السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Hello kawan-kawan semua. Selamat berpuasa. Jangan culas. Senyum selalu okay..
Aku nak cerita sikit ni..
Pengalaman aku yang tak seberapa menaiki Malindo Air for the first time ever untuk balik ke KL baru-baru ini. Balik untuk kenduri Onni. Boleh baca kisahnya di SINI.
Tak gempak mana pun tapi nak juga cerita. Aku jakun gila sebab tak pernah naik Malindo Air. Asalnya nak drive saja balik KL. DediS yang patut teman aku drive tapi DediS tak sihat. Check tiket train pun habis. Bus dari Parit Buntar pun habis untuk semua tarikh yang aku nak. Bus dari Butterworth ada tapi tak ada orang nak hantar aku naik dari Butterworth. MamiZ kerja.
So aku ajak RaihanF teman aku naik flight. Budak tu kebetulan tengah semester break. Makanya aku kenalah belanja dia since aku yang ajak dia teman aku. Hihihi..
Check Air Asia tapi pergi balik harga mencekik. Dekat RM300 seorang to and fro. Setakat PEN-KUL aku rasa sangat tak berbaloi harga macam tu. MAS tak payah sembang. Terus boleh kena darah tinggi. Memang terkejut aku tengok. One way pun dah RM400 plus. Dulu boleh dapat one way RM80 saja. Memang tak mampu dah. Akhirnya tengok Malindo Air pula. Alhamdulillah. Harga berpatutan. Pergi balik hanya RM140 seorang. Sengih sampai telinga.
Aku tinggal kereta di rumah pakcik RaihanF. Parking di airport mahal gila. Park tinggal empat hari mau dekat RM170 duit boleh melayang. I is so tak redha kalau macam tu. Jadi kami hanya naik teksi dari rumah pakcik RaihanF. Weh !! Sekarang dah canggih gila. Panggil teksi pun guna application. Nanti aku cerita. Another kisah jakun dalam hidup aku. Hahaha..
So here we go !!
Ready to fly !!
Kami tak beli seat pun. Tapi dapat duduk tepi tingkap. Yeay..
Berlepas agak kasar juga. Paling ganas aku rasa setakat ni dalam sejarah aku naik kapal terbang. Memang laju gila aku rasa time nak berlepas. Siap menggagau aku pegang tangan RaihanF. Seram semacam. Alhamdulillah journey yang smooth.
Bye Penang.. Jumpa lagi..
Slowly meninggalkan bumi Penang. Amboi gaya macam nak travel jauh. Hihihi..
First impression yang aku ada terhadap Malindo Air adalah sangat baik setakat ini. Bermula dari check in di kaunter dan sepanjang penerbangan. Proses sangat cepat dan tip top. Tiket pun lagi lawa dari tiket Air Asia. Hihihi.. Penting wooo tiket lawa. Baru boleh nak berlagak tayang kat Instagram. Macam minta kena tampar. Jangan marah ya kawan-kawan.
Screen memang sedia terpasang sejak masuk dalam flight lagi. Kalau Air Asia jangan harap dapat tengok movie. Duduklah diam-diam bertafakur. Malindo Air kasi tengok movie dan siap boleh main game. Sila bawa earphone sendiri kalau nak tengok movie. Tak diberikan. Pulun aku suruh RaihanF posing pura-pura main game. Padahal dia tak faham pun nak main game tu macam mana. Hahaha..
Aku sempat layan Just For Laugh. Duration terbang 50 minit saja. Tak payah ambitious sangat nak tengok Mocking Jay. Baru nak up dah landing.
Kalau battery phone dah nazak boleh cucuk wire dan charge. Fuiyiooo.. First time baq ang !!
Malindo Air pun dah makin maju selangkah. Boleh guna Wifi while flying. Nanti aku cerita pasal tu. Lawak abadi sungguh aku dan RaihanF nak mencari Wifi dalam flight. Sabar. Simpan dulu cerita tu.
Selongkar poket tengok apa yang ada. Biasalah. Majalah dan few brochures. Ada catalog untuk those yang berminat nak beli merchandise dan snacks. Aku tertarik betul dengan payung Malindo Air tu. Macam besar dan menggoda sungguh. Tapi malas nak beli. Satu kerja aku nak usung sepanjang kat KL pula. Ada menu makanan juga. Menarik juga makanan-makanan yang Malindo Air offers.
Another best thing adalah, kita akan dapat snack free. Walaupun hanyalah dua keping cookies kopi dan air minuman tapi better dari tak ada. Journey pun sekejap saja. Hang bayar harga tak seberapa hang expect apa ? Dapat steak ? Hihihi.. mohon naik private jet kalau nak macam tu. Sekali stewardess distribute cookies habis satu flight bau kopi.
Alhamdulillah landing sangat smooth. Elok sampai hujan turun. Langit cerah dari Penang. Syukurlah dah sampai. Aku bukan senang hati kalau naik flight waktu tengah hujan. Nervous.
Lepas dah habis majlis kenduri Onni, aku balik ke Penang juga dengan menaiki Malindo Air. Macam dah jatuh cinta sungguh kan ? Memang !! Macam dah sayang kat Malindo Air.
Makcik aku hantar ke KLIA2 terus. Katanya tak payah membazir naik train. Baik. I is okay saja ada orang sudi nak hantar. Lagi boleh berlagak diva. Huhuhu.. Sampai KLIA2 around 11.00AM something. Terus check in dan melilau dalam KLIA2 cari tempat makan. Then menapak slowly ke gate. Alhamdulillah perjalanan pulang pun smooth.
TAPI !! TAPI !! TAPI !!
Nauzubillah. Hazab sungguh waktu landing. Serious weh.. Aku rasa berderau darah dan seram sejuk sangat. Aku dah nampak darat bila flight dah nak landing. Aku personally rasa flight terlalu laju semacam saja. Gelabah weh !!
And prediction aku betul. Bila dah rasa tayar flight cecah darat, flight macam meluncur laju dalam speed yang extreme. Aku tak tipu weh. Kami masing-masing peluk seat depan sebab memang rasa macam terhentak dan flight macam dipaksa-paksa untuk berhenti mengejut. Tak pernah pula aku rasa macam nak terpelanting. Aku rasa time tu jantung memang berdegup kencang gila. Bila dah reach complete stop, aku tengok passengers lain pun muka lega. Memang cuak. Syukur tak ada apa.
Memang terbayang macam-macam. Walaupun dah selamat landing, still, macam-macam benda boleh jadi juga. Apa-apa pun thank you Mr. Pilot sebab bawa balik Penang dengan selamat. Next time tak mahu bawa flight brutal sangat. Nak rempit apa tah atas langit tu pun tak tahulah..
Haaa tu saja nak cerita. Tak ada apa pun kan ? Poyo naik Malindo Air padahal orang lain naik flight lagi gempak. Aaargh !! Tak kira. Lepas ni aku rasa akan consider Malindo Air juga dalam selection aku untuk pilih flight.
Thank you Malindo Air.
#MuahCiked.