Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

CUTI-CUTI MALAYSIA : PERAK | IPOH - LOST WORLD OF TAMBUN

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Hello everyone..

Sekarang tengah musim cuti sekolah. Aku rasa anak-anak uols mesti dah merengek manja ajak berjalan. Betul dak ? Ke mak ayah mami dedi mama papa yang beriya nak berjalan sakan daripada anak-anak ? Huhuhu..

Kalau tak ada idea nak berjalan ke mana bolehlah uols consider untuk bawa anak-anak ke Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh. Dah cukup famous jadi tak perlu aku nak buat introduction sejarah pembinaan dan nyatakan moto dan visi syarikat. Kalau berminat boleh cari sendiri.

Atau uols bercadang untuk ke Bukit Merah Laketown Waterpark ?
Boleh baca entri berkaitan di SINI.

Cuti Hari Pekerja yang lalu (1st May 2015) BikD aka cousin aku ajak aku berjalan-jalan. Penat bekerja katanya. Kalau ikutkan hati aku nak meronda kawasan dekat-dekat saja. Malas nak turun sampai ke Ipoh. Public holiday mesti orang ramai. Tapi setelah dia memujuk rayu akhirnya aku bersetuju juga. Kereta sangat banyak on the road that day tapi traffic smooth.


  • Dari mana pun uols datang kalau melalui Lebuhraya Utara-Selatan silalah exit di Tambun. Lepas tu ikut saja sign. Around 10 minutes drive dari exit. Dah sampai. Yahoo !!

Lost World Of Tambun
No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, 
Sunway City Ipoh, 
31150 Ipoh, Perak, Malaysia.



Alhamdulillah pukul 11.00AM lebih sikit kami dah sampai. Matahari dah mencanak atas kepala. Dari awal aku dah bersiap sedia nak jadi Oreo. Redha sajalah. Ini kali kedua aku ke Lost World of Tambun. First visit dulu waktu tempat ni baru beberapa bulan beroperasi. Aku datang dengan BikD juga plus my parents.

Orang seriously sangat ramai. Worry not kalau tak dapat parking. Area nak park kereta sangat luas dan free. Jadi janganlah risau sangat.

Dah !! Dah !! banyak membebel. Bila nak mula mandi ye dak..


Lost World Of Tambun ni besar. Ada banyak parks in one theme park. Ada Water Park, Amusement Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Tiger Valley, Tin Valley dan Adventure Park. Jadi kalau uols nak datang sila plan baik-baik timing uols supaya dapat jenguk dan merasa pengalaman di semua parks yang ada. 

Lepas simpan barang dan rent tube, aku dan BikD terus terjun dalam Adventure River (E1a). Kalau ada tube memang best mandi dalam kolam ni. Sebab sepanjang kolam ada wave jadi duduk saja atas tube then pusinglah sepanjang laluan. 

Jujur aku rasa, tak payah rent tube pun tak apa. Menyusahkan. Dahlah mahal. Sebabnya kan.. Kat area lain tak berapa menarik pun nak guna tube. Kat Jungle Wave Pool (E3c) aku rasa semak sungguh nak jaga tube sebab aku tak guna sangat pun. BikD yang duduk atas tube seorang diri. Satu hal pula nak fikir pasal tube. Aku lagi suka free and easy. Haaish !!

Lastnya kami biarkan saja tube tersadai sambil tawakal tak ada orang yang ambil. 




Tak banyak gambar dalam kolam yang kami ambil. Takut nak keluarkan handphone. Camera memang tinggal dalam locker. Aku beli case yang sesuai nak letak barang bawa masuk air. Jadi aku simpan handphone dalam tu and sangkut kat leher. Orang lain pun ramai buat macam tu.

Tengah sedap posing dalam kolam sekali ombak datang. Serious aku dan BikD tak sedar. Amek kau !! Satu round kasi mandi itu handphone. Cuak weh.. Aku rasa nak menangis kat kolam tu juga. Terus mood jadi sendu. Aku try call DediS and aku tak dengar apa. DediS Whatsapp kata dia dengar suara aku tapi akulah yang tak dengar suara dia. Bila orang call pun ringtone dah tak berbunyi. Berderau darah !! Tapi aku tabahkan hati sebab tak nak spoil mood nak bersuka-ria. Aku positif memujuk diri sendiri.

Dah kena baru serik. Tak keluarkan handphone dah bila dalam pool T.T

Lepas mandi sakan mulalah nak lapar. BikD tu walaupun keding tapi dia ada nafsu makan kalah naga. Aku pun tak dapat nak makan banyak macam dia. Isk isk isk..

Tengok selera BikD makan aku tertanya-tanya.. trip ke theme park ke trip makan ? Hihihi..




Bila dah datang tempat macam ni, kita kenalah prepare mental dan fizikal untuk mengeluarkan duit beli makanan. Semua mahal dan makanan luar memang tak dibenarkan bawa masuk. Pekerja selup tangan dalam bag kita tau. Takut benar kita seludup makanan.

For lunch kami beli Mee Goreng Mamak, ABC, Mineral Water dan Crepe. Harga ? Ahaaa nanti aku buat perbentangan budget..

Lepas makan kami terus pergi ke Tiger Valley (E5). Nak tengok animal show at 3.00PM. 

Aku nasihatkan uols datanglah 10-15 minutes lebih awal. Kalau tak memang tak dapat tempat dan mungkin tak dapat langsung tengok show. 




Show mula sedikit lambat. Orang makin ramai dan sesak but we were so lucky that day. Kami dapat seat paling depan dan centre. Memang exclusive sungguh. Aku tengok ramai yang terpaksa berdiri dan dukung anak masing-masing. Jadi uols jangan lambat okay.

Aku sangat excited !! Aku dah boleh scratch out another list dalam senarai Bucket List aku untuk tengok raccoon !! Yes !! Binatang fluffy kawan baik Pocahontas tu. Aku tak sangka pula yang dalam animal show tu akan guna raccoon as one of the animals. Geramnya !! Rasa nak picit.








Main attraction adalah nak kasi harimau makan sebenarnya. Tapi aku lagi tertarik dengan raccoon. Berbaloi kan datang awal dan duduk depan ? Memang first class view yang kami dapat.

Then kami pergi main few games. Naik mini  roller coaster dan viking. Benci aku naik viking tu. Nak muntah rasa. Pejam mata all the way. Tak sanggup buka sebab lagi pening. BikD main lagi banyak games dari aku. Aku jiwa halus. Tak bolehlah naik benda-benda laju and tinggi. Pengsan kang..

Lepas dah kering baju kami terus pergi solat. Boleh Jama' dan Qasar. Teruslah solat Asar. Nanti boleh sambung mandi.









Lepas solat kami isi perut lagi. Beli waffle saja yang mampu. Then terus ke Paddle Boat or Lost World Swan Lake (L8). Pengakuan jujur dari aku, tak payah datang sini pun tak apa. Boleh skip dan terokalah area lain. Penat mengayuh. Aku kan pemalas kalau bab-bab menggunakan kekuatan fizikal. Jadi aku tak berapa gemar walaupun aku paling excited nak try. 

Kami kayuh tak lama pun. Tak sampai pun 15 minutes. Kami terus patah balik. Siap nampak biawak bagai mau tak seram sejuk. Tak berani dah.. Cumanya, permandangan memang cantik. Sejuk mata memandang. Nampak gunung and bukit. Refreshing. Itu saja. Hihihi.



Lepas habis menyeksa betis kami terus meluru nak naik slides. Kalau uols bercadang nak spend masa sampai malam di Lost World Of Tambun macam kami, mungkin boleh guna trick yang sama. Naik slides bila dah sampai lewat petang but before 6.00PM. Lepas 6.00PM semua games and slides dah tutup. Itu aku suruh uols rancang betul-betul supaya nanti tak putih mata. Orang seriously tak ramai yang beratur. Kejap saja dah sampai turn kami. Kalau waktu peak hours memang masa untuk beratur lagi lama berbanding masa nak bermain. 

Lepas dah puas main slides kami pulangkan tube. Syukur tak ada orang ambil tube kami. Memang tawakal saja kami tinggal near tempat makan. Memang malas nak usung sana sini. Kalau main slides pun guna tube asing yang khas untuk slides. Seksa kan ?

Hari pun dah senja. Kawasan lain memang dah tutup. Kami pun went back to Jungle Wave Pool. The only kolam yang masih dibuka kepada pengunjung even though dah lepas pukul 6.00PM. Tapi ada certain limit saja. More than 1.5 meters ahead dah tak boleh pergi. Tapi still berbaloi. Orang dah tak ramai. Yang tinggal pun hanya those yang nak mandi di hotspring. Kolam itu macam kami yang punya. Tambah pula bila malam air makin sejuk. Best. Sakan berenang sana sini. Hihihi..




Kami memang bercadang untuk tunggu sampai malam. Nak mandi hotspring sekali. Jadi berendam puas-puas di Jungle Wave Pool sebelum masuk kolam air panas pula. Duduk santai saja. Tak payah beriya nak kuak lentang ke kuak rama-rama ke. Boleh melepak sampai pukul 11.00PM. Kalau tak nak mandi siang, datang waktu malam saja pun okay. Ada harga tiket lain.

Around pukul 9.00PM kami bersiap untuk pulang. Haruslah singgah gift shop. What a day !! For May babies ada 50% off untuk selected items. Ada keychains, fridge magnets, t-shirts, mugs dan banyak lagi. Just tunjuk IC to show yang uols memang lahir bulan May. Tapi aku tak memborong pun sebab tak ada yang berkenan. I bought two fridge magnets tapi bukan under selected items. Nak buat macam mana. Mata tertawan pada yang lain.

Orang kata kalau sampai Lost World of Tambun kena bergambar di pintu gerbang. Tapi kami tak bergambar pun. Waktu datang orang memang merenyut ramai yang amat. Waktu balik pula dah gelap gelita. Tak ada tenaga nak snap gambar. Tak apalah.. bebila singgah untuk ambil gambar.

On the way balik, kami singgah di RNR Bukit Gantang makan dan solat. Makan ? Yes. Makan. Terus sampai rumah then konvoi pula ke Bayan Baru untuk escort BikD balik rumah. Dah malam sangat. Tak sampai hati kasi dia drive balik seorang diri.

Total damage di Lost World Of Tambun :

Entrance Tiket : RM56.00
Tube : RM26.00 (Deposit RM10.00)/2 = RM8.00
Locker : RM20.00/2 = RM10.00
Makan ; RM60.00/2 = RM30.00
Paddle Boat : RM5.00
Souvenirs : RM12.00

= RM121.00/+-

Haaa itu dia. Jumlah yang telah dileburkan untuk kepuasan dan keriangan satu hari suntuk. Tak campur harga tol dan minyak. Aku pun tak tahu nak cakap mahal atau tidak sebenarnya. Mungkin kalau uols dapat cut down jumlah belanja untuk makan lagi jimat. Tapi nak buat macam mana ? Kami masing-masing kuat makan. Hihihi..

Kalau uols bercadang untuk pergi ke Lost World of Tambun, boleh godek website sekarang. Ada promotion harga tiket. Lebih murah dari harga yang aku bayar.

Apa-apa pun, sila rancang perjalanan anda. Drive safe and hati-hati.

Selamat bercuti.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579