Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 3.0 - JUSANGJEOLLI CLIFF 주상절리대 대포동지삿개 DAN CHEONJEYEON FALLS 천제연 폭포

$
0
0
Entri sebelumnya diSINI.
17 January 2018 (Rabu)

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : JUSANGJEOLLI CLIFF 주상절리대 대포동지삿개 DAN CHEONJEYEON FALLS 천제연 폭포. Hari ketiga di Jeju masih lagi menggunakan service tour dari Jeju Muslim Travel (JMT). Alhamdulillah cuaca cantik langit cerah tak mendung. Bolehlah kita terjah tempat-tempat menarik sekitar Jeju dengan hati yang riang. Hari ketiga tertumpu pada kawasan sekitar Seogwipo. Kami akan ke Jusangjeolli Cliff, Cheonjeyeon Falls, petik oren di farm sekitar Seogwipo, Yongmeori Coast, Osulloc Green Tea Farm & Cafe dan Innisfree House. Selesai breakfast di Hotel Champion, terus saja kami gerak ke destinasi pertama iaitu Jusangjeolli Cliff. Jauh juga perjalanan dari Jeju City ke Seogwipo sedap aku tidur sedar-sedar terjaga dah sampai di kawasan Jungmun. Berpandukan peta dibawah senang sikit nak faham kedudukan tempat-tempat di Jeju. Peta ini ringkas dan senang dijadikan rujukan. Bila merancang perjalanan di Jeju tengok kedudukan dan tak perlulah sekejap ke utara patah balik ke selatan kemudian ke timur dan sebagainya. Kalau sewa teksi tour dengan Ahjusshi Teksi pun tak adanya dia nak bawa pusing sekejap ke Seongsan kemudian ke Hallim dalam masa sehari.

Related image

JUSANGJEOLLI CLIFF 주상절리대 대포동지삿개 - CARA UNTUK KE JUSANGJEOLLI CLIFF

Jusangjeolli Cliff wajib masuk dalam senarai tempat-tempat menarik untuk dilawati di Jeju. Tak lama pun masa yang diperlukan untuk singgah Jusangjeolli Cliff cukup dalam lebih kurang satu jam. Tak ada aktiviti sangat disini hanyalah sightseeing tapi kawasan Jusangjeolli Cliff sangat cantik. Di Jusangjeolli Cliff, kita boleh lihat deretan batu-batu lereng laut setinggi 20M yang tersusun cantik membentuk 'pillars' macam tiang rumah hasil hakisan daripada air laut dan juga hasil larva yang mengalir dari Gunung Hallasan ke dalam lautan Jungmun. Dibuka sepanjang tahun untuk lawatan dari pukul 09:00AM - 07:00PM. Musim sejuk kawasan ini tutup lebih awal. Bayaran sebanyak 2000WON (RM7.29 approx) dikenakan untuk orang dewasa. Bagi yang ingin ke Jusangjeolli Cliff menaiki bus, bolehlah menaiki Airport Limousine Bus bernombor 600 dan turun di International Convention Center Bus Stop kemudian menapak sikit. Boleh juga terus naik Jungmun Express Bus dari Jeju Intercity Bus Terminal ke Jungmun Tourist Complex kemudian naik teksi ke Jusangjeolli Cliff. Kawasan lapang dan cantik bersih cuma dilereng-lereng memang bertangga. Tak sesuai untuk orang yang menggunakan kerusi roda, baby stroller dan tongkat. Masih boleh menikmati permandangan cuma bukan dari jarak dekat. Kaki MNgah masih bengkak tapi digagahi juga menapak. Tak mahu lepaskan peluang cuci mata tengok permandangan cantik.



Kaunter ticket.


Dari atas dah nampak air laut membiru. Yang menggunakan kerusi roda hanya sampai disini saja kemudian semua laluan bertangga.





Jangan gatal panjat !!


Inilah dia batu-batu hasil larva dari Gunung Halla. Elok berbentuk cube setinggi 20M. Makin lama makin terhakis dipukul pantai.


Orang ramai - Susah nak dapat gambar tanpa ada yang inter frame.



Ahjumma jual fresh seafood.



Sotong panggang dan aiskrim Hallabong Orange.

   
Dah sampai di kawasan Jusangjeolli Cliff wajib cuba sotong bakar dan aiskrim Hallabong Orange. Habis 9000WON (RM32.80 approx) beli aiskrim dan sotong bakar untuk lima orang kongsi. Not bad aku rasa. Nak beli tu jenguk sekali kedai yang jual tu jual apa lagi. Takut ada yang tidak-tidak tak mahulah. Kalau ada jual sausage pun bagi aku meragukan. Manalah tahu dia tumpang bakar kat tempat yang sama dengan sotong. Kedai yang aku singgah ada jual sotong bakar dan aku tengok ada roti pastries dan air. Jadi yakin untuk beli. Aiskrim Hallabong Orange sangat refreshing dan sedap. Rasa tak cukup dan nak lagi. Seterusnya kami ke destinasi yang kedua iaitu Cheonjeyeon Falls. Dekat saja dengan Jusangjeolli Cliff. Selain Cheonjeyeon Falls, ada satu lagi lokasi yang nama seakan-akan sama tapi berbeza. Di kawasan Seogwipo ada juga Cheonjiyeon Falls tapi jauh sikit lebih kurang satu jam pemanduan dari Jusangjeolli Cliff. Aku tengok gambar, aku rasa Cheonjiyeon Falls lagi cantik berbanding Cheonjeyeon Falls tapi kami tak berkesempatan kesana. Tak masuk dalam package bersama JMT. Jadi kalau korang yang drive sendiri bolehlah buat perbandingan nak pergi Cheonjeyeon Falls atau Cheonjiyeon Falls. Info mengenai Cheonjiyeon Fall diSINI.

CHEONJEYEON FALLS 천제연 폭포 - CARA UNTUK KE CHEONJEYEON FALLS

'Cheonjeyeon Falls' bermaksud 'The Pond of God' dan ada tiga bahagian. Kami cover dua saja sebab dah semput mengah lenguh kaki segala bagai memanjat tangga. Tak mampu nak teruskan ke air terjun ketiga. Bagi yang menaiki bus, sila naik bus Airport Limousine Bus 600 ke Jungmun dan turun di Yeomiji Botanical Garden. Jalan lebih kurang sepuluh minit untuk ke entrance Cheonjeyeon Falls. Entrance fee sebanyak 2500WON (RM9.11 approx) dikenakan untuk orang dewasa. Dibuka sepanjang tahun dari pukul 09:00AM - 07:00PM. Air terjun yang pertama datangnya dari Cheonjeyeon Valley dan mengalir ke kawasan air terjun kedua seterusnya mengalir ke air terjun ketiga sebelum mengalir ke laut. Kawasan Cheonjeyeon Falls sangat luas tapi masih juga tak mesra baby stroller dan kerusi roda. Ada banyak tempat duduk disediakan jadi boleh makcik pakcik yang tak larat memanjat tangga duduk. Kalau tengok gambar, air terjun Cheonjeyeon Falls sangat jernih kebiruan tapi rezeki kami dapat air keruh sebab hari sebelumnya hujan.



Kedudukan air terjun pertama, kedua dan ketiga. Ada Seonimgyo Bridge yang tinggi dan besar menghubungkan dua kawasan.



Tak boleh berenang !!

Air terjun pun malu-malu nak terjun. Air keruh..


MamiZ dan MNgah sampai disini saja. Laluan berliku penuh cabaran menanti dihadapan.



Air terjun kedua.

Seonimgyo Bridge. Tinggi !!


Mula menapak memanjat Seonimgyo Bridge.


Permandangan dari puncak Seonimgyo Bridge.


Kembang kaki pandang bawah. Angin kuat..

Hallasan dari atas Seonimgyo Bridge.


Laluan untuk ke air terjun ketiga. No thanks !!

Kudrat kena ada tenaga kena tinggi kalau nak cover sampai the third waterfall. Aku berjaya sampai yang kedua pun dah cukup berbangga dengan diri sendiri. Air terjun semestinya cantik dan okaylah lulus jugalah nak masukkan dalam list. Cuma beringat, kalau hari sebelumnya hujan korang bakal tengok air keruh susu jugalah macam kami. Nak tengok yang crystal clear biru cantik kena tengok cuaca. Kalau berkesempatan lajak ke Cheonjiyeon Falls sekali apa salahnya singgah sana. Kalau tak silap malam pun tempat tu buka. Next kami nak pergi petik buah pula.. Bila dah sampai Jeju, pengalaman memetik Hallabong Orange jangan dilepaskan. Jom !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579