Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

BERKELAH DI AIR TERJUN LUBUK TIMAH SIMPANG PULAI

$
0
0
BERKELAH DI LUBUK TIMAH SIMPANG PULAI | Ada banyak tempat berkelah menarik yang terkenal sekitar negeri Perak dan salah satunya adalah Air Terjun Lubuk Timah yang terletak di Simpang Pulai. Air Terjun Lubuk Timah sebenarnya dah lama wujud tapi sejak kebelakangan ini saja baru terkenal. Aku baru tahu ada tempat nama Lubuk Timah itupun sebab ternampak signage ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands. Buat research sikit dan akhirnya tertarik untuk meninjau kawasan. Alang-alang ajak kawan berkelah sekali aktiviti hujung minggu. Senang sangat nak cari jalan ke Lubuk Timah. Jalan yang sama menghala ke Cameron Highlands menggunakan laluan Simpang Pulai. Lepas saja kilang kuari terus masuk simpang ke kiri. Kena bayar sikit untuk masuk ke kawasan Lubuk Timah. Tak adalah mahal sangat hanya RM5 sekepala, Berbaloi dengan semua kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kami pergi waktu Malaysia mengalami suhu panas melampau. Air terjun pun kering. Syukur masih ada air yang mengalir. Dapat juga berendam. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan adalah parking area yang luas, pondok yang boleh disewa dengan hanya RM10.00, surau, kolam air panas dan tempat salin baju. 

LOKASI LUBUK TIMAH, SIMPANG PULAI



Kawasan air terjun / waterfall. Sepatutnya ada air yang membuak-buak dari kawasan empangan. Panas sangat sampai air pun kering. 

Kawasan pilihan kami untuk berkelah. Datanglah awal sebelum orang makin ramai. Boleh pilih territory area yang berkenan.

Menu yang kami tapau dari rumah. Ain rajin tolong masakkan Maggi Goreng, Aku just sediakan bahan untuk sandwich telur agar-agar dan air mangga. 


Kadar sewa pondok hanyalah RM10.00 seunit. Besar dan selesa. Dekat dengan kawasan air terjun juga. Senang nak pantau barang-barang.


Memang seronok berkelah di Lubuk Timah. Recommended untuk semua lapisan masyarakat. Lama kami berendam tak sedar masa berjalan. Dari orang tak ramai sehinggalah kawasan penuh dengan manusia. Elok datang awal pagi kalau korang jenis tak suka keadaan sesak. Nak pilih pondok pun tak perlu berebut. Menjelang tengah hari memang merenyut. Bila manusia dah makin ramai kami pun beransur pulang. Bilik salin baju agak jauh dari tempat kami sewa pondok. Banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan. Ada surau, tandas, aktiviti menunggang kuda, kolam air panas, cafe dan macam-macam lagi. Ada juga penginapan kalau minat nak bermalam. Tak pasti pula tentang harga. Tak pergi survey. Puas hati juga beriadah hujung minggu di Air Terjun Lubuk Timah. Bolehlah korang pula merancang untuk bawa keluarga pula. Selamat berkelah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.