السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Finally !! Setelah hampir dua bulan setengah aku bekerja sebagai guru ganti, akhirnya kontrak aku pun tamat pada hari Rabu yang lepas. Pejam celik dah sampai hari terakhir aku bekerja di MRSM PDRM Kulim. Dari awal bulan Mei hinggalah awal Julai. Bukan satu tempat yang asing bagi aku since aku merupakan student di sini suatu ketika dahulu. Walaupun option aku English aku diberi kepercayaan untuk mengajar BM. At first agak sedikit susah but I had to try my best. Tersasul juga few terms in English but these cool kids tolong betulkan. Kelakar.
And now I am back as a penganggur terhormat. Dapatlah jenguk blog yang dah mula berhabuk. Menunaikan tanggungjawab blogwalking terhadap kawan-kawan yang masih sudi bertandang. Ada yang mula merajuk ke ? Janganlah macam tu. Nanti aku pergi jenguk.
Aku tak nak membebel panjang. Korang pun belum tentu rajin nak baca. This time aku just nak share gambar-gambar yang aku sempat ambil with my students. 1 Arrazi, 1 Kindi, 5 Arrazi dan 5 Zarqali. Extra pictures with my homeroom kids. Gambar-gambar around hari terakhir aku mengajar di sana. Sempat juga kami rancang untuk berbuka puasa bersama-sama.
Okay cukup. Tak boleh banyak-banyak. Semua dah cuci mata masing-masing ? Hihihi..
Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Gambar budak-budak yang syahid dalam kelas pun ada. Tapi aku simpan buat kenangan sajalah. Nanti kantoi Cikgu CT mengajar bosan sampai budak-budak boleh terlelap dalam kelas. Cover !!
Untuk my students, incase korang come across this entry, silalah sengih lebar sebab muka korang dah popular di blog ni selain di account Instagram. Sila rasa bangga dengan diri sendiri sebab blog ni sangat terkenal dah famous. Bukan calang-calang orang boleh menempek disini. Haaa.. itulah jaminan seorang blogger picisan yang budget poyo. Hahaha.. gurau saja ya kawan-kawan.
Good luck people. Sila jadi rajin because your exam is just around the corner. Jangan malas sangat. Few months left saja lagi. I had fun meeting all of you and my prayers will always be with everyone of you. Saranghae ^^