JALAN-JALAN MELBOURNE | SEKITAR MELBOURNE CITY
Entri sebelumnya di
SINI.
18 September 2015
JALAN-JALAN MELBOURNE | SEKITAR MELBOURNE CITY. Mengikut itinerary yang dirancang, aku dan Kak Sal sepatutnya ke Williamstown. Ada discount 'buy 1 free 1' tiket river cruise melalui coupon yang dikutip di airport. Tapi tak jadi. Kami terus tukar plan. Sebelum kami teruskan dengan plan baru, ada beberapa jam untuk aku dan Kak Sal bersiar-siar sekitar Melbourne City.
Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik sekitar Melbourne City yang boleh dilawati seperti Sealife Melbourne Aquarium, Eureka Tower dan Shrine of Remembrance tapi aku tak minat. Kiranya.. Aku tak rasa tempat-tempat tu semua adalah wajib untuk aku lawati. Biasalah. Minat kita lain-lain. Kami tak bercadang untuk pergi jauh because kena balik ke rumah Cik Tia semula. Just menapak ikut langkah kaki mana nak pergi. Tak ada tempat yang specific.
![]() |
Lalu depan gym dan cuci mata tengok abang-abang sado mata hijau dan biru tengah exercise. Hihik !! |
![]() |
Yarra River di sepanjang Melbourne City. Boleh ambil package cruise kalau berminat menyelusuri Yarra River. |
![]() |
Sealife Melbourne Aquarium. |
![]() |
Train to suburb area. Hanya gunakan kad MYKI saja. Tak perlu beli tiket lain. |
![]() |
Eureka Tower. At first kami bercadang nak naik ke observation deck tapi cancel juga. Ambil gambar bangunan sajalah. |
![]() |
Tram City Circle yang percuma. Rupa lebih klasik dan nampak lama berbanding tram moden di Melbourne. Sila semak jadual perjalanan City Circle semasa merancang perjalanan. |
![]() |
Kan percuma.. sendat sikitlah keadaan di dalam tram. Semua berebut nak naik. |
CITY CIRCLE TRAM MELBOURNE
Kalau korang ada print peta laluan tram di Melbourne akan ada satu laluan bernombor 35 dan itulah laluan yang khas untuk City Circle Tram Route 35. Kalau nak cut budget pengangkutan memang elok sangat korang plan untuk bergerak sekitar Melbourne dengan menaiki City Circle Tram. City Circle Tram adalah percuma jadi jangan korang tetiba terlebih rajin nak scan card MYKI. Bila dah percuma kenalah sabar berebut dengan orang tempatan dan tourist yang lain. Aku dan Kak Sal naik untuk merasa saja. Kami hanya lintas dua stations untuk pulang ke Flinders Street Station. Jadilah buat pengalaman.
![]() |
Tak nak jalan kaki ? Tak nak naik tram ? Jangan risau. Korang boleh naik kuda.. |
![]() |
Disediakan untuk sesiapa yang berminat pusing Melbourne City dengan menaiki kereta kuda. Nak rasa jadi Cinderella ? Silakan. Jangan lupa lambai-lambai tangan dan poyooo.. |
![]() |
Aktiviti-aktiviti seperti diatas adalah normal di Melbourne City. As long as tak berlaku kekecohan polis tak akan kacau these people yang bersuara untuk memberi kesedaran. Bagus kan ? |
Sampai di Flinders Street Station kami teruskan menapak sepanjang Swanston Street. Menjenguk keadaan sekeliling dan memerhati gelagat orang ramai. Macam-macam ragam. Cari kedai yang jual setem dan teruskan misi mencari makanan yang halal di Melbourne. Ada juga menjenguk ke kedai-kedai souvenirs tapi harga semua mahal. Memang orang kata jangan convert, tapi tak mungkin kita tak berkira-kira untuk membeli tanpa convert. Kena convert juga untuk tahu berbaloi atau tidak.
![]() |
Krispy Kreme di Melbourne adalah halal. Ada notis ditampal jadi bolehlah beli nak alas perut. Harga memang jauh lagi mahal dari di Malaysia. Tapi seriously berganda sedapnya. Jilat jari. |
![]() |
Bangga bila tengok nama Malaysia di tram mengelilingi Melbourne. Patriotik juga aku ni rupanya. Wakakaka.. |
Kami beli kebab di Swanston Street untuk alas perut before lunch di rumah Cik Tia dan headed to salah satu tempat wajib visit di Melbourne. Acah-acah local lagi sambil menikmati kebab.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :