السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Okay.
Last month aku dan family cadangnya nak bermalam dan berjalan-jalan sekitar Alor Setar. Kawan MamiZ pulang ke kampungnya dari Sepang dan bercadang untuk makan di Restoran Nasi Kandar Ayam Kampung Haji Ramli di Simpang Empat, Kedah. MamiZ dan Acik CT (kawan MamiZ) memang suka makan disitu.
Aku ada snap few pictures untuk review kedai makan tu tapi tak berpuas hati dengan kualiti gambar. Jadi aku tunda. Insyallah next visit aku akan snap gambar elok-elok dan review untuk uols semua.
Lepas dah makan, kami hantar Acik CT balik ke Pendang. Cadangan asal adalah untuk naik semula ke Alor Setar dan bermalam di Hotel Seri Malaysia Alor Setar. Kami tak kisah sangat hotel murah ke apa ke janji kami dapat melingkar atas katil dengan selesa.
Dah tempah bilik pun tapi tak tahulah macam mana mood untuk ke Alor Setar hilang.
Baju semua dah pack. Memang get ready untuk pergi holiday. Akhirnya DediS kembali drive untuk pulang. Mungkin sebab kereta agak banyak menghala ke arah utara jadi MamiZ dan DediS malas untuk bersesak-sesak. Akhirnya aku cadangkan untuk tidur di Sungai Petani.
Macam rugi saja dah siap-siap barang then kena balik rumah semula.
MamiZ suka Hotel Park Avenue jadi aku gave a call nak buat reservation. Kami pernah beberapa kali bermalam disana. Dalam kereta malas nak scroll application Agoda. Call saja senang. Kami nak book dua bilik. Satu untuk MamiZ dan DediS dan satu untuk aku. Privacy maaa.. Hihihi.
Rate untuk walk in agak mahal. Macam tak berbaloi pula tapi Hotel Park Avenue memang sangat-sangat selesa. Kenalah gaya dengan harga. Next aku call Swiss Inn. Juga di Sungai Petani. Tolak tambah harga pekerja kerajaan dan sebagainya, DediS kata okay.
Maka kami sekeluarga bergerak ke Swiss Inn, Sungai Petani.
Swiss-Inn Sungai Petani,
Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Kedah
+60 44223333
Bilik besaq !! Katil besaq !! Hahaha..
Dunia ini aku yang punya.
Ini bukan percutian yang havoc dan happening. Kami sekeluarga memang kadang-kadang melarikan diri ke hotel hanya untuk bersantai dalam bilik. Memang hanya untuk berehat. Bila dah ada bilik masing-masing memang aku seorang diri conquer bilik. Gulinglah dari satu bucu ke another bucu. Siapa pun tak kacau. Memang sedap sungguh tidur. Lena.
That night aku dan DediS saja yang keluar makan. Area berdekatan hotel. MamiZ stayed dalam bilik dan hanya pesan makanan. Memang selalu macam tu pun. Sayang nak tinggalkan bilik.
Percutian sangat kan ? Hihihi..
Lepas balik makan masing-masing terus buat hal masing-masing.
Lepas solat terus mengadap TV sampai pengsan. Tidur diulit aircond memang sungguh nikmat. Tambah pula dah few days Pulau Pinang tak hujan. Bahang sungguh.
Esoknya kami turun breakfast awal. Memang percutian yang santai dah tak terkejar-kejar.
Mari kita enjoy makanan kita dengan tenang.
Usually makanan di hotel tiga bintang bukan gempak mana pun. Kadang-kadang makanan yang dihidangkan sekadar ala kadar saja. Tapi aku nak kasi tepukan gemuruh untuk Swiss Inn Sungai Petani. Walaupun makanan yang dihidangkan adalah sangat simple tapi sedap !!
Pilihan tak banyak tak apa janji sedap !!
Aku cukup puas hati. Ada section untuk order segala jenis telur. Omelette ke scrambled egg ke order saja. Nasi lemak, kuey teow goreng dan few other makanan lagi. Aku bukan jenis orang yang makan pagi tapi habis semua benda aku makan dan bertambah. Sebab sedap.
MANAGER !! Saya puji banyak dah ni. Nak complimentary stay please hahaha...
MamiZ dah sebut nak pergi lagi. Dah jatuh cinta la tu.
Lepas makan kami lepak tepi kolam. Kolam hotel ni serious besar. Memang kalau berenang tu puas hati sangat. Menyesal tak pack sekali baju mandi. Kalau tak memang aku dah terjun weh. Aku pantang tengok kolam. Tergedik-gedik nak masuk.
MamiZ tak habis nak perli aku sebab tak boleh masuk kolam. Sendu aku duduk meratap.
Orang memang quite ramai yang datang mandi. Kolam ni open to public juga aku rasa. Sebab aku tengok ada beberapa orang yang buka kelas berenang. Dari budak kecil sampailah ke orang dewasa. Meriah jadinya.
Aku naik bilik nak sambung guling-guling. Buruk perangai.
Dah kenyang sambung melingkar.
Nak kemas barang juga. Nak check out dah. Tapi sempat juga aku terlelap.
Pukul 12.00PM terus check out.
Haaa simple kan percutian kami sekeluarga ? Memang kalau aku dan family bercuti gayanya macam ni. Lebih kepada menikmati saat-saat di dalam bilik daripada keluar jalan-jalan.
Mungkin ada yang kata 'macam mana nak rapatkan ukhwah kalau bercuti macam ni ?'
Well.. family aku ni kecil saja. Kami bertiga. Tak payah susah payah nak kasi rapat. Memang dah sedia rapat. Pusing celah mana pun tetap bertiga. Kami bertigalah nak bermanja, bergaduh dan macam-macam lagi.
Ikut gaya dan keselesaan keluarga masing-masing.
Sekali sekala memang kami buat macam ni. Kalau selalu boleh rabak poket. Hihihi.. Kadang-kadang escapism kami sekeluarga adalah bila MamiZ or DediS berkursus. Akulah paling happy sebab boleh menempek.
Kalau dengan kawan-kawan lain lah. Jiwa muda. Masing-masing suka merayap.
Panjang kaki.