Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

JJCM | PULAU PINANG - BATU UBAN : IDRUS IKAN BAKAR

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Hello kawan-kawan. Selamat hujung minggu. Berhati-hati walau dimana saja uols berada.

Insyallah esok aku akan mula mengajar sebagai guru ganti. Kenapa esok ? Esok kan hari Ahad. Hihihi.. Sebabnya aku akan mula kerja di Kedah. Jadi kenalah mula bekerja hari Ahad. 

Small the matter lah. Dulu pun sekolah kat Kedah sekejap. Jadi dah biasa. Rezeki nak jadi guru tetap belum ada jadi kita grab saja apa jua peluang yang datang. 

Mudah-mudahan Allah SWT mudahkan jalan buat kita semua. Jadi aku mungkin akan sedikit sibuk dan tak ada masa sangat untuk menjenguk blog uols semua. 

Aku susah hati. Takut ada yang merajuk sebab kunjungan tak berbalas. 

Sayangku sekalian, jangan begitu. Akan aku cuba untuk singgah memeriahkan blog uols semua kalau ada kesempatan. 

------------------------------          ------------------------------

Entri JJCM bersama CT kini kembali. Ada yang ternanti-nanti entri makan-makan aku ke ?

Angkat tangan sikit.

Nak tengok berapa ramai yang sedang tunggu. Hihihi..

Kali ni aku nak share tentang satu tempat makan yang agak terkenal di Pulau Pinang. Kalau orang Pulau Pinang memang tahu sangat dah tempat ni. 

Kalau tak tahu aku yang tak tahu nak habaq mai lagu mana lagi. Parah..

This time mari aku perkenalkan kedai Idrus Ikan Bakar yang terletak di Batu Uban, Pulau Pinang. Recently kami sekeluarga ada buat lawatan terhormat untuk makan disini. Lama dah tahu pasal kawasan ni yang famous dengan ikan bakar tapi tak pernah singgah. 

That day was my first time singgah makan di Idrus Ikan Bakar walaupun dah 24 tahun aku tinggal di bumi Pulau Pinang. 

Yes. You read it right. Hihihi..

DIRECTIONS :
  1. Naik Jambatan Pulau Pinang dan ambil exit ke Bayan Lepas. Turun dari jambatan sila slow down dan maintain kiri. Simpang ke kedai terletak kira-kira 100M dari susur keluar jambatan.
  2. Dari Georgetown, sila maintain kiri menuju ke Bayan Lepas. Simpang ke kedai akan berada di kiri jalan.
  3. Dari arah lain silalah rujuk application GPS canggih dalam smartphone masing-masing. Ihik..
Idrus Ikan Bakar
No.3, Batu Uban,
Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,
Lebuhraya Bayan Lepas,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

012-4528858

5.00PM - 1.30AM






KEDAI : Super bersih. Lantai tak melekit dan kotor. Kadang-kadang ada kedai yang tak hiraukan tentang kebersihan lantai. Kalau jalan sampai boleh rasa minyak atas lantai. Tapi Idrus Ikan Bakar tak macam tu. Banyak meja means boleh tampung kuantiti pengunjung yang ramai. Kalau nak angkut satu keluarga memang boleh sangat. Ada section untuk duduk bersila juga. Kalau rasa kaki mampu tahan kebas silalah makan di section bersila yang disediakan. 

Tak guna lampu warna kuning terlalu banyak. Why aku kena kongsikan part ni ? Sebab aku sebenarnya sangat tak suka kedai yang meriah lampu warna kuning. Aku bet ada juga dalam kalangan uols semua yang sama jenis dengan aku. Kalau meriah sangat lampu warna kuning ada kemungkinan aku akan avoid kedai tu untuk next visit.

Time aku singgah adalah malam hari Khamis jadi pengunjung tak ramai sangat. Kalau waktu hujung minggu atau public holiday aku sarankan uols give a call first. Book tempat untuk tak putih mata bila dah sampai ke kedai dan tengok orang penuh.


PILIHANMAKANAN : Fresh variety of makanan laut untuk dipilih. Ada ikan siakap, kerapu, pari, sotong dan semualah kiranya. Habaq saja nak makan apa. Kalau jenis suka makan macam-macam jenis siput aku tak sure ada atau tak. Aku nampak ada kerang saja. Mungkin boleh call dulu dan tanya. Aku suka kedai ni sebab ikan semua dah siap dibuang isi perut baru ditimbang. 

SERVICE : CEPAT !! Haaa caps lock lagi. Menunjukkan betapa aku puas hati dengan service yang diberikan. Seriously cepat dan mengagumkan. Makanan yang sampai pun panas betul bukan kiranya dipanaskan acuh tak acuh saja. Kami tunggu tak sampai 20 minit pun. Aku tak tahulah bagi uols 20 minit tu lama ke tidak. Tapi kalau order ikan bakar usually mau dekat 30 minit juga baru boleh dapat makanan. Maybe atas factor orang tak ramai jadi makanan cepat siap. Kalau orang ramai mungkin lambat sikit. Hihihi..


Ikan siakap bakar.


Udang masak butter.


Sotong goreng tepung.

MAKANAN : Disebabkan kami hanya makan tiga beranak, kami tak order banyak sangat. Nanti membazir saja lebih. Kami sekeluarga memang tak minat sangat untuk makan tomyam. Makan tapi bukan menjadi kegilaan. Cukup sekadar tiga jenis hidangan. Itu pun seksa nak menghabiskan. 

Ikan siakap bakar di sini memang sedap. Aku suka kuah sira yang dituang atas ikan. Memang kena dengan tekak aku. Udang masak butter pun sedap. Crunchy gitu. Tapi jaga-jaga. Ada banyak cili padi digoreng bersama udang. Mengalir juga air mata oooi kalau tergigit. Rasa macam hilang lidah seketika. Aku memang tak tahan pedas. Sotong goreng tepung pun yummy. Cukup rasa dan addictive. Rasa nak makan tak henti. 

HARGA : Hanya RM110 untuk semua makanan dan minuman yang kami order. Bagi aku harga dah sangat berbaloi sebab ikan yang kami dapat sangat besar. Aku rasa sesuai untuk empat orang makan sebenarnya. Kami pula masing-masing order air buah seorang dua gelas. Sekali sekala bolehlah buat family gathering macam ni. Cewah. Cakap macam family members ada sepuluh orang. Hihihi..

Overall aku suka masakan di Idrus Ikan Bakar. Menepati citarasa. DediS dan MamiZ pun approve kedai ni untuk masuk dalam list pilihan family. Bila dah masuk list maknanya sedap lah tu.

Ada kawan-kawan yang pernah singgah makan disini ? 

Kalau ada mari share pengalaman uols pula.

Pulau Pinang bukan famous dengan nasi kandar dan pasembur saja tau. Kena try ikan bakar juga baru complete trip. Yang tak pernah singgah mungkin boleh consider untuk singgah makan di sini bila ada kesempatan menjenguk Pulau Pinang satu hari nanti. Memang tak rugi dan sangat puas hati.

Kalau dah cuba jangan lupa to let me know about it =D


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)