السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Pheew !! Esok dah mula kerja semula. Ada beberapa minggu lagi sebelum contract tamat.
Mari ikhlaskan diri pergi ke sekolah dan mengajar walaupun diri tak puas bercuti lagi.
Maaf kawan-kawan. Kekangan masa untuk melayan tetamu yang datang. Baru dapat balas komen-komen uols sikit-sikit dan insyallah akan sedaya upaya menjenguk rumah-rumah uols semua yang sudi bertandang ke teratak buruk aku.
----------------------------------------------------------------
WARNING : Mohon bersabar. Entry ini panjang berjela.
Baiklah. Tak nak membebel sangat nanti uols jemu pula nak membaca. Alhamdulillah. On the 5th of June yang lalu, Onni dah selamat bernikah dengan AbamZ. Majlis berjalan lancar dan meriah. Aku ke KL bertemankan RaihanF dan tumpang tidur di rumah Ciqen satu malam sebelum sama-sama bergerak ke rumah Onni the next day.
Perasaan ? Haruslah tak tahu nak cerita macam mana. Happy ada.. Sedih ada.. Semua bercampur. Aku rasa each and everyone of us ada mixed feeling tapi tak terzahir kat mulut masing-masing.
Kami sampai terus serbu Onni yang tengah make up. Buruk perangai kan.. Hihihi..
Beautiful. Bila tengok Onni tengah make up aku personally rasa sebak. Cover dulu feeling yang ada. Kang terburai air mata depan Onni. Rasa macam masa cepat sangat berlalu. Haaa.. dah macam aku pula emak nak lepaskan anak pergi kahwin ikut suami. Hihihi..
While Onni tengah make up kami yang lain pergi isi tangki perut. O nomnom.. Makanan sedap.
Makcik-makcik rukun tetangga taman perumahan yang Onni tinggal buat rewang. Pergh !! Tak ada catering bagai. Bagusnya. Ramai yang turun padang tolong masak dan bantu family Onni nak prepare for the wedding. Kami yang offer diri nak membantu pun kena halau suruh duduk diam-diam.
Sekali lafaz saja, Onni sah menjadi isteri AbamZ. Syukur.. Lama juga Tok Kadi tu ceramah. Mengingatkan tentang tanggungjawab dan peranan suami isteri. Basic tapi kadangkala itu yang ramai orang lupa. Bukan untuk orang yang nak berkahwin saja. Yang single pun kena ambil tahu.
The moment Onni berpeluk-peluk dengan mak abah dia airmata aku dah tak boleh nak control. Berjurai disitu dan aku tengok mata si Yantai pun dah merah. Banjir sekejap. Masing-masing pekup tisu tak mahu nampak obvious sangat tengah melalak.
Ego sebenarnya kami masing-masing. Sedih tapi tak nak tunjuk. Sob sob..
Lepas majlis nikah selesai kami bawa haluan masing-masing. Pengantin pun dah nak salin uniform tolong orang lain mengemas. Hihihi.. Kami pergi jalan-jalan cari hadiah untuk Onni.
Harap Onni suka. Ahaaaks =D
The next day was the reception day untuk pengantin perempuan. Ciqen datang ambil kami berempat di rumah Neddy. The night before aku tumpang tidur rumah Neddy sebab dah dekat dengan rumah Onni. Ciqen kena balik Gombak sebab ada urusan keluarga. Jadi tak perlu kacau Ciqen.
Hari reception yang meriah. Dapat jumpa kawan-kawan lama. Tolong jadi penyambut tetamu dan tukang sengih untuk semua orang. Ciqen jadi pengapit Onni while bersanding.
Kami yang lain ulang alik isi tangki perut. Asal duduk sembang dengan kawan yang datang mesti ambil makanan nak ngap sekali.
Bersandingnya macam sekejap saja. Aku tak sure sebab aku tak sempat nak tengok pun sebab asyik bersembang. Ramai kawan-kawan lama yang datang. Macam-macam cerita keluar. Tengok sekali pusing pengantin dah pindah pergi meja makan. Hihihi..
Kawan-kawan sekelas di UNISEL pun datang. Empat tahun bersama jatuh bangun sakit sendu kami sekelas. Bila datang ramai-ramai cenggini memang havoc habislah. Ada yang datang bawa husband, bawa anak and bawa tunang. Class rep pun datang sekali. Memang terbaik.
Ni pula kawan-kawan UNISEL yang sama-sama pernah jadi facilitators untuk adik-adik juniors yang baru mendaftar. Kawan-kawan yang sama-sama boleh menggila.
Bila tetamu dah mula beransur pulang, pengantin lelaki pun dah bersiap sedia nak menggosok periuk, kami punya turn pula nak posing sakan dengan pengantin perempuan. Hihihi.. Demi nak bergambar kami redahkan juga matahari mencanak atas kepala. Muka aku sunburn berjemur di Lost World of Tambun pun tak hilang lagi. Redha sajalah.
A night before aku dah Google gambar apa yang patut. Yang mana sempat sajalah kami posing. Pening photographer nak melayan kehendak. Dah kalah pengantin. Sabar okay !!
That evening around 6.00PM kami semua gerak ke Eastin Hotel Damansara. Semua tidur sana sebab reception wedding belah pengantin lelaki buat dekat Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Sebelah saja dengan hotel jadi senang nak travel.
We left Onni tengah make up in the hotel room and pergi ke venue lebih awal. Join family Onni ramai-ramai. Memeriahkan suasana. Sekali mak abah Onni suruh duduk meja VVIP sekali. Tapi kami punya perut dah penuh sebab dah makan lebih awal.
Disebabkan ini adalah kenduri pihak lelaki, jadi kami semua agak behave. Tak ada tunjuk perangai tak senonoh. Semua ayu prim and proper saja. Hihihi..
Kisah holiday gempak Geng Bulat di SINI.
Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. Semua orang happy dan suasana memang sangat meriah. Kami tak adalah tunggu sampai orang kemas meja. Onni dengan AbamZ pun ada sesi photoshoot jadi kami bergerak pulang. Aku, RaihanF dan Yantai teman Ciqen hantar Neddy balik Setia Alam. Then baru Ciqen hantar kami bertiga ke KL Sentral. Yantai balik Cyberjaya while aku dan RaihanF balik ke Bangi.
Tumpang tidur rumah nenek satu malam before gerak balik Pulau Pinang the next day. Selama empat hari memang aku musafir sungguh lompat tidur rumah orang. Sebab balik tak drive kereta jadi agak terhad untuk bergerak sendiri. What to do ? Thanks kawan-kawan kasi tumpang rumah with great hospitality. Nanti boleh tumpang lagi. Ahaaaks..
Dear Nur Syahida Binti Jemadi..
Thank you for sometimes kau drop by juga teratak buruk ni jadi silent reader. Aku harap by anyhow and chance, you will read this. Onni.. remember the moment bila kita langsung tak boleh bertegur sapa ? Mata masing-masing could not meet ? Ideas always bercanggah ? Always tak sependapat. Remember the moment where hatred was all we had dalam hati masing-masing ? Padahal hari-hari mengadap diri masing-masing in class.. Remember the moment when I did something really bad to you ? Though it was not my truly intention but I was part of it. I still blame myself up until today. I still have the thought within my mind. Jahatnya aku !! I am truly sorry. Remember those days where we could still talked to each other but there was no sincerity ? We could eat together in one table but our hearts did not really there ?
Bila fikir balik memang weird. We did not know the exact reason why but we played along with the game. Luckily Allah SWT has set a different path for both of us. Something that made you and me a different person now. Ended up we are entangled dalam cinta lima segi. Hihihi.. How did it happen ? It happened naturally kan ? And somehow we could discover the mystery of our relationship. Remember how both of us ended up pergi holiday together ? Out of ramai kawan, it happened to be kita berdua. Alhamdulillah. We are where we are supposed to be now.
Thanks for always picking up my calls even tengah malam buta. I doubt I can do the same thing now ooops !! Thanks for always there to listen. Thanks for always be there where we are in need. Like what you said to us, things might be different now but lets try to keep up with each other like what we always do. Glad that you have found your other half. We are happy for you. Glad to see that you could smile brightly. Hope AbamZ will take care of you nicely and may both of you lead a happy marriage life. Be happy as you deserve it.
PS : We want nieces and nephews. Hihihi..
Nur Syahida Binti Jemadi, you know I love you kan ? Chukae.