalanan dan kira siap-siap berapa hari yang aku akan betul-betul menggunakan public transport dan sediakan 7.52AUD (RM24.06 approx) darab bilangan hari. Jangan kacau dah duit MYKI. Nanti tak cukup boleh ganggu budget lain.

Dah jangan nak pening sangat. Tak faham juga aku cerita baca SINI. Banyak lagi nak cerita ni..

EXPLORATION BEGINS : FEDERATION SQUARE + MELBOURNE VISITOR CENTRE + ACMI + BIRRARUNG MARR


Dari Elgin/Lygon Street, menaiki Tram Route 1/8 yang memang lalu depan rumah Cik Tia, kami terus bergerak ke destinasi pertama iaitu Federation Square. Memang semua orang wajib singgah tinggal bau kat sini. Federation Square adalah kawasan public yang menjadi tumpuan orang ramai sama ada penduduk Melbourne sendiri dan tourists. Antara port pilihan untuk melepak santai. Memang ramai sangat yang melepak di sekitar kawasan Federation Square. Ada banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Binaan memang semua superb sangat. Menarik. Antaranya adalah Melbourne Visitor Centre, ACMI, National Gallery of Victoria dan banyak lagi. Kalau korang rajin bolehlah terjah semua. Kami tak rajin sangat. Kami pilih few places saja. 

Niat utama adalah untuk ke Melbourne Visitor Centre. Jom..




Melbourne Visitor Centre ni unik sebab bangunan sebenar terletak di bawah tanah. Yang kita nampak dari Federation Square adalah bumbung bangunan yang terjojol keluar. Jadi kita kena turun bawah untuk sebarang urusan. Kami nak beli package tour untuk ke Great Ocean Road. Kalau korang malas nak uruskan pembelian tour ke GOR dari awal, boleh saja selesaikan bila korang dah sampai di Melbourne. Jot down address company dan terus daftar walk-in. Aku sebenarnya nak settle semua urusan before depart tapi dua kali aku hantar email nak booking tak ada jawapan. Malas sudah nak cari company lain. Terus ke Melbourne Visitor Centre dan beli package ke GOR dengan harga 94AUD (RM300.80 approx) seorang bersama company Eco Platypus Tours. Makanan disediakan jadi kami tak perlu fikir dah. Package ke GOR paling murah aku jumpa adalah sekitar 78AUD (RM249.60 approx) tapi tour akan dilakukan dalam bahasa Mandarin dan makanan halal tidak disediakan. Kalau korang tak kisah boleh saja proceed. Makanan boleh tapau atau beli saja bila berhenti rehat. Ada banyak sangat company yang menguruskan tour ke GOR setiap hari dengan tawaran harga yang berbeza. Jadi rajin-rajinkan diri untuk search.

Selesai booking kami bersiar-siar sekitar Federation Square. Santai saja mengikut rentak kaki nak bawa kami kemana. Aku jujurnya memang tak berminat pun nak explore Federation Square dengan gigih. Ikut selera masing-masing. Nak cari port duduk dan cuba berlagak macam local tapi semua penuh dengan orang. Kita pusing-pusing dululah. Entah macam mana boleh termasuk pula ke ACMI. Terhasut dengan penerangan adik yang bekerja kat dalam ACMI tu. Hahaha.. Layan.




ACMI adalah acronym kepada Australian Centre for the Moving Image. Dalam ACMI ada dua bilik teater besar yang sesuai untuk digunakan buat persembahan guna format apa sekali pun. Aku kongsi apa yang aku faham saja. At first aku fikir akan bosan jalan-jalan dalam ACMI tapi menarik rupanya. Itulah. Do not judge a book by its cover. Ada pameran animasi. Ada pelbagai jenis interactive games yang menarik dari zaman dulu kala hingga yang moden. Macam mana kartun animasi daripada tak ada warna jadi berwarna dan semualah. Paling awesome adalah bila TV yang digunakan pada zaman Jepun masih lagi mampu beroperasi dipamerkan. Jakun baq hang !!

During our visit, ada few pameran yang lain sedang berlangsung di ACMI. Salah satunya adalah pameran mengenai Orry Kelly. An Australian guy yang mencipta nama dalam bidang fashion di Hollywood dan terkenal dengan hasil rekaan dia. Memang satu family kerja menjahit bermula dari ayah dia. The he moved to New York untuk mencari pengalaman kerja. Menang tiga kali Academy Award for Best Costume Design. Banyaklah pahit manis perjalanan hidup seorang Orry Kelly diceritakan. Aku yang dari tak kenal dia siapa dapat idea sikit pasal dia.

Jom keluar dari ACMI. Kali ni kami meronda ke belakang Federation Square pula.




Jalan punya jalan nampak ada kakak Turkish jual Gozleme. Terus hati melonjak keriangan. Makanan !! Tanya diri macam tak lapar sangat tapi tanya perut dah menjerit-jerit. Alasan sangat. Aku baca PLM makan Gozleme dan katanya sedap. I should give a try too. Gozleme ni makanan orang Turkish. Rasa outer layer tu in between rasa roti canai dan pratha. Lembut saja. Menjeling sakan kakak Turkish tu sebab at first aku tersebut Gargamel. Ceruk mana terkeluar Gargamel pun aku tak tahu. Maaf kak. Tak sengaja. Kami order satu set Chicken Gozleme dan sebotol apple juice untuk kongsi berdua. Total 13AUD (RM41.60 approx). Kalau kenang balik memang rasa macam tak akan beli kalau kat Malaysia dengan harga macam tu. Tapi dah sampai tempat orang memang pejam mata saja. Apa yang aku boleh cakap, kalau korang jumpa Gozleme, silalah beli. Sedap weh !! And portion besar elok kalau nak kongsi berdua.

Cari port baik punya acah-acah picnic tepi Yarra River. Burung makin banyak pula terbang dekat dengan kami. Nak curi Chicken Gozleme aku la tuh. Macam tak tahu. Hang ingat murah ? Jangan harap. Kami berdua makan licin habuk saja tinggal untuk burung. Muahahaha..

Keadaan lebih santai dan tenang di sebalik Federation Square. Couples pun ramai kat sini. Macam-macam gaya. Kalau terus berjalan ke depan boleh sampai ke Birrarung Marr, salah satu taman yang terselit di tengah-tengah kesibukan Melbourne City. Ada banyak scluptures menarik kat Birrarung Marr. Kami tak menapak sampai ke sana pun sebab kami dah jumpa port terbaik nak bergolek atas rumput. Bergolek ? Heee.. Betul tu. Bergolek.



Salah satu mission yang aku nak buat adalah berbaring di rumput sekitar Melbourne City. Nak buat macam locals disana selalu buat. Nampak tak ramai yang berbaringan disekeliling kami ? Haaa.. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh locals disana. Ada yang baring santai.. Ada yang baca buku.. ada yang bersembang dan ada juga yang memang lena sungguh tak sedar apa. Kak Sal sporting gila melayan aku. Sama-sama join. Cayalah kak.. Mujur jumpa port tersorok sikit. Malu juga kalau tengah-tengah Federation Square kena bergolek. Make sure kalau korang sampai sini, korang pun bergolek sakan tau. Kalau tak memang rugi. Huhuhu.. 

Lantaklah rumput basah sekalipun. Janji dapat golek.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579