Lotus Biscoff sebenarnya dah bertahun-tahun ada dalam pasaran tapi lately makin meningkat kegilaan dan demand terhadap Lotus Biscoff. Kalau dulu semua benda nak letak cheese, sekarang nak letak Lotus Biscoff pula. Nestle KitKat pun tak mahu lepaskan peluang untuk bergabung dengan Lotus Biscoff dan keluarkan KitKat Lotus Biscoff Limited Edition yang baru dipasaran. Mula dijual di Dubai dan beberapa negara di Europe dan tak ada news kata dah masuk pasaran Malaysia. Mungkin sebab itu kita tak jumpa terjual di kedai-kedai negara kita.. Ini aku jumpa di Shopee dan kalau tak silap memang tak ada jual di pasaran kita. Korang kalau berminat pergi click saja senang Shopee dan tak payah pening nak cari beli dimana. Tunggu saja sampai depan rumah.. Sepeket Nestle KitKat with Lotus Biscoff ni ada 7 biji mini chunky KitKat aku beli dengan harga RM23.90 dari kedaiCocoa Valley (antara kedai chocolates favourite aku di Shopee). Mungkin sebab hanya dijual di luar negara, harga mahal sikit. KitKat Lotus Biscoff dijual dalam size Chunky bukan size jejari KitKat Fingers.
Bawah lapisan coklat terus ada Lotus Biscoff.
RASA COKLAT KITKAT DAN LOTUS BISCOFF YANG SEDAP
Kalau korang antara pembaca setia blog aku, for sure korang dah tahu aku memang hantu KitKat dan tak pernah aku kata KitKat tak sedap. Semua KitKat sedap di tekak aku termasuklah KitKat Lotus Biscoff yang baruuu ini.. Sumpah sedap gilaaa !! Lapisan Lotus Biscoff pun banyak antara layers KitKat wafers. Tak crumbly berderai just nice terletak elok in between the layers. Tak manis sangat ngam dengan rasa coklat KitKat yang biasa. Laju habis 7 biji tak tunggu lama. Untuk harga yang agak mahal aku beli sepeket KitKat Lotus Biscoff, aku tak rasa menyesal.
Sedap !!
Cepat pergi beli juga especially bagi peminat KitKat..
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com