السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Masih bersisa beberapa hari sebelum menjelang Syawal. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya dalam bulan serba mulia ini. Macam biasa. Bila muncul Ramadhan, mesti ada saja idea untuk melepak bersama kawan-kawan. Acara berbuka puasa memang akan jadi antara topik perbualan. Nak makan itu nak makan ini. Aku pun tak terlepas daripada merancang untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan. MamiZ ajak balik ke Bangi last weekend jadi itu saja masa yang aku ada untuk berbuka bersama kawan-kawan. Kami memilih untuk makan buffet di BoraOmbak. Sebenarnya ada banyak option lain tapi kami sepakat untuk ke BoraOmbak setelah meneliti harga dan makanan yang dihidangkan. Pakej berbuka puasa di BoraOmbak agak berpatutan. Location pun tak terlalu jauh dari rumah masing-masing.
Asalnya hanya kami berlima saja, ahli-ahli #GengBulat, RaihanF dan beberapa kawan kelas yang lain tapi plan terpaksa bertukar. Ramai yang ada urusan yang lebih utama jadi kami terpaksa cari kawan-kawan lain yang sudi memenuhkan tempat yang sudah ditempah dan dibayar. Kerana tempat adalah limited, jadi kami tak mampu nak ajak semua kawan-kawan yang rapat untuk datang. Kami personally tanya seorang demi seorang yang paling rapat dengan kami kalau sudi memeriahkan majlis. Urusan pun dibuat dalam waktu yang terhad jadi kami perlukan confirmation yang segera. Memang ada yang terasa hati kerana seolah-olah kami buat majlis secara diam pula tapi aku yakin semua dah dewasa untuk faham kekangan yang terjadi.
Aku sampai lambat sebab tersesat. Jadi aku tak sempat nak ambil gambar makanan. Cadangnya nak berkumpul di Ampang Point tapi aku key in Ampang Park dalam Waze. Sempat snap few pictures ambience dalam BoraOmbak sebelum handphone nazak. Bagi aku, BoraOmbak menawarkan hidangan buffet yang agak menarik. Suasana kedai pun cantik dan kemas. Nampak cosy dan teratur. Interior memang cantik. Parking pun senang walaupun sedikit jauh nak menapak.
Aku suka the idea yang pihak pengurusan BoraOmbak buat dua stations untuk main course. Memang patut sebab orang ramai jadi elok sangat untuk mengelakkan orang berebut-rebut. Pilihan lauk-pauk untuk main course pun banyak. Semua adalah hidangan ikut selera tekak orang Melayu. Ayam masak merah, Daging rendang, Paru sambal, Perut masak lemak, Fillet ikan sweet sour dan choices of sayur-sayuran. Desserts pun ada banyak pilihan. Ada jellies, agar-agar, fruits dan bubur.
Selain main course, ada banyak stalls kecil-kecil yang dibuka. Ada stall bakso, mee kari, kambing golek, ayam bakar, roti canai, pasta dan roti jala. Pilihan air juga banyak. Oren, Bandung, Lychee dan ada yang lain aku pun tak ingat. Memang happening dan semua makanan sentiasa di top up bila dah almost nak habis. Jadi pengunjung tak perlu nak tunggu lama. Paling gempak adalah live band yang BoraOmbak sediakan untuk hiburan pengunjung. Suara singer for that night memang two thumbs up kami kasi. Amy Mastura pun ada menyanyi live. Rupanya dia pun datang berbuka with her families. Ramai request dia pun menyanyi satu round. Kecil comel saja orangnya. Kami dah nak keluar dari BoraOmbak jadi tengok dari kejauahan saja.
Pilihan makanan yang best ikut selera aku for that night adalah : Rendang daging, Fillet ikan sweet sour, Perut masak lemak, Roti jala dan Kambing golek.
Aku harap semua puas hati dengan pilihan tempat berbuka kali ni. Senang hati saja nampak semuanya. Onni pun kata boleh repeat lagi untuk gather di BoraOmbak. Maknanya berjaya masuk carta kami. Aku makan almost semua hidangan kecuali Bakso dan Mee Kari. Memang dah tak ada space nak sumbat. Dua round aku pergi ambil kambing golek. Orang lain dah berhenti makan pun aku still lagi makan. Aku tak nak membazir. Dah ambil kenalah habiskan.
So that was it. Plan last minute untuk berbuka puasa bersama-sama yang sedikit kelam kabut tapi akhirnya berjalan lancar. Terima kasih untuk yang sudi datang walaupun ada yang terpaksa kami paksa untuk datang. Gara-gara tak mahu membazir tempat yang sudah dibayar. Hihihi.. But overall, I was happy and glad to meet all of you. Bukan senang nak berkumpul. Masing-masing duduk jauh. Akulah yang paling jauh. Huwaaa..
Kalau korang berminat untuk berbuka puasa di BoraOmbak, jangan lepaskan peluang ya. Masih bersisa beberapa hari untuk korang atur plan bersama kawan-kawan. Selamat bergembira.
Jom Buffet BoraOmbak
75, Jalan Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor
Tel: 03 4251 6303
Fax: 03 4251 6302
19 Jun 2015 - 15 Julai 2015
Dewasa : RM56.00
Kanak-Kanak : RM36.00