TEMPAT MAKAN BEST | CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT
TEMPAT MAKAN BEST | CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT. Entry Tempat Makan Best kali ni bukanlah satu tempat makan yang baru. Dah ternama tapi aku yang baru nak cuba. Baru ada kesempatan nak merasa makanan disini. Jakun ? Sikit. Maklumlah tak pernah makan di antara chain restaurants yang terkenal berasal dari Texas ini. Pernah terlintas untuk cuba makan di Chili's Grill & Bar Restaurant tapi tak pernah menjadi. Aku orang kampung. Tak berani nak duduk makan dalam restoran gempak. Hihihi.. Outlet restaurant Chili's Grill & Bar Restaurant ada bersepah seluruh Malaysia. Akhirnya for the first time ever aku melangkah masuk ke Chili's Grill & Bar Restaurant di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Itu pun sebab Kak Sue yang bersungguh nak makan dan sudi nak belanja. Puas pujuk nak share the bill tapi dia tak mahu. Jadi aku nak makan pun agak malu-malu. Aku suruh Kak Sue yang decide what to eat since it was my first time. I am fine with anything.
MENU DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT
Superb I must say. Haruslah menarik. Tengok kedai lah. Colourful. Aku memang suka tengok menu yang warna-warni tapi tak menyakitkan mata. Well presented dengan gambar-gambar yang mengancam. Aku selak banyak kali and I could not decide nak makan apa. Kalau ikut hati memang nak itu nak ini. Semua nampak menarik.
Untuk menu lengkap Chili's Grill & Bar Restaurant -- SINI.
PILIHAN MAKANAN DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT
I encountered 'Fajitas' for the first time. It is actually macam kebab. Grilled beef or chicken stripes with grated cheese then dibalut with tortilla. Tapi tak order pun sebab portion sangat besar and there were two of us saja that day. We ordered menu lain.
Mushroom-Swiss Burger
RM28.95
Fire-Grilled Chicken & Portobello
RM36.95
Wings Over Buffalo
RM22.95
Spinach Queso & Tostada Chips
RM22.95
Semua yang kami ordered that day scrumptious yang amat. Makan during waktu berbuka so we were too hungry jadi sangat memuaskan. Kak Sue ordered that Mushroom Burger and she ordered that Grilled-Chicken for me. Aku bukanlah peminat chicken breast sebab agak kering. Aku suka part yang tender dan juicy but to my surprise, the chicken breasts were juicy dan sedap. Besar and I could not manage nak habiskan pun. The meal came along dengan selambak mashed potato yang yummy. I love potatoes. We shared our meals sebab portion sangat besar. Mushroom Burger is a go. Beef patty yang besar dan sedap. Those Buffalo Wings were not to my liking sangat. Spicy and too sour. Kalau suka rasa yang tangy sesuai agaknya. Definitely not going to order them again. Free flowing water. Boleh refill air sampai perut kembung.
Kalau keChili's Grill & Bar Restaurant, wajib order Tostada with their signature cheese dipping sauce. I told Kak Sue that I wanted to try and she was so generous pergi order one set for both of us. Gosh !! That Spinach Queso was so damn cheezy and delicious. Aku tak tahu nak describe macam mana. I might go back and just order the Tostada set and eat alone. Sumpah sedap. Telan air liur while typing. Hihihi..
HARGA MAKANAN DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT
Harga memang agak pricey. But query not please. Makan kat tempat macam ni so we must be prepared. Aku jenis yang tak berkira sangat nak keluarkan duit for good food kalau betul berbaloi. Yang dah pernah makan mesti setuju kan ? Untuk penuhi keinginan diri sendiri apa salahnya. Satisfaction. So I must say, though harga makanan adalah mahal but worth it. You can even share with your friends jadi nothing to be worried about. Unless kalau makan seorang diri. Forever alone macam aku. Tapi tak boleh selalu. Everyday makan macam ni cukup seminggu aku terpaksa busking tepi jalan buat persembahan. Hihihi..
Untuk maklumat lengkap mengenai Chili's Grill & Bar Restaurant -- SINI.
Ada yang bercadang nak makan di Chili's Grill & Bar Restaurant dalam waktu terdekat ? Boleh bawa anak-anak or hangout with friends. Yang dah pernah makan di Chili's Grill & Bar Restaurant boleh share pengalaman yang ada. Boleh suggest hidangan lain yang sedap untuk dicuba. I want to go and eat there again real soon. Hihihi..