Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TERIMA KASIH | GUDANG SOUVENIRS DARI JAUH

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Hello kawan-kawan.. Macam mana puasa setakat ni ? 
Selamat beribadat okay.

Aku dah lama simpan cerita ni. Rasanya dah almost sebulan aku kepam. Cerita pun dah basi. Tapi tak apa. Cerita yang basi tu mari kita hangatkan balik so that 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Fuh !! Tadi ada buat aktiviti peribahasa dengan anak-anak Form1. Begitu sekali kesan mendalam yang ditinggalkan dalam hidup Cikgu CT. Hihihi..

Kali ini aku nak buat shoutout entri untuk dua orang kakak yang aku sayang. Dua orang kakak ini tak pernah lupakan aku walaupun kaki dah melangkah jauh ke ceruk pelusuk dunia. Terharu tau.. Nak balas apa pun tak tahulah. Terima kasih banyak-banyak. 


Shoutout yang pertama haruslah untuk Kakak Jari Manish kesayangan semua. Rerupis dunia maya yang tak asing lagi. Siapa tak kenal Kakak JM ? Haaa ? Memang nak kena cubit kalau tak kenal. Aku tau ada ramai yang dapat kiriman JM last month tapi aku sengaja nak up lambat sikit. Kasi uols semua dah habis tayang, aku pula tayang. Baru special. Ahaaaks. Alasan sungguh.

On the 14th of May elok sungguh parcel dari JM sampai. Sengih sampai telinga. Memang JM ada cakap dia hantar something tapi aku tak sangka segedebuk lambakan souvenirs yang bakal diterima. Souvenirs dari Korea, kampung JM. Ada set pen dan letter opener, set sudu garfu, fridge magnet, nail clipper, brooches dan kad comel. Lap peluh aku keluarkan satu-satu souvenirs yang diberikan. Over.

LOL. Betul. Aku terkedu terkesima sebab Kakak JM kita hantar souvenirs banyak sangat. Serious lepas ni kalau aku ke Korea, aku dah tak perlu beli souvenirs sakan sangat. Hihihi.. sebab majoriti benda-benda yang aku nak aku dah dapat daripada kawan-kawan bloggers yang pemurah baik hati. 

Terjah Akak JM di SINI.

Shoutout yang kedua adalah untuk Kakak Bibie Karim yang nampaknya sekarang tengah busy business di bulan Ramadhan. Semoga business makin maju. Nanti boleh bank in duit raya kat Ceq. Hihihi.. Nampak tak dalam gambar ada sekeping postcard dari Cappadocia, Turkey ? Haaa.. itulah hasil ingatan tulus ikhlas Kak Bibie yang dah sampai jejak kaki ke sana. 

Waktu postcard sampai, DediS cakap ada kiriman dari Turkey. Aku had no idea siapa yang hantar. Lambat baru aku ingat yang Kak Bibie ada travel ke Turkey recently. Aku tak sangka Kak Bibie sudi hantar postcard dari sana untuk aku. 

Terjah Kak Bibie di SINI.

Kak Bibie pun tak boleh dijangka. Jangan main-main. Tengok kang dah check in kat merata tempat. Kaki jalan sungguh. Sedih sebab aku asyik kena tinggal kat Malaysia. Nak ikut tak mampu. Hihihi.. Lama tak jenguk blog Kak Bibie but we do sometimes berinteraksi kat Facebook. Sorry Kak Bibie. Adikmu ini jadi derhaka kejap. Lama tak mencemar duli ke blog Kak Bibie. Insyallah nanti iols terjah sampai lebam.

Terima kasih semua. Atas kasih sayang yang tiada batasan. Semoga diberikan kesihatan tubuh badan untuk merantau lebih jauh melihat bumi ciptaan-Nya dan rezeki yang banyak. Thanks kerana sudi kongsikan kegembiraan uols berjalan-jalan dengan kami semua. Much love and appreciation.

'jauh perjalanan.. luas pemandangan'

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579