Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 3.1 - PENGALAMAN PETIK ORANGE DI SEOGWIPO + YONGMEORI COAST 용머리해안 + OSULLOC GREEN TEA FARM & CAFE + INNISFREE HOUSE

$
0
0
TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 3.1 - PENGALAMAN PETIK ORANGE DI SEOGWIPO + YONGMEORI COAST 용머리해안 + OSULLOC GREEN TEA FARM & CAFE + INNISFREE HOUSE

Entri sebelumnya diSINI.
17 January 2018 (Rabu)

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : PENGALAMAN PETIK ORANGE DI SEOGWIPO + YONGMEORI COAST 용머리해안 + OSULLOC GREEN TEA FARM & CAFE + INNISFREE HOUSE. Selepas kepenatan meronda sekitar Cheonjeyeon Falls, kami teruskan perjalanan ke ladang Hallabong Orange yang banyak terletak di Seogwipo. Kalau korang adalah antara pembaca yang rajin sudi singgah blog aku, mesti dah boleh agak perangai aku yang suka terjah ke ladang buah-buahan. Aku tak akan lepaskan peluang kalau dapat pergi fruit farm dan petik buah. Sedikit sedih kerana kami tak dibenarkan petik walau sebiji pun buah oren (atas faktor quality control) tapi alhamdulillah sangat-sangat, kami diberikan kesempatan dapat tengok ladang buah oren dan sangat puas hati. Selama ni asyik tengok pokok limau purut limau kasturi saja. Kalau korang datang musim luruh (autumn) mungkin boleh petik sebab itu adalah waktu terbaik untuk harvest oranges. Bila winter buah semakin kurang sebelum batch baru tumbuh jadi kenalah control sikit hasil pengeluaran.

PENGALAMAN KE LADANG HALLABONG ORANGE DI SEOGWIPO

Jeju dan oranges memang berpisah tiada. Aku ada kongsikan diSINI macam mana keadaan di Jeju Dongmun Market yang kiri kanan vendors menjual oranges. Di Seogwipo, it is normal untuk tengok pokok-pokok oranges ditanam even ditepi jalan. Hampir semua rumah di Jeju mesti ada pokok orange - dah dianggap simbol. Buah oren tumbuh subur tepi jalan tak ada orang kacau dan curi. Ada sejarah tersendiri macam mana oranges boleh jadi sangat terkenal di Jeju. Boleh rujuk SINI. Aku tak minat sangat sejarah jadi malas nak explain. Bolehlah baca sendiri. Kalau korang pun berminat untuk merasai pengalaman di ladang Hallabong orange, boleh singgah mana-mana ladang yang ada dan tanyalah owner sama ada dia izinkan untuk masuk ke ladang atau tak. Memang banyak sangat kawasan yang tanam oren tak kira besar atau kecil. Jangan main terjah saja takut nanti kena halau. Lepas dah singgah ladang tu belilah sikit buah oren dari Ahjusshi dan Ahjumma owner ladang. Barulah diorang pun happy bagi kita masuk ladang.






Rasa gatal tangan nak petik. Hahaha..







Chocolates yang dalam kotak biru hijau dan pink itu saaangat sedap !!



Sedap !!

Buah oren yang dijual di sekitar Seogwipo jauh lebih murah berbanding di Jeju City especially Jeju Dongmun Market. Tapi yang kami beli di Jeju Dongmun Market lebih manis. Untuk orang yang suka makan oranges tak kisah pun masam atau manis tetap sedap. Kali pertama ke Jeju Dongmun Market aku dah jot down harga chocolates yang dijual disana tapi di kedai Ahjumma Oren harganya lebih murah jadi kami terus borong chocolates juga since harganya jauh lebih murah. Dah selesai semua kita pergi lunch sebelum ke destinasi seterusnya. Grilled mackerel adalah hidangan yang wajib dicuba sekiranya dah sampai ke Korea. Tapi di restoran-restoran Korea di Malaysia pun boleh dapat juga. Kalau rindu boleh pergi makan. Disini juga kami perform solat - owner izinkan guna satu sudut kedai untuk solat. Selesai segala urusan wajib kami teruskan perjalanan ke Yongmeori Coast 용머리해안. Aku personally vote Yongmeori Coast as the best place ever yang aku pergi di Jeju. Semua pun best tapi inilah yang paling best dan cantik. Wajib singgah dan kalau nak spend masa berjam-jam disini pun tak apa. Take your own sweet time jalan dan enjoy the view. Setiap sudut sangat cantik walaupun hanya batu.

PERMANDANGAN CANTIK DI YONGMEORI COAST 용머리해안 YANG WAJIB SINGGAH DI JEJU

Kawasan Yongmeori Coast bercantum dengan Sanbangsan Mountain sampailah ke kawasan laut. Dalam perjalanan ke Yongmeori Coast mesti akan lalu Sanbangsan Mountain. Kawasan rehat dibina untuk orang ramai berhenti singgah. Orang Korea memang hargai nature jadi penuh sentiasa dengan orang ramai. Boleh juga kalau nak mendaki Sanbangsan Mountain tapi kami lebih tertarik dengan kawasan coastal area Yongmeori Coast. Banyak parking spaces disediakan jadi sesuai untuk yang memandu. Entrance fee sebanyak 2000WON (RM7.27 approx) dikenakan untuk seorang dewasa. Silalah pakai pakaian yang sesuai sebab keadaan permukaan coastal area yang berbatu sekejap tinggi sekejap rendah agak bahaya. Sneakers and boots are the best options. Kami dah tengok beberapa orang jatuh tergolek tergelincir pakai heels. Bagi yang menaiki bus, boleh naik mana-mana bus dari Jeju Intercity Bus Terminal yang menuju Sanbangsan dan turun di Sanbanggulsa dan menapak sikit menuju kawasan pantai.

Jangan risau.. Memang sunyi macam ni di kawasan entrance.


Ramai Ahjusshi datang sini untuk memancing ikan.

Yup.. Kita akan berjalan di tepi laut sampai ke hujung sana.





Kalau kawasan tak ditutup boleh panjat. Keselamatan ditanggung sendiri.

 
Ahjumma jual fresh seafood dimana-mana. Lepas tangkap terus jual.


Hallasan dari Yongmeori Coast.

Hati-hati. Ada kawasan yang belumut jadi sangat licin.

We met new friends as well. (Credit : Kak Ain).


Dihujung trail kena mendaki sikitlah. Tabahlah kaki !! Lenguh di Cheonjeyeon Falls tak hilang lagi dah kena memanjat lagi.

Jenuh mencungap mendaki. (Credit : Kak Ain).

Bunga canola yang cantik di musim sejuk.


(Credit : Kak Ain).

Sayang sangat MamiZ dan MNgah tak dapat sama-sama join kami sekitar Yongmeori Coast. Memang permukaan tak rata jadi bahaya kalau tak sihat nak menapak. MamiZ teman MNgah yang kaki masih bengkak. Mampu tunjuk gambar saja kongsi pengalaman apa yang kami tengok dan lalui. Kalau korang ke Jeju tolonglah singgah ke Yongmeori Coast. Aku pilih ini sebagai tempat paling best di Jeju yang aku terjah. Kami bergegas gerak untuk ke Osulloc Cafe dan Innisfree House yang juga terletak dalam kawasan Seogwipo. Aku tak kisah sangat tempat ni tapi dah alang-alang sampai pergi sajalah.

Di Osulloc Cafe ada beberapa hidangan signatures yang famous tapi orang tersangatlah ramai. Nak cari tempat duduk pun seksa sangat. Jadi kami just tapau Hot Green Tea dan Green Tea Ice Cream. Sepatutnya nak rasa Green Tea Roll yang famous tapi apakan daya.. Semput tengok visitors yang ramai. Harga makanan pun agak mencekik juga jadi tak apalah. Singgah sekejap ke Innisfree House as product kecantikan Innisfree berasal dari Jeju. Beli few things (harga sama saja tak ada discount pun) cuma menarik tempatnya cantik. We ended our third day in Jeju dengan dinner yang disediakan oleh pihak JMT di Hotel Champion. Too tired to even nak bersembang masing-masing kepenatan. Lepas mandi solat memang terus hanyut. Chalja ~

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)