Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all 579 articles
Browse latest View live

AIS JAGUNG SAGAT DI RESTORAN BALAK INN PARIT BUNTAR PERAK


TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY 8.0 - BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND

$
0
0
BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND

Entri sebelumnya diSINI.
22 January 2018 (Isnin)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND. Setelah seminggu berada di Jeju hari kelapan adalah hari perjalanan pulang ke Malaysia. Tak ada melencong kemana-kemana terus bersiap pergi airport dah ready nak terbang balik. Cukuplah seminggu di Jeju sampai dah tak tahu nak kemana lagi. Bukan tak ada tempat-tempat menarik lagi untuk diterjah tapi dah tak ada mood. Flight balik adalah pada pukul 01.15PM jadi that morning kami masih bermalas-malasan. Luggage dah siap kemas cuma perlu simpan barang sikit saja. Lagipun perjalanan dari Jeju Hyundai Tourist Hotel ke Jeju International Airport hanyalah lebih kurang sepuluh minit saja. Memang nak tahan teksi depan hotel malas nak naik Airport Limousine. Around 10.30AM kami check-out dan bid goodbye pada Ahjusshi hotel. Sampai ke pintu dia hantar kami. Walaupun terseksa mencuba nak cakap in English untuk berkomunikasi dengan kami, he was so nice memastikan kami selesa sepanjang berada di hotel. Apa-apa pun kamsahamnida Ahjusshi !!






Kami tahan dua teksi untuk ke Jeju International Airport. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak 9500WON (RM34.93 approx) untuk dua teksi. Walaupun aku rasa kami dah gerak awal tapi panjang gila line di kaunter Air Asia. Smooth tak adalah lama sangat kena beratur tapi kelakar pula ingatkan kami antara yang terawal rupanya lagi ramai yang lagi awal. Aku dah online check-in tapi tak tahulah kenapa macam kena check-in sekali lagi. Terima sajalah janji dapat balik Malaysia. Di Jeju International Airport ada Lotteria di 2F dan 4F tapi aku tak sempat nak pergi. Kalau tak boleh tapau Shrimp Burger yang sedap tuuu bagi yang lain rasa. Tapi dah menonong masuk ke Departure Hall. Sumpah bosan suasana di Departure Hall nak kill the time tunggu boarding pun tak tahu nak buat apa sebab tak ada benda yang menarik. Ada kedai dan tempat pick up barang-barang shopping duty free. Itu sajalah. Memang melangut menunggu duduk saja. Bagusnya Departure Hall di Jeju International Airport adalah disediakan prayer room untuk kita solat. Tak ada disediakan telekung seperti di Jepun tapi cukup selesa dan kemas untuk solat dengan tenang.

Alhamdulillah flight tak delay on time take off meninggalkan Jeju. Cuaca pun cantik cerah perjalanan lancar. Lepas makan mulalah lali nak tidur. Sembang punya sembang hanyut dalam mimpi. Terjaga dan sembang dan sembang lagi. Annyeong Jeju !! We had so much fun.




Beg-beg yang penuh barangan duty free hasil shopping tourists dari China.


Flight baru sampai.


Kemas Wiyo make sure charger dan wire semua ada sebelum dipulangkan.

 Selamat tinggal beautiful Jeju.

BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND : TEH ORANGE, CHOCOLATES, KEYCHAIN FRIDGE MAGNET DAN TSHIRT JEJU ISLAND


Ini adalah sebagai rujukan semata-mata benda-benda dan makanan yang boleh dibeli di Jeju untuk dibawa balik sebagai souvenirs. Kami tak adalah borong banyak benda sangat sebab bawa duit pun cukup-cukup saja tapi berpuas hati dengan hasil tuaian di sana. Majoriti yang dibawa balik adalah makanan. Senang bawa balik makanan semua orang boleh rasa. Teh Hallabong Oranges, Teh Limau Mandarin, Jem Hallabong, Chocolates pelbagai jenis, oranges dan seaweed. Beli jugalah keychain dan fridge magnets buat kenangan. Aku beli tshirt sehelai dan sekeping map Jeju. Cadangnya nak pin di board tapi board tak beli lagi. Peram dululah nampak gayanya..

Teh Hallabong yang boleh digunakan juga sebagai jem. Range harga adalah 5000WON - 12000WON (RM18.38 - RM44.12 approx) mengikut brand dan size. Sedap dan tak terlalu manis. Terasa orange dan ada pulp sekali. Selain Hallabong Oranges ada banyak lagi jenis pilihan dan rasa. Since Jeju sangat terkenal dengan Hallabong, kami beli Hallabong. Aku rasa lebih sedap dimakan sebagai jem daripada buat air. Nak dapatkan satu jug air kena guna dan bancuh banyak solution lebih kurang separuh jar. Sedar dah habis begitu saja. Kami borong tiga jenis chocolates saja dan jujurnya semua sedap tak menyesal kami beli. Ini baru tiga jenis saja kat Jeju ada macam-macam jenis lagi. Range adalah between 5000WON - 15000WON (RM18.38 - RM55.15 approx). Selalunya dijual combo sekali tiga atau lima kotak. Okaylah not bad tiga kotak chocolates lebih kurang RM20 saja. Lebih jimat daripada beli sekotak. Kali pertama ke Jeju Dongmun Traditional Market, kami tak membeli apa sangat. Ahjumma sangat murah hati kasi sample chocolates banyak sangat. Penuh jugalah plastic bila dah lalu each kedai dapat segenggam. Kenyang makan chocolates free. Marketing tau.. Bila kami makan sample kami rasa sedap dan decide yang mana nak dibawa balik. Sangat sesuai dibeli dijadikan souvenirs sebab didalam setiap kotak ada individual packaging. Beli ni then letak di office untuk kawan-kawan selesai masalah. Yang geramnya.. Kotak besar kemain isinya tak adalah banyak sangat. Geram sebab nak bawa balik kotak habis makan ruang. Kalau tak bawa balik kotak macam tak feel pula. Nasiblah semua aku sumbat aku tekan saja alhamdulillah tak rosak.

Paling sedap adalah yang kotak orange paling besar tu.. Nyuums !!

Tiga-tiga jenis sedap. The best would be yang bentuk cube comel. Tolong beli banyak-banyak oookay tak cukup sekotak dua. They just melt in your mouth.


Tshirt, map Jeju, fridge magnets dan keychains Jeju. Ini wajib kenalah beli tak kira pergi mana sekalipun. Di Jeju Dongmun Traditional Market ada jual fridge magnet dan keychain jadi tak perlu nak susah-susah cari kat tempat lain. Keychain boleh dapat serendah 1000WON (RM3.68 approx) dan fridge magnet pula around 3000WON - 5000WON (RM11.03 - RM18.38 approx) ikut design dan jenis. Boleh juga dapat murah ada yang tiga ketul untuk 10000WON (RM36.77 approx). Souvenirs Korea yang famous macam chopsticks, sudu dan nail clippers yang selalu orang beli tu agak mahal di Jeju. Kalau korang akan travel ke Busan atau Seoul, lebih baik beli souvenirs Korea disana sebab jauh lebih murah. Hanya borong Tapi kami tak jumpa tshirt di Jeju Dongmun Traditional Market. Tshirt yang tulis Jeju. The one I bought aku beli di kawasan Dragon Rock berharga 12000WON (RM44.12 approx). Banyak sangat pilihan di kawasan Seongsan Ilchulbong jadi kalau kesana jangan lepaskan peluang beli tshirt. Belilah sehelai kalau tak nanti teringat-ingat.

Yup selesai !! Pengalaman pahit manis suka duka selama lapan hari disana rasanya semua dah dikongsikan. Tinggal nak kongsikan itinerary dan perbelanjaan sepanjang disana saja sebagai rujukan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

PESTA SUSU PISANG MELON DAN STRAWBERRY BINGGRAE KOREA DARI LAZADA

$
0
0
PESTA SUSU PISANG MELON DAN STRAWBERRY BINGGRAE KOREA DARI LAZADA

Not sponsored !!


Sempena minggu shopping online sakan yang ada sale sana sini.. aku shopping juga. Beli air susu pisang melon dan strawberry Binggrae yang famous dari Korea di Lazada. Saja scroll Lazada eeh eeh !! murah pula. Sekotak hanyalah RM3.49. Tak kisah pun dalam kotak atau botol. Sama saja rasanya. Maka kita boronglah banyak-banyak walaupun tak berapa minat minum susu. Gatal nak beli. Sedap jugalah kalau minat minum susu. Yang paling famous flavour pisang tapi favourite aku adalah yang melon. Pi beli cepat !!

Korang shopping apa ?

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET RENDAH TAPI MASIH SERONOK

$
0
0

PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET SIKIT TAPI MASIH SERONOK

ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH : TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN TEMPAT-TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR PULAU PINANG. Nak bercuti ke Penang sebenarnya tak perlu pening kepala sangat fikir mana nak pergi dan mana nak makan. Dengan budget perbelanjaan yang rendah pun dah boleh enjoy Penang to the max. Almost setiap ceruk di negeri ini cantik dan boleh dijadikan spot bergambar. Antara artikel yang mendapat sambutan di blog ini adalah mengenai Pulau Pinang. Be my guest aku sedia jawab segala pertanyaan yang diajukan. Ramai juga yang drop comments yang email untuk bertanya macam-macam soalan. Aku tolong mana yang boleh. Dalam entry diSINI, aku dah kongsikan serba sedikit tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan sedap yang ada di Pulau Pinang untuk korang yang nak berjimat sepanjang berada di Penang. Kali ini aku akan kongsikan beberapa tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan best yang lain pula. Sesuai juga untuk perjalanan singkat selama dua hari satu malam atau tiga hari dua malam. Janji korang atur perancangan dengan teliti supaya dapat menikmati keriangan berganda di Penang.

Few months ago KAK  SAL came to Penang dan together with MamiZ kami sama-sama buat mini trip ke beberapa tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan sedap di Penang. Since masing-masing dah pernah terjah tempat-tempat wajib singgah di Penang, kami skipped banyak tempat dan pergi ke tempat-tempat yang kami tak pernah pergi. Aku ni duduk membesar di Penang pun tak pernah habis pusing tempat sendiri. Inilah peluang nak meronda seronok bila ada geng. We went to Taiping first earlier that day sebab ada kenduri. By noon baru gerak ke Penang dan destinasi pertama adalah ke (1) Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe di Bayan Lepas ni dah lama viral tapi aku tak pernah ada kesempatan nak pergi. Masukkan lokasi dalam GPS terus sampai depan kedai. Beroperasi dari pukul 11:00AM - 06:00PM / 09:00PM setiap hari. Tempat letak kereta pun banyak jadi jangan risau. Tujuh jenis nasi yang dihidangkan : Nasi Putih Nasi Lemuni Nasi Hujan Panas Nasi Lemak Pandan Nasi Kacang Nasi Tomato dan Nasi Minyak dihidangkan dalam satu pinggan bersama pilihan lauk yang banyak. Bunyi macam banyak sangat tujuh jenis nasi tapi semuanya ciput-ciput. Ngam-ngam untuk seorang makan. Menarik sangat konsep yang diketengahkan tapi aku tak berkenan Nasi Lemuni jadi next time nak minta ganti dengan nasi lain. Those yang baru first time nak cuba Nasi Lemuni bolehlah minta. Rasa dulu mana tahu kena dengan tekak.

 Ini namanya Asam Katok. Sedap makan ni ralit jeee.. Jumpa di RNR Gunung Semanggol terus rembat sebekas kasi orang KL rasa.

Comel kan nasi ciput-ciput tu.. Pilihan lauk banyak sangat rasa nak makan semua. Ended up dengan ayam masak kicap dan sambal sotong. Yuuums..

Soalan yang selalu aku dapat adalah : Lokasi mana yang sesuai kalau nak menginap di Penang ? Ni memang soalan cepumas. Okay kawan-kawan.. Nak berjalan ni kena tanya selera diri sendiri. Kita kena tahu dulu apa aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan, berapa orang yang terlibat, tahap keselesaan dan pengangkutan dan macam-macam lagi. Tapi antara lokasi-lokasi yang aku nak cadangkan dan sesuai untuk menginap adalah di sekitar Georgetown, Tanjong Bungah, Tanjong Tokong, Batu Ferringhi dan Gurney Drive. Aku personally tak berkenan bermalam di tengah-tengah Georgetown sebab sesak dan susah dapat parking unless hotel-hotel yang mahal. Tapi Georgetown sesuai untuk those yang nak cari tempat-tempat penginapan murah dan dekat dengan banyak tempat-tempat menarik. Tanjong Bungah, Tanjong Tokong dan Gurney Drive pula terletak di tengah-tengah laluan yang menghubungkan Georgetown dan Batu Ferringhi. Bagi aku agak strategic sebab balance. Kalau korang jenis yang suka lepak tepi pantai semestinya kena cari hotel-hotel di sekitar Batu Ferringi. Nak cari tempat penginapan macam mana itu terpulang. Semua jenis ada.. Untuk trip kali ini, aku pilih untuk bermalam di The Gurney Resort Hotel and Residences di kawasan Gurney Drive. 

Rehat sekejap sebelum keluar untuk ke destinasi lain pula ke (2) Penang Avatar Secret Garden di Tanjung Tokong. Ini pun tempat dah viral tapi baru ada kesempatan nak singgah. Kawasan sekeliling adalah kawasan tempat tinggal saja tapi diubah suai sikit dijadikan sebagai salah satu tarikan terbaru di Penang. Jangan datang waktu siang memang tak nampak apa. Kena datang waktu malam. Aku malas drive jadi naik Grab Car saja. Traffic was hectic orang tengah cuti jadi rancanglah perjalanan korang baik-baik. Pengunjung sangat ramai dan panas. Mungkin haba keluar daripada lampu-lampu yang dipasang. Parking kena bayar RM5 kalau tak silap. Bawalah camera canggih yang boleh shoot night view dengan cantik. Menarik ? Bolehlah cantik juga dan memang macam dalam film Avatar. Wajib singgah ? Wajib kalau tak pernah pergi lagi.

 Permandangan luar tingkap hotel The Gurney Resort Hotel and Residences.








Niat dihati nak makan (3) Pasembor Menari Joget di Gurney Drive tapi pemandu Grab Car turunkan kami di depan Gurney Plaza. Dah lama tak makan teringin pula tapi jauh nak menapak dari Gurney Plaza ke dataran dekat dengan roundabout. Haaaih !! Kalau korang berkesempatan, cubalah. Pasembor Menari Joget adalah antara kedai pasembor yang sedap di Penang selain Pasembor Padang Kota dan Pasembor Padang Brown. Sambil makan sambil tengok uncle joget. Hibuuuran.. Untuk lunch esok harinya kami decide nak makan nasi kandar. Restoran nasi kandar pilihan kami adalah (4) Nasi Kandar Deen Maju di Georgetown. Tak payah drive sebab seksa nak cari parking. Grab Car adalah solution terbaik terus turun depan kedai. Kedai dibuka 2.30PM tapi datanglah awal sebab orang beratur memang panjang. Kami sampai at 3.00PM jenuh beratur. Nak makan punya pasal tabahlah berpanas. Bawa payung sekali yaaa.. Restoran Nasi Kandar Deen Maju menyediakan banyak tempat duduk jadi jangan risau. Harga pun murah berbanding di restoran-restoran lain. Di Penang memang banyak restoran nasi kandar. Bagi aku sebenarnya rasa lebih kurang sama saja tapi haruslah ada beberapa yang famous dan extra sedap seperti di Restoran Kapitan Restoran Kassim Mustapa Nasi Kandar Line Clear Nasi Kandar Kampung Melayu dan Nasi Kandar Pokok Ketapang. Kalau malam Nasi Kandar Beratur sangat famous. Ikutlah mana satu nak pergi.

 Beratur panjang tak kisah. Janji dapat makan..

 Telur sotong telur rebus dan ayam goreng. Puuurfect !!

Sebelah petangnya pula boleh cover area Teluk Bahang dan Batu Ferringhi. Kalau nak buat aktiviti-aktiviti lasak boleh ke Escape Theme Park atau enjoy bermandi-manda di Escape Water Theme Park tapi kena allocate seharian suntuk. Singgah dulu beli air (5) Border's Tea di Tanjong Tokong. Kedai kecil bertentang dengan TESCO. Border's Tea memang famous dan sedap ada beberapa lagi kedai Border's Tea sekitar kawasan utara. Yang berdekatan dengan rumah aku dah tak beroperasi jadi bila terlajak ke pulau memang aku akan beli. Puas hati minum gelas besar dan harga pun murah. Semakin banyak flavours pilihan sekarang dulu ada sikit saja. My favourite adalah Peach Yogurt. Dah dapat minuman marilah kita meronda tepi pantai. Niat di hati nak singgah ke (6) Miami Beach atau pantai yang dekat dengan (7) Spice Garden tapi sesaknya tak jadi nak berhenti. Terus lajak ke Teluk Bahang singgah beli (8) Pulut Panggang / Pulut Udang Teluk Bahang sebelum lepak tepi pantai. Kedai pulut udang terletak dekat dengan roundabout Teluk Bahang. Di Teluk Bahang juga ada (9) Toy Museum dan sangatlah menarik kalau singgah. Rasa kembali ke zaman kanak-kanak. We ended up melepak tepi pantai dalam kawasan kampung di Teluk Bahang. Usually aku bawa kawan-kawan meronda sini sebab cantik perkampungan nelayan. Tapi kalau bukan local susah sikit nak explain how to get there jadi korang pergilah pantai-pantai lain yang famous di sepanjang Batu Ferringhi.

 Peach Yogurt Border's Tea.

 Gerai kecil saja jual pulut udang sedap di Teluk Bahang.





 Khas untuk Kak Sal. Hihihi..

Nak enjoy sunset di Penang boleh pergi ke (10) Empangan Teluk Bahang selain di pantai Batu Ferringhi. Selalu lalu tapi tak pernah terlintas nak berhenti singgah. Selalu jadi port orang jogging dan cantik juga view di Empangan Teluk Bahang. Yang penting tak ada entrance fee. Dari atas boleh nampak Escape dan Escape Waterpark. Nak mandi air terjun ? Boleh ke (11) Taman Rimba Teluk Bahang. Banyak aktiviti-aktiviti menarik di Teluk Bahang dan Batu Ferringhi. Jangan lepaskan peluang untuk enjoy sepuas hati di Penang. Dah seharian meronda mesti lapar. Selain nasi kandar, Penang pun terkenal dengan restoran-restoran yang menyediakan hidangan laut yang sedap. Di Batu Ferringhi pun ada banyak tapi aku nak recommend (12) Idrus Ikan Bakar Batu Uban. Kedai ni personally kedai favourite kami sekeluarga. Tempat-tempat lain pun sedap juga seperti Nurul Ikan Bakar dan Hammer Bay. MamiZ tak mahu ikut jadi aku dan Kak Sal saja pergi makan. Bagi aku harga makanan di Idrus Ikan Bakar adalah berbaloi dan tak mahal sangat. 




We ended our trip dengan menaiki (13) Feri Penang dari Georgetown ke Butterworth. Sempat singgah di (14) Ali Nasi Lemak Daun Pisang di Sri Weld Food Court Georgetown nak merasa nasi lemak bungkus yang viral. Tapi yang tak berapa best adalah - gerai berada dalam kawasan food court gerai-gerai makanan cina. MamiZ memang dah merungut habis tapi aku sendiri baru first time nak cuba jadi tak tahu keadaan macam mana. Parking lots ada tapi hectic sangat. Limited tempat duduk jadi the best option adalah beli bungkus dan makan di tempat lain. Kalau ada tempat kosong pun tak berapa sanggup nak duduk dengan keadaan sekeliling. Menarik sebab nasi lemak dibungkus panas dan ada few pilihan lauk. Walaupun beratur panjang tapi service laju dan sedap jugalah. Selain daripada nasi lemak, ada juga cucur udang dan kuih.

Banyak juga tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan best yang berjaya kami cover dalam tempoh yang singkat. Jalan santai saja enjoy dengan perbelanjaan yang limited. Jangan risau sangat. Dengan budget yang rendah pun dah boleh berseronok sakan di Penang. Mungkin kena allocate extra money untuk makanan sebab banyak sangat untuk dicuba. Kalau tak cuba nanti teringin dan kempunan pula jadi alang-alang dah sampai kita makan. Tak ada dah alasan lagi untuk korang tak jadi datang ke Penang. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 - ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU

$
0
0
ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU

TRIP JEJU SOUTH KOREA : ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU. Alhamdulillah selesai perkongsian trip lapan hari ke Jeju. Banyak juga tempat-tempat menarik di Jeju yang kami berjaya pergi, kiranya yang wajib singgah dah checked. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan perjalanan kami selama berada di Jeju. Untuk budget, aku senaraikan yang penting saja bukan segalanya. Harga barang-barang yang dibeli dan gambaran harga souvenirs dan tambang pengangkutan semua aku dah kongsikan dalam entries lepas. Terlalu banyak kalau nak aku senaraikan jadi aku hanya pilih few things yang selalu ditanya - tambang flight dan penginapan. Idea perkongsian kali ini hanya untuk bagi gambaran saja bukan niat negatif sebaliknya. Apa yang akan aku kongsikan adalah yang bersesuaian dan telah dipersetujui oleh kelima-lima orang yang turut serta sekali ke Jeju. Tak suruh ikut bulat-bulat tak kata inilah yang terbaik dan sebagainya. Buat timbang tara dan judgement sendiri. Yang baik bolehlah korang cedok dan yang mana tak sesuai jangan ikut.


PERBELANJAAN UMUM BUDGET KE JEJU ISLAND KOREA MUSIM SEJUK

Currency Exchange
1000WON : RM3.58

Air Asia X Kuala Lumpur - Jeju - Kuala Lumpur [60KG Luggage + Seats + Meals]
= RM4929.24 / 5 = RM985.85 pax

Jeju Muslim Travel 5H 4M Ground Package [Hotel + Transportation + Entrance Fee + Meals]
= RM9600.00 / 5 = RM1920.00 pax

Takaful Etiqa Travel Insurance = RM60.19 pax

Duit ground [Hotel + Food + TMoney + Entrance Fee]
= 500 000WON / 5 = 100 000WON pax / RM358.00 pax

Pocket money [Optional : Ikutlah budget masing-masing]
= 400 000WON / 2 = 200 000WON pax / RM716.00 pax

TOTAL : RM985.85 + RM1920.00 + RM60.19 + RM358.00 + RM716.00
= RM4040.04 (plus minus)

Total perbelanjaan adalah sebanyak RM4040.04 plus minus seorang selama lapan hari. Budget mungkin bertambah atau berkurang bergantung pada 'pocket money' masing-masing. Bawa lebih maka bertambahlah belanja dan sebaliknya. Itu adalah amount yang aku bawa untuk diri aku sendiri. Aku kutip setiap seorang 100000WON (RM358.00 approx) seorang untuk digunakan sebagai perbelanjaan ground kami bersama selama 4H 3M selepas selesai tour bersama Jeju Muslim Travel. Cukup untuk bayar duit penginapan, travel expenses : TMoney, bus dan teksi, entrance fee dan juga makanan. Alhamdulillah cukup dan kami berjaya merancang perjalanan dengan baik supaya tak over budget. Untuk perbelanjaan shopping pula asing dan itu ikutlah budget masing-masing. Untuk aku dan MamiZ, kami bawa 400000WON (RM1432.00 approx) dan dari duit inilah kami beli souvenirs dan benda-benda lain yang nak dibeli. Dibawah adalah pecahan perbelanjaan kami selama lapan hari di Jeju.

Total amount : 500000WON [Perbelanjaan untuk lima orang]

Jeju Hyundai Tourist Hotel : 4H 3M
= 213000WON / 5 = 42600WON pax

TMoney Card
=2500WON x 5 = 12500WON

TMoney Top Up 
= 50000WON / 5 = 10000WON pax

Taxi Fare
= 2900WON + 3900WON + 10000WON = 16800WON

Jeongbang Waterfall Entrance Fee
= 2000WON x 5 = 10000WON

Eco Land Theme Park Entrance Fee
= 12000WON x 5 = 60000WON

Food + Yellow Café Binggrae
= 13500WON + 60000WON = 73500WON

Miscellaneous [Banana Uyu + Strawberry + Tea Coffee + Ice Cream etc]
= 6500WON + 15000WON + 13500WON + 5000WON + 5300WON
= 45300WON

TOTAL : 213000WON + 12500WON + 50000WON + 16800WON
+ 10000WON + 60000WON + 73500WON + 45300WON
= 481100WON

Bagi aku jujurnya agak berpuas hati dengan perbelanjaan kami. Shopping banyak juga dan we did not restrain ourselves kalau nak makan atau beli apa-apa. Cuma selections tempat-tempat menarik untuk diterjah kenalah tapis dan pilih yang mana sesuai dengan budget. Apa-apa pun most places yang wajib singgah di Jeju kami dah pergi dengan Jeju Muslim Travel. 

ITINERARY MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU

Selama lapan hari di Jeju, lima hari yang pertama diuruskan oleh pihak Jeju Muslim Travel dan tiga hari berikutnya kami jalan sendiri. Kami hanya ikut saja itinerary yang telah ditetapkan malas nak fikir panjang. Aku berpuas hari dengan service dari Jeju Muslim Travel. Disebabkan kami naik kereta, aku tak alert sangat soal public transportation. My observation, it is not hard to travel in Jeju dengan public transportation cuma kena rancang perjalanan dengan teliti dan allocate extra time untuk perjalanan. Aku akan kongsikan tempat-tempat yang kami pergi.


Day 1


ü Depart dari KLIA2 ke Jeju International Airport
ü Check-in Hotel [Champion Hotel]
ü Mount Halla / 1100 Road / 1100 Altitude Wetland Nature Discovery Trail - Sledding
ü Dinner

Wajib ke Hallasan kalau dah sampai ke Jeju. Aktiviti berbeza mengikut musim. Aktiviti di Hallasan ketika musim sejuk adalah sledding dan hiking mengikut trail yang ditetapkan. Kalau tak silap boleh saja nak hiking sepanjang tahun selagi laluan tak ditutup atas faktor keselamatan.


Day 2

ü Saebyeol Oreum 새별오름
ü Jeolmul Forest 제주절물자연휴양
ü Jeju Mysterious Road 
ü Jeju Dongmun Traditional Market 동문재래시장
 Jeju Jungang Underground Shopping Center 제주중앙지하상가


Waktu terbaik untuk ke Saebyeol Oreum adalah ketika musim luruh. Musim lain biasa saja permandangan. Kalau ada extra time tak terkejar-kejar bolehlah singgah because genuinely nothing much disana. Jeolmul Forest is okay just nice tapi kalau nak cepat tak perlu singgah pun tak apa. Mysterious Road pun tak adalah gempak sangat. Souvenirs yang dijual di Jeju Dongmun Traditional Market lebih murah daripada ceruk Jeju yang lain. Allocate more time untuk shopping because markets in Korea are always fun dan sekejap tak cukup nak explore.


Day 3

ü Jusangjeolli Cliff 주상절리대대포동지삿개
ü Cheonjeyeon Falls 천제연폭포
ü Ladang Hallabong Orange di Seogwipo
ü Yongmeori Coast 용머리해안
ü Osulloc Green Tea Farm Cafe
ü Innisfree House

Jusangjeolli Cliff wajib !! Kena pergi kalau dah sampai ke Jeju. Cheonjeyeon Falls for me biasa saja. There is another falls – Cheonjiyeon Falls. Nama nak sama tapi view completely different. Pengalaman ke ladang oranges yang sangat awesome. Singgahlah ladang oranges di Jeju. Since I love orchards jadi I enjoyed the visit so much. The best place ever adalah Yongmeori Coast. Cantik sangat-sangat. I think Osulloc Green Tea Farm Café dan Innisfree House kalau tak sempat pergi pun tak apa. Walaupun tersenarai dalam senarai tempat menarik wajib singgah, aku rasa biasa saja.


Day 4

ü Gimnyeong Seonsegi Beach 김녕성세기해변
ü Woljeongri Beach 월정리해수욕장
ü Seongsan Ilchulbong 성산일출봉
ü Seongeup Folk Village 성읍민속마을
ü Seopjikoji Lighthouse 섭지코지


Hari keempat aku rasa paling best walaupun mendung sepanjang hari sebab pergi tempat-tempat menarik. Semua best dan seronok. There are many beaches in Jeju dan kami pergi dua saja : Gimnyeong Seonsegi dan Woljeongri. Both are nice dan kalau kena pilh satu saja, I would recommend Woljeongri sebab lebih famous dan meriah. Kalau ada banyak masa singgahlah Gimnyeong Seonsegi juga. Air jernih menghijau rasa nak terjun mandi !! Walaupun tak minat aktiviti hiking, tapi dah sampai wajiblah kena mendaki Seongsan Ilchulbong. Slowly pun tak apa janji panjat. Seopjikoji is beautiful as well especially the coastal line yang Nampak dari atas. Superb view.. Kalau minat sejarah masukkan sekali Seongeup Folk Village.



Day 5

ü Check-out Champion Hotel
ü Yongduam Rock 용두암
ü Yongyeon Pond 용연
ü Check-in Jeju Hyundai Tourist Hotel
ü The Shilla Duty Free Jeju 신라면세점 - 제주점

Hari terakhir tour bersama Jeju Muslim Travel. Kami transfer ke hotel lain yang lebih dekat dengan Jeju International Airport. Sempat singgah Yongduam Rock dan Yongyeon Pond. Bagi aku, Yongduam Rock okay not bad sebab view cantik boleh tengok kapal terbang landing tapi Yongyeon Pond biasa saja. Kalau tak singgah pun tak apa. Hari kelima aku sikit terkilan sebab tak rancang perjalanan dengan elok. Kami ke The Shilla Duty Free Jeju konon nak shopping tapi hampeh tak seronok dan penuh dengan tourist dari China. Balik hotel melepak sampai malam tak buat apa-apa.


Day 6

ü Jeongbang Waterfall 정방폭포
ü Jeju World Cup Stadium 제주월드컵경기장
ü Yellow Cafe Binggrae
ü Play K-POP 플레이케이팝
ü Teddy Bear Museum 제주테디베어뮤지엄
ü Ripley’s Believe It or Not Museum 믿거나말거나박물관


Hari keenam kami hanya pergi tempat-tempat sepanjang laluan Bus Airport Limousine 600. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh pergi. Tambang mahal sikit sebab bus exclusive. Sekitar Jungmun ada few places yang walking distance saja tapi kena bayar entrance fee. Rasanya seharian cukup nak cover tempat-tempat menarik sepanjang laluan Airport Limousine 600. Bus pun punctual tak perlu tunggu lama boleh rely tengok Google Maps.


Day 7

ü Eco Land Theme Park Jeju 에코랜드테마파크
ü Jeju Dongmun Traditional Market 동문재래시장

Ada juga plan nak ke Udo Island tapi perjalanan sedikit jauh untuk MamiZ dan MNgah. Akhirnya kami pilih ke Eco Land Theme Park saja. Menarik juga untuk pencinta alam sekitar. Tapi bila pergi musim sejuk banyak yang kering mungkin sesuai pergi musim lain. Sekali lagi ke Jeju Dongmun Traditional Market untuk borong barang-barang nak dibawa pulang. Before balik sesuailah beli oranges dan strawberry pack nicely dan masuk dalam luggage.


Day 8

ü Check-out Jeju Hyundai Tourist Hotel
ü Jeju International Airport

Hari terakhir memang terus saja check-out dan gerak ke Jeju International Airport naik teksi saja sebab hotel dekat. Departure Hall sangat bosan tak ada benda yang menarik jadi kalau sampai awal mungkin boleh meronda sekitar airport dulu before masuk ke boarding hall. Airport ada 4 Level dan ada Lotteria boleh makan Shrimp Burger. Souvenirs di airport berganda-ganda mahal jadi jangan membazir. Prayer hall juga disediakan bolehlah perform solat before boarding.



Alhamdulillah selesai satu siri yang lama terperam. Lama betul ambil mana nak siapkan tapi yes !! Dah berjaya siapkan. Penuh pengalaman suka duka dan penuh makna. Rasanya semua dah dikongsikan yang mana patut. Mana baik rasa korang rasa sesuai boleh jadikan panduan. Yang tak okay tak sesuai buang jauh. After all, it is your journey jadi rancanglah rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin supaya berbaloi setiap langkah menapak dan setiap sen yang telah dibelanjakan. Tak ada istilah trip aku terbaik trip aku terhebat dan trip aku yang paling betul. Semuanya kena tepuk dada tanya selera minat kita semua tak sama. Any confusion atau soalan boleh terus email dan insyallah akan cuba dibantu secepat mungkin mana termampu.  It is a big world out there lets go and explore. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

PETIK BUAH DI AUSTRALIA : SENARAI LADANG DAN SENARAI BUAH-BUAHAN DI AUSTRALIA MENGIKUT MUSIM

$
0
0
PETIK BUAH DI AUSTRALIA : SENARAI LADANG DAN SENARAI BUAH-BUAHAN DI AUSTRALIA MENGIKUT MUSIM. Ramai antara kita berkongsi minat yang sama dengan aku - suka sangat petik buah di negara orang. Kalau berkesempatan ke ladang buah-buahan mesti aku nak singgah, especially di Australia. Seronok petik buah-buahan yang tak tumbuh di Malaysia dan seakan-akan therapy untuk jiwa. Di Australia, even locals pun suka buat aktiviti fruit picking bersama ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan. Tiga kali ke Australia dua kali berkesempatan ke ladang buah-buahan. It is very important for all of us to know kitaran musim buah-buahan di Australia sekiranya berminat nak petik buah disana. Petik buah secara santai ya.. Bukan yang duduk sana berbulan-bulan tak balik. Jarang yang bertanya tapi pernah juga dapat email mengenai ladang buah-buahan yang aku dah pergi. Aku nak kongsikan serba sedikit  information yang ada dalam simpanan for these past few years yang aku cari simpan notes dan peram untuk rujukan diri sendiri dengan korang semua. Ini adalah hasil pencarian yang aku buat mungkin juga information yang diberikan ada ralat dan salah here and there. Untuk kepastian, sila buat research sendiri. Aku harap dapat mendatangkan manfaat, especially for those yang nak merasai pengalaman petik buah atau fruit picking di Australia.

AUSTRALIAN STATES & TERRITORIES | NEGERI-NEGERI DI AUSTRALIA

Australia ni negaranya besar nak cover semua dalam masa yang singkat memang tak mampu. All together ada  lapan negeri dan territory : Queensland, New South Wales, Victoria, Tasmania, South Australia, Western Australia, Northen Territory dan Australian Capital Territory. Disetiap negeri seperti biasalah ada pecahan daerah ataupun region. Territory ni kalau tak silap aku lebih kurang macam 'Persekutuan' di Malaysia. Walaupun mengalami empat musim, suhunya berbeza-beza. Winter di Western Australia tak sesejuk di New South Wales dan sebaliknya. Makin ke utara selalunya makin panas. Australia terletak di 'The Southern Hemisphere' jadi musim di negara-negara disana bertentang dengan musim negara-negara yang terletak di 'The Northern Hemisphere'. Australia adalah negara empat musim : Musim Panas (Summer), Musim Bunga (Spring), Musim Luruh (Autumn) dan Musim Sejuk (Winter). Bila dah bincang mengenai musim yang berbeza-beza, hasil tanaman tempatan juga berbeza mengikut suhu dan perubahan climate. Bentuk muka bumi juga dengan kesesuaian hasil tanaman. Ada kawasan yang kering kontang padang pasir dan gunung ganang jadi bukanlah keseluruhan negara sesuai nak bercucuk tanam. Jadi semua inilah antara aspects yang kena tahu. Rasa macam dah jadi 'Cikgu Geography' pula.

Related image
https://www.australias.guide/maps/

Queensland & Regions
Brisbane
Gold Coast
Sunshine Coast
Fraser Coast
Bundaberg
Gladstone
Capricon
Mackay
Whitsunday
Townsville
Cape York
Gulf Savannah
Cairns & Tablelands
Outback Queensland
Southern Queensland Country

New South Wales & Regions
Sydney
Central Coast
Hunter
South Coast
Blue Mountains
Snowy Mountains
North Coast
Country New South Wales
Outback New South Wales

Victoria & Regions
Melbourne
Great Ocean Road
Phillip Island
The Goldfields
The Murray
Gippsland
High Country
Daylesford & Macedon Ranges
Yarra Valley & Dandenongs
Geelong & Bellarine
Mornington Peninsula
The Grampians

Tasmania & Regions
Hobart
Freycinet
Midlands
Tasman & SE
Derwent Valley
Flinders Island
Huon and The South
Devonport & Cradle Mountain
Stanley & North West
King Island
West Coast
Launceston & Tamar Valley
St Helens & North East

South Australia & Regions
Adelaide
Adelaide Hills
Barossa
Kangaroo Island
Fleurieu Peninsula
Clare Valley
Yorke Peninsula
Eyre Peninsula
Flinders Ranges & Outback
Limestone Coast
Murraylands
Riverland

Western Australia & Regions
Perth
Australia Coral’s Coast
Margaret River & South West
Broome & North West
Australia’s Golden Outback

Northern Territory & Regions
Darwin
Arnhem Land
Central Desert
Alice Springs & Surrounds
Katherine & Surrounds
Tennant Creek

Australian Capital Territory
Canberra

BUAH-BUAHAN DI AUSTRALIA MENGIKUT MUSIM | SEASONAL FRUITS IN AUSTRALIA

Dah tahu negeri-negeri dan regions, mari kita tengok pula senarai buah-buahan yang ada di Australia mengikut musim. Ini adalah senarai secara general untuk keseluruhan negara Australia, untuk pecahan setiap negeri berlainan kerana suhu dan bentuk muka bumi yang berbeza memainkan peranan. Aku senaraikan beberapa jenis buah-buahan yang selalunya orang suka pergi petik di ladang. Kalau nak senaraikan semua memang panjang berjela jadinya. Aku kongsikan yang umum saja untuk rujukan. Kalau berminat boleh buat bacaan lanjut sendiri.

Musim Bunga (Spring)
September / October / November
Musim Panas (Summer)
December / January / February

Apples (QLD / SA / TAS)
Cherries (NSW)
Peaches (NSW / QLD)
Strawberries (NSW / VIC / QLD / WA / SA)
Kiwi (QLD)
Mangoes (QLD / WA)
Nectarines (NSW / QLD / WA)
Pears (QLD / SA / TAS)
Plums (NSW)



Apples (QLD / WA)
Cherries (Australia)
Grapes (Australia)
Peaches (Australia)
Strawberries (Australia)
Kiwi (QLD)
Mangoes (QLD / WA)
Nectarines (Australia)
Pears (VIC / QLD)
Lychees (QLD)
Plums (Australia)

Musim Luruh (Autumn)
March / April / May
Musim Sejuk (Winter)
June / July / August

Apples (Australia)
Grapes (Australia)
Peaches (Australia)
Strawberries (NSW / VIC / QLD / SA / TAS)
Kiwi (Australia)
Nectarines (Australia)
Pears (Australia)
Plums (Australia)
Persimmons (Australia)


Apples (VIC / QLD / WA / SA / TAS)
Strawberries (QLD)
Kiwi (Australia)
Pears (VIC / QLD / SA / TAS)
Persimmons (QLD / SA)



Queensland
Spring
Summer
Autumn
Winter
Red Apples
Red Apples
Red Apples
Red Apples
Green Apples
Green Apples
Green Apples
Green Apples
Grapefruits
Grapefruits
Grapefruits
Grapefruits
Guava
Guava
Guava
Guava
Honeydew
Honeydew
Honeydew
Honeydew
Kiwi
Kiwi
Kiwi
Kiwi
Oranges
Oranges
Oranges
Oranges
Passionfruits
Passionfruits
Passionfruits
Passionfruits
Pears
Pears
Pears
Pears
Pomegranate
Pomegranate
Pomegranate
Pomegranate
Rockmelons
Rockmelons
Rockmelons
Rockmelons
Strawberries
Strawberries
Strawberries
Strawberries
Blueberries
Blueberries
Blueberries

Nectarines
Nectarines
Nectarines

Raspberries
Raspberries
Raspberries

Mandarins

Mandarins
Mandarins
Green Grapes
Green Grapes


Mangoes
Mangoes


Peaches
Peaches



Plums
Plums


Cherries

Cherries


Persimmons
Persimmons

Blackberries



Red Grapes



Lychees




Western
Australia
Spring
Summer
Autumn
Winter

Apples
Apples
Apples
Passionfruits
Passionfruits
Passionfruits

Mandarins

Mandarins
Mandarins
Nectarines
Nectarines


Mangoes
Mangoes


Strawberries
Strawberries


Honeydew


Honeydew

Grapes
Grapes


Rockmelon
Rockmelon



Nashi Pear
Nashi Pear


Kiwi
Kiwi
Berries



Oranges




Apricot



Cherries



Peaches



Plums




Pears




Grapefruits



Navel Oranges


New
South Wales
Spring
Summer
Autumn
Winter
Strawberries
Strawberries
Strawberries

Nectarines
Nectarines


Peaches
Peaches


Plums
Plums


Mandarins


Mandarines
Oranges


Oranges
Cherries




Berries
Berries


Apricots




Kiwi



Pears



South
Australia
Spring
Summer
Autumn
Winter
Strawberries
Strawberries
Strawberries

Apples

Apples
Apples
Mandarins

Mandarins
Mandarins
Pears

Pears
Pears
Tangerines


Tangerines

Blackberries
Blackberries


Raspberries
Raspberries


Plums
Plums


Rockmelon
Rockmelon


Honeydew
Honeydew



Persimmons
Persimmons

Apricot



Cherries



Peaches




Grapes



Oranges



Pomegranates




Navel Oranges


Victoria
Spring
Summer
Autumn
Winter
Strawberries
Strawberries
Strawberries

Mandarins

Mandarins
Mandarins

Pears
Pears
Pears
Berries
Berries



Grapes
Grapes


Melons
Melons


Valencia Oranges
Valencia Oranges



Apples
Apples

Apricots



Cherries



Peaches



Plums





Kiwi



Navel Oranges


Tasmania
Spring
Summer
Autumn
Winter
Apples

Apples
Apples
Pears

Pears
Pears

Blackberries
Blackberries


Plums
Plums


Raspberries
Raspberries


Strawberries
Strawberries


Nectarines
Nectarines


Apricots



Cherries



Peaches




Senarai yang ringkas dan senarai yang sedikit panjang. Pilihlah mana-mana buat rujukan jika perlu. Rasanya dah cukup senarai buah-buahan di Australia yang selalu menjadi pilihan ramai. Kalau kita tengok pada jadual yang aku dah buat, banyak taburan buah-buahan ada di Queensland dan yang paling menarik, banyak jenis yang ada sepanjang tahun. Jadi pergi musim apa pun tak jadi masalah. Aku ke Melbourne Victoria pada Musim Bunga (Spring / September) dan langsung tak tahu menahu mengenai seasonal fruits in Australia. Pergi ke ladang yang ada hanyalah buah-buahan citrus - lemons dan oranges. Kalau di ladang lain ada strawberries. Di Donnybrook Western Australia pula kami berkesempatan petik apples pada Musim Sejuk (Winter / June). Jadi, kalau korang berminat rancang perjalanan betul-betul supaya tak terlepas musim buah-buahan yang sepatutnya. 

SENARAI LADANG-LADANG BUAH-BUAHAN DI AUSTRALIA

I've noticed few things, walaupun dalam satu-satu musim ada banyak jenis buah-buahan, tak semua buah ada di satu-satu ladang buah-buahan yang kita rancang nak pergi. Mungkin di Ladang A hanya ada strawberries dan plums tapi tak ada cherries. Di Ladang B pula ada cherries saja tapi tak ada buah-buahan lain. Pihak ladang juga mungkin tak terima kunjungan pelancong-pelancong yang datang nak experience pengalaman memetik buah. Kita boleh hantar email atau hantar personal message di Facebook Page untuk tanya apa-apa yang kita nak tahulah untuk kepastian. Here comes another important aspect yang kita kena tahu, senarai ladang-ladang buah-buahan yang ada di Australia. Aku adalah sikit simpan list hasil pencarian jadi aku nak kongsikan dengan korang pula. Apa-apa pun, information yang aku share mungkin tak tepat dan untuk kepastian silalah buat rujukan dan research terperinci sendiri.

Queensland
Western Australia
Victoria
New South Wales
South Australia

Tasmania
Northern Territory

Australian Capital Territory

Senarai ladang buah-buahan di Australia akan bertambah dari masa ke semasa. Tak adalah hari-hari kerja aku buat research pasal ladang buat kat sana. Kadang-kadang bila ada free time tak tahu nak baca apa online barulah rajin mencari maklumat. Aku tak pasti websites dan links yang aku share masih active atau tak. Yang mana aku jumpa aku senaraikan. Kena check sendiri. Selalunya ladang buah-buahan disana rajin saja update news di Facebook Pages. Jalan terbaik adalah selalu check dan terus saja personal message atau email untuk mendapatkan kepastian. One thing for sure, it is so much fun dapat pergi sana nak rasai sendiri pengalaman memetik buah. Jadi !! Selamat memetik buah dan happy travelling.

Apples picking at Spring Valley Orchard
Donnybrook Western Australia

http://seasonalfoodguide.com/
http://www.pickyourown.org/australiavic.htm
http://ganachepatisserie.com.au/a-guide-to-the-seasonal-fruits-in-australia/

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

GIVEAWAY : LET'S BE BEAUTIFUL BY ANA SUHANA

$
0
0
GIVEAWAY : LET'S BE BEAUTIFUL BY ANA SUHANA

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Mari join beramai-ramai. Syarat-syarat penyertaan yang sangat mudah.

SOTONG GORENG TEPUNG SEDAP DAN RANGUP

$
0
0
SOTONG GORENG TEPUNG SEDAP DAN RANGUP


Selalu order di kedai seafood kadang-kadang dapat sedap kadang-kadang dapat versi cekodok tepung dalam ada sotong. Macam-macam. Dua tiga kali cuba goreng sendiri mungkin teknik salah tak cantik dan rangup. Pernah tepung tertanggal tinggal sotong togel tak ada sarung. Tapi sendiri yang nak makan tak kisah sangatlah. Aku selalu tengok Maangchi masak di Youtube. Satu hari dia kongsikan recipe ayam goreng tepung bersira. Tengok cara lebih kurang sama macam cara-cara nak buat sotong goreng tepung. Tapi kenapa ayam goreng jadi lawa elok crunchy. Ulang dua kali baru aku faham, Maangchi guna teknik double-frying. It is normal sebenarnya kalau nak goreng apa-apa nak kasi crunchy kita goreng dua kali. Sumpah baru tahu maklumlah 'rajin' masuk dapur. Kakak-kakak dan makcik-makcik yang pandai masak jangan kecam !! Baru belajar dan baru mencuba ni.. 

Akhirnya menjadi cantik elok sotong goreng tepung setelah beberapa kali mencuba. Potong sotong jangan kecil sangat sebab nanti mengecut. Nak goreng seekor terus pun boleh. Lumur dengan telur kemudian golek dalam tepung kemudian goreng. Aku guna Tepung Bestari. Oh !! Jangan tuang tepung dalam telur yang nak dilumur nanti jadi cekodok sotong. Tepung kena kering sebelum digoreng baru rangup. Sekejap saja dua tiga minit untuk gorengan pertama. Angkat dan tos kasi rehat seminit dua sampai minyak kering sikit. Get ready untuk gorengan kali kedua pula. Dah tos dan kering minyak jom goreng sekali lagi sampai garing. Agak-agaklah bila nak angkat. Tos sekali lagi dan sedia untuk dihidang.

Maka jadilah sotong goreng tepung cantik comel dan sedap seperti diatas.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SENARAI TEMPAT MAKAN SEDAP DI IPOH DAN SERI ISKANDAR PERAK

$
0
0
SENARAI TEMPAT MAKAN SEDAP DI IPOH DAN SERI ISKANDAR PERAK. Ini adalah entry senarai kompilasi senarai tempat makan yang sedap sekitar Ipoh dan Seri Iskandar. Insyallah makanan di tempat-tempat yang disenaraikan dalam entry ini adalah sedap belaka. Aku dah pergi makan sendiri yang mana sedap aku recommend. Tapi kalau korang pergi tak kena dengan tekak jangan marah aku pula ya.. Selera masing-masing tak sama. Aku sertakan juga link terus ke Google Maps senang korang nak cari lokasi. Senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa. 

Mastergrill Family Western Seri Iskandar

Double A Steamboat & Grill Seri Iskandar

D Sepit Biru Shell Out Seri Iskandar


SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SEGMEN BLOGLIST OCT & NOV '18 BY ZZZYY.BLOGSPOT.COM

$
0
0
SEGMEN BLOGLIST OCT & NOV '18 BY ZZZYY.BLOGSPOT.COM


Jom ramai-ramai join memeriahkan segmen.

SEGMEN BLOGLIST RASA DAN TIPS OKTOBER - DISEMBER 2018

$
0
0
SEGMEN BLOGLIST RASA DAN TIPS OKTOBER - DISEMBER 2018

20180922_161319

Kita sukaaa segmen yang simple sangat macam ni !! Jom join ramai-ramai.

2 HARI 1 MALAM KE PULAU PERHENTIAN TERENGGANU BERSAMA PERHENTIAN MJ

$
0
0
2 HARI 1 MALAM KE PULAU PERHENTIAN TERENGGANU BERSAMA PERHENTIAN MJ. Niat asal adalah untuk ke Pulau Redang tapi fully booked. Option kedua adalah Pulau Perhentian. Aku dan MamiZ went to Pulau Perhentian hanya untuk dua hari satu malam saja dengan package dari Perhentian MJ. Aku tengok reviews semua okay dan positif jadi terus message tanya ada kalau masih ada slot yang kosong. Harga package dari Perhentian MJ pun sangat berbaloi dan murah. Antara perkhidmatan service di Pulau Perhentian yang bagus. Penginapan dan makan inclusive jadi tak perlu nak arrange lain. Package 3Hari 2Malam dah penuh. Yang tinggal hanyalah package untuk trip 2Hari 1Malam saja. Ini memang last minute punya perancangan jadi tak adalah ralat sangat kalau ke Pulau Perhentian pun penuh. Orang rancang lebih awal kami tembak saja kalau ada rezeki mengena. 

DAY 1 - Taman Laut Pulau Perhentian
Dari Kuala Berang kami gerak ke Jeti Kuala Besut. Kereta boleh tinggal di tempat yang pihak Perhentian MJ dah tetapkan. Insyallah selamat diawasi setiap masa. Disambut baik oleh PIC yang dah janji nak jumpa pukul 11:00AM. Sepatutnya dah boleh gerak tapi kena tunggu satu group yang masih belum sampai. Lama juga tunggu sebab kami sampai awal around 10:30AM ended up pukul 12:15PM baru gerak. Kami tak tahu kena tunggu another group, PIC menghilangkan diri did not tell us the real situation jadi tertanya-tanya. Orang lain datang kemudian selamat tujuh lapan trip naik boat. MamiZ memang merungut tak puas hati. Layaklah sebab lama sangat kami terpaksa tunggu. Sedih jugalah sebab macam terbiar begitu saja tanpa arah clueless tak tahu apa jadi. At least inform daripada biarkan orang lain tertunggu-tunggu. Sepanjang trip ke Pulau Perhentian dengan Perhentian MJ, ini sajalah isu yang aku kurang berpuas hati. Yang lain semua okay dan memuaskan. Part paling irony adalah, salah seorang dari ahli rombongan group yang lambat tu adalah kawan aku di universiti, Iqa dan kami sebenarnya rapat jugalah. What a small world boleh jumpa atas boat nak ke Pulau Perhentian.



Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Demam perang bendera parti masing-masing.


Kami menginap di Hotel Perhentian MJ, sama nama rasanya dengan package yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. Sampai saja terus ke hotel Perhentian MJ. Bangunan tak jauh dari jeti memang dekat. Kami dah selesaikan bayaran sebelum pergi tak perlu bayar apa-apa lagi kecuali bayaran sewa set snorkeling dan life jacket RM10.00 untuk seorang, boleh digunakan sepanjang berada di Pulau Perhentian. Set snorkeling yang dicuci bersih dan life jacket masih nampak baru. Briefing sikit tentang itinerary masing-masing. Itinerary aku dan geng Iqa tak sama. Diorang akan ke Taman Laut Pulau Perhentian while aku dan MamiZ akan snorkeling di lima points - Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point dan Lata Air Berani. Tapi entahlah kenapa rasa nak ikut geng Iqa dan kawan-kawan jadi kami minta tukar itinerary supaya jadi sama dengan geng Iqa. Disebabkan diorang kesana selama 3Hari 2Malam, diorang ada extra day jadi kami kena korbankan sikit itinerary kami supaya boleh jadi sama. Itinerary ke Long Beach dan hiking ke Kincir Angin terpaksa dibatalkan. Tak cukup masa. Okay saja ada rezeki pergi lagi.

Selesai lunch dan solat, naik ke bilik masing-masing dan rehat. Turun semula at 03:00PM untuk ke Taman Laut Pulau Perhentian. Dekat saja dengan Pulau Perhentian Kecil tapi air laut bergelora teruk seram juga. Kami ditinggalkan di Taman Laut Pulau Perhentian dan pukul 05:00PM boatman akan datang semula ambil kami. Ramai juga tourists dari negara lain. That day, ramai orang putih tengah snorkeling dan berenang. Kami ditegur oleh seorang local (rasanya dia life guard) yang memang duduk saja melepak bawah pokok. Katanya jangan ke sebelah kanan pantai sebab ramai tourists disana. Orang Malaysia boleh snorkeling di belah kiri saja. Aaaik !! Dah kenapa pula jadi macam tu.. Dia cakap orang putih tak suka attitude orang Malaysia bila pergi pantai snorkeling. Bising dan meriah semacam. Diorang pula nak enjoy tengok corals dengan tenang tak nak diganggu. Wah !! Diva perangai tak sedar diri ada di negara orang. Kami ignored alasan tak boleh diterima. Geng Iqa pergi juga jalan sampai ke hujung. Memang dipandang dan dijeling tapi lantaklah. Tak ada pula ditulis larangan secara official. Kesian Malaysians.. Di negara sendiri dianak tirikan.

Cover sikit muka tak make up.



 MamiZ pun snorkeling juga di tepian pantai. Adalah lima enam ekor ikan.

Hahaha nak buat circle tapi tak cukup orang.

Bahagian sebelah sana lepas jeti yang kami tak boleh pergi. Duh !!



Dah jadi geng. Hihihi..

Overall aku rasa kawasan di Taman Laut Pulau Perhentian biasa saja. Taman Laut Pulat Tioman lagi cantik dan seronok. Mungkin di kawasan yang ramai orang putih sana lebih menarik. Ombak sangat kuat rasa pening nak muntah berendam asyik terhuyung hayang. Belum pukul 05:00PM boatman dah sampai katanya kena balik lebih awal sebab hari nak hujan. Boat tak dapat nak bawa kami semua kena dua trip. Memang bergelora sungguh air laut bukan main-main. Tak boleh laju slowly boatman bawa boat. Bila dah sampai di Pulau Perhentian Kecil tak boleh turunkan kami di jeti. Memang ombak tinggi dan besar. Kami turun di tepi pantai itu pun tiga empat kali percubaan baru dapat sampai ke tepi pantai. Langit tak gelap tapi angin kencang. Seramnya !! Syukur dah selamat sampai. Kami mandi solat dan dinner. Disebabkan kami hanya tidur satu malam saja, that night kami dapat set BBQ for dinner. Inclusive sekali dalam package bersama Perhentian MJ.

DAY 2 - Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point dan Lata Air Berani
Breakfast yang sedap disediakan oleh pihak Hotel Perhentian MJ. Makan banyak sebab seharian nak guna tenaga pergi snorkeling here and there. Sepatutnya aku dan MamiZ kena naik boat ke Jeti Besut at 02:00PM tapi kami dah tukar itinerary, kami akan gerak ke Jeti Besut pukul 04:30PM. Extra hours sebab nak pergi snorkeling. Siap sedia dengan snorkeling set dan life jacket. Jomlah !!

Schools of fish !!





Sepanjang trip snorkeling, aku paling suka destinasi kami yang pertama - Blue Lagoon. Kalau kena duduk situ seharian suntuk pun tak apa. Geram tengok ikan-ikan semua manja. Air laut pula sangatlah bersih dan jernih. Memang puas hati sangat. Bawalah bekalan roti boleh bagi ikan-ikan makan. Kami tak tahu takut pun iyaa manalah tahu protected species tapi ada yang murah hati kongsi dengan kami. Serious seronok !! Kami diberikan lebih kurang 45 minit saja untuk snorkeling di Blue Lagoon sebelum bergerak ke next point. Di Blue Lagoon saja ada kawasan pantai boleh nak jejak tanah di lokasi-lokasi seterusnya semua tengah laut. For those yang nak biasakan diri terapung menggunakan life jacket, disinilah tempatnya.

















Tak puas !! Nak berlama-lama lagi di Blue Lagoon tapi tak boleh. Kena gerak ke point seterusnya.  Kami ke Turtle Point dan Coral Garden. Sadly, aku tak ada keberanian nak turun langsung dari boat walaupun aku tahu berenang. They will drop you off di tengah laut sebab disitulah kawasannya nak tengok penyu. Ada dalam lima enam ekor that day dan seekor besar (lebih kurang besar meja tulis disekolah) timbul di permukaan. Dapat jugalah menjerit-jerit tengok dari atas. Ramai orang dan rasa teruja nak terjun sekali tapi entahlah. Tiba-tiba rasa tak sedap hati dan bila tengok air laut yang dalam rasa takut. Tak pernah ada perasaan macam tu selama aku pergi pulau atau berenang. MamiZ memang tak akan turun. Di Semporna last time, tour guide kami sangat prihatin jadi dia yang jaga kawal keselamatan kami especially MamiZ di tengah laut. Di Pulau Perhentian, pandai-pandailah sendiri. Aku decided untuk ikut kata hati dan tak terjun kedalam laut.

Sama juga di Coral Garden dan Shark Point. Shark Point memang dari awal aku niat tak mahu turun tapi tak sangka pula semua points aku tak turun. Haaaih hati !! Kenapalah berdegup kencang sangat that day tak tahulah. Seronok tengok kawan-kawan berenang enjoying their snorkeling trip. Aku dan MamiZ duduk sajalah melepak atas boat. Terhuyung hayang dipukul ombak. First time juga merasa motion sickness naik boat. Sumpah sebelum ni tak adanya pening kepala dan loya kalau naik boat. Ingatkan aku seorang saja, ada seorang lagi ahli rombongan yang dah berpaut di tiang boat kepeningan. Kesian dia memang nampak sangat lembik sambil pejam mata dia pegang tiang. Sudahnya kedua-dua kami terpaksa mencemarkan air laut. Dia lagi banyaklah lagi kronik dari aku. Syukur MamiZ bawa minyak angin. Pakat mengurut kepala masing-masing atas boat sementara tunggu yang lain-lain. Nothing worked out well for me that day in Perhentian.

Turtle Point. Boat akan turunkan kita di tengah-tengah (kawasan yang ramai orang tu) kemudian boat akan tunggu jauh sikit. Nak gerak ke next destination kenalah berenang ke boat.

Turtle Point. Cantik air laut jernih membiru.

Corals Garden. Lantai laut gelap penuh corals. Tetap takut nak turun.. Sedih !!




Di Shark Point.


Kelakar di Shark Point. Semangat semua nak turun bila shark datang dekat pakat lari balik ke boat. Mula-mula di dasar saja bila boatman turun terjun sekali bawa ikan fresh dipotong-potong terus shark datang dekat dengan diorang. Panic !! Nampak kecil dari jauh bila dah depan mata terkedu. Aku memang buat keputusan yang bijak. Tak payah turun dasar penakut nak buat macam mana. 

Kemudian kami ke Lata Air Berani singgah sekejap saja patah balik ke Pulau Perhentian Kecil. Aku dan MamiZ kena kemas barang sebab dah kena check-out. Ada dua jam lagi before boatman datang ambil kami jadi sempat nak tidur sekejap. Boleh guna bilik hotel sampai waktu check-out. Said goodbye siap-siap dengan kawan-kawan. Diorang akan ke Long Beach dan Kincir Angin pula. Tak apalah tak ke Kincir Angin pun sebab aku bukan minat sangat memanjat dan hiking. MamiZ mesti tak mahu punya ikut tak seronok pula kalau aku saja yang pergi. Overall, it was a nice stay in Pulau Perhentian. Package yang ditawarkan oleh Perhentian MJ adalah sangat berbaloi dan service juga tak mengecewakan. Definitely aku akan recommend kalau ada yang bertanya. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DFO PERTH DI WESTERN AUSTRALIA KINI DIBUKA

$
0
0
DIRECT FACTORY OUTLET (DFO) PERTH YANG BARU KINI DIBUKA



Lokasi DFO Perth.

Seronoklah siapa yang nak ke Perth dan Western Austalia boleh shopping sakan di Direct Factory Outler (DFO) Perth yang baru saja dibuka. Selain Watertown Brand Outlet, Belmont Forum dan Lakeside Joondalup, bolehlah terjah DFO Perth. Dekat dengan Perth International Airport jadi last minute shopping pun seronok juga kan.. Sambar mana-mana yang berkenan dihati. Walaupun dekat dengan airport, those yang di CBD pun senang nak access. Boleh naik bus Route 935 dari Perth CBD to Perth International Airport kemudian naik shuttle. Parking berbayar dan harganya boleh tahan jugalah. Tak pasti sama ada boleh bayar cash atau perlu guna card. Kalau di Watertown Brand Outlet boleh guna coins dan notes. Dibuka setiap hari dari 10:00AM - 06:00PM jadi rancanglah perjalanan korang semua baik-baik.

PARKING RATE DI DFO PERTH

0.0 – 0.5 Hours
FREE
0.5 – 1.0 Hours
$2.00
1.0 – 2.0 Hours
$3.00
2.0 – 3.0 Hours
$5.00
3.0 – 4.0 Hours
$10.00
0.4 – 0.5 Hours
$20.00
0.5 – 0.6 Hours
$30.00
0.6 – 0.7 Hours
$40.00

ALL STORES DI DFO PERTH

A
Adairs
Adore Home Living
AFL Store
Aquila
Ally Fashion
Anatolya Fine Turkish
B
Bags To Go
Baku
Bed Bath N’ Table
Ben Sherman
True Alliance
Brand Outlet
Bendon Lingerie Outlet
Bonds Outlet
Boost Juice
Bras N’ Things
Bright Eyes
Brooks
C

Calvin Klein
Catalog
Chinese Canton
City Beach Australia
City Chic
Coach
Colette
Connor
Converse Authentic
Cosmetics
Company
Cotton On
Cotton On Kids
D
Decjuba
Diesel

E
Ecco Shoes
Ed Harry
Menswear
Escape 2 Travel
& Outdoor
F
Florentine Eyewear
Forcast
Fossil
Furla
Famous
Footwear
Fila
G
Gazman
Guess
H

Haymarket
Healthy Choice
House
Hugo Boss
I

I Car
Wash
J
Jerico
Jim Kidd Sports
Johnny Bigg
K
Kate Spade
L
Lacoste
Levis Outlet
Store
Lindt Outlet

Lorna Jane
M
M.J. Bale
Macchinetta
Macpac
Mad Mex
Matchbox
Michael Hill
Mimco

Miyu Japan

Mumbai Rocks
My UGG
N
Nautica
New Balance
Novo Shoes
O
Ollie’s Place
Oroton

Oshkosh /
Carters
Oxford
P
Paul Carroll
Platypus Shoes
Politix
Polo
Ralph Lauren
Ptc Mobile Phone
Accessories
Puma
Q
R
Review
Rip Curl
Roadhouse
Rockmans &
W Lane
Rodd & Gunn
Royal Doulton
Outlet
RSEA Safety
Run Out by the
Athlete’s Foot
S
Sandler
Shaver Shop
Sheridan Factory
Outlet
Shoe
Warehouse
Simone
Perele
Skechers
Stafford
Ellinson
Strandbags
Subway
Sunglass
Hut
Sunseeker

Superdry
Surf Dive & Ski
Sushi Sushi
T
Tarocash
The Academy Brand
The North
Face
Tommy
Hilfiger
Tony
Barlow
Transit

U
Under
Armour
Universal
Store
Utopia
V
Valleygirl
Van Heusen
Vans
Villains

Volcom
W
X

Y
YD
Z
Zushi Bento



Menarik juga semua stores yang ada. Masih baru jadi ada banyak lagi yang kosong. Yang disenaraikan setakat October 2018 memang dah beroperasi. No halal food dan tak pasti juga tentang Prayer Room. Tibai solat dalam bilik salin baju. Hihihi.. Siap sale sana sini katanya sempena opening. Tapi sayang tak ada Pandora dan Smiggles jadi rasanya di Belmont Forum macam lagi menarik nak shopping stores banyak pilihan. Iyaaalah ini DFO jadi barang-barang pun yang high end. Boleh terus rujuk SINIwebsite rasmi. Sebelum pergi boleh check dulu stores mana ada sale senang nak terus terkam. Those yang dah pergi marilah kongsi macam mana keadaan di DFO Perth. Setakat ni, aku vote DFO di Melbourne paling best. Happy shopping and travelling semua !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DI KALA SATU SENJA

NASI LEMAK KUNING SEDAP DI PARIT BUNTAR

$
0
0
Antara menu kegemaran kami sekeluarga di hujung minggu. Hari-hari biasa pun buka juga. Lokasi yang lebih dikenali kepada locals jadi mari sini aku nak kongsikan dengan korang semua. Benda baik jangan simpan seorang diri. Nasi Lemak Kuning Pekan Lama ni dah lama beroperasi dan memang famous bagi penduduk Nibong Tebal dan Parit Buntar. Boleh masuk senarai hidangan sedap wajib cuba sekiranya dah terlajak sampai ke Parit Buntar. Simple saja hidangan yang disediakan tapi sedap. Nasi lemak kuning bersama telur dan sambal. Ada juga beberapa pilihan lauk pauk yang lain.


Nasi lemak kuning bersama daging masak kicap dan hati ayam goreng.

Nasi lemak kuning bersama sambal dan ayam goreng.

Silalah singgah. Tak sedap aku tak recommend. Kena pergi awal supaya lauk pauk masih banyak tak adalah nanti tinggal kuah. Kedainya kecil saja kedai pekan lama tapi just nice kemas dan bersih.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : WESTERN AUSTRALIA TRAVELOGUE VIDEO

$
0
0
PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : WESTERN AUSTRALIA TRAVELOGUE VIDEO. Alhamdulillah setiap hari ada saja keywords carian mengenai entries Perth Western Australia yang membawa pembaca ke sini, blog aku yang tak seberapa. Kadang-kadang tengok ada yang cari tentang road trip, makanan halal dan paling famous adalah periuk pinggan mangkuk Corelle. Seronok jugalah rasa bila tengok ada jejak-jejak pembaca sekurang-kurangnya aku tahu jugalah ada orang juga yang baca hasil bebelan aku. Walaupun entries yang dikongsikan adalah entries tahun 2016 yang lalu. Harap-harapnya dengan apa yang aku kongsikan dapat membantu sikit sebanyak pencarian kawan-kawan yang merancang untuk ke Perth Western Australia. Yang baik dikutip yang tak berkenan letak tepi jangan diikut. Sebenarnya ada beberapa videos yang dah aku edit dan uploaded on my SITIYANGMENAIP Youtube Channel diSINI, tapi saja jugalah nak senaraikan dan kongsi disini. Saja nak mengada.. Disini aku kongsikan videos sepanjang beberapa hari di Western Australia pada tahun 2016 ketika musim sejuk bersama dengan related entries untuk rujukan.







Untuk rujukan penuh itinerary dan perbelanjaan sepanjang tujuh hari di Perth Western Australia boleh rujuk SINI. Seronok buat videos ni jadi apa salahnya kongsi dengan kawan-kawan semua. The best one aku rasa adalah video petik buah apples !! Subhanallah tak dapat lupa pengalaman mahal diberi kesempatan memetik buah apples di Australia. Video di Albany pun seronok juga sebab teringat-ingat kecantikan langit dan pantai disana. Kalau ada kesempatan dan rezeki boleh plan rancang untuk travel kesana. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SILENCE SPEAKS IT ALL

$
0
0

Hilang mood. Idea banyak tapi malas !!
Apa-apa pun syukur alhamdulillah. Baru balik dari satu lagi trip untuk tahun 2018.
Nak pergi tempat lain tapi rezeki tertulis ke tempat lain.
Allah knows best.
Tak sabar nak kongsikan cerita pengalaman dengan yang sudi membaca.

Tunggu ya..
Semoga rajin datang tak lama lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY 1.1 - SLEDDING DI GUNUNG HALLA DAN HIDANGAN MAKAN MALAM PERTAMA DI JEJU

$
0
0
MAIN SALJI  DAN SLEDDING DI GUNUNG HALLA / HALLASAN SERTA HIDANGAN MAKANAN PERTAMA DI JEJU

Entri sebelumnya diSINI.
15 January 2018 (Isnin)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : MAIN SALJI  DAN SLEDDING DI GUNUNG HALLA / HALLASAN SERTA HIDANGAN MAKANAN PERTAMA DI JEJU. Cepatlah !! Tak sabar nak pergi main snow. Memang tergedik-gedik excited nak terjah tempat-tempat menarik sekitar Jeju. Destinasi pertama adalah ke Hallasan untuk bermain snow dan sledding. Walaupun Jeju baru reda dilanda snow storm, tapi tak banyak snow yang ada di kawasan rendah. Kena panjat naik ke kawasan tinggi juga untuk bermain snow. Jalan naik ke Hallasan baru saja dibuka setelah tiga hari ditutup kerana keadaan cuaca yang teruk. Polis juga kelihatan disana sini menjaga lalu lintas dan keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

HALLASAN : CARA UNTUK KE HALLASAN (1100 ROAD ROUTE) DAN LALUAN HIKING YANG TERKENAL

Hallasan adalah gunung tertinggi di Jeju dan boleh kelihatan dari setiap ceruk Jeju. Location pula memang terbentuk di tengah-tengah pulau daripada letusan gunung berapi. Keseluruhan pulau senang cerita memang terbentuk daripada volcano eruption. Tak pasti pula sama ada Hallasan memang dah disahkan sebagai gunung berapi tidak aktif atau sebaliknya. Tersenarai dalam senarai UNESCO World Heritage menjadikan Hallasan sebagai salah satu lokasi wajib singgah sekiranya korang bercadang untuk ke Jeju. Mode of transportation yang sesuai untuk ke Hallasan adalah kereta, bus dan teksi. Jalan kaki nak sampai ke laluan jalanraya tertinggi di Jeju memang ambil masa selamanya. Pengangkutan memang sedikit terhad di Jeju tapi okay saja tak teruk sangat. Tanpa sewa kereta atau join tour agent pun korang masih boleh enjoy Jeju to the max.  

Kalau korang adalah sejenis yang suka aktiviti hiking, boleh hiking juga mendaki sebab ada banyak hiking trails disediakan - Seongpanak Trail, Eorimok Trail, Eoseungsaengak Trail, Yeongsil Trail dan Gwaneumsa Trail. Paling famous adalah Eorimok Trail. Aku ada jumpa satu blog yang kongsikan pengalaman mendaki Hallasan Seongpanak Trail. Rujuk SINI kalau berminat. On the way nak ke 1100 Road Route nampak few spots kereta banyak berhenti tepi jalan dan ramai Ahjumma Ahjusshi tengah bersiap sedia nak mendaki. Orang Korea ni tua tua pun sihat sebab rajin buat aktiviti-aktiviti riadah. Aku yang muda rasa malu surrender kalau suruh pi panjat bukit. Kalau nak mendaki kena spend seharian suntuk jadi rancanglah perjalanan sebaik mungkin. Tempat tumpuan utama di Hallasan adalah laluan 1100 Road Route iaitu laluan paling tinggi di Jeju. Bukan puncak tertinggi Hallasan ya.. Laluan saja. Kalau naik kereta, bus atau teksi, disinilah semua akan turun. Rujukan paling senang untuk atur perjalanan menaiki bus di Jeju adalah dari Jeju Intercity Bus Terminal. Dari sini, korang nak pergi mana pun boleh. Nak terus naik bus ke 1100 Road Route atau ke hiking trails pun boleh tak jadi masalah. Rujuk SINI untuk jadual perjalanan bus ke Hallasan mengikut musim. Rujuk SINI pula untuk jadual perjalanan bus ke hiking trails di Hallasan. Aku tak ada pengalaman ke Hallasan naik bus tapi apa yang aku kongsikan adalah based on hasil pembacaan sendiri. Kalau masih blur, tanya saja pekerja di information counter. They can converse in English sikit-sikit.

Jalan lengang. Permandangan sekeliling yang cantik.



Sampai di 1100 Road Route Hallasan. Hujung sana adalah puncak tertinggi Hallasan. Kalau nak kesana kenalah hiking. Nice view.

Aktiviti utama di Hallasan ketika musim sejuk adalah bermain snow, sledding dan hiking. Kalau musim lain lebih banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Disini tak ada service sewa sledge kalau nak main tapi pihak JMT dah siap sediakan sledge untuk ahli-ahli rombongan. Majoriti yang datang memang bawa sledge sendiri. Yang meluncur guna plastic pun ada juga. Disebabkan snow dah turun banyak hari jadi dah keras. Ini bukan virgin snow fresh baru turun jadi sedikit bahaya actually. Tolong pakai winter gears yang sesuai from top to toe. Aku pula pergi pakai sneakers instead of my winter boots. Basah lencuh kecut jari dan kebas. Padan muka !! Alhamdulillah aku belikan MamiZ kasut yang sesuai untuk dipakai. Kalau tak memang jenuh nak berjalan atas snow. Snow di Hallasan tebal sungguh sekali pijak tenggelam kaki. Kalah snow di Hokkaido walaupun taburan salji lebih banyak disana. Dengan seluar sekali lencun tapi pura-pura tak sejuk sebab salah sendiri pakai baju tak kena gaya. 

Seronok tengok MamiZ, Kak Sal, MNgah dan Kak Husna teruja jumpa snow. Macam itulah agaknya reaction aku masa first time tengok salji. Hihihi..





Nak sledding kena panjat ni dulu !!

Panjat lagi !!


MamiZ dan handphone berpisah tiada.

Jenuh berpaut nak berjalan. Sekali langkah kaki tenggelam.

Nampak lubang-lubang yang ada ? Nak senang pijaklah ikut lubang-lubang itu. Hasil peninggalan pengunjung lain. Sekurang-kurangnya tak terkejut kaki tenggelam.

Kaki mana kaki !!

Kasih ibu tarik anak kaki tersangkut ranting. Hahaha..


MNgah dan Kak Husna. MamiZ tak mahu cuba sledding pun takut katanya. Ambil gambar sepanjang masa. Aku naik dengan Kak Sal.




Berjaya memujuk semua meniarap. 




Bertentang dengan parking area ada 1100 Altitude Wetland Nature Discovery Trail. Boleh mengelilingi sekitar kawasan wetland. Aku dan Kak Sal tak pusing pun ambil gambar saja. Ada juga souvenir shops kedai menjual snack dan observatory deck. Cantik sangat view menjelang senja. Musim sejuk matahari terbenam awal. Langit bertukar warna memang sangat cantik. Aku ada jumpa satu entry yang kongsikan view sekitar 1100 Road Route pada musim lain. Rujuk SINI. Bolehlah korang buat perbandingan musim apa yang lebih berbaloi pergi.

Dah penat bermain haruslah lapar. Sebelum kami dihantar pulang ke hotel marilah singgah makan dulu. Ada beberapa restaurants yang menyediakan hidangan halal tapi sangat limited. Option terbaik adalah cari gerai makanan seafood. Kalau sangat tak yakin, bawalah bekalan makanan dari Malaysia. JMT dah atur dan rancang jadual dan tempat makan jadi tak perlu nak pening kepala. Hidangan makanan Korea pertama di Jeju yang simple dan sedap. Menu in our language juga disediakan. Ada beberapa pilihan untuk dipilih - Asam Pedas Korea, Sambal Sotong, Nasi Goreng dan Bibimbab. Nak kongsikan location kedai aku tak berapa aware dimana sebenarnya. Aku noticed ada roundabout besar yang berdekatan dengan entrance university. University apa aku tak pasti. Maaflah.. Dah lapar sangat tak berapa nak focus.

Kedai yang berwarna merah itu..

Kimchi Jigae, Sambal Sotong dan Bibimbab.

My Bibimbab. Alhamdulillah kedai serve dengan telur goreng. Kasi telur mentah sebiji memang aku tak boleh nak telan langsung. Hihi..

Habis licin makanan.

Bagi aku hidangan makanan di kedai ini biasa-biasa saja. Sedap tapi biasa-biasa saja. Kalau nak suggest which one yang sedap - Asam Pedas Korea dan Bibimbab. Not the best Bibimbap yang aku pernah makan tapi licin aku bedal. Nasi dan sambal sotong out sikit mengikut selera tekak aku tapi okaylah boleh dimakan. Ahli-ahli rombongan yang lain pun makan sampai licin. Lapar sangaaat weh !! Kenyang dan kepenatan sesuailah untuk balik ke hotel dan berehat. Trip bersama JMT tak sampai malam pun hanya sekitar pukul 6:00PM. Aku faham kalau jalan sendiri lebih panjang langkah kaki tapi tak banyak sangat pun night activity yang boleh dilakukan di Jeju. Tak semeriah di Seoul dan Busan. Kalau ada pun orang pergi gambling kat casino. Ada certain kawasan tak ada lampu jalan jadi bagi yang memandu kenalah extra hati-hati. Kita balik hotel berehat regangkan otot sendi recharge energy. Esok sambung lagi perjalanan..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY 2.0 - SAEBYEOL OREUM, JEOLMUL FOREST DAN JEJU MYSTERIOUS ROAD

$
0
0
SAEBYEOL OREUM 새별오름, JEOLMUL FOREST 제주절물자연휴양 DAN JEJU MYSTERIOUS ROAD

Entri sebelumnya diSINI.
16 January 2018 (Selasa)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : SAEBYEOL OREUM 새별오름, JEOLMUL FOREST 제주절물자연휴양 DAN JEJU MYSTERIOUS ROAD. Woot woot dah hari kedua di Jeju. Itinerary di Jeju untuk hari kedua adalah ke Saebyeol Oreum, Jeolmul Forest, Mysterious Road dan Dongmun Market. Lena tidur kepenatan tak menyembang sangat pun dengan Kak Sal. Buka TV biarkan lagu-lagu KPOP melalak sendiri. Masa memang tak menunggu kita cepat saja berlalu. Breakfast disediakan oleh pihak Hotel Champion. Ada roti dan telur goreng. Mushroom soup pun ada jadi just nice untuk kita mulakan hari. Kalau rasa tak kenyang bawalah bekalan makanan sendiri. Seronok bila breakfast sebab dapat jumpa groups lain yang ambil package dengan Jeju Muslim Travel (JMT). Meriah.

Around 08:30AM kami dah siap sedia nak mulakan perjalanan mengikut itinerary yang telah ditetapkan oleh pihak JMT. Sayangnya cuaca sedikit sendu sekejap hujan lebat sekejap renyai. Tapi kena jugalah teruskan perjalanan nak buat macam mana. Elok sediakan payung dan baju hujan untuk berdepan cuaca yang gloomy. Jujurnya kalau korang ada masa yang singkat untuk jelajah keseluruhan Jeju boleh skip saja tempat-tempat ini silalah pergi ke tempat-tempat lain yang lebih gempak. These places adalah tempat-tempat wajib singgah di Jeju, tapi mengikut pemerhatian dan pengalaman, aku rasa boleh skip. Nak singgah juga tak jadi masalah haaaih !! Cadangan saja. Dalam senarai tempat-tempat menarik yang kami tuju, Jeolmul Forest adalah yang paling best. Tapi kalau tak singgah pun tak apa. Dongmun Market kena pergilah pasar-pasar memang wajib singgah.

SAEBYEOL OREUM 새별오름

Destinasi pertama adalah ke Saebyeol Oreum 새별오름. Kalau korang drive sendiri di Jeju, it is very important untuk tahu nama location dalam ejaan Hangul dan coordinate yang tepat. Kadang-kadang nak cari route di Jeju boleh jadi tak jumpa. Eloklah prepare dari awal. Cuaca masih sendu dan hujan semakin lebat. Kami redah juga. Dah sampai mana boleh tak singgah. Terbentuk hasil daripada volcano eruption, perkataan 'Saebyeol' bermaksud 'lonely star'. Seketul bukit yang terbentuk dianggap sunyi tak ada teman. 'Oreum' pula bermaksud macam huurm.. Bila kita tengok kuah gulai tengah menggelegak ada buih-buih kan ? Masa letupan gunung berapi ada juga lebih kurang process yang sama. Bahagian yang 'menggelegak' itulah yang membentuk 'oreum'. Ada 360 jumlah 'oreum' disekitar Jeju dan Saebyeol Oreum adalah antara yang bersaiz sederhana. Lupa dah mana aku baca ni.. Kalau salah maaflah.

Season terbaik untuk terjah Saebyeol Oreum adalah ketika musim luruh. The whole area dipenuhi dengan lalang berwarna silver. Aku tengok gambar memang cantik. Antara spot terbaik untuk bergambar. Kalau terjah musim sejuk tak ada lalang silver.. tapi ada lalang kering warna emas. Kalau cuaca elok kami dah menapak memanjat. Apakan daya.. I think lawa juga cuma tak dapat nak posing sebab hujan makin lebat. 



Imagine kawasan ni penuh lalang cantik berwarna silver.

Ikut laluan yang disediakan memanjat ke atas bukit. Sedih sebab hari hujan.


Lari lari !! Hujan makin lebat.

Untuk ke Saebyeol Oreum menaiki bus, boleh gerak dari Jeju Bus Terminal ke Pyeonghwaro Road. dan turun di Elysian CC. Tapi macam sendu sikit selalunya orang pergi naik kereta. Kalau korang sewa tour taxi cantiklah boleh suruh Ahjusshi Teksi singgah. Syukur kami tak teruskan niat mendaki Saebyeol Oreum sampai atas sebab suku perjalanan saja hujan makin lebat. Walaupun ada baju hujan tapi memang tak selesa. Hari masih hujan waktu kami semua dalam perjalanan ke destinasi seterusnya. Memang pasrah..

Next destination adalah Jeolmul Forest 제주절물자연휴양림. Terletak diarah bertentangan dengan kedudukan Saebyeol Oreum, ke utara Hallasan. MamiZ dengan MNgah tak turun sebab hari hujan dan kaki MNgah dah terseliuh teruk jatuh ketika meronda di wetland. Tak apalah.. Duduk rehat dalam kereta saja. Biarkan kami yang melawat kawasan mencemar duli.

JEJU JEOLMUL RECREATION FOREST 제주절물자연휴양림

Dalam senarai tempat-tempat yang kami terjah sepanjang hari kedua di Jeju, aku nak recommend Jeolmul Forest untuk korang terjah sekiranya ada banyak masa. Bagi aku berbaloi tenang dan cantik. Banyak parking spaces dan entrance fee sebanyak 1000WON (RM3.60 approx) dikenakan. Kami tak perlu bayar apa-apa dah inclusive dalam package bersama JMT. Di Jeolmul Forest ada Jeolmul Oreum, puncak tertinggi disekitar kawasan Jeolmul Forest. Kami tak panjat mana-mana pun just meronda kawasan sekitar saja. Luas oookay kawasan Jeolmul Forest ni memang tidaklah nak pusing satu kawasan. Kalau nak menginap disini pun boleh ada banyak cabin disediakan. Harga pun not bad dan sempat selisih dengan a group of young people yang nak pergi huha huha agaknya. Banyak betul Soju diangkut sama. Yang pasti.. Ahjumma Ahjusshi ramai siap sedia nak mendaki lagi. Kagum dan malu menyelubungi..

Sampai betul-betul gate Jeolmul Forest ada tiga laluan utama. Kami cuba tiga-tiga laluan sampai halfway kami patah balik. Rasanya bertembung kesemua laluan tapi jauh sangat tak larat. Hari masih hujan kami pura-pura redah macam tak hujan.

Peta besar macam ni ada di semua tempat-tempat menarik sekitar Jeju.

Harga forest cabin di Jeolmul Forest.

Peta kawasan sekitar Jeolmul Forest. Luas sangat tak mampu nak pusing.



Teringat bamboo forest Arashiyama di Kyoto.



Puas cari mineral spring tapi tak jumpa pun !!

Vibe yang berbeza dari laluan sebelumnya.

Snow hujan dan kabus. Rasa macam masuk fairy land.






Boleh guna alat ni nak sembur angin buang kotoran di kasut.


Rasa teringin nak menginap di cabin yang ada. Kalau pergi dengan kawan-kawan mesti meriah. Cantik sangat Jeolmul Forest jadi tak rugi singgah. Kena allocate masa lama sikit nak enjoy menikmati keindahan alam. Ramai orang Korea sendiri datang ke Jeolmul Forest. Yang tua yang muda kanak-kanak semua ada. Seronok tengok how these people enjoy and appreciate nature. They way diorang kagum dan express rasa impressive tu jelas sangat bila dengar diorang sembang. Kalau korang biasa dengan rancangan-rancangan TV dari Korea mesti pernah dengar istilah 'healing trip' yang selalu disebut-sebut. Kalau sebut 'healing trip' mesti trip masuk hutan.. hiking.. cari air terjun dan semua yang berkaitan nature. Tempat macam Jeolmul Forest ni sangat sesuai untuk mereka yang merancang 'healing trip'.

Untuk ke Jeolmul Forest menaiki bus, boleh naik bus bernombor 300 atau 38 ke Dongmun Rotary dan tukar ke bus bernombor 1 terus ke Jeolmul Recreational Forest. All the best.

JEJU MYSTERIOUS ROAD (DOKKAEBI ROAD)

Next destination adalah terus ke jalan penuh misteri di Jeju - Dokkaebi Road. We will defy the laws of gravity tanpa perlu berbuat apa-apa. Usually kita letak botol air untuk tengok kuasa tarikan gravity tapi hari hujan tak dapat nak buat apa-apa. Tapi janganlah sedih, dengan menaiki kereta pun kita boleh buat experiment ini. Sampai saja di kawasan Mysterious Road, neutral gear kereta dan tanpa tekan minyak pun kereta akan bergerak. The best part, kita sebenarnya menurun tapi ditarik ke atas. Kami test jugalah Anne tunjuk macam mana. Kalau tak silap di Malaysia ada juga few places yang macam ni. Masa ke Keningau dulu macam pernah lalu kawasan yang hampir sama. Mysterious Road ni jujurnya kalau tak singgah pun tak apa tapi kalau nak singgah pun apa salahnya. Boleh sekali lalu saja tinggal jejak tanda dah sampai.

Ambil gambar dengan signage dalam hujan.

Bus pelancong tengah buat experiment.

Kereta lalu lalang semua matikan enjin nak cuba juga experiment.

Hurm ini.. Tak patut tayang tapi nak tayang. Kita tutup mana yang patut k..

Kenapa ada statue B*** laki bini disini bersama anak-anak ? Besar okay dan happy family sangat nampak gayanya. Jeju sangat terkenal dengan hidangan Black Pig yang hanya ada di Jeju saja jadi it is normal kalau kat mana-mana ceruk nampak patung B*** sama ada kecil atau besar. Black Pig dibela secara besar-besaran disekitar Jeju. Restaurants di Jeju pula majoriti sediakan hidangan Black Pig. Jadi kalau nak cari makanan di Jeju kena buka mata luas-luas. Make sure restaurant yang diterjah hanya menjual seafood dan tak ada hidangan daging. Dah setengah hari meronda meredah hujan, haruslah lapar.

Untuk lunch kami dibawa ke kedai yang sama we had dinner hari sebelumnya. We were okay about it tak adalah picky sangat. Pilihan menu masih sama tapi this time aku order menu lain pula. Again guys, I am not sure about the location. Aku ambil gambar bangunan dari sudut lain pula mana tahu ada yang pandai baca Hangul boleh translate tulisan. Bila travel dengan tour jadi tak berapa alert pula dengan kawasan sekeliling especially jalan raya.




Seafood Kimchi Jigae.


Kak Husna makan Omurice. Nasi Goreng Pataya hihi..

Overall.. the food was okay. Aku lagi prefer Bibimbab yang aku makan sebelumnya. Seafood Kimchi Jigae aku dipenuhi clams dan beberapa jenis siput yang aku tak pernah makan jadi sedikit terganggu disitu. Makan sotong dan udang saja. Aku rasa Omurice sikit dan sedap. Rasa kena dengan tekak. Yang pasti semua orang makan sampai licin. Aku suka sungguh tengok. Dah kenyang dah dapat energy balik kita terus ke next destination yang wajib diterjah sekiranya dah sampai ke Jeju. Jom !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY 2.1 - JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET DAN JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER

$
0
0
SHOPPING SOUVENIRS DI JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장 DAN JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER 제주 중앙지하상가

Entri sebelumnya diSINI.
16 January 2018 (Selasa)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : SHOPPING SOUVENIRS DI JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장 DAN JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER 제주 중앙지하상가. Kalau nak shopping souvenirs memang ke sinilah jawabnya : Jeju Dongmun Traditional Market dan Jeju Jungang Underground Shopping Center. Wajib !! Wajib singgah ke pasar tak kisahlah yang modern atau yang tradisional. Nak dekat dengan masyarakat setempat nak belajar mengenai culture satu kawasan kenalah terjah ke tempat yang banyak masyarakat tempatan berkumpul. Salah satunya adalah ke market. Di Jeju, Dongmun Traditional Market adalah yang paling popular. Memang wajib korang masukkan dalam senarai tempat-tempat menarik di Jeju yang harus dilawati. Kat sini jugalah tempat yang sesuai kalau nak borong souvenirs untuk dibawa pulang. Ada lebih kurang 300 kedai yang menjual macam-macam : pakaian, souvenirs, makanan, makanan laut, peralatan rumah dan macam-macam lagi. Memang meriah dengan hiruk pikuk Ahjumma Ahjusshi menjual. Penuh dengan rakyat tempatan dan juga Koreans dari pelbagai pelusuk. Menarik.. Tengok ragam masing-masing seronok luang masa dengan ahli-ahli keluarga.

JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장

Disebabkan Jeju Dongmun Traditional Market adalah antara hot spots di Jeju, banyak bus yang beroperasi untuk ke sana. Boleh rujuk SINI untuk senarai bus yang boleh dinaiki je kesana. Dongmun Market ada banyak entrance jadi masuklah ikut mana-mana entrance sekalipun semua bertembung. Beroperasi setiap hari dari pukul 08:00AM - 09:00PM. Bagi yang naik kereta, ada bangunan khas disediakan untuk parking. Waktu kami kesana memang line panjang lama jugalah tunggu tapi rezeki cepat dapat parking. Jomlah kita meronda cari souvenirs dan barang-barang lain yang sesuai dibawa pulang. Aku personally rasa souvenirs di Jeju sedikit mahal berbanding di Seoul dan Busan. Masih mampu milik tapi sekiranya korang akan travel ke Seoul dan Busan, eloklah beli disana. Melainkan souvenirs yang memang hanya ada di Jeju - Peta Jeju, Keychain dan Fridge Magnet Dol Hareubang - atuk batu terkenal di Jeju. Anne suggested suruh kami beli orange jams dan chocolates since Jeju sangat terkenal dengan oranges sebagai product tempatan especially Hallabong Orange. Bukan setakat boleh dijadikan spread makan dengan roti, boleh juga dijadikan kordial ataupun dicampur bersama teh. Kalau korang memang biasa dengan entries perjalanan aku, makanan adalah antara souvenirs yang aku paling suka bawa balik. Senang untuk semua ahli keluarga rasa. You cannot bring everyone with you at least kita bawa balik sedikit rasa dari tempat yang kita lawati untuk yang tersayang. 




Jenis-jenis orange jem yang boleh dipilih. Berbeza mengikut brand size dan rasa.

Dua plastics penuh dengan barang-barang yang kami beli untuk dibawa balik. Total damage adalah sebanyak 47 000WON (RM170.70 approx) - Jem Tea and Chocolates.

Souvenirs yang sama dijual dengan harga yang jauh lebih murah di Seoul dan Busan. Jangan membazir beli disini.



Di Jeju Dongmun Traditional Market, ada beberapa sections tapi ada juga section yang semua benda dijual dalam satu kawasan. Situlah jual pakaian.. Situlah jual makanan dan situ jugalah jual B***. Part ini paling stress sebab nak tak nak kena lalu juga lorong yang kiri kanan daging B*** dijual. At that time, hari tengah hujan lebat dan lantai pasar sangat basah. Seluar pun aku angkat sedikit aku tak bolehlah bab bab macam ni.. Hati jadi runsing bukan mudah weh bab macam ni. Pengetahuan agama aku dahlah cetek takut bab hukum hakam. Mungkin sedikit berbeza kalau lantai tak basah tenang sikit agaknya. Sumpah jenuh tawakal dalam hati supaya air yang mengalir tak bawa mudarat. Walaupun lorong yang meriah dengan street food dan B*** singkat saja tapi kalau boleh elak kita elak. Aku tak tahulah pendapat orang lain-lain jadi terpulang.

Obviously street food di Jeju kita tak boleh makan except beberapa yang kita yakin tak ada benda bukan-bukan. Anne bawa kami ke gerai yang menjual Hotteok (sweet pancake) dan Eumok (fishcake). Since JMT dah lama beroperasi, insyallah diorang tahu beberapa spots yang diyakini halal dan tak ada unsur-unsur syubhah. So much aku suka mencuba pun tak semua bendalah boleh ditelan. Kesedaran Islam di Jeju tak seluas di Seoul dan Busan jadi penjual disini tak peduli pun. Tapi aku nampak few people with hijab yang selamba makan topokki dari kedai yang sah-sah ada kepala B*** elok terhidang. I could not avoid daripada pandang diorang dengan vibe yang terkejut. Can't you see ? There was a pig's head big enough kat depan tu.. 


Sebelah goreng ayam sebelah masak topokki. Andwaeyo !!

Ini orang Korea suka sangat makan - Sundae (Blood Sausage).

Look at the wet floor T.T

Fresh sashimi dan sotong kurita.

Pilih-pilih yang mana berkenan.

Sepinggan sotong kurita rebus berharga 15 000WON (RM54.58 approx).


Section buah-buahan. Boleh beli Hallabong Orange bawa balik.

Dah siap cantik berbungkus.

Pilihan chocolates dan cookies. Kebanyakan berasaskan oranges.


Finally !! Dapat strawberries. Sedapnya !!

Jeju City Tour Bus - konsep yang sama macam Hop On Hop Off Bus.

JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER 제주 중앙지하상가

Nak meronda sekeliling Jeju Dongmun Traditional Market dalam masa yang singkat memang tak sempat. Banyak benda nak ditengok tapi kami ada masa yang limited. Jadi pandai-pandailah korang adjust timing macam mana. Selain daripada meronda sekitar Jeju Dongmun Traditional Market, ada juga underground shopping mall - Jeju Jungang Underground Shopping Center 제주 중앙지하상가. Senang sangat nak jumpa sebab basically Jungang Underground Shopping Center terletak dibawah Jeju Dongmun Market. Keluar dari mana-mana exit mesti akan nampak signage ke Jungang Underground Shopping Center jadi jangan risau. Kalau korang nak shopping di Jeju, disinilah antara salah satu tempatnya. Aku rasa shopping bukanlah main activity yang boleh dilakukan di Jeju. Ada juga few other shopping complexes tapi aku rasa macam biasa-biasa saja. Tak semeriah di Seoul dan Busan. You better shop at other places kalau berkesempatan but just incase nak juga shopping.. disinilah tempatnya.

Ada banyak exit macam ni.. Turun ke bawah and shop till you drop.

Menjelang malam.. Orang pun tak ramai.






Girls are being girls. Hihihi..

Pilih jangan tak pilih. Cosmetics sama saja harganya di mana-mana ceruk Korea.

Berkenan nak beli baju di Jungang Underground Shopping Center tapi sekali tengok harga mak haih !! Mahalnya lebih-lebih lagi kalau dah convert. Rasa macam tak berbaloi pula sebab rasanya harga di Malaysia lebih murah. Pakaian-pakaian di Dongdaemun Namdaemun dan Myeongdong jauh lebih murah. Borong cosmetics sajalah sebab mana-mana pun sama saja harga. Tak lama pun kami meronda di Jungang Underground Shopping Center sebab dah lewat dan sampai masa untuk pulang ke hotel. Masuk semula ke Jeju Dongmun Market ikut pintu lain - nak pergi makan Hotteok dan Eumok. First time nak rasa tak berkesempatan untuk cuba dalam trip sebelumnya ke Korea. Beli sekali Hotteok untuk MamiZ MNgah dan Kak Husna yang dah tunggu di kereta lebih awal. Kaki MNgah masih bengkak tak elok jalan jauh. Biarlah dulu MNgah berehat jangan dipaksa gerak banyak sebab lama lagi kami di Jeju.

Gate 3 - Gate jual buah-buahan. Kita jalan lagi kedepan.

Kami makan Hotteok di kedai makcik ini.
Eumok pun ada.


Kalau tengok KDrama atau KShow adalah normal bagi orang Korea makan fishcake yang dijual merata tepi jalan. Teruja juga nak cuba sebab first time dan jujurnya fishcake di Malaysia jauh lebih sedap. Kami beli satu cucuk saja kongsi berdua sebab aku tak rasa apa-apa pun bila makan Eumok. Ada dipping sauce and okaylah rasa sedap sikitlah bila dah cicah sos. Feeling juga makan makanan panas-panas waktu hari tengah hujan. Tapi bagi aku.. Hotteok sedap dan korang kena cuba kalau berkesempatan. Makan panas-panas memang feel bila dah sejuk keras sikit tapi masih sedap. I enjoyed my Hotteok more dari makan Eumok. Kalau tak silap harga sebiji Hotteok dan Eumok adalah 500WON (RM1.82 approx). Not bad harga murah. And with that, we ended our second day in Jeju. Balik hotel, dinner dah disediakan oleh pihak JMT. We had cheese pizza yang sedap. Goodnight.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Viewing all 579 articles
Browse latest View live