Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trip Perth 2018 : 3.1 Denmark, Walpole Dan Pemberton (Greens Pool, Valley Of The Giants Tree Top Walk & Best Western Pemberton Hotel)

$
0
0
05 December 2018 Rabu


PERJALANAN KE DENMARK, WALPOLE DAN PEMBERTON - GREENS POOL, ELEPHANT ROCKS, VALLEY OF THE GIANTS TREE TOP WALKS DAN BERMALAM DI BEST WESTERN PEMBERTON HOTEL. Selesai solat dan lunch di Albany Mosque, kami bersiap untuk perjalanan seterusnya. Masih on track mengikut itinerary yang dirancang. Bagus !! Make sure timing semua mengikut perancangan sebab tempat dituju ada operation hours. Kalau lewat melepas jawabnya. Dah datang dari jauh jadi kena berdisiplin ikut jadual. Dari Albany, kami ke Denmark untuk ke Greens Pool dan Elephant Rocks, singgah tengok kawasan alang-alang dalam laluan yang sama dan seterusnya ke Walpole untuk ke The Valley of The Giants Tree Top Walks. Kami akan ke Pemberton untuk bermalam di Best Western Pemberton Hotel. Transit sebelum ke destinasi seterusnya. Perjalanan kali ini jauh juga, tiga jam memandu tapi tidaklah sejauh memandu dari Perth ke Albany. Memandu santai mengikut had laju yang ditetapkan. Ikut speed limit kalau tak nanti dapat surat cinta kena saman pula. Bosan sebab memandu slow sangat walaupun kenderaan tak ada atas jalan. Syukur permandangan kiri kanan lebih menarik menghijau berbanding kuning kekeringan yang kami lalui sebelum ini. Sediakan kudapan untuk kunyah elak mengantuk.  We always had Coles potato chips dan buah-buahan sebagai bekal.

Ini adalah laluan yang kami lalu, dari Albany ke Pemberton :

Albany - Denmark - Walpole - Pemberton

Pokok-pokok yang cantik di kiri kanan jalan.


Denmark !!


Melintasi pekan Denmark.


GREENS POOL DAN ELEPHANT ROCKS DI DENMARK WESTERN AUSTRALIA

Denmark adalah satu bandar kecil di selatan Western Australia. Tempat-tempat menarik sekitar Denmark semuanya lebih kepada aktiviti-aktiviti melibatkan nature dan expedition. Lokasi juga dekat dengan coastal area jadi banyak jugalah pantai yang cantik dan menarik. Disebabkan kami tak ada banyak masa nak explore seluruh kawasan Denmark, kami pilih untuk ke dua lokasi hot spots iaitu Greens Pool dan Elephant Rocks. Aku tengok travelogue dari beberapa orang Youtubers yang dah explore Denmark dan kedua-dua tempat ini adalah sangat cantik. Sayangnya hari kelam mendung dan hujan renyai. Kami redah juga, sayang kalau tak singgah. Aku dan Neddy saja yang turun, our moms tunggu dalam kereta.

Greens Pool : Terletak dalam kawasan William Bay National Park, pantai yang cantik berpasir putih gebu dengan air laut berwarna hijau emerald. That is the reason why namanya Greens Pool. Memang cantik terbentuk seperti kolam renang yang luas terbentang dan keadaan bentuk muka bumi yang terlindung daripada lautan Great Southern Ocean membuatkan air di Greens Pool tenang tak berombak besar. Nice sangat untuk picnic dan berenang. Katanya ada banyak ikan kecil di batu-batu sekitar Greens Pool. Boleh snorkeling kalau berminat. Disebabkan hari hujan renyai, tak terserlah sangat kehijauan.


Hello there, mate !!

Laluan ke Greens Pool yang bertangga.

Cantik !!

Inilah Greens Pool. Ada juga orang berenang walaupun hujan.

Greens Pool dan Elephant Rocks hanya bersebelahan saja.

Hari makin mendung dan hujan makin lebat, tak sempat nak singgah ke Elephant Rocks walaupun sebelah saja dengan Greens Pool. Kami tak mahu basah lencun. Sejuk !! Ada banyak laluan jadi kena ingat laluan mana yang kita guna. Takut nanti sesat pula, memang confusing. Kalau korang ada drone, sila terbangkan drone korang disini. Sumpah lawa bila tengok video dari drone orang lain. Teruja rasanya. Dah tak boleh singgah tak payah kita bersedih. Ada lagi destinasi penting yang dituju. Jom kita ke Walpole !!

VALLEY OF THE GIANTS TREE TOP WALK

Dari Denmark, kami ke Walpole dan Tingledale melalui South Coast Highway, setengah jam pemandua untuk sampai. Semua guna Google Maps saja, janji ada internet connection. Kalau tak ada pun jangan risau, boleh download laluan versi offline. Sepanjang kami road trip, semua lokasi ada internet connection. Dalam hutan pun laju 4G. Kami tak sewa GPS dari syarikat kereta sewa. Hari masih hujan renyai, berharap hujan akan reda bila sampai di Walpole. Jalan raya cantik dan lebar tapi masih sunyi. Dah solat Jama' Qasar di Albany tak perlu risau cari tempat nak perform prayers. Dalam trip dulu lagi aku teringin nak ke Valley of The Giants Tree Top Walk lepas tengok seorang kawan pergi dan view sangat cantik. At that time, aku kena pilih sama ada nak ke Valley of The Giants Tree Top Walk atau pergi ke Donnybrook untuk petik apples. Semestinya aku pilih untuk petik apples, pengalaman yang tak akan dapat di Malaysia. Alhamdulillah kali ini aku diberikan rezeki untuk ke Valley of The Giants Tree Top Walk yang terletak dalam kawasan Walpole-Nornalup National Park. Memasuki area Walpole, kita boleh nampak perubahan dari segi jenis tumbuh-tumbuhan dan bentuk muka bumi. Lebih banyak pokok yang tinggi dan besar dan kawasan lapang yang penuh dengan lembu. Kena selalu check operation hours Valley of The Giants Tree Top Walk sebab berbeza-beza mengikut musim. Kami pergi musim panas jadi last admission adalah pada pukul 04:30PM. Kami sampai awal, pukul 03:45PM dah sampai jadi tak ada benda nak terkejar-kejar sangat. Entrance fee untuk seorang dewasa adalah AUD21.00 (RM 65.10 approx). Ini adalah tempat berbayar pertama yang kami singgah. Disebabkan duit dah diasingkan dari awal, tak kalut nak kutip dah.




Lembu-lembu sedang lepak santai.






Beli tiket dulu.





Our moms.

Gayat weh !! Siap berangin pula.




Pokok-pokok Tingle yang boleh tumbuh setinggi 40M.

The view.. Subhanallah.

Bila dah sampai dah naik habis pusing teringat pula sebenarnya kat Malaysia pun ada kawasan tree top macam ni di Tree Top Walk Sungai Sedim Kulim. Aku pernah pergi dulu dua kali rasanya dan memang sama. Kalau di Sedim ada permandangan air terjun mengalir lagi. To be honest, tak ada apa sangat pun sebenarnya di Valley of The Giants Tree Top jadi tak wajib untuk masuk dalam itinerary. Tapi aku berani jamin, bila dah sampai ke the highest point, view memang cantik hijau saujana mata memandang. Seram juga menapak bila dah makin tinggi. Gayat !! Angin kuat pula tu dan bila jalan jambatannya goyang sikit. Lemah betul rasa jiwa. The broadwalk adalah selamat untuk kanak-kanak dan mesra wheelchair. Panjang laluan tree top pula adalah sepanjang 600M. Sekejap saja dah habis pusing. Selagi tak scan untuk keluar, boleh pusing banyak kali sampai semput. Take time untuk enjoy hirup udara sedar. Kalau korang memang buat road trip down to the southern region dan ada masa apa salahnya singgah.

Pokok-pokok tinggi ini semua adalah pokok-pokok Tingle. Turun dari boardwalk kita akan melalui kawasan pokok-pokok Tingle yang berusia. Memang dah lama tumbuh, ada yang berusia 400 tahun. Masuk kategori ancient dah. Pokok-pokok Tingle ini semua hanya boleh jumpa di Australia saja. Memang nampak lain benar structure pokoknya once kita dah masuk ke kawasan Walpole-Nornalup National Park. Memang tumbuh disana saja. Keluar dari kawasan Walpole terus macam lain pula gaya pokok-pokok tepi jalan. Ada juga cerita-cerita lagenda yang diceritakan mengenai hutan pokok-pokok Tingle. Sejarah silam dan bagaimana usaha kerajaan nak kekalkan khazanah negara. Sekali baca macam terbayang pula cartoon Smurf. Pengaruh movie sangat.

BERMALAM DI BEST WESTERN PEMBERTON HOTEL

Kami masih ada baki satu setengah jam lagi perjalanan untuk ditempuh ke Pemberton sebelum we could call it a day. Melalui South Western Highway, slowly memandu sambil tahan mengantuk untuk sampai ke Best Western Pemberton Hotel untuk bermalam dan rehat. At this moment, penumpang lain kena mainkan peranan layan driver. Jangan tidur !! Sembanglah topik apa-apa pun, kalau nak membawang berpada-pada jugalah. Dalam hutan tu.. Langit kembali gelap memang confirm nak hujan. Kiri kanan jalan hutan tebal dan laluan yang sunyi. Sesekali adalah juga sebuah dua kereta. Syukur masih siang kalau dah malam seram nak drive masuk hutan. Itulah kena plan elok-elok supaya semua journey tak terlajak ke malam hari.

Satu setengah jam ngadap view macam ni..

Pekan kecil Pemberton. Lengang..

Bangunan Best Western Pemberton Hotel.



Dengan hujan yang lebat, syukur alhamdulillah selamat sampai di Pemberton pada pukul 05.30PM. Kereta banyak tapi manusia tak berapa kelihatan. Mungkin masing-masing pun tengah berehat. Setuju dengan satu comment yang aku jumpa di Booking.com - Pemberton lebih kepada pekan transit. Kebanyakan pengunjung akan pilih untuk bermalam di Pemberton sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Lokasi unik di tengah-tengah laluan utama yang menghubungkan Augusta dan Albany. Urusan check-in sangat mudah. Rujuk SINI untuk gambar-gambar Best Western Pemberton Hotel. Pihak hotel offered kami dinner percuma. Diorang nak sediakan makanan vegetarians tapi tak apalah. Ditolak baik sebab masing-masing tengah mengidam nak makan Maggi. Bekalan makanan banyak lagi. Bilik hotel selesa, satu katil besar dan dua katil single. Toilet problem sikit sebab air bertakung lambat nak surut. Mujur bawa selipar toilet. Tak ada dapur tapi tak jadi masalah. Ada rice cooker jadi dimana-mana pun boleh masak. Kenyang makan instant noodles. Layan sungguh. That night.. Kami tidur berehat bertemankan irama air hujan yang lebat. Semoga esok matahari kembali bersinar ceria. Tarik selimut..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579