Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TEMPAT MAKAN BEST DI GEORGETOWN | PENANG - AB CAFE

$
0
0

TEMPAT MAKAN DAN LEPAK BEST DI GEORGETOWN | AB CAFE


TEMPAT MAKAN DAN LEPAK BEST DI GEORGETOWN | AB CAFE.Sebut saja Penang, terutamanya di Georgetown mesti pelbagai jenis makanan siap terbayang dalam kepala. Banyak gila tempat makan yang best ada around Georgetown. Mula nak telan air liur bila teringat Nasi Kandar, Cendol, Pasembur dan macam-macam lagi. Penang memang tak boleh lari dari jadi antara hub terbesar tempat orang suka melepak dan cari makan. 

Sekitar Georgetown memang ada banyak cafe-cafe yang super cute dan menarik. They serve cakes, coffee, pastries and western food. Aku memang minat nak pergi cuba makanan-makanan yang dihidangkan tapi kebanyakkan cafe sekitar Georgetown are operated by Chinese dan sebagai seorang Muslim, kita perlu take serious mengenai beberapa issues. Usually I will give a call first to clarify few things baru decide nak terjah or not.

AB CAFE


Sekarang dah tak perlu risau. We have AB Cafe here in Georgetown *fireworks* Yahoo !! Thanks to the owner yang sudi jemput beberapa orang ahli #BloggerUtara to have dinner in her cafe, AB Cafe. Sangat awesome. AB Cafe mula beroperasi pada bulan Mac yang lepas. Masih baru tapi sangat impressive. Mampu sudah untuk bersaing dengan cafe-cafe lain sekitar Georgetown.  

AB stands for Aini Bakker, pemilik cafe yang juga merupakan seorang fashion designer. Sangat meminati untuk membuka cafe sendiri. Lahir dan membesar di Penang membuatkan Aini Bakker mengambil keputusan to own a cafe in Penang. As a Penangite, aku sangat happy to have AB Cafe here in Georgetown. Cafe yang comel dan menyediakan hidangan makanan yang Halal. Gabungan warna hitam dan putih menjadi tema cafe. Simple yet elegant. 


MENU DI AB CAFE, GEORGETOWN


AB Cafe menyediakan hidangan makanan western dan juga hidangan selera tempatan. Menu di AB Cafe terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Starter / Soup, Main Course, Kids Menu, Side Dishes / Tapas, Local Menu dan banyak lagi. AB Cafe merancang untuk mempelbagaikan lagi jenis hidangan pada masa akan datang. Lebih banyak menu untuk dipilih boleh menarik lebih ramai pengunjung ke AB Cafe. Setengah orang suka menu western dan setengah lagi suka makanan tempatan. AB Cafe has both. Chef yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan di AB Cafe ini bukan calang-calang orang ya. Chef Nazri merupakan anak kepada pemilik Tari Cafe yang terkenal di Penang. Kalau jadi orang Penang, wajib tahu tentang Tari Cafe.

Disebabkan tema cafe yang mengetengahkan warna hitam dan putih, maka menu juga adalah seringkas gabungan dua warna yang dipilih. Menu yang ringkas tapi sangat jelas.





Menariknya di AB Cafe, terdapat pelbagai jenis minuman (beverages) yang menggunakan nama yang unik seperti'Virgo The Horse', 'Catch A Raising Star' dan Cinderella. Brilliant ideas. Pelanggan akan rasa teruja untuk cuba setiap jenis minuman. Aku pun sama. Excited nak minum semua jenis. Baru cuba beberapa saja. Nampaknya kena pergi lagi untuk cuba minuman yang lain.

LOKASI AB CAFE YANG STRATEGIK


Berada di tengah-tengah Georgetown menjadikan AB Cafe antara daya tarikan yang menarik di Georgetown. Terletak di bawah Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Pulau Pinang, walking distance dari Nasi Kandar Line Clear dan Roti Canai Jalan Argyll memang tak susah untuk cari AB Cafe. Memang sangat strategik. In Georgetown boleh dikatakan setiap jalan yang famous akan ada cafe-cafe yang unik. And here it is, salah satu cafe best di Georgetown yang boleh diterjah. Dalam dunia serba canggih kita boleh terus search di GPS saja guna application masing-masing.

 


AB CAFE
32 Jalan Argyll,
Georgetown, Penang.


Operation Hours :
3.00 PM - 11.00 PM


ANTARA PILIHAN MAKANAN YANG ADA DI AB CAFE


Kami berkesempatan untuk mencuba beberapa jenis hidangan yang sedap. Tak mampu nak tahan diri dari order macam-macam jenis hidangan sebab rasa nak cuba semuanya. Dari appetizers ke main course, semua kami cuba. Memang puas hati yang amat. 

Jom tengok antara makanan yang boleh dicuba di AB Cafe.


Mexican Soup
RM9.90


Hidangan pilihan owner cafe yang sangat meminati makanan dari Mexico. Soup tomato bersama kacang merah dan chipotle. Makan panas-panas bersama roti yang disediakan.


Mushroom Soup
RM8.90


Ini memang awesome punya pekat. Rich with flavors yang superb. Sempat korek rahsia dari owner AB Cafe sendiri. Katanya, mushroom soup di AB Cafe adalah gabungan rasa tiga jenis mushroom. Hamek kau. Patutlah super thick dan licin aku makan semangkuk.


Smokey Meatballs Bolognese - With Wedges
RM15.90


Antara menu yang menjadi kebanggaan owner AB Cafe. Memang sedap. Ingat portion kecil saja tapi bila hidangan dah sampai, rupanya memang mengenyangkan. Ada wedges juga.


Chicken Chop - Oriental Sauce
RM15.90


Yang tak suka gravy pedas boleh cuba this menu. Sesuai sangat sebab memang tak pedas and just nice. Ayam yang super tender memang uuumph habis dah bila digabungkan dengan sauce yang sedap. Aku rasa anak-anak mesti suka menu ni.


Spaghetti Meatball
RM18.90


Tahap sedap menu ni adalah, aku dan Kak Farah siap berebut-rebut nak habiskan. Arz Moha yang tak suka spaghetti pun approve menu ni sedap. Antara menu wajib cuba kalau datang singgah ke AB Cafe. Serve panas-panas you.. mau tak terangkat. Ada meatballs sedap lagi.


Lamb Chop
RM24.90


Ini memang buah hati kami semua on that day. Arz Moha dah reserve siap-siap Lamb Chop. Baik hati abang long kasi kami rasa. Terus macam nak order satu set lagi. Black pepper sauce pun sedap. Memang kena gaya sungguh dengan daging kambingnya. Lembut dan tak liat. Smooth saja bila potong. Adus !! While menaip pun macam terbayang-bayang dah.


Fish & Chips
RM15.90


Aku suka makan Fish & Chips jadi aku nak cuba makan Fish & Chips di AB Cafe pula so aku chose this menu as my main course. Dah semua ambil ayam dan daging, aku order ikan. Dua keping ikan Dory dimasak elok dan tak hanyir. Ada sejenis sauce unik yang datang bersama hidangan. Rasa macam sireh tapi kemudian jadi addicted dengan that sauce. Sedap pula. I could not help myself daripada terus tanya owner. Bukan sireh tapi basil. Basil Pesto namanya. 


Big Boss Burger
RM15.90


Homemade beef patty yang lembut dan juicy. Pilihan herbs yang sesuai untuk membangkitkan rasa patty daging. Kenyang sungguh dapat makan burger besar macam ni. Memang gaya big boss bila makan. Jangan lupa swag sekali.

Menu pilihan : Fish & Chips, Wedges, Coleslow Salad, Lamb Chop, Nasi Goreng Special dan Spaghetti Meatball.

HARGA MAKANAN DI AB CAFE, GEORGETOWN


Secara keseluruhan harga makanan di AB Cafe adalah harga mampu milik. Sama saja dengan harga-harga makanan di cafe-cafe yang lain. Kena gaya dengan saiz hidangan. Tak terlalu mahal. Alaaa.. makanan sedap jangan berkira sangat untuk bayar. Nanti perut sendiri juga senang hati. 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI AB CAFE, GEORGETOWN


Selain menawarkan hidangan makanan yang sedap kepada pengunjung, AB Cafe juga ada menyediakan perkhidmatan free Wifi untuk memenuhi keperluan pengunjung. Tak sah kalau tak ada Wifi. Serba tak kena kita semua sekarang kalau tak dapat internet. 

Selain itu, surau juga turut disediakan buat pengunjung yang ingin bersolat. Ruang yang selesa untuk berwuduk dan solat. Aku seriously sangat suka konsep yang sebegini. Mesra pelanggan dan tak perlu risau kalau takut tertinggal solat dalam asyik melayan makanan.

Kalau nak buat birthday party atau small function juga boleh. Antara lokasi yang sesuai untuk conduct majlis di sekitar Georgetown. AB Cafe mampu menampung sehingga 50 lebih orang pelanggan dalam satu-satu masa.

Untuk sebarang pertanyaan / tempahan :

Aini Bakker
Director
h/p no : 017-3593597
email : ainibakker@gmail.com

Aini Bakker Sdn. Bhd.
32, Argyll Road,
10050 Georgetown,
Penang.
04-2642640


-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Sitiroro | Facebook | Facebook Page


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Top 7 Lies of Boys


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Pokemon para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE