2H1M : SHORT ESCAPE KE CAMERON HIGHLANDS | PAHANG. Last few weeks, kami bertiga dah terlajak lencong ke Cameron Highlands dan bermalam satu malam di atas sana. Habis sekolah ganti hari Sabtu terus laju kami pecut merempit. Sementara bermastautin di Perak, baik aku gunakan masa sebaik mungkin untuk berjalan-jalan bila ada kesempatan. Aku tak nak sembang panjang sebab semua orang tahu Cameron Highlands kat mana. This time aku malas menaip panjang. Aku nak membebel-bebel sikit saja share tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang sempat aku terjah walaupun aku pergi hanya untuk dua hari satu malam. Selebihnya aku nak share gambar-gambar saja.
CAMERON VALLEY TEA HOUSE KUALA TERLA
Minum teh adalah aktiviti wajib untuk dilakukan. Not that expensive bolehlah sedang-sedang harganya dan mampu beli. They have cakes and muffins too so English. Lepas minum teh boleh posing ala ala Hindustan di ladang teh which is dah jadi kewajipan. Hiraukan pandangan-pandangan liar orang lain. Sekarang dah boleh sewa ATV ride juga mengelilingi ladang teh.
Kami bertiga baru kenal sebulan lalu ended up staying in one house.
Baru balik dari sekolah. Ayu masing-masing berbaju kurung.
STEAMBOAT HALAL : FAUZI TOMYAM & STEAMBOAT RESTAURANT BRINCHANG
Makan steamboat di Cameron Highlands juga adalah perkara yang tak dapat dielakkan. Dalam suasana suhu sejuk memang sedap benar makan makanan panas-panas. Salah satu kedai steamboat di Cameron Highlands adalah Fauzi Tomyam & Steamboat Restaurant yang terletak di Brinchang. Ada dua cawangan. Satu di deretan kedai-kedai di Brinchang sederet dengan KFC. Boleh call +60 5-491 2339 / 019-5454547 (En. Fauzi) / 0195032581 (Pn. Halimah) untuk booking. Di hadapan hotel Copthorne Cameron Highlands pun ada Fauzi Steamboat. Aku tak pasti the same owner atau tak. Verdict aku agak memuaskan hati dan sedap. Aku kasi 4/5 bintang.
Awesome. RM25/pax and we ordered two sets.
PASAR MALAM BRINCHANG
Yang pastinya dah tak semeriah tahun-tahun lalu. Tapak masih sama cuma vibe dah berbeza. Dulu lebih terasa happening dan riuh. Hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu saja bermula 5.30PM hingga tengah malam. Macam-macam benda terjual especially souvenirs, local food dan snack. Malam-malam lain pun ada juga kedai-kedai tepi jalan yang dibuka cuma tak banyak pilihan. Jangan lupa untuk cuba strawberry coklat, jagung rebus, cendawan goreng dan macam-macam lagi.
BIG RED STRAWBERRY FARM BRINCHANG
Cafe ini menjadi pilihan ramai sebab menawarkan range pilihan makanan pencuci mulut yang pelbagai dengan harga yang berpatutan. Jangan order ikut nafsu sangat sebab portion agak besar. Kami order strawberry waffle with vanilla ice cream, strawberry pancakes dan strawberry float. Muak juga semuanya ada strawberry tapi boleh tahan sedap. Kawasan pula cantik dan kemas itulah pengunjung suka. Parking lot ada banyak disediakan jangan gaduh tak perlu risau. Jalan sampai ke hujung farm baru jumpa cafe. Kena exercise dulu baru dapat makan. Tapi sepanjang jalan ada banyak spots menarik untuk bergambar.
BOH TEA PLANTATION SUNGEI PALAS
Jalan nak masuk berliku-liku sempit. Jangan pentingkan diri sendiri please ada give and take dengan pemandu-pemandu lain. Sama-sama sabar. Ini kali kedua aku kesini sebab tak rajin sangat nak memanjat bukit ke atas. Kalau kudrat korang sangat kuat dan gigih bolehlah singgah. Kurangkan mengeluh dan marilah nikmati permandangan indah. Nasib badan tangga kayu that day under renovation jadi kami kena menapak ikut laluan tar. Harga makanan-makanan yang dijual agak mahal tapi not too bad. A bit pricey but everything looks so delish. Pilihan pastries yang pelbagai sedapnya. Okaylah untuk sekali sekala melepak bukan selalu.
CAMERON LAVENDER TRINGKAP
Tempat ni selalu full house. Tak pernah kalau lalu kereta tak banyak. Memang pit stop favourite ramai untuk berhenti singgah. Antara taman bunga yang berbaloi bayar untuk masuk. Puas hati sungguh tengok tanaman-tanaman yang ada di Cameron Lavender. Cantik semuanya. Bukan hanya ada lavender. Ada juga bunga-bunga lain. Aku dah datang sekali dulu dengan MamiZ and I don't mind pergi lagi. Last time entrance fee was just RM5/pax sekarang dah up jadi RM8/pax. Huuurm.. Wajib cuba aiskrim perisa lavender. Weird at first berkerut-kerut muka makan but later baru terasa sedap. Kemudahan-kemudahan seperti surau dan toilet turut disediakan..
We stopped by at Kea Farm too. Tapi tak terfikir nak ambil gambar. Sibuk shopping untuk keluarga. Then we headed back to Parit. It was a splendid trip walaupun hanya dua hari satu malam banyak juga tempat yang dapat kami cover. Kami pilih betul-betul mana tempat yang nak dituju ikut selera bersama. Total damage hanyalah RM150/pax termasuk lodging, makan dan duit minyak. Shopping asing ikut kemampuan. Tak susah sebenarnya nak enjoy dalam negara. Selamat bercuti.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com