Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all 579 articles
Browse latest View live

IKAN BAKAR SEDAP DI PAK TEH IKAN BAKAR SERI ISKANDAR

$
0
0
IKAN BAKAR SEDAP DI PAK TEH IKAN BAKAR SERI ISKANDAR. Kalau korang antara pembaca yang rajin singgah di SitiYangMenaip, mesti dah tahu aku memang peminat hidangan ikan bakar. Banyak juga hidangan ikan bakar di beberapa restaurant yang aku dah recommend. Kalau ada yang bagitau ikan bakar disini disana sedap, mesti nak singgah. Samalah macam di Seri Iskandar, Perak ni.. Selama setahun setengah menetap di kawasan sana, adalah beberapa kali singgah makan ikan bakar yang sedap di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar. Usually aku hantar Whatsapp untuk tempah makanan dan booking meja. Setiap kali pergi tak pernah lagi kecewa dengan menu-menu pilihan yang dihidangkan.


HIDANGAN MAKANAN DI PAK TEH IKAN BAKAR SERI ISKANDAR

Menu di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar
Ini gambar pertama kali pergi, tahun 2016.

Ikan Jenahak Bakar, Sotong Goreng Tepung, Tomyam dan Kailan Ikan Masin.

Udang Butter sedap di Seri Iskandar Pak Teh Ikan Bakar
Pernah sekali order Udang Butter.

Ikan Bakar sedap di Seri Iskandar Pak Teh Ikan Bakar
Jenahak Bakar lagi. Memang favourite yang ini..

Senarai Tempat Makan Sedap di Perak

Selalunya aku akan order Siakap Bakar atau Jenahak Bakar, tapi di Pak Teh Ikan Bakar aku suka order Jenahak Bakar. Bagi aku, simple sangat kalau nak nilai ikan bakar di satu-satu kedai tu sedap atau tidak, bergantung kepada sambal yang digunakan. Setuju tak ? Kalau sambal sedap, mesti sedap dan sebaliknya. Di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar, sambal yang digunakan sedap dan lulus ujian anak tekak aku. Itulah jadinya asyik pergi makan disana. Harga wise normal standard kedai-kedai yang jual hidangan ikan bakar. Tak adalah terlalu mahal just nice. Kalau korang berada disana, tak tahu nak makan dimana, singgahlah ke Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar. Sekarang dah pindah semula ke Pulau Pinang, rindu nak makan ikan bakar disana. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP

AKTIVITI BERSAMA KELUARGA DI FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

$
0
0
ISI MASA LAPANG BERSAMA KELUARGA DI FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN. Musim cuti sekolah memang anak-anak buah bising ajak berjalan. Aku pula lama plan nak ke Farm In The City di Seri Kembangan memandangkan tak adalah jauh sangat dari Bangi. Tempat-tempat boleh pegang haiwan ni bukan kanak-kanak saja yang excited, kita yang dewasa pun teruja. Asalnya nak pergi dengan kawan-kawan, tak rajin nak jaga nak kepung anak-anak buah kat tempat macam tu tapi akhirnya setelah dibawa bincang, bawa juga diorang sekali ditemani kakak saudara yang lain. Kalau aku seorang memang surrender unless anak-anak buah yang dah dewasa. Yang kecil-kecil jujurnya aku bukan seorang yang penyabar. Itulah sebabnya kena ada yang lebih dewasa dan penyabar dari aku ikut sekali. Set the date dan kami pun ke Farm In The City. Ugut suruh tidur awal malam sebelumnya kalau tak mahu kena tinggal.

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Beroperasi setiap hari kecuali Selasa (melainkan cuti umum & cuti sekolah)

Harga tiket ke Farm In The City bagi aku tak adalah mahal sangat dengan pengalaman yang kita akan dapat disana. Harga tiket bagi seorang dewasa adalah RM37.00 dan RM30.00 bagi seorang kanak-kanak. Disebabkan pergi waktu cuti sekolah, kenalah tabah berdepan lautan pengunjung yang ramai.  Kalau nak pergi lagi memang aku akan avoid waktu cuti-cuti kemuncak, aku nak santai lepak dalam tu tanpa berebut-rebut. Ada beberapa station sangat sesak jadi ramai berebut-rebut nak pegang haiwan. Nampak juga beberapa staff bertugas kalut nak handle the situation. Sedikit tak selesa tapi nak buat macam mana.. kena bertolak ansur. Anak-anak buah aku yang kecil merengek jugalah nak pegang anak ayam nak pegang arnab asyik kena tolak dengan budak-budak lain walaupun dah beratur. Anak-anak buah aku jenis baik hati telus ikhlas memang tak reti nak 'mempertahankan hak', itulah jadinya kena tolak-tolak sampai terjatuh. Kecewa sikit parents yang ada tengok saja langsung tak tegur. Kalau Mekti dah mula campur tangan tegur kanak-kanak lain nanti Mekti takut ada yang menangis ataupun jadi scene lain antara Mekti dan parents, jadi pujuk sajalah suruh pegang yang lain. Syukur ada staff nampak terus dia ambil seekor dua anak ayam dan arnab bawa terus kat anak-anak buah aku kasi pegang. Exclusive lagi !!

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN



FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Susah sungguh nak tangkap Guinea Pig ni.. Geram !!

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN


FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Minta makanan..

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Tinggi sangat. Tak sampai..

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Geramnya !!

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

Secara keseluruhannya memang aku puas hati sangat dapat ke Farm In The City. Yang bab ramai orang tu tak boleh nak dibuat apa. Mungkin pihak Farm In The City kena fikirkan cara untuk atasi masalah pengunjung yang terlalu ramai dan masalah berebut-rebut. Supaya semua kanak-kanak dapat peluang fair and square untuk pegang haiwan yang ada. Tak adalah rasa terkilan bayar harga sama tapi tak dapat pegang itu ini. Pandai-pandailah tangani masalah itu.. Sekurang-kurangnya kena spend at least dua hingga tiga jam untuk explore dan rasa puas meronda di dalam Farm In The City. Lagi-lagi kalau pengunjung ramai, kena tunggu giliran dan sebagainya. The idea is fresh, di tengah-tengah bandar ada satu kawasan 'back to nature' yang memberi peluang kepada orang ramai untuk rasai pengalaman berada dekat dengan haiwan-haiwan yang manja dan jinak. Aku pun excited tengok anak-anak buah aku teruja tengok haiwan-haiwan yang pertama kali diorang tengok in real life. A good exposure untuk kanak-kanak. The animals are all very clean jadi tak risau sangat nak pegang. It is definitely a place yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah hujung minggu dan isi masa lapang bersama. Happy travelling !!

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL

$
0
0
PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH N CO IOI CITY MALL. Kalau korang pun peminat makanan laut atau seafood yang sedap, kita geng !! Selain daripada The Manhattan Fish Market, salah satu restaurant franchise yang menyediakan hidangan seafood yang aku suka adalah Fish & Co. Kalau di IOI City Mall tu memang banyak sangat pilihan tempat-tempat makan kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa. Kalau The Manhattan Fish Market, franchise ada dimana-mana lebih banyak tapi Fish & Co hanya ada di beberapa lokasi saja seperti di One Utama Shopping Centre, Paradigm Mall, IOI City Mall dan Setapak Central. The nearest untuk aku pergi adalah di IOI City Mall sebab dekat dengan kampung. Beberapa kali jugalah aku kesana, melepak dengan kawan-kawan dan makanan yang dihidangkan tak mengecewakan. Ruang makan di Fish & Co IOI City Mall bagi aku sangat cosy dan cantik. Selesa dan tak terlalu padat. Decoration pun just nice. Pekerja-pekerja yang okay dan layanan yang diberikan pun memuaskan hati pelanggan. 

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
My first visit. Makan seorang diri..

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
Fish and chips dan fried calamari.

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
 My recent visit last December dengan kawan-kawan.
We ordered seafood platter with rice dan Seafood Pizza.

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
Fried calamari dilupa jangan.

Haaaih !! Lapar pula tengok gambar-gambar ni. Pergi ramai lebih berbaloi boleh kongsi dan order lebih banyak menu. Kalau pergi seorang diri, limited nak makan memang Fish & Chips jadi pilihan tak bolehlah nak order Seafood Platter dan makanan-makanan lain. Aku yakin Fish & Co akan berada lama dalam senarai tempat makan yang menyediakan hidangan seafood yang sedap dalam senarai pilihan aku selain daripada The Manhattan Fish Market. I won't say no kalau diajak lepak makan seafood. Ini adalah pilihan peribadi mengikut selera aku tak dibayar untuk sebarang promosi. Kalau korang pergi tapi tak kena dengan selera, jangan marah na.. Soal harga pula, standard harga makanan-makanan restaurants franchise macam ni. Tak adalah murah sangat dan tak juga terlalu mahal. You choose nak makan ditempat macam ni, kenalah standby nak bayar. Yang penting sedap dan mengenyangkan. Rujuk SINI Fish & Co Malaysia untuk maklumat lanjut. Happy eating everyone !!

WALL'S ICE CREAM UNICORNETTO BERTEMAKAN UNICORN

$
0
0
Wall's Ice Cream Unicornetto Unicorn

WALL'S ICE CREAM UNICORNETTO BERTEMAKAN UNICORN. Bagi peminat ais krim bolehlah dapatkan ais krim terbaru dari Wall's iaitu Unicornetto yang bertemakan Unicorn dimana-mana kedai serbaneka dengan harga RM3.20 saja. Tengok rupa macam rasa Wall's Rainbow Pop tapi tidak. Katanya berperisa 'Cotton Candy' dan 'Marshmallow' tapi ditekak aku rasa macam flavour Strawberry yang kuat. I like the Strawberry Jam yang ada ditengah-tengah ais krim. It is delicious. Cone pun warna merah. Ramai yang viral dah cuba ais krim Wall's Unicornetto yang baru. Aku pun dah cuba sekali !! Kena dengan selera aku dan sedap jugalah. Last two weeks aku cuba tapi sebenarnya masa tu tak tahu menahu rupanya ice cream ini tengah viral. Tergoda dengan packaging sebenarnya biasalah girls kan.. Pantang nampak benda-benda comel. Unicorn pula tu.. Singgah Petronas saja jenguk peti ice cream tengah hari tekak kering nampak macam menarik terus beli. Korang cubalah kalau terjumpa nanti. Happy eating !! 

TRIP PERTH 2018 : LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN

$
0
0
LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN 10 HARI DI PERTH WESTERN AUSTRALIA | Alhamdulillah syukur aku dan MamiZ diberi kesempatan untuk ke Perth, Western Australia buat kali kedua pada bulan December 2018. Aku akan kongsikan pengalaman kami selama sepuluh hari ke tempat-tempat menarik di Perth dan sekitar negeri Western Australia. Tapi sebelum mula bercerita dan membebel, aku nak kongsikan dulu mengenai cadangan laluan 'Road Trip', itinerary perjalanan ke Perth Western Australia dan budget perbelanjaan sepanjang disana. Selalunya aku share itinerary jadual perjalanan dan budget perbelanjaan dalam entry terakhir. Bila difikirkan semula, soalan berkaitan itinerary dan budget adalah soalan-soalan yang sering aku terima dari kawan-kawan yang memerlukan rujukan dan pandangan. Nak siapkan satu entry travel memang makan masa dan bergantung pada tahap rajin yang tenggelam timbul. This is the reason why, kali ini aku kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan lebih awal. Senang juga nak share link suruh baca kalau nak bersembang soal itinerary dan budget. Memandangkan ini adalah trip kali kedua, perancangan dibuat dengan lebih teliti dan kemas sambil mengambil kira faktor-faktor seperti keselesaan, kemudahan untuk bergerak, cara untuk berjimat dan keselamatan ahli-ahli rombongan. Aku tak kata inilah yang terbaik - Tidak !! We design our journey mengikut selera masing-masing jadi pandai-pandai korang buat penilaian sendiri. Yang baik dan positif diambil dan yang kurang sesuai janganlah ikut Mudah-mudahan perkongsian kali ini dapat membantu serba sedikit dan mendatangkan manfaat buat semua.

TRIP KE PERTH WESTERN AUSTRALIA 2018 : LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN

Trip Musim Panas ke Perth, Western Australia 2018.

BUDGET PERBELANJAAN 10 HARI KE PERTH WESTERN AUSTRALIA

Aku hanya akan share perbelanjaan yang basic saja. Segala perbelanjaan personal dan shopping aku tak include sebab tak penting pun. Ini memang soalan yang sangat famous ditanya. Kawan-kawan pun kadang-kadang ada message tanya jadi aku boleh kasi roughly amount yang perlu ada mengikut pandangan aku. Sekurang-kurangnya kena ada RM3000.00 seorang all in untuk enjoy pada tahap selesa di Perth. All in adalah termasuk tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan wajib seperti entrance tickets dan pengangkutan. Itu amount basic senang nak buat anggaran. Kalau lebih atau kurang itu pilihan sendiri pandai-pandai adjust mengikut selera masing-masing. Ramai dah kongsikan macam mana nak berjimat dan travel dengan harga murah di Perth, ada banyak articles yang menarik boleh jadikan panduan. 

Currency Exchange
1AUD : RM3.09

Air Asia X KLIA2 - Perth International Airport [70KG + Seats + Meals + Insurance]
Air Asia X Perth International Airport - KLIA2 [110KG + Meals]
RM5468.60 / 4 = RM1367.15 pax

Takaful Etiqa Travel Insurance
= RM117.81 pax

Australia Electronic Travel Visa
= RM20.00 pax

Makanan yang dibawa dari Malaysia [Instant noodles, food paste etc]
= RM250.00 / 4 = RM62.50 pax

Penginapan yang dibayar sebelum ke Perth :
AIRBNB Balcatta (4 Nights) RM1104.00 / 4 = RM276.00 pax
Agoda - Comfort Perth City Hotel (1 Night) RM273.72 / 4 = RM68.43 pax
Booking.com - Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night) RM491.78 / 4 = RM122.95 pax
= RM467.38 pax

Kereta sewa dari No Birds Bayswater
(10 Hari, Additional Driver, Top Cover & Airport Transfer)
= 398.00AUD (RM1229.82) / 4 = RM307.46 pax

Duit ground di Perth (AUD) untuk perbelanjaan empat orang
(Hotels, Groceries, Makan, Entrance Fee, Fuel & Parking)
= 1600.00AUD / 4 = 400AUD pax (RM1236.00 pax)

TOTAL : RM1367.15 + RM137.81 + RM62.50 + RM467.38 + RM307.46 + RM1236.00
= RM3578.30 pax

Total perbelanjaan untuk seorang adalah RM3578.30 untuk sepuluh hari di Perth dan Western Australia termasuk tiket kapal terbang pergi balik, penginapan, kereta sewa, harga tiket masuk ke tempat-tempat menarik yang berbayar, minyak kereta, segala perbelanjaan barangan dapur, makan dan parking. Banyak benda yang korang boleh jimat jadi pandai-pandailah adjust. Jumlah ini tak termasuk sebarang perbelanjaan personal seperti souvenirs dan shopping. Berapa banyak nak bawa untuk shopping itu hal masing-masing. Lain orang lain minat dan cara. Aku personally rasa harga yang kami bayar adalah sangat okay dan berbaloi memandangkan kami pergi kesana selama sepuluh hari. Untuk mencari penginapan yang sesuai, main concern aku adalah bilik yang selesa sekali dengan tempat masak, tak kongsi toilet dengan orang lain dan disediakan private parking. Aku nampak pattern ni, harga penginapan di luar kawasan Perth adalah agak mahal berbanding di Perth CBD. Bila kita nak demand ada macam-macam kemudahan, kenalah ready bayar extra. Kalau korang tak pilih nak duduk di tempat yang sediakan stove top pun tak apa, bawa saja rice cooker dah boleh masak macam-macam. Petrol pula harga berbeza-beza mengikut hari, lokasi dan company. Aku tak adalah nak buang masa cari dimana jual petrol yang murah, aku tibai saja. Minyak dah tinggal tiga bars terus isi kasi penuh balik. It is best untuk memastikan minyak petrol sentiasa penuh. Soal harga pejam mata nak buat macam mana.. Semakin jauh kita dari CBD, semakin mahal harga minyak petrol. Bila dah bawa kereta, kena fikir bayaran parking. Majoriti disekitar Perth CBD kena bayar dan bayaran berbeza-beza mengikut tempat.

Kalau korang perhatikan dalam senarai perbelanjaan diatas, last sekali ada duit ground dan duit ini dah dicampur sekali dalam jumlah besar. Di Jeju dulu, aku collect duit untuk perbelanjaan ground senang tak payah fikir banyak, jadi di Perth pun aku buat benda yang sama. Ada bayaran yang kami dah selesaikan sebelum ke Perth dan ada yang kena diselesaikan semasa disana. Nak memudahkan segala urusan, aku collect seorang 400AUD (RM1236.00) seorang untuk cover perbelanjaan yang selebihnya seperti - penginapan, barang dapur untuk memasak, makanan, duit minyak kereta, entrance fee dan bayaran parking. Semuanya ambil dari jumlah 1600.00AUD ini. Point salah seorang untuk uruskan soal duit ground ini kalau berjalan dalam group yang besar. In our case, aku minta Neddy yang uruskan. Alhamdulillah sangat cukup, terlebih lagi dan segala process perbelanjaan berjalan lancar. Kami memang catat setiap perbelanjaan dalam journal yang dah disediakan dari awal. Boleh juga track journal guna application, sekarang dah canggih tapi cara old school juga yang seronok. Nak juga conteng-conteng dalam buku.

Dibawah adalah pecahan perbelanjaan duit ground 1600AUD :

Booking.com - Best Western Pemberton Hotel (1 Night) 160.00AUD / 4 = 40AUD pax
Booking.com - Margaret River Tourist Park (1 Night) 153.00AUD / 4 = 38.25AUD pax
Booking.com - Bunbury Apartment Motel (1 Night) 157.50AUD / 4 = 39.38AUD pax
= 470.50AUD

Valley of the Giants Tree Top Walk =84.00AUD / 4 = 21.00AUD pax
Cape Leeuwin Lighthouse = 80.00AUD / 4 = 20.00AUD pax
Busselton Jetty Train Ride = 54.00AUD / 4 = 13.50AUD pax
Mandurah Scenic Dolphin Cruises = 128.00AUD / 4 = 32.00AUD pax
S&R Orchard Perth = 40.00AUD / 4 = 10.00AUD pax
Araluen Botanic Park = 24.00AUD / 4 = 6.00AUD pax
Yanchep National Park & Pinnacles Desert Drive = 13.00AUD / 4 = 3.25AUD pax
Caversham Wildlife Park = 116.00AUD / 4 = 29.00AUD pax
=539.00AUD

Perbelanjaan petrol :
041218 = 28.80AUD
051218 = 31.00AUD
061218 = 44.80AUD
091218 = 38.10AUD
101218 = 40.00AUD
121218 = 37.90AUD (diisi penuh sebelum pulangkan kereta)
= 220.60AUD

Perbelanjaan barangan dapur, makanan dan parking :
031218 Coles Dianella = 25.05AUD
041218 Coles Albany Orana = 44.30AUD
051218 Mineral Water = 6.00AUD
061218 Coles Margaret River = 77.05AUD
081218 Bunbury Farmers Market = 49.85AUD
081218 Chocolateria San Churro Mandurah = 16.00AUD
081218 Coles Dianella = 16.90AUD
091218 Parking Fremantle Market = 6.60AUD
091218 Parking Fremantle Kailis' Fish & Chips = 3.00AUD
111218 Parking Watertown Brand Outlet =7.00AUD
121218 Parking Elizabeth Quay = 5.00AUD
121218 Parking Perth DFO = 3.00AUD
= 259.75AUD / 4 = 64.94AUD pax

1600.00AUD - 470.50AUD - 539.00AUD - 220.60AUD - 259.75AUD
= 1600.00AUD -  1498.85AUD
= 110.15AUD (Balance)

Tengok !! ada lebih lagi. Tak habis pun guna semua duit ground walaupun kami berbelanja dengan boros. Untuk estimation harga petrol, aku guna INI- Fuel Cost Calculator untuk kira anggaran berapa banyak yang perlu diasingkan untuk petrol. Boleh agak dengan masukkan jarak destinasi yang jauh. Duit petrol memang dah asingkan dari awal jangan kacau. Ini penting ya kawan-kawan sebab petrol mahal disana. Lebihkan sikit tak apa. Kami sebenarnya sangat banyak berbelanja barangan dapur. Mak-mak nak beli buah dan sayur kami ikutkan saja dan sebenarnya buah-buahan di sana taklah murah sangat. Tak ada sekatan dan catuan. Nak beli apa pun belilah janji hati happy. Kalau korang tak berbelanja dengan boros seperti kami, dapatlah jimat banyak. Aku rasa aku dah kongsikan dengan details siap pecahan-pecahan lagi. Semoga dapat membantu korang dapatkan bayangan budget dan perbelanjaan sekiranya korang nak bercuti ke Perth dan Western Australia. Kalau ada apa-apa pertanyaan, do not hesitate to ask. I am willing to help apa yang termampu.

LALUAN ROAD TRIP DI PERTH DAN WESTERN AUSTRALIA

Tak wajib pun sebenarnya untuk merancang perjalanan road trip di Perth dan Western Australia. Bergantung pada kesesuaian masa dan perjalanan. Kalau trip korang singkat, jangan buang masa travel jauh, di Perth CBD pun ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersesuai untuk semua lapisan umur. Jika ada masa yang panjang, bolehlah rancang untuk buat road trip ke beberapa bandar sekitar negeri Western Australia selain Perth. Kena rancang betul-betul laluan yang akan dilalui dalam tempoh masa yang kita ada. Seronok sebenarnya pengalaman road trip di Western Australia tapi perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain adalah jauh dan memenatkan. Bentuk muka bumi pula rata dan berbatu sedikit kering dan gersang. Kali ini kami ada sepuluh hari disana jadi setelah ditambah tolak akhirnya kami bersetuju dengan laluan road trip ini :

Perth - Katanning - Albany - Denmark - Pemberton - Augusta
- Margaret River - Bunbury - Mandurah - Perth - Lancelin - Cervantes - Perth


Alhamdulillah ada rezeki kembali ke Perth dan inilah kesempatan untuk terjah bandar-bandar yang dahulunya kami tak singgah. Selain daripada bandar-bandar yang kami pergi pada tahun 2016 dan 2018, ada beberapa lagi bandar yang menarik seperti Esperance, Broome, Kimberly, Kalgoorlie, Jurien Bay dan Kalbarri tapi kesemua bandar-bandar ini terlalu jauh. Western Australia adalah negeri di Australia yang terbesar, memang tak mampu meronda keseluruh negeri dalam masa sepuluh hari. Tak tahulah berapa hari agaknya yang diperlukan kalau berminat nak cover keseluruh negeri. Kena duduk dua tiga bulan agaknya..

ITINERARY MUSIM PANAS 10 HARI KE PERTH WESTERN AUSTRALIA


 Day 1
031218
Monday

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth
  • Penerbangan Air Asia X ke Perth
  • Urusan kereta sewa dari No Birds Bayswater
  • Dinner di Charcoal Chicken Dianella
  • Groceries shopping di Coles Dianella
  • Check-in Comfort Perth City Hotel (1 Night)


Day 2
041218
Tuesday

Perjalanan road trip dari Perth ke Albany
  • Check-out Comfort Perth City Hotel 09:00AM
  • Singgah di Corica Pastries 
  • Perjalanan ke Albany melalui Katanning
  • Solat dan lunch (bekal) di Katanning Mosque
  • Teruskan perjalanan ke Albany
  • Groceries shopping di Coles Albany Orana
  • The Gap & Natural Bridge Albany
  • Check-in Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 3
051218
Wednesday

Dari Albany ke Pemberton
  • Check-out Big4 Emu Beach Holiday Park 08:30AM
  • Emu Beach Albany
  • Frenchman Bay
  • Albany Wind Farm
  • Solat dan lunch (bekal) di Albany Mosque
  • Gerak ke Denmark
  • Greens Pool & Elephant Rocks Denmark
  • Gerak ke Pemberton melalui Tingledale
  • Valley of the Giants Tree Top Walk
  • Check-in Best Western Pemberton Hotel (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 4
061218
Thursday

Dari Pemberton ke Margaret River melalui Augusta
  • Check-out Best Western Pemberton Hotel 08:30AM
  • Ke Augusta
  • Hamelin Bay Beach (Sting ray)
  • Cape Leeuwin Lighthouse
  • Gerak ke Margaret River
  • Groceries shopping di Coles Margaret River
  • Miller's Ice Cream 
  • Check-in Margaret River Tourist Park (1 Night)
  • Solat, lunch dan dinner (masak)


Day 5
071218
Friday

Dari Margaret River ke Bunbury
  • Check-out Margaret River Tourist Park 08:30AM
  • Yallingup - Dunsborough - Busselton - Bunbury
  • Injidup Natural Spa
  • Canal Rock
  • Busselton Jetty & Train Ride
  • Lunch di Busselton (bekal)
  • Gerak ke Bunburry
  • Check-in Bunbury Apartment Motel (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 6
081218
Saturday

Dari Bunbury balik ke Perth
  • Check-out Bunbury Apartment Motel 08:30AM
  • Bunbury Farmers Market
  • Lake Clifton Thrombolites
  • Mandurah Dolphin Cruises
  • Lunch di Mandurah
  • Gerak ke Rockingham
  • Solat di Ar Rukun Mosque
  • Rockingham Kebab & Pizza (Take away)
  • Charcoal Chicken Dianella (Take away)
  • Check-in Airbnb di Balcatta (4 Nights)


Day 7
091218
Sunday

Perth, Fremantle dan Fruit Picking !!
  • Gerak dari Airbnb 09:00AM
  • Petik buah di S&R Orchard
  • Araluen Botanic Park + Lunch (Bekal)
  • Ibrahim Mosque Perth
  • Fremantle Market (Souvenirs Shopping)
  • Rainbow Sea Container
  • Dinner di Cicerello's Fish & Chips
  • Balik Airbnb


Day 8
101218
Monday

Day trip ke utara Western Australia
  • Gerak dari Airbnb 09:00AM
  • Yanchep National Park
  • Lobster Shack Cervantes (Lunch)
  • Pinnacles Desert Drive
  • Lancelin Sand Dunes
  • Balik ke Airbnb untuk solat
  • Charcoal Chicken Dianella (Take away)


Day 9
111218
Tuesday

Shopping Shopping dan Shopping !!
  • Caversham Wildlife Park + Lunch (bekal)
  • Swan Valley Mosque & Islamic Centre
  • Watertown Brand Outlet
  • Belmont Forum (Coles BigW Kmart Woolworth etc)
  • Balik ke Airbnb


Day 10
121218
Wednesday

Goodbye Perth !!
  • Check-out Airbnb Balcatta 08:30AM
  • Elizabeth Quay
  • Kings Park & Botanic Garden
  • Blue Boat House
  • Perth DFO
  • Pulangkan kereta di No Birds Bayswater
  • Airport transfer 
  • Penerbangan Air Asia X ke Kuala Lumpur 04:00PM


Selesai itinerary sepuluh hari di Perth dan Western Australia untuk rujukan. Dapatlah beri bayangan macam mana nak rancang perjalanan. Seronok road trip pengalaman yang lain dari yang lain. Penat memandu tapi manisnya terasa. Yang mana rasa sesuai bolehlah ikut dan sebaliknya. Kali ini, setiap hari perjalanan kami paling lewat bermula pada pukul 09:00AM dan aku rancang untuk sampai ke destinasi terakhir, tempat penginapan selewat-lewatnya pada pukul 05:30PM. Tak ada aktiviti-aktiviti waktu malam, semua kedai tutup dan jalan pun sunyi sepi jadi eloklah menjelang petang dah sampai hotel boleh berehat untuk perjalanan hari seterusnya. Seronok juga melepak santai sambil memasak. Langsung tak disarankan untuk memandu pada waktu malam. Kalau ada lelaki mungkin okay sikit tapi this time kami semua perempuan. Aku dah serik memandu waktu malam di sana masa trip yang pertama. Tak ada lampu jalan langsung memang bertemankan bulan bintang dan lampu kereta. It is very dangerous especially kawasan outskirt. Kiri kanan hutan dan tak ada pun kawasan perumahan. Perth CBD lain ceritalah. Malam pun terang benderang tapi menjelang senja, memang sunyi. Baik !! Selesai bab budget, road trip dan itinerary. Ada apa-apa pertanyaan boleh tanya, yang dapat dijawab aku tolong. It is a big big and beautiful world out there. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Trip Perth 2018 : Tips Dan Persediaan Ke Perth Australia

$
0
0
TIPS DAN PERSEDIAAN KE PERTH AUSTRALIA | Ada perkara kita kena ambil tahu dan selesaikan dulu sebelum travel supaya perjalanan dan urusan disana lancar. Aku akan kongsikan persediaan yang dibuat sebelum ke Perth pada musim panas December 2018 yang lalu. Entry ini panjang sebab aku membebel nak kasi faham betul-betul. Aku pernah kongsikan pengalaman ke Perth 2016 - Trip Perth Western Australia 2016, tapi aku tak share persediaan untuk kesana. Disebabkan ada beberapa orang yang pernah email dan tinggalkan soalan berkaitan persediaan ke Australia, aku rasa perlu dikongsikan melalui pengalaman peribadi tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk bercuti ke Australia. Ini adalah trip kedua untuk aku dan MamiZ, dan pertama kali untuk kawan aku, Neddy dan ibunya, AcikE. Perancangan asal nak ke New Zealand tapi macam lari sangat budget. Hasrat itu kita simpan dulu ada rezeki pasti akan sampai.

Sekarang kita cerita pasal Perth !!

Baca : LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN 10 HARI DI PERTH WESTERN AUSTRALIA



Persediaan ke Perth Western Australia :

Musim-Musim di Australia
Ini penting supaya boleh rancang pakaian-pakaian yang sesuai untuk dibawa. Lain musim lain tempoh siang, malam dan waktu solat juga pasti berubah - penting untuk kita rancang perjalanan. Aku rujuk waktu solat di Islamic Finder dan catat dalam itinerary. Perth adalah bandar yang terletak di negeri Western Australia dan paling dekat dengan Malaysia. Australia adalah negara empat musim yang terletak di 'The Southern Hemisphere' jadi musim-musim disana terbalik dengan musim-musim di Eropah. Walaupun mengalami suhu empat musim, suhunya berbeza-beza mengikut negeri. Salji hanya ada di pergunungan. Rujuk websites yang berkongsi info tentang suhu dan cuaca di Australia seperti AccuWeather seminggu sebelum berangkat untuk beri gambaran keadaan cuaca di destinasi yang dituju. Tapi ingat ya.. Itu adalah ramalan semata untuk kita jadikan panduan. Jangan bergantung harap sangat, soal cuaca bukan kita yang control. Siang hari boleh jadi terlalu panas dan malam hari sejuk hingga ke tulang.


Visa Electronic Travel Authority (ETA)
Untuk ke Australia kita perlukan electronic visa yang diluluskan. ETA valid setahun dari tarikh memohon dan membenarkan seseorang duduk di Australia selama tiga bulan. Ramai beli tiket penerbangan dulu kemudian apply ETA. Tolonglah apply ETA dulu, dah lulus baru beli tiket. Flight details tak diperlukan untuk apply ETA. Passport kena valid at least enam bulan dari tarikh expired. Banyak isu dikongsikan di Facebook mengenai kes-kes permohonan ETA yang ditolak walaupun tiket kapal terbang dan persediaan sudah dibuat. Urusan merayu akan ambil masa dan sedihnya ada yang terpaksa batalkan trip. Ada yang ETA dah lulus tiba-tiba dibatalkan dan macam-macam lagi. Kerajaan Australia semakin strict untuk meluluskan permohonan untuk kesana. Ramai Malaysians kantoi duduk di Australia kerja tanpa permit lebih dari tempoh yang dibenarkan dihantar pulang. Kita boleh apply ETA sendiri di Australia ETA/E-Visa Authorization tapi aku malas isi macam-macam, aku buat ETA melalui Cik Intan. Hantar email saja ke eta.australia@yahoo.com. Dua kali buat ETA aku apply few weeks sebelum depart dan sehari dah siap. This time, aku apply ETA tiga bulan sebelum sebab takut perkara yang tak diingini berlaku. Cuak sangat dapat email mengatakan permohonan ETA aku berada dalam process pertimbangan. MamiZ punya ETA tak sampai setengah jam dah approved. Nak menangis rasa. Alhamdulillah dipermudahkan.. Esoknya dapat email dan salinan ETA yang diluluskan. Kalau ETA dah lulus tiba-tiba tengok baru sedar Passport akan expired sebelum tarikh penerbangan, kena renew Passport dan apply ETA baru.

Tiket Penerbangan
Ramai tanya macam mana nak dapat tiket flight murah ? Berapa lama beli tiket dan tunggu sebelum depart ? Personally, aku rasa semua bergantung pada rezeki dan tarikh penerbangan yang kita pilih. Aku pernah beli tiket masa promo, sungguh harga memang murah tapi kena tunggu setahun baru fly. Dua tiga kali trip tak jadi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan dan aku serik beli tiket awal. Pernah juga beli tiket beberapa bulan sebelum trip dan harga lagi murah berbanding ketika promo. Aku rasa, range harga tiket untuk ke Perth yang murah adalah diantara RM500-RM700 returnTak semestinya beli awal akan dapat harga murah. Untuk trip kali ini, aku beli tiket in July, lima bulan sebelum depart. Setelah ditambak tolak harga dari airlines lain, Air Asia menawarkan harga yang paling murah.

Insurance Perjalanan
Dulu aku tak kisah  sangat pun bab Travel Insurance. Yakin dan tawakal semua akan selamat. Bila dah baca banyak kejadian yang tak diingini berlaku di negara orang, aku rasa sangat penting untuk beli Travel Insurance untuk ke luar negara. Aku nak wajibkan semua orang beli Travel Insurance sebab ini adalah langkah kita berjaga-jaga. Kita tak tahu apa yang akan terjadi lebih-lebih lagi dinegara orang. Nak beli Travel Insurance dengan syarikat mana ? Itu terpulang pada pilihan masing-masing. Kena survey dan buat perbandingan yang mana sesuai. Aku personally pilih Etiqa Travel Insurance dan Takaful.

Itinerary Perjalanan dan Tempat-Tempat Menarik
Okay !! Kita dah boleh mula merancang perjalanan kesana. Berapa hari diperlukan untuk enjoy di Perth ? Aku suggest at least seminggu kalau berhasrat untuk meronda jauh sikit dari Perth. Perjalanan jauh kalau sekejap sangat tempoh percutian takut terkejar-kejar dan penat. Kalau sekadar di bandar, empat atau lima hari dah cukup. Buat perancangan sehabis baik supaya kita boleh enjoy percutian to the fullest. Bagi yang menggunakan public transport di Perth, ambil tahu nombor bus, waktu operasi pertama dan terakhir, peta laluan dan stations yang terlibat. Aku guna Google Maps untuk merancang setiap perjalanan. Prepare awal supaya sampai sana tak menggagau baru nak search macam-macam. Banyak tempat-tempat menarik di sana yang free entrance fee dan banyak juga yang kena bayar. Pilihlah yang mana sesuai dengan style masing-masing. Aku akan selit aktiviti memetik buah if possible dan kebetulan musim buah tengah masak. Ramai yang pro bab persediaan itinerary, tapi percayalah masih ramai yang pandang remeh. Susun itinerary dan tempat-tempat menarik ikut kawasan supaya tak celaru sekejap kesini sekejap kesana. Kalau dah set nak shopping di Fremantle, jangan tiba-tiba selit nak pergi main sand boarding di Lancelin pula. Rugi masa perjalanan Kena ada backup plan sekiranya apa yang dirancang tak menjadi. Faktor seperti cuaca dan perkara-perkara yang tak diingini kena difikirkan juga. Kalau sewa kereta dan nak road trip sekitar Western Australia, kena tahu jarak dan berapa jam nak kena memandu. Sediakan bekal nak mengunyah dalam perjalanan. Best sebenarnya buat itinerary walaupun mulanya akan pening sikit. Aku buat dua version itinerary, hard copy dan soft copyBuat salinan tiket kapal terbang, itinerary lengkap, bukti penginapan yang sudah ditempah dan lain-lain documents penting. Kadang-kadang ikut nasib, kita disoal siasat macam-macam. Senang kalau diminta bukti, kita ada salinan nak hulur. Nampak lebih teratur dari tayang segala documents menggunakan phone.

Baca : PETIK BUAH DI AUSTRALIA : SENARAI LADANG DAN SENARAI BUAH-BUAHAN DI AUSTRALIA MENGIKUT MUSIM


Penginapan sepanjang di Perth Western Australia
Ini adalah senarai penginapan yang aku pilih sepanjang berada di Perth :

Comfort Perth City Hotel (1 Night) RM273.72 / 4 = RM68.43 pax
Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night) RM491.78 / 4 = RM122.95 pax
Best Western Pemberton Hotel (1 Night) 160.00AUD / 4 = 40AUD pax
Margaret River Tourist Park (1 Night) 153.00AUD / 4 = 38.25AUD pax
Bunbury Apartment Motel (1 Night) 157.50AUD / 4 = 39.38AUD pax
AIRBNB Balcatta (4 Nights) RM1104.00 / 4 = RM276.00 pax

Aku recommend dan approve tempat yang aku dah menginap dalam senarai diatas. Untuk penginapan sepanjang road trip, aku booking melalui Agoda.com dan Booking.com. Rugi guna Airbnb hanya untuk satu malam sebab ada cleaning fee. Dah balik ke Perth baru guna Airbnb. Semakin jauh dari Perth, semakin mahal harga penginapan. Ikut kesesuaian dan cara korang travel nak cari penginapan macam mana. Disebabkan trip kali ini ada mak-mak, aku prefer tempat tinggal yang selesa, tak kongsi toilet dan ada beberapa kemudahan lain seperti private parking dan stove top untuk memasak. Proses pembayaran ada yang cash atau guna Debit Card. Untuk Airbnb saja kena gunakan Credit Card.

Pengangkutan di Perth
Paling senang dan jimat, gunalah public transportation especially for those yang akan bergerak sekitar Perth CBD. Guna perkhidmatan bus percuma yang disediakan - Transperth CAT Bus Services untuk peta jadual perjalanan dan laluan di sekitar Perth. Aku tak  naik public transport sebab aku sewa kereta. Pilih kereta sewa dari syarikat yang dah established, bukan dari ulat-ulat. Ada companies yang ada kaunter di Perth International Airport seperti Budget, Avis dan Hertz. Tapi dua kali kesana, aku sewa kereta dari No Birds Bayswater dan sangat memuaskan. Dibandingkan semua quotations harga, No Birds menawarkan harga yang paling murah untuk kami bergerak selama sepuluh hari. Walaupun tak ada kaunter di airport, their office berdekatan saja. Ada perkhidmatan berbayar Airport Transfer untuk ambil kita dari airport ke office. Pengalaman lepas, bayaran hanya boleh dibuat menggunakan Credit Card saja, Debit Card tak diterima. Tapi aku baca di FAQs No Birds, diorang dah terima bayaran melalui Debit Card. Alhamdulillah mudah sangat urusan. Aku tinggalkan amount dalam Debit Card khas untuk bayaran kereta sewa. Jangan lupa activate Debit Card untuk penggunaan luar negara. Kalau tak sia-sia sajalah usung Debit Card sana sini. Kami bayar 398.00AUD (RM1229.82 approx) untuk sepuluh hari. Harga dah termasuk additional seorang lagi pemandu, top cover dan unlimited mileage. Tak sewa GPS sebab semua tempat yang kami pergi boleh search route guna Google Maps. Kalau takut tak ada coverage, gunalah maps secara offline. Nak lagi mencabar, sewalah Campervan.



Makanan dan Ubat Yang Dibawa Dari Malaysia
Australia sangat strict dengan barang-barang yang dibawa masuk. Makanan, ubat-ubatan dan macam-macam kena declare dalam arrival form. Rujuk SINI - Senarai Barangan Yang Kena Declare untuk maklumat lanjut. Bunyi macam menakutkan tapi tak adalah teruk sangat. Ikut garis panduan yang disediakan, kita selamat. Kalau tak pasti sama ada makanan dan ubat yang dibawa lepas atau tak, declare saja walaupun yakin kita dah ikut rules sehabis baik. Australia mengamalkan prinsip 'No Sorry' sekiranya kantoi cuba bawa masuk barangan-barangan terlarang. Kena denda lagi adalah. Dua kali aku lepas tanpa disoal, sekali luggage dihidu anjing polis dan sekali luggage digeledah pegawai.  Letak semua makanan dalam satu luggage saja. Kalau diminta untuk buka, hulur luggage yang ada makanan saja. Boleh juga nak buat list makanan lengkap dengan senarai ingredients, kalau ditanya macam-macam hulur saja senarai biar diorang baca sendiri. Ramai dah kongsikan cara-cara buat list makanan untuk dibawa ke Australia. Aku tak pernah buat sebab aku malas. Kalau dia nak ambil juga makanan-makanan kita.. Redha sajalah dah negara dia !! Pastikan makanan-makanan dan ubat yang dibawa dibungkus dalam pek komersial. Aku pernah tengok satu family yang ditahan kena keluarkan semua barang termasuk pakaian sebab bawa gula dalam plastik ikat bunjut.

Makanan Halal Di Perth
Tak susah pun nak dapatkan bekalan makanan halal di Perth. Ayam daging halal ada dijual - Brand Lilydale dan Steggles ada dijual di beberapa hypermart seperti di Spudshed Innaloo. Kami bawa stock lauk ayam dan daging instant dari Malaysia dan hanya beli seafood di Coles untuk memasak. Restaurants yang menyediakan hidangan halal pun banyak disana. Ini senarai beberapa restaurants dan kedai yang menyediakan hidangan halal di Perth :

- Charcoal Chicken Dianella
- Nandos
- Corica Pastries
- Insan's Cafe
- D' Angkasa
- ISPA Kebab
- Lobster Shack Cervantes (Halal Options)
- Fluffylamb Perth Fremantle Market
- DNK Cupcakes Fremantle Market
- Rockingham Kebabs and Pizzas
- Jus Burgers di Leederville dan Subiaco
- Ciao Italia (Halal Options)
- Chicken Treat di Mirrabooka dan Forest Lakes (Halal Options)
- The Sarapan Victoria Park

Aku suka juga nak makan luar. Sesekali berjalan apa salahnya merasa makan di restaurants negara orang. Rujuk Zabihah - Your Guide To Halal Eating untuk senarai restaurants halal di Perth. Aku akan email atau direct message di Facebook restaurants yang aku nak pergi untuk double check status halal. Walaupun ramai yang cakap halal, wajiblah kita semak untuk kepastian. Kalau rasa ragu dari awal baik elak untuk pergi makan. Bila ada 'Halal Option', maksudnya satu-satu restaurant tu bukan completely halal tapi ada menyediakan hidangan halal atas permintaan.

Memandu di Australia - Patuhi Had Laju Jalan Raya
Lesen memandu Malaysia valid di Australia. Tak perlu apply International Driving LicenseSila patuh had laju yang ditetapkan walaupun rasa stress sangat kena drive slow. Rakyat Australia sendiri memang patuh dengan had laju yang ditetapkan jadi kita jangan mengada nak bebal. Memang ada kawasan kena pandu 40km/h tapi bersabarlah !! Aku dah rasa peritnya kena kejar polis dan bayar saman sebanyak 400AUD (RM1268 approx). Tak tahu celah mana polis menyorok tahu-tahu dah kena kejar. Alhamdulillah process nak bayar saman senang. Salah satu caranya adalah, bayar saman dimana-mana Pejabat Pos sekitar Western Australia, tapi hanya during weekdays. Rezeki kami dapat selesaikan bayaran sebelum balik Malaysia. Ada juga situasi, surat saman sampai di rumah melalui syarikat kereta sewa. Terus kena potong dari Credit Card. Jadi untuk elakkan perkara macam ni terjadi, ikutlah had laju jalan raya yang ditetapkan. Yang ada anak kecil dan kanak-kanak, wajib sewa baby car seat, kalau tak memang kena saman. Tak digalakkan memandu pada waktu malam especially kawasan luar Perth. Memang tak ada lampu jalan dan kereta pun sebiji dua saja on the road. Bahaya !! Lebih-lebih lagi kalau semua perempuan. Parking di Perth CBD hampir di setiap pelusuk kena bayar dan mahal. Ada parking yang khas untuk satu atau dua jam dan ada yang percuma hanya pada waktu malam. Kena alert dengan papan tanda yang ada berdekatan dengan petak parking. Baru-baru ini dikongsikan, pemandu tak dibenarkan makan dan minum ketika memandu. Nak makan gula-gula tu okay saja.. Jangan sampai pegang ayam goreng dan burger.

Baca : MEMANDU LEBIH HAD DAN PENGALAMAN DISAMAN DI PERTH AUSTRALIA

Tempat Shopping Di Perth
Ini antara aktiviti-aktiviti yang paling aku suka. Perempuan dan shopping berpisah tiada. Aku selalu selit satu atau dua tempat  dan kena allocate satu hari yang khas untuk shopping saja. Ini adalah antara beberapa tempat-tempat shopping yang ada di sekitar Perth :

  • Hay Street Mall
  • DFO Perth Perth Airport
  • Watertown Brand Outlet Centre East Perth
  • Belmont Forum
  • Garden City Booragoon
  • Westfield Carousel Cannington
  • Karrinyup Shopping Centre Karrinyup
  • Centro Galleria Morley
  • Westfield Whitfords City Hillarys
  • Claremont Quarter Claremont



Barang Wajib Beli Di Perth Dan Australia
Semestinya souvenirs !! Beli souvenirs harga murah di kedai Megabes di Fremantle Market. Megabes di E-Shed Markets dah tutup. Kedai milik orang Singapore yang dah bermastautin di Australia. Memang tak jumpa harga souvenirs yang murah selain di Megabes. Selain daripada souvenirs, ramai yang suka beli  :

  • Pandora - Memang harga murah dari yang dijual di Malaysia, lagi-lagi time festival mesti ada sale kaw-kaw punya.
  • Set Pinggan Mangkuk Corelle - MamiZ rembat satu set lengkap 60AUD (RM180.00 approx) dan borong loose set dengan harga sangat berpatutan. Corelle di Perth boleh dibeli di BigW. Harga Corelle di Langkawi pun kalah. Berat sekotak 16 pieces set pinggan mangkuk Corelle adalah 4.8kg jadi pandai-pandai budget supaya tak terlebih muatan.
  • Tefal, Pyrex dan Corningware - Tefal dan Pyrex aku rasa harga lebih kurang sama saja dengan di Malaysia. Corningware murah dan puas hati sangat kalau dapat beli. Masalahnya Corningware dan Pyrex adalah barangan kaca dan tentunya berat.
  • Kasut - Katanya Skechers murah disana tapi aku tengok sama saja harga lebih kurang dengan di Malaysia. Harga Adidas, Nike, Puma, Vans dan Converse lagi menarik.
  • Chocolates - Beli di Coles, Woolworth dan BigW. Aku selalu beli chocolates yang mahal di Malaysia tapi murah di Australia seperti Lindt, Whittakers dan TimTam.
  • Barangan Alat Tulis Smiggle - Smiggle adalah brand yang berasal dari Australia jadi tentulah harga disana lebih murah.
  • Perfume - boleh dibeli di kedai Chemist sekitar Australia. Memang murah dan betul-betul beza harga dengan yang dijual di Malaysia. Aku tak minat sangat perfume jadi tak teruja..
  • Baju Baby Dan Kanak-Kanak - Geram tengok baju baby dan kanak-kanak yang murah comel-comel. Borong untuk anak-anak saudara yang masih kecil. Di BigW, sehelai ada yang hanya 1AUD (RM3.00 approx). Cotton On Kids dan Bonds juga famous disana.
  • Ice Coffee Dare - Ada yang sanggup sejuk bekukan air ini bawa balik. Aku tak minum coffee sangat jadi aku tak adalah bawa balik. Kalau korang peminat coffee, kena cuba. Aku suka ice tea yang pelbagai perisa disana. Bahagianya !!
  • Buah-Buahan Segar - Aku selalu bawa balik buah-buahan dari Australia. Tak adalah sampai berkotak, cukup sekadar nak bagi orang-orang dikampung rasa. Bukan tak boleh beli di Malaysia, saja !! Macam mana nak bawa balik ? Kalau sikit.. Simpan dalam food container dan check-in sekali dengan luggage. Kalau banyak.. Ambil kotak di Coles, isi buah-buahan dan balut dengan plastic food wrap, check-in. Renyah sikitlah tapi kalau nak seribu daya. Cuma !! Malaysia pun strict dengan buah-buahan yang boleh dibawa masuk. Alhamdulillah setakat ni tak pernah kena tahan walaupun aku dah scan semua benda. Aku tawakal saja.. Kalau nak rampas aku redha.
  • Barangan Electric Dan Set Pisau - Suka tengok juicer, mixer dan macam-macam lagi barangan electric yang canggih. Satu saja masalah, soket tak sama. Kalau sanggup each time nak guna kena pasang travel adapter, apa salahnya. Set pisau pun cantik-cantik dan kemas. Memang teringin nak beli satu set.

Selain daripada senarai diatas, macam-macam lagi boleh beli. Pergi sana tengok barang-barang memang rambang mata. Survery dulu harga-harga barangan ni semua di Malaysia sebelum beli disana. Aku selalu compare dengan harga di website atau kadang-kadang jalan tengok di retail shops. Kalau harga lebih kurang jangan menyeksa badan beli juga lepas tu kena usung sana sini. Rugi luggage baik beli benda lain.

Lain-Lain Persediaan ke Perth
Ini pula adalah tips dan persediaan sampingan. Yang mana aku teringat nak selit-selit kongsikan dengan korang untuk dijadikan rujukan.

  • Portable wifi, roaming atau beli simcard ? Aku suggest untuk beli simcard, murah dan berbaloi. Keluar dari Arrival Hall ada  kaunter Optus YES dan Vodafon. Aku selalu guna Optus YES dan coverage memuaskan. Hanya 2AUD sehari dan 500mb/hari. More than enough.
  • Pakai Sunblock dan UV Protection. Kalau rimas nak pakai krim, pakai topi atau shades. Suhu memang sejuk tapi panas terik menusuk kulit.
  • Jadikan habit untuk sentiasa bawa payung atau raincoat ketika travel. Aku dah beberapa kali kena berbelanja lebih untuk beli payung. Huurm..
  • Singgahlah solat di masjid-masjid di Perth dan cuba bergaul dengan community Islam disana. Kalau dapat berjemaah lagi seronok.
  • Kalau terjumpa kawan-kawan lain dari Malaysia, jangan sombong. Paling kurang pun senyumlah. It is okay kalau diorang tak senyum balik. 
  • Air paip di Australia dikatakan selamat untuk diminum. Kalau korang berani, bawalah bekas air senang nak refill dimana-mana. Air mineral agak mahal disana. Tapi aku sanggup beli tak berani nak minum air paip.
  • Jangan tinggal barang-barang berharga dalam kereta. Bahaya ada dimana-mana. Ada beberapa kejadian kes pecah kereta dilaporkan tak kiralah kereta persendirian atau kereta sewa.
  • Extension dan travel adapter adalah sangat penting. Kepala plug Malaysia dan Australia tak sama. Invest sikit untuk beli travel adapter yang berkualiti. 
  • Islamophobia memang wujud dimana-mana saja !! Walaupun kita rasa dah selamat, wajib doa semoga dilindungi dan berhati-hati dimana saja. Alhamdulillah kami jumpa orang yang baik-baik dan membantu.
  • Join travel groups di Facebook - Banyak sangat tips menarik yang dikongsikan.

Semua persiapan dah dibuat !! Apa tunggu lagi.. Jomlah kita ke Perth.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Trip Perth 2018 : 1.0 Hello Perth (Kerete Sewa, Halal Charcoal Chicken Dianella & Comfort Hotel Perth City)

$
0
0
Aku dah share tips dan persediaan, budget dan itinerary dalam posts yang lepas. Sekarang nak cerita perjalanan ke Perth Western Australia selama sepuluh hari. Aku dan MamiZ nak ke New Zealand tapi tahun lepas banyak kali terbabas nak menabung, budget tak mencukupi. Neddy cadang ke Jepun, menarik tapi baru lepas ke Hokkaido dan Kansai. Mungkin kena tunggu setahun dua lagi untuk repeat kesana.. Kali ini kalau boleh tak nak pergi tempat sejuk, nak rasa pengalaman yang berbeza. Walaupun seronok main salji tapi sebenarnya penat usung beg berat bawa baju tebal sana sini. Nak merasa pakai casual attire pula. Kami bawa mak masing-masing, jadi pilihan destinasi kena mesra veterans. Not that our moms tak fit enough, tapi kita tahu kalau jalan naik turun train dan bas penatnya macam mana. Orang muda pun kadang-kadang pancit kena jalan banyak. Setelah berbincang dan ambil kira beberapa faktor penting seperti keselamatan, pengangkutan, tempat tinggal dan perbelanjaan, akhirnya kami bersetuju untuk ke Perth.


03 December 2018 Isnin

HELLO PERTH, KERETA SEWA, HALAL CHARCOAL CHICKEN DIANELLA DAN COMFORT HOTEL PERTH CITY | Hari pertama kami adalah hari perjalanan ke Perth Western Australia. Santai saja tiada aktiviti-aktiviti utama. Penerbangan dari KLIA2 pukul 09:30AM departed on time. Sampai di Perth International Airport pada pukul 03:00PM waktu tempatan. Ramai orang Melayu, rupanya waktu mendarat tiga penerbangan dari Air Asia X, Malindo dan Malaysia Airlines hampir sama. Walaupun ramai yang beratur di custom declaration, cepat juga urusan laju. Disapa mesra oleh pegawai, senyum saja siap ucap 'Welcome Back to Australia'. Rasa lega syukur tak ada masalah dengan ETA dan Passport. Pegawai tick (*) di sudut tepi Arrival Form aku. Tak terkejut, memang aku seorang saja yang buat declaration bawa makanan. Semua makanan kami letak dalam satu luggage dan akulah yang akan bawa luggage itu, jadi aku seorang saja yang declare. Kalau kena tahan untuk check, selalunya pemegang luggage saja yang akan disoal. Aku tahu isu nak bawa makanan masuk ke Australia ni memang antara yang paling memeningkan. Selalu dapat email tanya pasal makanan. Kita bawa bertenang. Ikut dan hormat undang-undang negara orang insyallah kita selamat.

TOLONG DECLARE SEMUA MAKANAN YANG DIBAWA

Sebelum mendarat, kita akan diberikan sekeping Arrival Form. Tak susah nak isi dan tolong isi Arrival Form siap-siap supaya tak kalut masa di kaunter kastam. Dalam Arrival Form inilah kena buat segala declaration sekiranya kita bawa barang-barang tertentu yang dilarang atau dipantau keras oleh kerajaan Australia. Bunyi menakutkan tapi janganlah risau. Itu pentingnya kita declare semua benda dalam senarai yang ada dalam Arrival Form. Jadi masalah kalau degil tak mahu mengaku bawa macam-macam, siap sedialah nak kena saman kalau kantoi. Jangan ingat yang tak declare (tapi secretly bawa makanan) akan lepas dan selamat walaupun Arrival Form tak ditanda apa-apa oleh pegawai kastam. Tiba mood swing pegawai kastam nak check passengers randomly, yang tak ada tanda pun boleh kena tahan. Jadi janganlah bebal sangat !! Tanda sajalah declare segala benda yang kita bawa. Aku rasa nervous, kami bawa makanan dari Malaysia penuh satu luggage. Kalau nak buat list makanan dan ingredients segala bagai tu semua lebih bagus, langkah berjaga-jaga. Aku tak buat sebab aku malas. Tawakal sajalah !! Dah declare kena ikut arahan seterusnya. Pengalaman aku di kawasan custom declaration berbeza-beza setiap kali ke Australia. Memang ikut nasib dan rezeki. Lepas urusan ETA dan Passport, pergi ambil luggage akan ada lagi screening. Ada seorang pegawai akan tunggu untuk asingkan kita sama ada terus exit ke Arrival Hall atau kena lalu laluan khas dulu. Usually yang ada tanda (*) akan kena screening lagi sekali dan diasingkan ke laluan lain sebelum boleh keluar. Hulur Arrival Form dan tunggu arahan. Kalau tak ada masalah boleh terus exit. Kadang-kadang walaupun tak ada masalah tapi kita dilihat mencurigakan pun kena tahan juga. Aku tengok ramai Malaysians kena tahan, aku pun dah ready kalau kena tahan sekali sebab memang declare bawa makanan. Rezeki kami that day, aku hulur Arrival Form, pegawai hanya tanya jenis-jenis makanan yang aku bawa - instant noodles, instant rice dan ubat-ubatan sikit. Ditanya ada bawa fresh fruits and vegetables atau tidak.. Tak. Dia tanya ubat-ubat apa aku bawa.. Aku cakap normal medicines macam Paracetamol, ubat demam dan supplements. Dia senyum saja angguk-angguk - You may go !! Tak perlu ke kaunter khas nak buka luggage bagai. Alhamdulillah.


Itu pengalaman paling senang yang pernah aku berdepan di Australia bila bawa makanan. Sekali aku pernah lepas dengan mudah di Sydney sebab memang tak bawa makanan langsung. Aku pernah ditahan untuk screening khas dengan anjing polis di Melbourne. Orang cakap menakutkan. Bila lalui sendiri, tak adalah seram sangat. Kita disuruh berdiri jauh dari luggage bila anjing polis datang hidu luggage. Diorang pun faham orang-orang Islam tak selesa dengan anjing. Dijelaskan lebih awal apa yang dilakukan adalah procedures negara Australia jadi semua kena hormat. Di Perth pun ada juga ya anjing-anjing polis. Kalau anjing polis hidu luggage kita lama-lama itu jadi masalah, memang kena buka luggage. Kalau dia hidu terus pergi tak ada sangkut apa-apa. Sekali di Perth, aku kena buka semua luggage termasuk luggage pakaian walaupun dah asingkan pakaian dan makanan. Dia nak tengok semua, buka sajalah biar dia belek sendiri. Jadi memang ikut rezeki masing-masing. Doa banyak-banyak semoga semua urusan jadi mudah. Kita pergi sana nak tengok alam jadi jangan takut.

BELI SIMCARD YES OPTUS ATAU VODAFON DI ARRIVAL HALL

Dah selesai urusan dan keluar ke Arrival Hall, kita beli simcard pula. Nak beli simcard atau sewa portable wifi dari Malaysia ? Untuk ke Australia, aku cadangkan beli simcard. Lebih mudah dan jimat berbanding portable wifi. Keluar ke Arrival Hall terus nampak kedai YES Optus dan hujung sikit ada Vodafon. Selama ni aku pakai YES Optus, service sangat memuaskan. Ada yang kata coverage tak elok, tapi so far tiada masalah. Hanya 2AUD sehari dan dibekalkan dengan 500MB data. More than enough untuk kegunaan seharian nak buka Whatsapp, layan Instagram atau guna GPS. Kali ini nak cari kelainan, aku tempah simcard Vodafon online yang tengah sale. Simcard akan dihantar terus ke hotel yang kita menginap, tak boleh claim di kaunter Vodafon di airport. Menurut tracking, patut elok sampai dah waktu aku check-in ke hotel. Sementara nak dapat simcard, aku on data roaming percuma untuk sehari pada pengguna Celcom. Sadly, sampai hotel receptionist kata parcel tak sampai agi. Angin jugalah sebab esok dah nak check-out dan gerak ke Albany. Balik dari road trip baru dapat singgah semula untuk ambil parcel. Sabar sajalah.. Terpaksa on roaming beli data untuk seminggu terus. Redha sajalah kena bayar mahal. Bukan tak boleh nak cari mana-mana kedai yang jual simcard tapi aku malas. Buang masa dan kacau perancangan itinerary yang dirancang. Jadi peringatan ya !! Tak payah nak beli simcard secara online sangat walaupun murah, elok sampai airport terus beli.

SOLAT DI PRAYER ROOM PERTH INTERNATIONAL AIRPORT

Di Perth International Airport ada Prayer Room untuk kita solat di Arrival Hall, bersebelahan dengan kaunter-kaunter kereta sewa. Bercampur lelaki dan perempuan tak ada separate area. Kalau perempuan solat, lelaki akan tunggu dan vice versa. Tempat wuduk pun ada cuma telekung tak disediakan. Cuma aku nak pesan, lepas solat tak perlu melepak bersembang dalam Prayer Room. Lebih-lebih lagi waktu peak hour ramai nak solat. Selesai solat sila keluar cepat bagi orang lain pula guna. Kalau perempuan nak solat mesti tak selesa ada ramai lelaki tengah duduk dalam bilik tu. Kecewa sangat bila ada yang ignore orang tengah solat dan bersembang sakan dengan suara kuat. Dalam Prayer Room sangatlah nak discuss itinerary dan perjalanan. Boleh discuss diluar ada kerusi selesa lagi nak duduk. Consider orang lain sama dan tolong kawal anak masing-masing jangan buat bising dan berlari sana sini. Nature budak-budak memang semua orang faham macam mana, tapi kena ditegur diajar untuk hormat orang tengah solat. Bukan juga tempat untuk tukar diapers anak-anak. Tak kena gaya dan malu sangat bila nampak ada orang Melayu kalut mandikan anak-anak dan basuh segala benda kat tempat wuduk. Janganlah macam tu.. Orang dah sediakan kemudahan kita guna sebaik mungkin. Jaga nama baik negara kita, the least mungkin yang kita boleh lakukan. Semoga ada perubahan, sama-sama kita usaha.

KERETA SEWA MURAH DI PERTH DARI NO BIRDS BAYSWATER

Aku compare rate kereta sewa dari company lain tapi rate No Birds Bayswater adalah yang termurah untuk sepuluh hari. Kalau tak mahu sewa dari No Birds Bayswater pun tak jadi masalah, ada banyak companies kereta sewa di Perth International Airport. Nak walk-in sewa kereta terus pun boleh tapi dinasihatkan, buatlah online booking lebih awal. Kereta-kereta pula subject to availability. Terkejut tergempar nanti tak ada kereta pula. Make sure sewa dari company yang bertauliah. Jangan sewa dari ulat-ulat kereta sewa. No Birds Bayswater tiada kaunter di Perth International Airport tapi diorang sediakan perkhidmatan pick-up service berbayar untuk bawa customers ke the nearest office di Kewdale. Dah selesai semua urusan di airport baru call beritahu kita dah ready. Semua booking dilakukan secara online dan tak ada bayaran akan dikenakan. Sampai sana nak ambil kereta baru bayaran dilakukan. Tunggu di luar kawasan Arrival Hall dalam sepuluh minit saja dah sampai van shuttle.

Van shuttle airport transfer dah sampai.



Urusan di office No Birds Bayswater mudah tak pening kepala. Lesen memandu Malaysia valid disana jadi tak perlu susah payah apply International Driving License. Dulu bayaran hanya boleh dibuat menggunakan Credit Card, tapi sekarang menggunakan Debit Card pun boleh. Tolong activate Debit Card untuk penggunaan luar negara, baru potongan duit boleh dilakukan. Kalau tak sia-sia saja usung kad sana sini. Kami dapat kereta Toyoto Corolla Hatchback, tak pasti kereta baru atau lama. Good condition bersih dan sedap dipandu. Aku akan ambil gambar setiap sudut dan lekuk kereta kalau dari awal memang ada dented areas. Takut nanti dituduh kita pula yang langgar entah apa-apa. Tapi dua kali berurusan dengan No Birds, tak ada masalah. Sangat smooth. Untuk sepuluh hari, kami dikenakan bayaran sebanyak 398.00AUD (RM1229.82 approx).  Harga termasuk additional seorang lagi driver, top cover dan unlimited mileage. Aku tak sewa GPS sebab dah roaming dan semua tempat nak pergi boleh guna Google Maps. Kalau takut tiada coverage, guna maps secara offline. Kita dapat kereta sewa dengan tangki minyak yang penuh. Bila nak pulangkan kereta, wajib isi penuh semula. Kalau tak penuh, nanti diorang akan potong duit dari Credit Card atau Debit Card kita. Mari mulakan pengembaraan sepuluh hari di Perth dan sekitar Western Australia. Kita pergi makan malam dan check-in hotel dulu yaaa.. Rehat cukup-cukup untuk perjalanan jauh beberapa hari nak road trip.


MAKAN MALAM DI HALAL CHARCOAL CHICKEN DIANELLA PERTH

Pergi ke Perth wajib singgah makan di Charcoal Chicken Dianella. Tak lengkap trip ke Perth kalau tak cuba ayam atau lamb ribs disini. Lamb ribs disini sedap tapi ditekak aku ayamnya rasa biasa saja. Portion yang banyak, satu hidangan boleh kongsi dua orang. That night, kami habis 35AUD (RM108.15 approx) untuk empat orang makan. Ambil dua set nasi quarter chicken dengan satu side dish dan dua set quarter chicken dengan fries. Side dishes sedap-sedap juga, ada egg salad, seafood salad, mac and cheese dan few others. Nak ambil asing-asing pun boleh. Jangan convert  !! Pejam mata saja dan bayar. Kalau asyik convert to RM nanti jadi tak lalu nak makan. Redha saja harga makanan di Perth dan Australia memang begitu.

Hidangan bernilai 32AUD (RM108.15 approx) bersama tiga botol air.

Satu set nasi quarter chicken dan satu side dish. Kongsi berdua.

Kenyang sangat walaupun kongsi. Nak habiskan rasa seksa penuh perut. Terpaksa tapau fries sebab banyak lebih. Korang jangan datang lewat sangat, tengah hari or around pukul 5.00-6.00PM just nice nak pergi makan disana. Kalau lambat sangat takut lamb ribs habis. Memang laku keras ramai yang beratur nak beli. Kedainya pula kecil saja bukanlah restaurant besar. Agak sempit limited space nak duduk tapi ada  tempat makan disediakan jangan risau. Lepas makan kami singgah Coles sekejap, belakang Charcoal Chicken saja. Saja jalan-jalan cuci mata beli snacks sikit buat bekalan untuk jalan jauh. Air paip di sana katanya selamat untuk diminum terus tapi MamiZ tak nak, nak air mineral juga dah terbiasa minum jadi kenalah beli. Rupanya AcikE pun tak nak minum air paip walaupun dah dimasak. Okay settle !! Kita semua minum air mineral. Memang dah asingkan duit untuk groceries jadi guna duit itulah nak beli barang-barang dapur.

CHECK-IN COMFORT PERTH CITY HOTEL

Untuk hari pertama, kami tidur di Comfort Perth City Hotel. Transit satu malam sebelum gerak ke selatan Western Australia. Hanya RM273.72 sebilik untuk empat orang melalui Agoda. Hotel terletak di tepi jalan utama dan sepanjang jalan ada tempat parking. Cuma, siang hari memang kena bayar tapi lepas pukul 08:00PM free. Boleh parking percuma sehingga pukul 08:00AM esok hari. Kami sampai memang dah malam lebih kurang pukul 08:15PM, tak perlu risau bayar parking. Yang tak memandu, hotel ni sesuai sebab kedudukan yang strategik tengah bandar. Staff hotel sangat baik dan membantu. Parcel dari Vodafon yang sepatutnya dah sampai memang tak nampak bayang. Nak buat macam mana.. Terpaksalah minta tolong staff hotel simpankan dulu simcard Vodafon sampai aku balik semula ke Perth nanti. Bilik besar katil selesa dan memuaskan. Sampai hotel, tengah kemas barang baru aku sedar rupanya camera Sony FDR-X3000 aku tak ada dalam beg sandang. Jenuh selongkar cari memang tak ada. Aku cuba ingat mana last guna tapi langsung tak ingat. Aku keluarkan dua kali, sekali dalam flight dan sekali lagi masa tunggu airport shuttle. Kemungkinan tertinggal dalam van. Dah call No Birds, diorang pun dah tolong cari tapi tak ada. Memang teruji betul emosi bila camera kesayangan hilang. Mesti jatuh tercicir. Marah diri sendiri sebab cuai. Lagi terasa sebab camera tu beli dengan duit tabung sendiri. Memang terkilan sangat. Satu benda yang aku syukur, aku dah transfer semua gambar-gambar lama dan belum banyak gambar yang diambil untuk trip kali ini. Kalau tak memang bertambah terkilan dengan gambar-gambar sekali hilang. Haaaih !! Sabarlah hati.

Enough sedih !! That night kami tidur awal supaya esok pagi rasa fresh dan bertenaga nak jalan jauh. Masak nasi siap-siap untuk bekalan lunch. Layan Netflix sampai mengantuk. Selamat malam..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Don't Say Anything At All

$
0
0

I have nothing against you. I am maintaining a good rapport with others.

I don't like rude comments. If you ain't got nothing nice to say..
please leave. This is my space and intruders are not welcome !!



Trip Perth 2018 : 2.0 Road Trip Perth Albany (Corica Pastries, Katanning Mosque & Groceries Shopping)

$
0
0
04 December 2018 Selasa


PERJALANAN ROAD TRIP KE ALBANY, SOLAT DAN LUNCH DI KATANNING MOSQUE DAN GROCERIES SHOPPING DI COLES ALBANY ORANA | Hari kedua di Perth adalah permulaan road trip ke selatan Western Australia. Kami melalui pekan seperti Wandering, Wagin, Katanning dan Tambellup sebelum ke Albany. Kami singgah untuk solat dan lunch di Katanning. Perjalanan road trip hari pertama adalah yang paling panjang dan jauh, lebih kurang enam jam memandu dari Perth. Set alarm pukul 05:30AM nak solat Subuh, terjaga selak langsir tengok cahaya terang diluar. Blur sekejap nak digest apa terjadi. Kemain siap print waktu solat mengikut kawasan tapi silap tengok jadual. Waktu solat Subuh ketika summer rupanya pukul 03:15AM !! Padanlah matahari dah mencanak naik. Hamek kau.. Semua terlajak solat. Jalan waktu summer untung kitaran waktu siang lebih panjang. Advantage kalau nak berjalan jauh dan rancang untuk gerak awal. Ingatkan bila siang panjang di Australia maksudnya Maghrib lambat, rupanya Subuh yang cepat. Lain ceruk dunia lain waktunya. Matahari dah naik tinggi seawal 05:00AM, jalan raya masih sunyi sepi. Lengang..

FAMOUS APPLE STRUDEL HALAL DARI CORICA PASTRIES

Check-out dari Comfort Perth City Hotel pukul 08:00AM terus ke Corica Pastries nak beli Halal Apple Strudel yang orang kata sedap sangat tu.. Bagus, Corica Pastries beroperasi awal jadi tak perlu tunggu lama. First time ke Perth dulu tak tahu menahu pasal apple strudel ni. Hairan bila orang tanya pasal apple strudel rupanya diri sendiri yang terlepas pandang tak tahu. Kali ini harus beli dan rasa. Kedai tepi jalan saja tak jauh dari hotel dan tak susah nak cari. Guna Google Maps. Kami beli sekotak apple strudel berharga 25AUD (RM75.00 approx) untuk breakfast dan bekal kudap sepanjang perjalanan. Pejam mata sajalah bayar, dah ada ditempat orang nak buat macam mana. Sekotak cukup nak makan empat hingga lima orang, just nice untuk kami. Boleh juga beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kotak kemas dan senang nak packing. Ada packaging khas kalau beli banyak kotak.

Kedai pastries Corica di Perth CBD. Lengang..


Almond Slice pun famous. Ramai kata sedap tapi aku tak cuba pun..

Sedap nampak semuanya.

Tarts dan cookies. Tema Christmas.

Sekotak saja kami beli.

Apple Strudel Corica Pastries. Very yummy !!

I have tasted something similar tapi tak ingatlah dimana. Not the best apple strudel yang aku pernah makan tapi boleh masuk kategori sedap layak dirindui oleh sesiapa yang pernah rasa. Walaupun disimpan dalam chiller, puff pastries tak lembik, masih crunchy. Tak terlalu manis. Rancang nak bungkus sekotak dua bawa balik Malaysia, tapi tak sempat nak singgah beli sebelum balik. Elok sediakan pisau dan bekas kalau nak makan dalam kereta. Berterabur teruk !!

Jomlah kita mulakan perjalanan jauh ke Katanning sebelum ke Albany.


DARI PERTH KE KATANNING (KATANNING MOSQUE)

Minyak kereta masih full. Kalau nak isi pun nantilah bila dah sampai Katanning. Jujurnya aku mengantuk gila memandu memang pedih mata. Bosan sangat permandangan kiri kanan yang gersang kering. Kenderaan pula tak banyak. Makin jauh dari Perth, makin sunyi. This is one of the reason kenapa tak dinasihatkan memandu pada waktu malam. Siang pun sendu apa lagi waktu malam. Lampu jalan pun tak ada. Nak memandu perjalanan jauh silalah memandu pada waktu siang. Teringat dulu cantik permandangan hijau saujana mata memandang. Ladang-ladang lembu dan kambing. Tak sangka pula bila musim panas kiri kanan jalan kering kontang. Sepanjang perjalanan ada dua tiga hentian sebelah tapi seram sungguh. Hutan keliling dan disediakan meja dan kerusi. Amaran binatang liar merata-rata, nak berhenti rehat pun rasa takut jiwa tak tenang. Kalau seorang diri memang tak berhenti. Ada juga pekan-pekan kecil, ada cafe dan petrol station tapi semua nampak macam pekan cowboy.

Jarak Perth ke Katanning dan Albany.

Meninggalkan Perth CBD.

Jalan raya lengang sunyi sepi. Kiri kanan kering kontang.


Sejuk tapi matahari terik. Kambing pun berhimpit nak berteduh.


Lalang cantik menari mengikut rentak angin bertiup.


Singgah hentian sekejap. Stretching dan tukar pemandu.

Pekan Wagin. Sikit lagi nak sampai Katanning.



Optional sebenarnya singgah ke Katanning. Nak terus ke Albany pun elok juga. Jimat satu jam. Kami detour sebab nak singgah solat di Katanning Mosque. Katanning adalah satu pekan kecil yang penduduknya ramai terdiri daripada Muslims dari Kepulauan Cocos. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila buat pembacaan sendiri mengenai sejarah macam mana mereka yang dulunya tinggal di Kepulauan Cocos boleh berhijrah ke Australia. Trip yang pertama, aku singgah ke Katanning sebab pernah baca dalam Novel Julia masa Tingkatan 5 dulu. Antara latar tempat yang dipaparkan adalah pekan Katanning. Pengalaman disambut mesra komuniti Muslims dan dapat solat Maghrib berjemaah dengan penduduk Melayu Cocos di Katanning Mosque adalah sangat bermakna. Kali ni singgah nak tunaikan solat Zohor dan Asar pula. Sayangnya tak ada seorang manusia lain selain kami berempat. Sunyi sepi suasana di Katanning Mosque. Mungkin hanya meriah ketika Maghrib dan Isyak.

Dua pintu utama kunci, cuak dah. Syukur pintu ketiga tak kunci. Kalau tak memang berkelah makan lunch dan solat diluar nampak gayanya. Nampak notice didinding. Sepatutnya waktu lain memang pintu masjid akan dikunci. Rezeki kami dapat juga masuk. Semakin ke selatan Western Australia, waktu solat juga semakin cepat. Ruang solat wanita sangat selesa. Telekung juga ada disediakan. Selepas solat kami makan dulu sambil hilangkan penat memandu. Bunyi angin kuat sangat diluar dan suhu pun sejuk. Tinggalkan sedikit wang dalam tabung masjid, tanda terima kasih bagi tumpang solat. Semoga ada jodoh kita berjumpa lagi, Katanning Mosque.

Bekalan nasi dan sambal sotong instant. Lunch box bawa dari Malaysia.


Perkarangan Katanning Mosque. Tengah check pintu yang tak berkunci.


Kosong. Tapi pintu pagar utama terbuka luas..

Dari Katanning, perjalanan diteruskan ke Albany. Dua jam pemanduan..

BELI BARANG DAPUR DI COLES ALBANY ORANA

Selepas dua jam memandu, alhamdulillah sampai juga ke Albany. Jalan raya makin cantik kemas dan lebih lebar. Kenderaan pun banyak sebaik saja masuk Albany Highway, tak adalah sunyi sangat. Kami singgah ke Coles Albany Orana dulu sebelum ke destinasi seterusnya untuk beli barang-barang dapur. Untuk trip kali ini, memang kami akan singgah banyak kali ke groceries stores untuk beli barang-barang nak dimasak. Kalau beli siap-siap takut rosak sebab nak commute dari satu tempat ke tempat lain. Groceries shopping adalah sangat seronok. Geram rasa macam-macam nak dibeli. Buah-buahan dan sayur yang segar. Konon nak beli sikit saja, akhirnya penuh cart. Cuma kena ingat satu perkara, banyak groceries stores yang tutup awal kalau di kawasan-kawasan luar bandar. Kena rancang perjalanan elok-elok.



Happy shopping barang dapur.

Memang kami plan untuk beli kuali disana.

Tukang punggah barang.

Tukang bayar.

Tak ada restriction nak beli barang-barang dapur buah-buahan atau sayur. Ikutlah our moms nak makan apa yang diorang teringin. Janji makan sampai habis jangan membazir. Paling puas hati beli peach, mango dan cherry. Sedap !! Aku rasa harga tak adalah murah sangat tapi tak apalah, sesekali. Duit untuk perbelanjaan barang-barang dapur memang kami dah asingkan dari awal. Tak akan ganggu perbelanjaan lain. Neddy yang pegang semua duit jadi bab bayar membayar, memang dia yang uruskan. Aku tak masuk campur, memang serah pada seorang saja untuk manage. Simpan receipt dan rekod semua perbelanjaan untuk dijadikan rujukan. Baru tahu duit kita dibelanjakan untuk apa. Sebelum check-in dan berehat, kami sempat singgah ke satu destinasi hot spot di Albany. Jalan-jalan cuci mata enjoy sunset. Jom !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Trip Perth 2018 : Mengejar Matahari Terbenam (The Gap And Natural Bridge, Brig Amity, Hanover Bay & Big4 Emu Beach Holiday Park)

$
0
0
04 December 2018 Selasa


MENGEJAR MATAHARI TERBENAM DI THE GAP AND NATURAL BRIDGE DAN HANOVER BAY, REPLIKA KAPAL BRIG AMITY DAN BIG4 EMU BEACH HOLIDAY PARK ALBANY. Menuju petang hari dan senja, langit sangat cantik oren kemerah-merahan. Dalam itinerary memang kami akan singgah ke The Gap and Natural Bridge belah petang nak tengok matahari terbenam sebelum check-in dan berehat. Dulu pergi tengah hari terik kali ni saja nak tukar sikit mencari kelainan. Dah siap solat Jama' Qasar di Katanning Mosque jadi tak terkejar-kejar nak perform prayers. Boleh berjalan dengan tenang enjoy permandangan. Dari Coles Albany Orana terus kami memandu ke Torndirrup National Park yang terletak di dalam kawasan Frenchman Bay. Kawasan parking yang luas disediakan jadi tak perlu risau. Ramai juga pengunjung walaupun dah lewat petang. Angin sangat kuat dan suhu sangat sejuk, pakai jacket pun masih terasa sejuknya.

THE GAP AND NATURAL BRIDGE TORNDIRRUP NATIONAL PARK ALBANY

Nak meronda seluruh kawasan Albany dalam masa sehari dua mungkin tak mampu. Banyak sangat hot spots yang menarik. Tapi The Gap and Natural Bridge wajib masuk dalam itinerary sekiranya korang bercadang nak ke Albany. Dah drive jauh rugi sangat kalau tak singgah walaupun hanya ada batu dan laut. Tak lengkap trip ke Albany kalau tak singgah kesana. Dua kali pergi dua kali juga aku terpegun. Permandangan memang sangat cantik, breathtaking !! Pergi waktu petang lagi cantik puas hati.



Tebing laut yang menyeramkan.

Subhanallah cantik.




Natural Bridge. Tak dibenarkan lalu.. Nak lalu juga tanggung sendiri.



Tenang rasa hati tengok cantiknya keindahan alam. Sejuk angin bertiup rasa nak melayang. Jangan main-main juga dengan angin disini sebab kuat. Ada papan tanda yang memaparkan jumlah kematian di The Gap and Natural Bridge. Peringatan supaya berhati-hati memang banyak. Ada kes bunuh diri juga. Kalau musim sejuk, Albany famous dengan whales watching. Dulu pergi during winter dapat rezeki tengok ekor ikan paus. Jakun sangat rasa.. Dari jauh pun dah ternampak besar, belum lagi tengok dekat-dekat. Tapi musim panas tak ada whales di Albany. Apa-apa pun permandangan memang sangat cantik. Puas layan view yang cantik, kami kena gerak nak check-in di Big4 Emu Beach Holiday Park. On the way ke hotel kami lalu Princess Royal Drive dan Hanover Bay, area berdekatan dengan replika kapal Brig Amity yang ada sejarah tersendiri. Cantik pula view mengadap kawasan perumahan di Albany. Singgah sekejap.

REPLIKA KAPAL BRIG AMITY DAN HANOVER BAY ALBANY

Kami tak singgah pun masuk dalam replika kapal Brig Amity, hanya lalu singgah kebetulan pula nampak dalam perjalanan ke hotel. Memang tak bercadang nak singgah tapi tak sangka lalu depan kapal pula. Tak ingatlah kenapa famous sangat kapal Brig Amity, adalah terbaca tapi tak focus. Menarik jugalah ceritanya kalau korang berminat pergilah cari maklumat sendiri. Bab sejarah aku lari dululah. Kami berhenti di tepi jalan mengadap Hanover Bay.

Replika kapal Brig Amity.

Hanover Bay.





Sekejap saja singgah hari pun dah makin gelap. Nak pergi ke kawasan Emu Beach nak check in dan masak dinner. Reception pula hanya beroperasi sampai pukul 08:00PM saja. Kalau lewat kena call dan tunggu pekerja datang. Dulu aku tidur di 1849 Backpackers Albany. Okay saja tempatnya tapi kalau boleh tak nak tempat yang kena kongsi toilet. Biarlah spend sikit untuk keselesaan. This time kami pilih untuk tidur di Big4 Emu Beach Holiday Park berdekatan dengan Emu Beach, tempah melalui Booking.com dan selesaikan bayaran sebelum kesana. Satu malam hanya RM491.78 siap tempat masak, katil untuk empat orang dan kawasan parking khas.


BIG4 EMU BEACH HOLIDAY PARK

Bangunan Reception.

Small cabin yang comel.

1 bilik ada satu katil besar. MamiZ dan AcikE tidur sini.



Satu lagi bilik katil dua tingkat.

Dinner kami yang simple.

Pagi hari di Big4 Emu Beach Holiday Park.

Ada kawasan untuk caravan juga.




Kami puas hati dengan keselesaan small cabin di Big4 Emu Beach Holiday Park. Cantik kawasan tapi sayang kami tak sempat meronda. Ada macam-macam kemudahan. By 07:00PM memang kami dah settle down ready nak solat dan berehat. Aku memang plan itinerary setiap hari paling lewat pukul 6:00PM atau 07:00PM mesti dah check-in. Tak boleh lewat sangat sebab nak kena dapatkan rehat yang cukup untuk perjalanan hari seterusnya. Plus, waktu malam tak ada apa-apa aktiviti yang menarik pun. Petang hari lagi jalan raya dah sunyi sepi. Kami masak dinner simple saja. Lauk sambal kentang, sayur campur dan telur dadar. Nikmat makan di tempat orang semua pun jadi sedap. Tidur malam lena yang amat, penat memandu dari Perth. Sejuk macam tengah winter walaupun tak ada aircond dan kipas. Burrrr.. Selamat malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Trip Perth 2018 : 3.0 Sekitar Albany (Emu Point Beach, Albany Wind Farm & Albany Mosque)

$
0
0
05 December 2018 Rabu


SEKITAR ALBANY - EMU POINT BEACH, ALBANY WIND FARM DAN ALBANY MOSQUE. Perjalanan road trip hari kedua kami akan cover beberapa tempat di Albany iaitu Emu Point Beach, Albany Wind Farm dan Albany Mosquesebelum bergerak ke Denmark, Tingledale dan bermalam di Pemberton. Perjalanan hari ini tak adalah sejauh perjalanan dari Perth ke Albany tapi memerlukan tenaga jugalah nak memandu. Kami check-out dari Big4 Emu Beach Holiday Park pada pukul 08:30AM dan meronda sekejap ke Emu Point Beach. Dekat sangat dengan hotel nak jalan kaki pun boleh. Asalnya tak masuk dalam itinerary tapi apa salahnya singgah sekejap. Emu Point Beach adalah antara pantai yang famous di Albany. Cantik sangat dan usually during summer memang ramai orang picnic dan berenang. Masih awal pagi orang tak ramai. Ada seorang pakcik tengah memancing.

EMU POINT BEACH ALBANY

Tak ke rasa nak terjun masuk laut berendam ?





Pagi hari tengok pantai macam ni tenangnya rasa hati. Air membiru jernih cantik sangat. Kami hanya bersiar-siar sekejap saja. Tak ada aktiviti pun dibuat. Marilah kita gerak.. Dari Emu Point Beach kami ke Albany Wind Farm. Masa pertama kali ke Albany pada tahun 2016, aku tak sempat nak singgah. Memang rushing sangat masa tu terkejar-kejar nak pergi tempat lain. Tengok gambar yang dikongsikan ramai orang memang rasa menyesal tak singgah. Ada rezeki kembali ke Albany dengan perancangan yang lebih teratur memang kami tak lepaskan peluang laaa untuk pergi. Subhanallah !! Tergamam tengok view yang sangat cantik. Betullah orang kata, rugi kalau tak singgah ke Albany Wind Farm kalau dah sampai ke Albany.


WAJIB KE ALBANY WIND FARM JIKA KE ALBANY

Albany Wind Farm terletak di kawasan Torndirrup National Park, sama seperti The Gap and Natural Bridge. Boleh saja singgah ke The Gap and Natural Bridge sekali harung dengan Albany Wind Farm tapi semalam waktu sampai ke Albany dah lewat petang. Jalan masuk ke Albany Wind Farm memang kiri kanan semak. Aku suggest pergilah waktu pagi atau tengah hari. Avoid waktu senja walaupun aku rasa permandangan mesti lagi awesome. Parking area luas tak perlu risau tapi sunyi sangat. Adalah tiga buah kereta campur kereta kami. Seram jugalah kalau kita saja yang ada disitu. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Free !! Yang buat geram tu.. Banyak sangat lalat. Hinggap macam kita busuk setahun tak mandi. Jenuh menghalau. Besar-besar pula tu.. Stress jadinya. Angin memang kuat yang amat, sesuai sangat diorang bina wind farm disini dan merupakan wind farm terbesar di Australia. Bayangkan.. pembinaan wind farm di kawasan ini mampu menjana 80% tenaga yang diperlukan untuk kegunaan keseluruhan Albany. Sejuk berangin tapi matahari sangat terik. 

Rezeki nampak dua ekor kangaroos liar berkeliaran.

Jauh ke hujung sana untuk ke parking area.





Salah satu lookout point di Albany Wind Farm.

Speechless tengok laut membiru cantik macam ni.






Laut luas terbentang ini adalah rumah atau laluan utama ikan-ikan paus berhijrah. Selalunya during winter between May ke October memang senang nak nampak kelibat ikan-ikan paus terutamanya Humpback Whales. Bawa binocular boleh teropong jauh sikit. Personally tak tertarik sangat pun dengan windmills itu semua. Lagi menarik tengok view yang ada. Tak tahu nak cakap macam mana cantiknya view disana. Pictures don't do justice dan aku nak describe guna words pun tak mampu. Kena pergi sendiri tengok baru faham. Kalau berminat nak buat coastal walk pun boleh, ada laluan Windfarm Walk dibina. Boleh pergi dekat dengan dengan windmills tapi hati-hati, amaran binatang liar seperti 'Snake Alerts' memang banyak dipasang. Musim panas memang musim kegemaran ular-ular keluar dari sarang. Hati-hati ya !! Lama juga kami melepak di kawasan Albany Wind Farm. Sayang rasa hati nak gerak. Makin ke selatan, waktu solat pun makin cepat. Kami lepak sampai nak dekat waktu Zohor baru gerak ke Albany Mosque untuk solat.


SOLAT DI ALBANY MOSQUE SERPENTINE ROAD

Info mengenai Albany Mosque tak banyak. Wujud sebenarnya Albany Mosque tapi tak famous macam mosques yang lain sekitar Western Australia. Aku guna Google Maps saja untuk cari lokasi Albany Mosque, alhamdulillah betul dan selamat sampai ke destinasi. Sangat humble binaannya dan mungkin orang ingat itu adalah masjid main-main. Aku pun acah-acah berani nak singgah sebab macam tak pasti betul ke itu masjidnya. Tapi kalau tak singgah kita tak tahu. Iya !! Itulah sebenarnya bangunan Albany Mosque. Rujuk SINI untuk gambar. Aku lupa nak snap picture sebab kalut nak solat. Dibina di atas tanah persendirian dan bercantum dengan rumah orang lain. Tak pastilah rumah siapa, mungkin tuan masjid. Tak ada orang lain selain kami berempat. Pintu utama tak dikunci. Ada yang pesan, kalau pintu utama kunci boleh masuk ikut dapur. Jujurnya aku rasa keadaan di Albany Mosque sedikit daif dan tak berapa sempurna walaupun cukup selesa untuk solat. Ada beberapa sudut yang nampak terbiar dan kotor sikit. Toilet okay dan bersih siap ada air panas. Telekung tak disediakan. Kami solat dan makan bekalan lunch.

Nasi goreng tuna campak-campak.

Baca : LITTLE BEACH TWO PEOPLES BAY, ISTANBUL KEBAB & TURKISH BAKERY HALAL DI ALBANY

Nikmat makan dalam perjalanan merantau. Simple saja aku masak ikut apa adanya tak tahulah rasa macam mana. Selesai solat dan berehat sekejap hilangkan penat, kami kena sambung perjalanan ke Denmark dan Tingledale pula. Alhamdulillah semuanya masih mengikut timing yang dirancang dalam itinerary. Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik di sekitar Albany yang boleh diterjah tapi sayangnya tak sempatlah nak cover semua. Dulu sempat ke Little Beach di Two Peoples Bay tapi memang tak boleh selit kali ni. Jauh sikit lokasinya dari bandar Albany. Kita kena pandai pilih tempat-tempat yang kita nak pergi ikut masa yang kita ada. Yang penting, lokasi-lokasi hot spots yang wajib diterjah sempat pergi. Perjalanan ke Denmark mengambil masa lebih kurang satu jam. Pastikan tangki minyak sentiasa penuh setiap kali nak mulakan perjalanan jauh. Alang-alang melalui pekan Denmark sebelum ke Tingledale, kita singgah sekejap tengok apa yang menarik. Tapi langit dah mula gelap.. Hurm !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Trip Perth 2018 : 3.1 Denmark, Walpole Dan Pemberton (Greens Pool, Valley Of The Giants Tree Top Walk & Best Western Pemberton Hotel)

$
0
0
05 December 2018 Rabu


PERJALANAN KE DENMARK, WALPOLE DAN PEMBERTON - GREENS POOL, ELEPHANT ROCKS, VALLEY OF THE GIANTS TREE TOP WALKS DAN BERMALAM DI BEST WESTERN PEMBERTON HOTEL. Selesai solat dan lunch di Albany Mosque, kami bersiap untuk perjalanan seterusnya. Masih on track mengikut itinerary yang dirancang. Bagus !! Make sure timing semua mengikut perancangan sebab tempat dituju ada operation hours. Kalau lewat melepas jawabnya. Dah datang dari jauh jadi kena berdisiplin ikut jadual. Dari Albany, kami ke Denmark untuk ke Greens Pool dan Elephant Rocks, singgah tengok kawasan alang-alang dalam laluan yang sama dan seterusnya ke Walpole untuk ke The Valley of The Giants Tree Top Walks. Kami akan ke Pemberton untuk bermalam di Best Western Pemberton Hotel. Transit sebelum ke destinasi seterusnya. Perjalanan kali ini jauh juga, tiga jam memandu tapi tidaklah sejauh memandu dari Perth ke Albany. Memandu santai mengikut had laju yang ditetapkan. Ikut speed limit kalau tak nanti dapat surat cinta kena saman pula. Bosan sebab memandu slow sangat walaupun kenderaan tak ada atas jalan. Syukur permandangan kiri kanan lebih menarik menghijau berbanding kuning kekeringan yang kami lalui sebelum ini. Sediakan kudapan untuk kunyah elak mengantuk.  We always had Coles potato chips dan buah-buahan sebagai bekal.

Ini adalah laluan yang kami lalu, dari Albany ke Pemberton :

Albany - Denmark - Walpole - Pemberton

Pokok-pokok yang cantik di kiri kanan jalan.


Denmark !!


Melintasi pekan Denmark.


GREENS POOL DAN ELEPHANT ROCKS DI DENMARK WESTERN AUSTRALIA

Denmark adalah satu bandar kecil di selatan Western Australia. Tempat-tempat menarik sekitar Denmark semuanya lebih kepada aktiviti-aktiviti melibatkan nature dan expedition. Lokasi juga dekat dengan coastal area jadi banyak jugalah pantai yang cantik dan menarik. Disebabkan kami tak ada banyak masa nak explore seluruh kawasan Denmark, kami pilih untuk ke dua lokasi hot spots iaitu Greens Pool dan Elephant Rocks. Aku tengok travelogue dari beberapa orang Youtubers yang dah explore Denmark dan kedua-dua tempat ini adalah sangat cantik. Sayangnya hari kelam mendung dan hujan renyai. Kami redah juga, sayang kalau tak singgah. Aku dan Neddy saja yang turun, our moms tunggu dalam kereta.

Greens Pool : Terletak dalam kawasan William Bay National Park, pantai yang cantik berpasir putih gebu dengan air laut berwarna hijau emerald. That is the reason why namanya Greens Pool. Memang cantik terbentuk seperti kolam renang yang luas terbentang dan keadaan bentuk muka bumi yang terlindung daripada lautan Great Southern Ocean membuatkan air di Greens Pool tenang tak berombak besar. Nice sangat untuk picnic dan berenang. Katanya ada banyak ikan kecil di batu-batu sekitar Greens Pool. Boleh snorkeling kalau berminat. Disebabkan hari hujan renyai, tak terserlah sangat kehijauan.


Hello there, mate !!

Laluan ke Greens Pool yang bertangga.

Cantik !!

Inilah Greens Pool. Ada juga orang berenang walaupun hujan.

Greens Pool dan Elephant Rocks hanya bersebelahan saja.

Hari makin mendung dan hujan makin lebat, tak sempat nak singgah ke Elephant Rocks walaupun sebelah saja dengan Greens Pool. Kami tak mahu basah lencun. Sejuk !! Ada banyak laluan jadi kena ingat laluan mana yang kita guna. Takut nanti sesat pula, memang confusing. Kalau korang ada drone, sila terbangkan drone korang disini. Sumpah lawa bila tengok video dari drone orang lain. Teruja rasanya. Dah tak boleh singgah tak payah kita bersedih. Ada lagi destinasi penting yang dituju. Jom kita ke Walpole !!

VALLEY OF THE GIANTS TREE TOP WALK

Dari Denmark, kami ke Walpole dan Tingledale melalui South Coast Highway, setengah jam pemandua untuk sampai. Semua guna Google Maps saja, janji ada internet connection. Kalau tak ada pun jangan risau, boleh download laluan versi offline. Sepanjang kami road trip, semua lokasi ada internet connection. Dalam hutan pun laju 4G. Kami tak sewa GPS dari syarikat kereta sewa. Hari masih hujan renyai, berharap hujan akan reda bila sampai di Walpole. Jalan raya cantik dan lebar tapi masih sunyi. Dah solat Jama' Qasar di Albany tak perlu risau cari tempat nak perform prayers. Dalam trip dulu lagi aku teringin nak ke Valley of The Giants Tree Top Walk lepas tengok seorang kawan pergi dan view sangat cantik. At that time, aku kena pilih sama ada nak ke Valley of The Giants Tree Top Walk atau pergi ke Donnybrook untuk petik apples. Semestinya aku pilih untuk petik apples, pengalaman yang tak akan dapat di Malaysia. Alhamdulillah kali ini aku diberikan rezeki untuk ke Valley of The Giants Tree Top Walk yang terletak dalam kawasan Walpole-Nornalup National Park. Memasuki area Walpole, kita boleh nampak perubahan dari segi jenis tumbuh-tumbuhan dan bentuk muka bumi. Lebih banyak pokok yang tinggi dan besar dan kawasan lapang yang penuh dengan lembu. Kena selalu check operation hours Valley of The Giants Tree Top Walk sebab berbeza-beza mengikut musim. Kami pergi musim panas jadi last admission adalah pada pukul 04:30PM. Kami sampai awal, pukul 03:45PM dah sampai jadi tak ada benda nak terkejar-kejar sangat. Entrance fee untuk seorang dewasa adalah AUD21.00 (RM 65.10 approx). Ini adalah tempat berbayar pertama yang kami singgah. Disebabkan duit dah diasingkan dari awal, tak kalut nak kutip dah.




Lembu-lembu sedang lepak santai.






Beli tiket dulu.





Our moms.

Gayat weh !! Siap berangin pula.




Pokok-pokok Tingle yang boleh tumbuh setinggi 40M.

The view.. Subhanallah.

Bila dah sampai dah naik habis pusing teringat pula sebenarnya kat Malaysia pun ada kawasan tree top macam ni di Tree Top Walk Sungai Sedim Kulim. Aku pernah pergi dulu dua kali rasanya dan memang sama. Kalau di Sedim ada permandangan air terjun mengalir lagi. To be honest, tak ada apa sangat pun sebenarnya di Valley of The Giants Tree Top jadi tak wajib untuk masuk dalam itinerary. Tapi aku berani jamin, bila dah sampai ke the highest point, view memang cantik hijau saujana mata memandang. Seram juga menapak bila dah makin tinggi. Gayat !! Angin kuat pula tu dan bila jalan jambatannya goyang sikit. Lemah betul rasa jiwa. The broadwalk adalah selamat untuk kanak-kanak dan mesra wheelchair. Panjang laluan tree top pula adalah sepanjang 600M. Sekejap saja dah habis pusing. Selagi tak scan untuk keluar, boleh pusing banyak kali sampai semput. Take time untuk enjoy hirup udara sedar. Kalau korang memang buat road trip down to the southern region dan ada masa apa salahnya singgah.

Pokok-pokok tinggi ini semua adalah pokok-pokok Tingle. Turun dari boardwalk kita akan melalui kawasan pokok-pokok Tingle yang berusia. Memang dah lama tumbuh, ada yang berusia 400 tahun. Masuk kategori ancient dah. Pokok-pokok Tingle ini semua hanya boleh jumpa di Australia saja. Memang nampak lain benar structure pokoknya once kita dah masuk ke kawasan Walpole-Nornalup National Park. Memang tumbuh disana saja. Keluar dari kawasan Walpole terus macam lain pula gaya pokok-pokok tepi jalan. Ada juga cerita-cerita lagenda yang diceritakan mengenai hutan pokok-pokok Tingle. Sejarah silam dan bagaimana usaha kerajaan nak kekalkan khazanah negara. Sekali baca macam terbayang pula cartoon Smurf. Pengaruh movie sangat.

BERMALAM DI BEST WESTERN PEMBERTON HOTEL

Kami masih ada baki satu setengah jam lagi perjalanan untuk ditempuh ke Pemberton sebelum we could call it a day. Melalui South Western Highway, slowly memandu sambil tahan mengantuk untuk sampai ke Best Western Pemberton Hotel untuk bermalam dan rehat. At this moment, penumpang lain kena mainkan peranan layan driver. Jangan tidur !! Sembanglah topik apa-apa pun, kalau nak membawang berpada-pada jugalah. Dalam hutan tu.. Langit kembali gelap memang confirm nak hujan. Kiri kanan jalan hutan tebal dan laluan yang sunyi. Sesekali adalah juga sebuah dua kereta. Syukur masih siang kalau dah malam seram nak drive masuk hutan. Itulah kena plan elok-elok supaya semua journey tak terlajak ke malam hari.

Satu setengah jam ngadap view macam ni..

Pekan kecil Pemberton. Lengang..

Bangunan Best Western Pemberton Hotel.



Dengan hujan yang lebat, syukur alhamdulillah selamat sampai di Pemberton pada pukul 05.30PM. Kereta banyak tapi manusia tak berapa kelihatan. Mungkin masing-masing pun tengah berehat. Setuju dengan satu comment yang aku jumpa di Booking.com - Pemberton lebih kepada pekan transit. Kebanyakan pengunjung akan pilih untuk bermalam di Pemberton sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Lokasi unik di tengah-tengah laluan utama yang menghubungkan Augusta dan Albany. Urusan check-in sangat mudah. Rujuk SINI untuk gambar-gambar Best Western Pemberton Hotel. Pihak hotel offered kami dinner percuma. Diorang nak sediakan makanan vegetarians tapi tak apalah. Ditolak baik sebab masing-masing tengah mengidam nak makan Maggi. Bekalan makanan banyak lagi. Bilik hotel selesa, satu katil besar dan dua katil single. Toilet problem sikit sebab air bertakung lambat nak surut. Mujur bawa selipar toilet. Tak ada dapur tapi tak jadi masalah. Ada rice cooker jadi dimana-mana pun boleh masak. Kenyang makan instant noodles. Layan sungguh. That night.. Kami tidur berehat bertemankan irama air hujan yang lebat. Semoga esok matahari kembali bersinar ceria. Tarik selimut..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Giveaway Road To 8 Million Pageview

$
0
0

Syarat-syarat penyertaan sangat senang. Mari join ramai-ramai.

Segmen Bloglist Sihijo 2019

$
0
0

Mari kita support segmen kawan kita.. Jom join ramai-ramai.

Nabati Baru Perisa Pink Lava : Sedap Atau Tidak ?

$
0
0

Tak tahulah sama ada Nabati Pink Lava ini adalah product baru atau sebenarnya dah lama berada dalam pasaran. Baru bagi aku sebab baru first time jumpa tengok terjual di kedai. Tertarik dengan warna packaging, colour block biru dan pink terus beli nak rasa. This one ada logo Halal Majlis Ulama Indonesia. I don't know nak describe macam mana rasa Nabati Pink Lava ni.. Nak kata ada flavour rasa strawberry tak juga. Kalau tengok gambar ada ice cream pun tak rasa ice cream. Cotton candy ? Mungkin ada sikit. Complicated aku fikir nak gambarkan rasa yang sepatutnya. Aaargh !! Biarlah. Rasa wise bagi aku sedap juga tapi manis sikit. Apa pun.. Nabati Cheese tetap pujaan hati selamanya. Yuuumss !!

Korang dah cuba ke Nabati Pink Lava ?
Bolehlah kalau nak buat kudap petang hari atau teman ketika memandu.


Trip Perth 2018 : 4.0 Memburu Ikan Pari Di Hamelin Bay

$
0
0
06 December 2018 Khamis


DARI PEMBERTON KE AUGUSTA DAN MARGARET RIVER - MEMBURU IKAN PARI DI HAMELIN BAY. Hari keempat di Western Australia kami akan gerak dari Pemberton ke Augusta dan seterusnya ke Margaret River untuk bermalam disana. Augusta dan Margaret River dekat saja tak sampai satu jam memandu dah sampai. Ada dua tempat yang kami nak pergi hari ini, ke Hamelin Bay dan Cape Leeuwin Lighthouse. Kedua-dua tempat ini aku tak pernah pergi lagi. Dulu aku hanya ke Margaret River dan tak sempat nak singgah Augusta. Kali ini baru ada rezeki nak pergi sana. Tak terkejar-kejar dan strict sangat hari ini tapi kena jugalah ikut timing yang dah dibuat supaya semuanya berjalan lancar. We could enjoy the view memandu santai layan perasaan tengok permandangan. Alhamdulillah cuaca elok cerah setelah semalaman hujan lebat. Risau juga kalau cuaca tak elok sebab aktiviti-aktiviti hari ini semuanya tepi pantai. Check-out dari Best Western Pemberton Hotel dah siap sedia meneruskan perjalanan. Neddy yang memandu - I am not a morning person jadi kalau memandu awal pagi senang mengantuk.

Laluan hari keempat di Western Australia : 


Pemberton - Hamelin Bay - Cape Leeuwin Lighthouse - Margaret River


Berhenti tepi jalan nak ambil gambar sungai.


Tak tahu sungai apa..


Laluan ke Hamelin Bay.

MEMBURU IKAN PARI DI HAMELIN BAY

Memburu disini bukanlah aktiviti pergi tangkap atau memancing ikan pari. Kami pergi main kejar-kejar tepi pantai saja sebenarnya. Ini adalah antara aktiviti yang aku paling teruja seronok nak buat dalam trip kali ini dan pengalaman yang tak akan aku lupakan. Sampai sekarang kalau teringat mesti terbayang perasaan teruja yang aku rasa ketika disana. Lupa terus masalah yang melanda jiwa yang buat serabut kepala tengok ikan-ikan pari berenang bebas tepi pantai di habitat natural dan kita berpeluang tengok depan mata. Suhu sejuk angin kuat tepi pantai tapi cuaca sangat terik. Hasil daripada pembacaan yang aku buat, ramai suggested untuk pergi ke Hamelin Bay awal pagi masa air masih surut baru nak pasang, waktu nelayan baru nak keluar pergi tangkap ikan. Lebih banyak dan senang nak nampak ikan-ikan pari berenang bebas. Boleh juga datang waktu petang. Ramai tak suggest datang tengah hari sebab ombak dah bergelora besar dan chances nak nampak ikan-ikan pari berenang agak tipis. Walaupun Hamelin Bay adalah natural habitat untuk ikan-ikan pari ni.. Nak nampak tu memang ikut nasib dan rezeki. Kawan aku tunggu dekat dua jam tapi seekor ikan pari pun tak kelihatan.

Holiday Park di Hamelin Bay.

Terik yang amat !! Biasa saja pantainya. Penuh rumpai.

Menapak sampai ke hujung mencari si ikan pari.

One decent photo of us four.



Sampai di Hamelin Bay around 10:00AM. Ada dua kawasan parking, satu kawasan khas untuk kereta dan satu lagi laluan khas boat ramp. Kami parked di kawasan parking kereta dah terpaksa menapak jauh. Berjalan atas pasir sangatlah memenatkan. Park saja di kawasan boat ramp sebab lagi senang terus sampai tepi pantai. Ramai pengunjung datang lagi awal dah berderet tunggu tepi pantai. Katanya dari pagi seekor ikan pari pun tak nampak lagi.. Ada yang dah tunggu dari pukul 07:00AM. Tapi dah namanya rezeki nak tengok ikan pari.. MamiZ dan AcikE yang dah menapak jauh ke hujung pantai jerit panggil aku dan Neddy. Rupanya diorang dah nampak seekor ikan pari. Subhanallah !! Seekor ikan pari hitam kelihatan. Size sederhana saja tak besar sangat. Ombak kuat susah nak tengok dari jauh. Tak fikir panjang terus masuk laut korbankan seluar. Lantaklah lencun janji dapat tengok ikan pari dengan jarak dekat. Kalau duduk tepi pantai saja memang tak dapat nak ambil gambar dan video. Tak apalah aku berkorban demi nak ambil gambar dan video. Ada banyak rumpai laut juga jadi mengelirukan nak beza mana ikan mana rumpai. Nampak macam ada benda berjoget dalam air, ingatkan ikan pari. Tenung punya tenung rupanya rumpai laut. Sebab kami dah terjerit-jerit excited maka ramai jugalah yang mula datang dekat kami. That day in total ada tiga ekor ikan pari datang berenang di tepian. We were lucky memang rezeki tak perlu tunggu lama macam orang lain.

Bila tengok balik gambar-gambar yang diambil terang biji mata sebab terlalu cerah. Kena edit extra. Patutnya adjust setting camera tapi lupa dan terus pakai mode auto. Patutnya auto jadi eloklah gambar tapi tak tahulah kenapa buat perangi pula camera ni. Excited kejar ikan pari terus tak peduli camera. Dahlah tak pandai sangat nak edit gambar, hentam sajalah janji nampak elok. Memang teruk betul teriknya.. Cermin mata aku dah polarized jadi bila panas automatic gelap, tak perasan langsung gambar-gambar yang diambil semua too bright.



Video gembira mengejar ikan pari.


Yang ramai tunggu dari awal pagi.







Kalau korang bercadang untuk buat road trip tolonglah singgah ke Hamelin Bay dan rasai sendiri pengalaman berkejaran dengan ikan-ikan pari yang ada disana. Masuk dalam itinerary jangan lupa !! Kalau rezeki lagi baik memang dapat jumpa yang besar sangat. Boleh search #hamelinbay di Instagram dan tengok gambar-gambar yang pengunjung lain kongsi. Mesti korang rasa teruja yang amat nak pergi tengok ikan-ikan pari ini dengan mata sendiri.

BAHAYA PEGANG IKAN PARI ? SELAMAT UNTUK BERENANG ?

Apa yang aku nak kongsikan adalah pandangan peribadi dan hasil dari pembacaan yang aku buat berdasarkan pengalaman orang lain. Ended up ikut korang sendiri macam mana pun. Bahaya atau tidak nak pegang ikan-ikan pari di Hamelin Bay ? Ada yang kata bahaya sebab apa-apa keadaan sekalipun, ikan-ikan pari ini adalah haiwan liar dan ada yang kata tak bahaya sebab ikan-ikan pari ini dah biasa dengan kehadiran manusia di Hamelin Bay. Keadaan jadi bahaya bila ikan-ikan pari rasa terancam. Mulalah ekor yang tajam tu nak mencucuk. Mungkin ada yang terlalu excited bila nampak ikan-ikan pari sampai lupa diri. Terus nak pergi cuba tangkap. Ada yang lagi extreme dan berani, siap berenang lagi disana. I am not brave enough to do such thing. Jadi pandai-pandailah korang buat pilihan sama ada nak pegang atau tak. Kalau jadi apa-apa atas tanggungan sendiri. Amaran supaya tak pegang ikan-ikan pari dan larangan berenang memang ada dipasang. Tapi semestinya kita, dah namanya manusia dengan penuh sifat curiosity ini akan rasa tergedik-gedik nak pegang. Apa-apa pun.. Fikir keselamatan dulu dalam apa juga keadaan. Aku tak pegang pun ikan-ikan pari tu walaupun teringin sangat sebab MamiZ menjerit-jerit bila aku cuba nak pegang. Aku masuk air pun dia dah bising. Sayangnya camera aku hilang, kalau tak dapat juga rendam dalam air ambil footage. Benda dah nak jadi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Sebelum 'Avengers End Game' Ditayangkan

$
0
0

Sebelum Avengers End Game ditayangkan, peminat mungkin boleh tengok balik movies yang lepas mengikut chronology diatas !! Selamat menonton.

#WhateverItTakes

Top Commentators January - March 2019 Blog SitiYangMenaip

$
0
0

Sekejap sangat masa berlalu, dah bulan April. Pejam celik saja kan.. Semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya dalam apa jua keadaan. Dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa.

Seperti biasa, entry pertama setiap bulan mestilah nak buat penghargaan kepada rakan-rakan Bloggers yang rajin datang singgah dan tinggal comments di blog SitiYangMenaip tanpa jemu. Kalau boleh memang nak senaraikan semua sekali tapi nanti sampai lusa pun tak habis, jadi aku pilih top ten commentators saja untuk dikongsikan. Ada nama yang kekal di carta dari dulu dan ada yang baru pertama kali masuk carta. Semua pun rajin singgah dan tinggal comments tapi sepuluh orang ini adalah yang extra rajin. Sepanjang bulan January hingga March, ada sembilan puluh hari dan kesemuanya ada dua puluh sembilan entries yang aku publish. Terima kasih semua yang luangkan masa untuk baca entries yang ada di blog ini dan tinggalkan comments. I really appreciate semuanya.

Ini adalah sepuluh rakan-rakan Bloggers yang rajin singgah ke SitiYangMenaip :


Kalau korang belum pernah terjah blog rakan-rakan Bloggers di atas, boleh pergi jenguk dan buat kawan-kawan baru. These people memang rajin dan they have banyak entries yang menarik untuk dibaca. Disebabkan ini adalah entry penghargaan kepada Top Commentators Blog SitiYangMenaip untuk bulan January hingga March, aku nak beri sedikit token of appreciation kepada Top Three Commentators, tiga orang yang paling rajin diantara semua. Untuk Kak Anies dan Kak Sha, details surat menyurat memang dah ada dalam simpanan. Kalau ada perubahan alamat boleh tinggalkan pada ruangan comment. Kalau masih sama.. abaikan saja. Untuk Kak DinoHauz, sila tinggalkan : Nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon untuk rekod dan urusan hantar token of appreciation.

Insyallah next round adalah
Top Commentator April - June 2019 BlogSitiYangMenaip

'because of all of you.. i laugh a little harder..
cry a little less and smile a lot more. thank you..'

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Happiness Is A Plane Ticket To..

$
0
0

Kalau diberikan kesempatan memilih satu destinasi percuma..
korang nak pergi mana ?

Terima Kasih Daun Keladi Nanti Boleh Bagi Lagi PLM

$
0
0

Baru sampai depan rumah dari Bangi, perasan ada surat dalam post box. Kuning menyala malam hari senang nampak. Tak tahulah berapa lama sampul kuning ini dah berada dalam peti, seminggu lebih kami tak ada dirumah. Hujan panas.. Alhamdulillah masih elok tak rosak apa-apa. Tak lama masa yang diperlukan untuk aku teka siapa pengirimnya. Bila tengok sampul dan cara cetakan nama di atas sampul dah boleh agak, sah dari PLM. Bila buka memang lagi tersengih lebar tengok kiriman nota ringkas itu. Tepat tekaan aku sebab tak ada orang lain yang akan hantar kiriman style macam ni.. One and only dari PLM. Banyaknyaaa souvenirs !! Dari Tokyo, Istanbul dan Guilin. Sekali empat ketul aku dapat mana tak happy. Teruja sangat sebab dah lama tak dapat kiriman daripada kawan-kawan Bloggers. Ini adalah kiriman pertama untuk tahun 2019. Peeergh PLM !! Terima kasih kerana memecahkan kesenduan.

PLM seorang yang suka mengembara juga. Jejak langkah lagi jauh ke banyak negara dah diterjah, kadang-kadang solo but most of the time dengan isteri dan anak-anak. Banyak pengalaman menarik yang dikongsikan. Semoga PLM dan keluarga sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki untuk travel lebih jauh lagi mencipta kenangan bersama. Terharu sebab masih sudi kirim tanda ingatan..

'your souvenirs are truly appreciated..
thank you for you thoughtfulness..'

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Viewing all 579 articles
Browse latest View live