JALAN-JALAN MELBOURNE : BRIGHTON BATHING BOXES, PORT PHILLIP
Entri sebelumnya di SINI.
18 September 2015
JALAN-JALAN MELBOURNE : BRIGHTON BATHING BOXES, PORT PHILLIP | Dua hari berturut-turut schedule penuh dengan melawat tempat-tempat menarik di Victoria yang terletak di luar Melbourne. Hari ini kami bercadang untuk jalan santai-santai tapi masih mengikut itinerary yang dirancang. Kami tinggalkan rumah Cik Tia agak lewat. Bermalas-malasan dulu kemudian baru bersiap. Kalau ke Melbourne memang wajib untuk kita luangkan masa untuk ke Brighton Bathing Boxes yang terletak di Port Phillip. Lokasi pun senang nak reach kalau naik train. Tak banyak songeh. Alaaa tempat rumah-rumah cantik orang-orang kaya Melbourne. Tak dapat own sebiji dapat jenguk pun jadilah.
LOKASI BRIGHTON BATHING BOXES
Dari Flinders Street Station kita perlu gerak ke City of Bayside untuk tengok all the bathing boxes yang terkenal di Melbourne. Tak perlu beli tiket khas. Terus scan MYKI dan cari Platform 13 Sandringham Line. Tersorok sikit tapi senang nak jumpa. Tunggu train sampai. Ada dua options yang boleh pilih : (1) turun di Station Middle Brighton atau (2) turun di Station Brighton Beach. Kedua-dua stations ada seksa ada bahagia yang tersendiri. Ramai yang suggest untuk turun di Middle Brighton dan ramai juga yang suggest untuk turun di Brighton Beach berdasarkan pengalaman masing-masing. Bila sendiri dah merasai baru dapat nilai mana yang lebih bagus.
Kami decided untuk turun di Brighton Beach sebab dekat untuk ke pantai berbanding kalau turun di Middle Brighton (rujuk peta lokasi). Terus nampak laut bila keluar dari station dan banyak signage yang menghala ke Brighton Bathing Boxes. Lintas jalan dan ikut laluan disepanjang persisir pantai. Tapi laluan cantik yang disediakan pendek saja. Kita kena lalu atas pasir juga dan sangat menyeksakan. Lenguh kaki tapi dapat enjoy view yang cantik.
Platform 13 Sandringham Line |
Brighton Beach Station |
Jalan raya yang tenang tak banyak kenderaan. Kena lintas jalan untuk ke pantai. |
Air laut yang sangat jernih. Sejuk sangat airnya. Mampu celup jari saja. |
Jauh kena jalan. Termengah-mengah membetis. Mengeluh beberapa kali tapi digagahi juga. Bila dah nampak Brighton Bathing Boxes dari jauh terus rasa excited. Macam berbaloi sangat rasa aku spend tenaga menapak. No one was there selain aku dan Kak Sal. Bahagianya rasa. Lama sikit baru ada few people bawa anjing bersiar-siar. Baru bangun agaknya. Hihihi.. Berharap dalam hati agar hari tak hujan. Kalau tengok keadaan langit memang bila-bila masa saja boleh hujan lebat. Alhamdulillah setitik pun tak turun. Bolehlah kami posing sepuas hati.
Yeay dah sampai !! Alhamdulillah setelah puas membetis. |
Bathing Box yang paling terkenal. |
Brighton Bathing Boxes semua comel dan cantik. Colourful. Memang rasa nak snap gambar sentiasa. Ada 82 buah kesemuanya dan memang unik. Selalunya kawasan Brighton Beach akan meriah bila tiba musim panas. Bila tak ada orang lagilah terasa nikmat untuk bergambar sebab tak ada gangguan langsung. Ingat tau.. Wajib untuk ambil gambar dekat box yang ada flag Australia. That one bukanlah the most beautiful box tapi paling famous. Ada banyak lagi yang cantik-cantik. Aku dan Kak Sal buka bekalan bekal dan had our breakfast di Brighton Beach. Lebihan pizza dan cookies saja buat alas perut sebab lama juga kami melepak di Brighton Beach.
STATION MIDDLE BRIGHTON
Kami decided untuk naik train di Station Middle Brighton pulang ke Melbourne City. Nak merasa guna kedua-dua jalan yang kawan-kawan bloggers lain suggested. Well.. aku surrender menapak mencari station Middle Brighton. Jalan punya jalan tak nampak pun bayang train station. Teruskan lagi melangkah sampai kami hanyut dalam kawasan perumahan elit orang-orang kaya Melbourne, Hoooi rumah besar cantik and so clean. Lawanya !! Lupa sekejap yang kami sebenarnya mencari jalan ke train station. Akhirnya terpaksa juga guna Waze untuk cari arah. Alhamdulillah ada internet. Agak berselirat juga sebab terpaksa lalu banyak lorong. Kalau tak ada Waze memang aku patah balik ke station Brighton Beach.
Waze bawa lalu lorong sebegini. Redha !! |
Bila dah nampak railway dah lega. Dah nak sampai train station tiba-tiba dengar bunyi loceng. Pakat lari sakan takut tertinggal train. Dah kena tunggu next train pula. Bila sampai tengok train dah jalan. Sedih gila dalam dok tercungap-cungap. Lagi sedih bila tahu train yang terlepas tu bukan train yang sepatutnya kami naik pun. Ranap jiwa raga kat situ juga. Menyumpah diri sendiri. Tabah menanti dan train pun sampai. Jom kita balik ke Melbourne City. Masih ada beberapa agenda yang belum selesai.
Back in Melbourne City dan terus decided untuk tukar itinerary. Why ? Tunggu.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :