JALAN-JALAN MELBOURNE | DARI KUALA LUMPUR KE MELBOURNE
Entry sebelumnya di SINI.
13 September 2015
13 September 2015
Bangun pagi rasa macam mimpi. Tertidur mengadap laptop menyiapkan itinerary. Memang kalut sangat aku rasakan sebab dua hari sebelum depart baru ada masa untuk susun itinerary dengan elok. Walaupun tak perfect tapi sekurang-kurangnya ada panduan. Lepas breakfast masih lagi mengadap laptop. Gila !! Jangan diikut perangai last minute macam ni. Eloklah prepare awal. Muka aku terlalu ketat agaknya sampai anak-anak buah tak berani datang dekat. Jangan dikacau Mekti yang tengah stress. Jadi gulai masing-masing nanti. Segala documents dah print dan double check. Alhamdulillah by 5.00PM semuanya selesai. Tarik nafas lega dan terus bersiap untuk ke KLIA2.
Acik Yati (noted that Acik Yati is Cik Tia's mother) seawal 3.00PM dah Whatsapp aku. Katanya baru gerak dari Taiping. Kak Sal pun Whatsapp bila nak keluar rumah. Since I was from Bangi, aku tak terkejar-kejar sangat. Kami bercadang untuk berjumpa di Departure Hall KLIA2 selewat-lewatnya pukul 8.30PM. Aku tinggalkan Bangi around 7.00PM dan keadaan sekeliling yang sangat berjerebu membuatkan MamiZ memandu super slow dan akulah yang paling lambat sampai.
Akhirnya kami bertiga bertemu jua. Mula-mula sengih macam kerang busuk semuanya. Excited nak travel bersama. Cepat-cepat kami pergi check-in. Aku tak reti nak online check-in jadi aku prefer secara manual. Kami nak request duduk bersebelahan jadi senang berurusan di kaunter terus. Aku dan Kak Sal check-in sekali. Timbang bag tiba-tiba exceed 4KG. Mesti sebab makanan. Jadi aku terus keluarkan makanan untuk bawa as hand carry saja. Aku bawa tote yang berisi makanan menonong masuk Departure Hall. Plastik bungkusan aku simpan. Kang orang ingat minah kampung mana terlepas bawa plastik cenggitu saja masuk flight. Macam mana aku bungkus makanan untuk dibawa boleh rujuk SINI.
SOS PASTA MELAYANG DI KAUNTER IMIGRESEN
Jauh rupanya kena berjalan. First time melalui perlepasan International di KLIA2 jadi baru merasa. Pemandu kereta buggy ajak naik tapi kami menolok. Berlagak. Kemudian dah sedar yang perjalanan masih jauh, kami pula yang terjerit-jerit panggil kereta buggy. Eloklah naik buggy. Boleh perah baju kalau menapak ke gate berlepas. Lepas dah turun untuk ke Gate Q kita kena lalu pemeriksaan terakhir. Aku selamba letak tote berisi makanan untuk scan. Pegawai kastam tanya ada apa dalam tote aku jawab makanan. Dia kata ada liquid banyak. Otak aku ligat berfikir apa benda liquid aku usung dalam tote. Haaa aku lupa !! Ada sos pasta. Jadi pegawai kastam suruh aku keluarkan. Dah macam mini market kat situ satu per satu aku susun. Memang dah salah sendiri jadi aku redha kalau dia nak ambil. Tiba-tiba dia pulangkan sos pasta aku dan ambil dua tin saja. Buat syarat katanya sambil mengucapkan selamat jalan buat kami. Aku memang tak ingat langsung bab liquid dan hand carry. Jadi kawan-kawan yang lain sila ambil iktibar.
Budak baru belajar nak guna Gopro. Kembang habis muka hidung pipi. Excited juga siap sedia depan Gate Q14 nak beratur masuk. Orang ramai. Patutlah pekerja di kaunter pening nak susun seat untuk kami bertiga. Kami biarkan orang lain masuk dulu memandangkan seat kami antara yang paling belakang. Seat kami terpisah dengan aisle. Kak Sal duduk sebelah Acik Yati dan aku terpisah duduk seorang diri sebelah calon jodoh. Seorang lelaki berkulit gelap from America duduk sebelah aku. Sado. Acik Yati kata handsome. Tenung senyap-senyap memang ada rupa pun. Dia duduk saja terus tidur. Siap mengigau lagi dengan aku ditepisnya. Terus aku terjaga tak boleh lena dah.
Perjalanan selama 8 jam bermula tepat pukul 10.30PM. Alhamdulillah sangat smooth. Jujur kata hati memang cuak. Tawakal dan memang tadah tangan baca doa minta dilindungi. Lama tak naik flight yang jauh. Ada hujan sikit di pertengahan perjalanan tapi sekejap saja. Aku terlelap juga lepas makan tapi bila dah terjaga terus tak dapat lena sampai mendarat. Kak Sal memang terus hanyut tak sedar apa. Tabik spring. Penat sangat agaknya. Acik Yati lagi superb. Langsung tak tidur dari berlepas. Memang katanya susah nak tidur dalam perjalanan. Jadi kami berbual-bual. Mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Gitu..
SOLAT SEMASA DI DALAM PENERBANGAN JAUH
Selepas empat jam berlepas, kami dah masuk ruang udara Australia. Jadi untuk menentukan waktu solat Subuh, kena ikut timing daratan yang paling dekat (mengikut kefahaman hasil pembacaan). Jadi wajiblah kita ikut waktu di Australia. Aku dah semak awal-awal sebelum berlepas. Boleh semak SINI untuk menentukan waktu solat. Tapi untuk kepastian, boleh tanya crew penerbangan. Kami tanya waktu solat dan crew kata waktu solat ada lagi 30 minit. Jam tangan menunjukkan baru pukul 2.30AM di Malaysia tapi sudah pukul 4.30AM di Australia. Jadi sudah boleh kalau nak solat. Nak explain lebih lanjut aku takut salah. Nanti hampa ikut jadi lain pula. Jadi bolehlah rujuk orang yang lebih pakar. Tak susah pun untuk ambil wuduk dalam toilet kapal terbang. Jadi pakailah pakaian yang selesa. Solat duduk saja di tempat duduk masing-masing.
MELBOURNE AIRPORT (TULLAMARINE) DAN GOSIP ANJING
Walaupun sedikit bergegar teruk tapi Alhamdulillah kami mendarat dengan jayanya. Kami sampai 30 minit lebih awal dari ETA dan disambut suhu sekitar 17c. Excited sangat lagi bila nampak macam-macam kapal terbang dari negara lain. Walaupun ada banyak kapal terbang yang tersadai, bila kami keluar dari flight, tak ramai pula orang. Jadi kami terus saja ke Imigresen. Disebabkan kami agak cepat, dapatlah beratur awal. Sedang sakan enjoy free Wifi yang laju, tiba-tiba seorang pegawai jerit suruh semua berdiri dalam satu barisan saja. Dua tiga kali dia jerit dan lalu lalang tepi kami. Suddenly aku nampak anjing. Jarak kami dengan anjing hanyalah dalam 5/6 orang saja. Damn !! Orang ramai yang riuh bersembang semua senyap. Nervous sebab makanan aku yang bawa. Terus tukar tangan kanan pegang makanan sebab anjing bakal lalu sebelah kiri. Before inspection by si anjing polis, pegawai ada terangkan yang itu merupakan procedure airport jadi semua disarankan memberi kerjasama. Aku cuba bertenang walaupun anjing tak adalah besar mana tapi seram juga.
Tiba-tiba laju saja seekor anjing berlari tepi aku. Itu saja ke ? Dia tak hidu pun makanan yang aku bawa. Kalau itu saja bersyukur yang amat. Tapi inspection by si anjing tak terhenti disitu saja. Lepas dah ambil luggage kami dipisahkan ke laluan yang khas sebab aku dan Acik Yati declare bawa makanan. Kak Sal hanya declare bawa ubat dan disuruh menggunakan laluan lain. Sekali lagi kami disuruh berdiri dalam satu barisan. Kali ni, segala jenis bag kena letak atas troli. Backpack aku disangkut di sebelah kiri dan handbag Acik Yati disangkut disebelah kanan. Makanan pula aku letak di ruang kecil di troli. Dari belakang dah nampak dah seekor lagi anjing. Isk tak sudah juga rupanya. Sekali lagi anjing berlari-lari keriangan keliling kami untuk check bag-bag yang dibawa. Alhamdulillah tak ada yang sangkut. Semua lepas.
Kalau katalah anjing tu berhenti lama di bag dan tak nak bergerak tinggalkan bag, barulah pegawai akan datang dan minta kita buka bag. Ada juga aku nampak pegawai bertugas angkat few bags dan dibawa ke kaunter khas. Syukur tak perlu nak melalui semua tu. Overall, segala proses pemeriksaan Imigresen makan masa 1 jam lebih.
Jangan lupa ambil booklet ini di Arrival Hall.
Ada discounts menarik untuk several tourist spots.
SIMCARD DAN PLAN PREPAID INTERNET OPTUS PILIHAN TERBAIK
Aku sumpah tak boleh senang duduk kalau tak ada Internet. Kisahnya, kami dah book Pocket Wifi Wiyo dari Malaysia dengan pakej sebanyak RM196 untuk seminggu tapi hanya dapat 2.5GB saja. Bila aku terjumpa pakej yang ditawarkan oleh Optus, aku terus cancel booking. Beza sangat harganya. Beli simcard lagi senang hati. Mujur tak bayar apa-apa lagi. Hanya 15AUD (RM48 approx) termasuk simcard untuk 7 hari dan setiap hari akan dapat 500MB data. Kalau buat international call hanya ditolak 5 sen saja untuk setiap minit panggilan. Memang berbaloi sangat. Boleh check SINI untuk pakej Optus yang lain. Ada banyak syarikat telekomunikasi yang lain tapi aku suggest korang guna Optus. Senang pun senang untuk dapatkan simcard. Keluar saja dari Arrival Hall, silalah berjalan ke hujung pintu keluar sebelah kanan. Ada kedai Optus disitu. Pekerja sangat ramah. Kak Sal boleh pula buat adegan dramatic di kaunter Optus. Jumpa orang kampung weh !! Excited semacam. Baca SINI untuk drama musim bunga arahan Salbiah Mokhtar. Hihihi..
Dah selesai semua apa lagi ? Marilah kita berhuhuhu..
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :