05 December 2018 Rabu
SEKITAR ALBANY - EMU POINT BEACH, ALBANY WIND FARM DAN ALBANY MOSQUE. Perjalanan road trip hari kedua kami akan cover beberapa tempat di Albany iaitu Emu Point Beach, Albany Wind Farm dan Albany Mosquesebelum bergerak ke Denmark, Tingledale dan bermalam di Pemberton. Perjalanan hari ini tak adalah sejauh perjalanan dari Perth ke Albany tapi memerlukan tenaga jugalah nak memandu. Kami check-out dari Big4 Emu Beach Holiday Park pada pukul 08:30AM dan meronda sekejap ke Emu Point Beach. Dekat sangat dengan hotel nak jalan kaki pun boleh. Asalnya tak masuk dalam itinerary tapi apa salahnya singgah sekejap. Emu Point Beach adalah antara pantai yang famous di Albany. Cantik sangat dan usually during summer memang ramai orang picnic dan berenang. Masih awal pagi orang tak ramai. Ada seorang pakcik tengah memancing.
EMU POINT BEACH ALBANY
Tak ke rasa nak terjun masuk laut berendam ?
Pagi hari tengok pantai macam ni tenangnya rasa hati. Air membiru jernih cantik sangat. Kami hanya bersiar-siar sekejap saja. Tak ada aktiviti pun dibuat. Marilah kita gerak.. Dari Emu Point Beach kami ke Albany Wind Farm. Masa pertama kali ke Albany pada tahun 2016, aku tak sempat nak singgah. Memang rushing sangat masa tu terkejar-kejar nak pergi tempat lain. Tengok gambar yang dikongsikan ramai orang memang rasa menyesal tak singgah. Ada rezeki kembali ke Albany dengan perancangan yang lebih teratur memang kami tak lepaskan peluang laaa untuk pergi. Subhanallah !! Tergamam tengok view yang sangat cantik. Betullah orang kata, rugi kalau tak singgah ke Albany Wind Farm kalau dah sampai ke Albany.
WAJIB KE ALBANY WIND FARM JIKA KE ALBANY
Albany Wind Farm terletak di kawasan Torndirrup National Park, sama seperti The Gap and Natural Bridge. Boleh saja singgah ke The Gap and Natural Bridge sekali harung dengan Albany Wind Farm tapi semalam waktu sampai ke Albany dah lewat petang. Jalan masuk ke Albany Wind Farm memang kiri kanan semak. Aku suggest pergilah waktu pagi atau tengah hari. Avoid waktu senja walaupun aku rasa permandangan mesti lagi awesome. Parking area luas tak perlu risau tapi sunyi sangat. Adalah tiga buah kereta campur kereta kami. Seram jugalah kalau kita saja yang ada disitu. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Free !! Yang buat geram tu.. Banyak sangat lalat. Hinggap macam kita busuk setahun tak mandi. Jenuh menghalau. Besar-besar pula tu.. Stress jadinya. Angin memang kuat yang amat, sesuai sangat diorang bina wind farm disini dan merupakan wind farm terbesar di Australia. Bayangkan.. pembinaan wind farm di kawasan ini mampu menjana 80% tenaga yang diperlukan untuk kegunaan keseluruhan Albany. Sejuk berangin tapi matahari sangat terik.
Rezeki nampak dua ekor kangaroos liar berkeliaran.
Jauh ke hujung sana untuk ke parking area.
Salah satu lookout point di Albany Wind Farm.
Speechless tengok laut membiru cantik macam ni.
Laut luas terbentang ini adalah rumah atau laluan utama ikan-ikan paus berhijrah. Selalunya during winter between May ke October memang senang nak nampak kelibat ikan-ikan paus terutamanya Humpback Whales. Bawa binocular boleh teropong jauh sikit. Personally tak tertarik sangat pun dengan windmills itu semua. Lagi menarik tengok view yang ada. Tak tahu nak cakap macam mana cantiknya view disana. Pictures don't do justice dan aku nak describe guna words pun tak mampu. Kena pergi sendiri tengok baru faham. Kalau berminat nak buat coastal walk pun boleh, ada laluan Windfarm Walk dibina. Boleh pergi dekat dengan dengan windmills tapi hati-hati, amaran binatang liar seperti 'Snake Alerts' memang banyak dipasang. Musim panas memang musim kegemaran ular-ular keluar dari sarang. Hati-hati ya !! Lama juga kami melepak di kawasan Albany Wind Farm. Sayang rasa hati nak gerak. Makin ke selatan, waktu solat pun makin cepat. Kami lepak sampai nak dekat waktu Zohor baru gerak ke Albany Mosque untuk solat.
SOLAT DI ALBANY MOSQUE SERPENTINE ROAD
Info mengenai Albany Mosque tak banyak. Wujud sebenarnya Albany Mosque tapi tak famous macam mosques yang lain sekitar Western Australia. Aku guna Google Maps saja untuk cari lokasi Albany Mosque, alhamdulillah betul dan selamat sampai ke destinasi. Sangat humble binaannya dan mungkin orang ingat itu adalah masjid main-main. Aku pun acah-acah berani nak singgah sebab macam tak pasti betul ke itu masjidnya. Tapi kalau tak singgah kita tak tahu. Iya !! Itulah sebenarnya bangunan Albany Mosque. Rujuk SINI untuk gambar. Aku lupa nak snap picture sebab kalut nak solat. Dibina di atas tanah persendirian dan bercantum dengan rumah orang lain. Tak pastilah rumah siapa, mungkin tuan masjid. Tak ada orang lain selain kami berempat. Pintu utama tak dikunci. Ada yang pesan, kalau pintu utama kunci boleh masuk ikut dapur. Jujurnya aku rasa keadaan di Albany Mosque sedikit daif dan tak berapa sempurna walaupun cukup selesa untuk solat. Ada beberapa sudut yang nampak terbiar dan kotor sikit. Toilet okay dan bersih siap ada air panas. Telekung tak disediakan. Kami solat dan makan bekalan lunch.
Nasi goreng tuna campak-campak.
Baca : LITTLE BEACH TWO PEOPLES BAY, ISTANBUL KEBAB & TURKISH BAKERY HALAL DI ALBANY
Nikmat makan dalam perjalanan merantau. Simple saja aku masak ikut apa adanya tak tahulah rasa macam mana. Selesai solat dan berehat sekejap hilangkan penat, kami kena sambung perjalanan ke Denmark dan Tingledale pula. Alhamdulillah semuanya masih mengikut timing yang dirancang dalam itinerary. Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik di sekitar Albany yang boleh diterjah tapi sayangnya tak sempatlah nak cover semua. Dulu sempat ke Little Beach di Two Peoples Bay tapi memang tak boleh selit kali ni. Jauh sikit lokasinya dari bandar Albany. Kita kena pandai pilih tempat-tempat yang kita nak pergi ikut masa yang kita ada. Yang penting, lokasi-lokasi hot spots yang wajib diterjah sempat pergi. Perjalanan ke Denmark mengambil masa lebih kurang satu jam. Pastikan tangki minyak sentiasa penuh setiap kali nak mulakan perjalanan jauh. Alang-alang melalui pekan Denmark sebelum ke Tingledale, kita singgah sekejap tengok apa yang menarik. Tapi langit dah mula gelap.. Hurm !!
Nikmat makan dalam perjalanan merantau. Simple saja aku masak ikut apa adanya tak tahulah rasa macam mana. Selesai solat dan berehat sekejap hilangkan penat, kami kena sambung perjalanan ke Denmark dan Tingledale pula. Alhamdulillah semuanya masih mengikut timing yang dirancang dalam itinerary. Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik di sekitar Albany yang boleh diterjah tapi sayangnya tak sempatlah nak cover semua. Dulu sempat ke Little Beach di Two Peoples Bay tapi memang tak boleh selit kali ni. Jauh sikit lokasinya dari bandar Albany. Kita kena pandai pilih tempat-tempat yang kita nak pergi ikut masa yang kita ada. Yang penting, lokasi-lokasi hot spots yang wajib diterjah sempat pergi. Perjalanan ke Denmark mengambil masa lebih kurang satu jam. Pastikan tangki minyak sentiasa penuh setiap kali nak mulakan perjalanan jauh. Alang-alang melalui pekan Denmark sebelum ke Tingledale, kita singgah sekejap tengok apa yang menarik. Tapi langit dah mula gelap.. Hurm !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com