Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all 579 articles
Browse latest View live

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 0.1 - HOKKAIDO KANSAI TRAVELOGUE VIDEOS

$
0
0

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 0.1 - HOKKAIDO KANSAI TRAVELOGUE VIDEOS. Entries cerita jalan-jalan ke Jepun dah lama habis ditaip baru ada masa nak buat videos. Maklumlah nak siap edit satu video pun ambil masa yang lama. Orang tak pro macam inilah jadinya. Cuba sikit edit sikit tak jadi tutup cancel project. Ada mood sikit cuba lagi sampailah rasa puas hati. Edit biasa saja paling mudah tak ada effects canggih kakak tak reti !! Saja suka-suka nak buat dah alang-alang rakam banyak sangat. Lepas tu gedik nak kongsi dengan korang semua. Semua videos aku dah upload di SITIYANGMENAIP Youtube Channel boleh check them out diSINI. Tak ada paksaan tak ada unsur memaksa. Ada juga videos lain jadi kalau korang sudi nak singgah jemputlah. Kalau malas tak apa ni haaa akak share disini untuk hampa dengan related entries untuk rujukan.












Untuk rujukan penuh itinerary dan perbelanjaan sepanjang sebelas hari ke Hokkaido dan Kansai boleh rujuk SINI. I had fun making all these videos jadi harapnya korang have fun juga menonton. Videos favourite aku adalah video bermain snowmobile dan dan video trip ke Otaru. Rasa terubat rindu didada bila tengok videos rindu nak pergi jalan lagi. Niat asal nak buat satu atau dua videos saja sumbat semua sekaligus tapi tak jadi banyak sebab aku rasa lebih baik buat duration pendek. Tak mampu nak buat panjang pening kepala jadinya edit save edit lagi save. Kakak tak kuat !! Lagipun aku sendiri tak minat nak tengok videos yang panjang sangat jadi videos sendiri buat yang pendek sudah. Tak adalah jemu sangat nak tengok. Jangan kecam oookay kakak budak baru belajar. Kalau ada kurang kat mana-mana buruk sana sini terima sajalah bukan bidang aku benda-benda macam ni. Saja seronok nak kongsi. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

HAPPINESS IS GETTING A FRESH NEW HAIRCUT

$
0
0

HAPPINESS IS GETTING A FRESH NEW HAIRCUT

Related image

After three years.. I have decided to get a new haircut. I was caught up in memories.
Missing my all time favourite bodyguard to a hair saloon - DediS (my ultimate hero).

Al-Fatihah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

#REDTOGETHER : BELGIAN RED DEVILS

$
0
0

#REDTOGETHER : BELGIAN RED DEVILS - BELGIUM TO QUARTER-FINALS


Bola pula !!

Belgium it is my favourite team since 2014 walaupun kalah kepada Argentina. Aku bukan peminat tegar football (I do not speak football) but I like sukan yang big scale dan famous melibatkan negara.  Aku rasa worth it nak follow dan tengok. Dramas are everywhere. I watched all the four matches but last night punya match bikin jantung tak tenang. Japan's performance was superb memang samurai betul and I think Belgium won purely by luck - luck of the devil. Anyway.. as one of their supporters haruslah seronok bila team pilihan menang. Congratulations upon the victory to the quarter-finals. Brazil is one tough and strong opponent semua orang pun tahu - definitely hard to defeat. All the best boys !!

Crossed fingers.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

$
0
0
GIVEAWAY DATANG LAGI !!

| GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP |

SOUVENIRS :

1. #TeamMelbourne
Tshirt Melbourne (M) + 1 Fridge Magnet

2. #TeamSydney
Tshirt Sydney (M) + 1 Fridge Magnet

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Follow blog SITIYANGMENAIP - tak disemak jujur pada diri sendiri
  3. Buat satu entry bertajuk 'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP' - tag seorang saja rakan blogger dan link kembali pada entry INI sahaja
  4. Tinggalkan komen link entry penyertaan pada ruangan komen entry INI sahaja dan nyatakan 'team' pilihan korang (pilih satu sahaja) : #TeamMelbourne atau #TeamSydney
  5. Pemenang bertuah akan dipilih secara cabutan nombor penyertaan (draw lots)
  6. Cabutan penyertaan akan dilakukan mengikut kelompok 'team' yang dipilih

SENARAI PESERTA :

#TeamMelbourne
  1. YOU



#TeamSydney
  1. YOU


SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

NEVER WISH THEM PAIN - WISH THEM HEALING

PILIHAN IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS PULAU PINANG

$
0
0

TEMPAT MAKAN SEDAP DI PULAU PINANG : RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS

PILIHAN IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS PULAU PINANG. Kalau dah sampai ke Pulau Pinang, selain Nasi Kandar mestilah wajib cuba hidangan ikan bakar yang sedap. Tak tahu nak pilih lokasi mana yang menyediakan hidangan ikan bakar yang sedap ? Mari sini aku nak kongsikan salah satu kedai pilihan yang menjadi favourite kami sekeluarga di Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas. Selalunya orang yang bercuti ke Penang akan tertumpu pada kawasan pulau where we have to cross the bridge untuk enjoy all the delicious delicacies. Tapi di kawasan mainland (seberang) juga tak kurang hebatnya. Ada banyak juga pilihan-pilihan makanan yang sedap. Like this one in Kepala Batas, kedai sentiasa penuh dengan pengunjung. Manalah tahu korang one day terlajak ke kawasan Kepala Batas bolehlah singgah.

LOKASI RESTORAN DIN IKAN BAKAR KEPALA BATAS


Tepi jalan saja senang nak jumpa. Nampak kedai asap kepul-kepul dah betullah tu. Hanya lebih kurang 10 minit memandu dari Exit Tol Bertam menghala ke Butterworth mesti akan lalu Restoran Ikan Bakar Din.

Waktu yang paling sesuai untuk pergi makan di Restoran Ikan Bakar Din adalah lebih kurang pukul 11:30AM keatas dan kedai dibuka pukul 11:00AM sehingga 04:00PM. Waktu untuk makan tengah hari dan orang akan mula ramai menjelang pukul 1:00PM. Pergilah awal supaya pilihan makanan masih banyak dan tak perlu nak berebut. Restoran Ikan Bakar Din beroperasi setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat. Jadi rancanglah perjalanan korang baik-baik.

HARGA DAN PILIHAN MAKANAN DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS

Bagi aku range harga adalah standard dimana-mana kedai yang menyediakan hidangan ikan bakar. Ada ikan yang kita sendiri sedia maklum memang mahal jadi mahal jugalah harganya. Ada yang murah semua ikut selera masing-masing. Selain daripada hidangan makanan laut, ayam dan daging yang dipanggang, Restoran Ikan Bakar Din juga menyediakan lauk pauk hidangan makan tengah hari untuk dipilih. Ada pelbagai pilihan lauk kampung, ulam-ulam dan pelbagai jenis sambal. Sup tulang sup daging dan sayur-sayuran. Perfect untuk satu hidangan lengkap makan tengah hari. Di Restoran Ikan Bakar Din juga terkenal dengan Jus Amra Asam Ko jadi korang kena cuba. Tengah hari panas terik minum air amra sangatlah menyegarkan. 

Pilihan peribadi aku adalah : Ikan Terubuk Bakar, Ikan Pari Bakar, Daging Bakar, Rimau Menangis, Udang Bakar, Ayam Madu Bakar dan Sup Daging. 

Semua kolestrol tinggi !! What to do !!


Ikan Terubuk Bakar dan Rimau Menangis.

Boleh tengok sendiri ikan-ikan dan makanan-makanan lain dibakar.

Tunggu giliran nak kena panggang.

Pilihan lauk pauk selera kampung.

Ada kari telur ikan.

Sup daging dah tinggal sikit.

Hidangan untuk dua orang. Ikan Pari Bakar, Sup Daging dan Daging Bakar.

Sup Daging.




Okay okay dah boleh telan air liur tuuu. Yang tengah menaip ni pun rasa terseksa jadi faham benar perasaan yang korang rasa sekarang. Aku sendiri tak pernah jemu makan kat Restoran Ikan Bakar Din hihihi.. Kalau diajak memang tak akan menolak. Dari Nibong Tebal tak ada hal sangat nak pergi ke Kepala Batas just to enjoy lunch disini. Lagipun, Restoran Ikan Bakar Din sangat dekat dengan rumah Tok jadi selalunya kami singgah makan sekali harung ziarah Tok. Jadi jangan risau kalau korang pening nak decide nak makan dimana kalau terlajak ke Kepala Batas. On the way ke Kedah dan Perlis juga boleh singgah. Salah satu lokasi tempat makan menarik di Pulau Pinang yang boleh korang masukkan dalam list. Setiap ceruk Pulau Pinang menawarkan hidangan makanan yang sedap. Tak akan rugi punya. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

AIS JAGUNG SAGAT DI RESTORAN BALAK INN PARIT BUNTAR PERAK

PEMENANG PEMENANG GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

$
0
0

PEMENANG PEMENANG GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP


Maaf lewat umumkan pemenang-pemenang. Aku berada diluar kawasan jajahan.

Senarai Pemenang-Pemenang :

#TeamMelbourne
Tshirt Melbourne (M) + 1 Fridge Magnet


#TeamSydney
Tshirt Sydney (M) + 1 Fridge Magnet


Random souvenirs :

  1. (15) http://www.sisgee.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip.html
  2. (4) https://myalycia.blogspot.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip.html
  3. (16) http://sherlyanna97.blogspot.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip.html
  4. (15M) http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip.html
  5. (7M) https://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip.html
Kepada semua pemenang, sila tinggalkan :

NAMA 
ALAMAT
NO TELEFON
NO PENYERTAAN

di ruangan komen entry INI sahaja selewat-lewatnya sehingga hari RABU (25 JULAI 2018) untuk urusan penghantaran hadiah. Kerjasama anda sangatlah dihargai.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi luangkan masa dan sertai giveaway session kali ini. Tahniah kepada yang terpilih dan kepada yang tidak terpilih janganlah merajuk. Insyallah rezeki di episode giveaway yang lain.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA DAY 1.0 - HELLO JEJU + WIYO POCKET WIFI + PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL + CHAMPION HOTEL

$
0
0

HELLO JEJU + PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL + CHAMPION HOTEL

Kali ini aku akan kongsikan cerita trip ke Jeju pada awal tahun yang lalu. Banyak tempat-tempat yang menarik disekitar Jeju yang wajib dikunjungi. Mana yang elok boleh dicedok yang buruk yang susah letak tepi. Sikit teruja bila Air Asia X dah buka laluan terus ke Jeju tapi tidaklah rancang untuk kesana dalam masa terdekat. Trip ke Jeju kali ini memang plan impromptu main sebut sembang terus jadi hasil menonton iklan di TV. Sembang punya sembang macam mendapat sambutan tanya makcik dan kakak sepupu terus on. Whatsapp Kak Sal juga ajak sekali, pun disambut baik jadi cukuplah lima orang ahli rombongan mengejut ke Jeju. Aku memang dah lama skodeng Instagram Jeju Muslim Travel (JMT), rujuk SINI tapi tak pernah pun tanya apa-apa tentang packages yang ditawarkan. Kata sepakat dicapai memang setuju nak ke Jeju, aku Whatsapp pihak JMT. Masih ada slot yang kosong sesuai untuk kami berlima. Berbincang apa yang patut dan tengok harga ticket pula macam mampu milik maka terus setuju. Urusan bayaran dibuat dan siap sedia untuk ke Jeju. Alhamdulillah berjaya selesaikan satu lagi trip pembuka tirai tahun 2018 pada bulan January yang lepas. Pahit manis perjalanan kami akan aku kongsikan dengan korang semua. Jujurnya.. Penat balik dari Jepun masih terasa ketika buat persediaan ke Jeju. Rezeki tak diduga datang untuk berjalan lagi jadi kita ikut flow. Disebabkan kami ke Jeju ketika musim sejuk, baju-baju yang aku guna di Jepun tak sempat simpan masuk storage dah kena guna balik. Hantar dry cleaning saja. Beli beberapa winter gears sikit untuk MamiZ. First time bawa family pergi main snow.

PENGALAMAN PAKEJ 5H 4M BERSAMA JEJU MUSLIM TRAVEL

Disclaimer : I was not sponsored at all.


What I am about to share sepanjang perkongsian mengenai Jeju adalah my honest review dan opinion dari seorang customer yang pernah menggunakan service dari pihak JMT. Tidak dibayar walau satu sen sekalipun untuk menulis apa-apa oleh pihak JMT. If it is good.. it is good and vice versa. Sepanjang lima hari pertama di Jeju, aku menggunakan service tour guide dari team Jeju Muslim Travel (JMT). Sebelum pilih JMT obviously aku compared JMT dengan other agents yang tawarkan perkhidmatan yang sama di Jeju. Ada few aspects to consider tapi hati dah berkenan teruk dengan JMT (dan apa yang ditawarkan) terus saja deal dengan pihak JMT. Aku percaya ramai yang dah tahu tentang JMT dan ada ramai juga pengunjung Jeju yang menggunakan khidmat touring dari JMT. Kenapa guna tour guide ? Kenapa tak pergi jalan explore sendiri ? Memang boleh nak explore sendiri tak jadi masalah. Public transportation di Jeju bukanlah yang terbaik tapi tidaklah teruk sangat. Reason paling utama kenapa aku gunakan service JMT adalah : Ada dua senior citizens yang ikut sama dalam trip kali ini jadi keselesaan untuk commute dari satu destinasi ke destinasi yang lain adalah menjadi keutamaan. I wanted everyone to enjoy Jeju to the fullest. Alhamdulillah.. aku sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak JMT sebaik sampai di Jeju dan sepanjang berada di sana. I would love to recommend JMT sekiranya korang masih tercari-cari tour agent yang sesuai untuk explore Jeju. Thank you Anne - our tour guide dan team JMT, we had so much fun exploring Jeju with you.

Okay !! Mari kita mulakan cerita masam manis di Jeju.

15 January 2018 [Isnin]

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : HELLO JEJU + WIYO POCKET WIFI + PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL + CHAMPION HOTEL. Seawal 1:00AM kami gerak ke KLIA2 dari Bangi. Penerbangan ke Jeju adalah pada pukul. 5.15AM. First time panggil teksi sebab tak ada orang pagi buta nak hantar kami ke airport. Aku booked teksi diSINI. Service bagus layanan baik cuma lambat sikit cari rumah tak jumpa tapi itu semua boleh dimaafkan. Elok inform nak gerak setengah jam lebih awal dari waktu sepatutnya. Orang tak ramai sangat that morning tapi KLIA2 tetap meriah. Pergi pick-up WIYO Pocket Wifi dulu untuk dibawa ke Jeju kemudian baru contact Kak Sal. Dah lama Kak Sal sampai tunggu kami. Selesai urusan check-in around pukul 3.00AM kami pergi makan dulu. Lapar pula tengah pagi buta padahal dah makan malam. Hahaha I always feel hungry what to do !! Kemudian terus masuk ke Departure Hall. Tahu sajalah perjalanan nak ke gate dah berapa minit eloklah masuk awal. Tak ada pula buggy service diawal pagi kalau tak nak tahan bagi MamiZ dan MNgah naik. Slowly menapak akhirnya sampai juga. Ambil wuduk siap-siap boleh solat dalam kapal terbang. Boleh tanya pramugari arah kiblat atau guna saja Google Kiblah Finder. Aku tak mahu explain pasal solat dalam kapal terbang takut salah sampaikan lain jadinya. Jadi korang buatlah pembacaan dan research sendiri ya..


Ahli-ahli jemaah trip ke Jeju.

Meninggalkan Malaysia ketika Subuh hari.

Melintasi ruang udara Jeju dan jelas Hallasan yang diselaputi salji dari atas.

Annyeonghaseyo (안녕하세요) Jeju !!

Selamat mendarat.

Alhamdulillah setelah enam jam berada di dalam kapal terbang akhirnya kami selamat tiba di Jeju International Airport. Langit cerah terang benderang menyambut kedatangan kami. Menurut Anne, Jeju baru selesai dilandai ribut salji. Banyak penerbangan batal dan perjalanan pun jadi sukar. Seronok bila snow falls tapi kalau terlalu extreme jadi bahaya. Cuaca di Jeju katanya tak dapat dijangka lebih-lebih lagi ketika musim sejuk. Langit cerah boleh tiba-tiba bertukar mendung dan hujan lebat. Sekejap okay sekejap tak okay. Aku pun ada baca beberapa orang yang kongsikan pengalaman berdepan cuaca tak menentu di Jeju sehingga mengganggu segala perancangan. Tapi iyaaalah soal cuaca bukan kawalan kita jadi doa sajalah semuanya baik-baik saja. Sampai saja di Jeju terus aku on WIYO dan connect internet. Kali kedua menggunakan WIYO. Dulu first time ke Korea pun guna WIYO juga. Puas hati dengan service yang diberikan jadi why not kita repeat lagi. Terus contact Anne - our tour guide. Lambat pula luggage nak keluar tabahlah Anne tunggu kami. On the way nak keluar ada pula seekor anjing polis datang menghidu luggage. Sekejap saja anjing sniff sniff dan berlalu pergi. Kami tak bawa apa-apa makanan lain selain instant noodles. Random okay anjing tu ikut suka hati dia nak pergi mana jadi alert. Our first destination adalah terus ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh pihak JMT - Hotel Champion. Tepi jalan saja senang nak cari. Pihak JMT akan bagi details perjalanan semua melalui email jadi bolehlah kita buat rujukan tempat-tempat yang akan dituju.

Muka seronok dah sampai Jeju.

Setengah jam tunggu baru satu bag yang keluar.

Parking area Jeju International Airport.


Bahagian luar arrival gates.

Ahli-ahli jemaah terpaksa berhimpit. Luggage masing-masing gabak tabahlah.





Tandas Hotel Champion Jeju. Besar boleh mandi sambil golek-golek.

Bilik aku dan Kak Sal. MamiZ MNgah dan KHusna duduk bilik sebelah.

Dalam perjalanan ke Hotel Champion ada lalu deretan kedai-kedai teringat pula pada trip pertama ke Korea dulu. Sama saja structure bangunan dimana-mana ceruk sekalipun. Memang plan nak kembali ke Korea dan jadi ceritanya sampai ke Jeju. Masuk bilik kami puas hati selesa sangat ruang luas juga dan toilet paling impressive. Tak tahulah berapa cost satu malam semua dah inclusive dalam bayaran package. Shower laju kawasan bersih luas memang tip top. Walaupun suhu dah sejuk tapi rasa juga nak mandi. Perjalanan jauh dari KL buat rasa tak selesa. Kami solat dan refresh kemudian terus gerak. Anne dah tunggu siap sedia nak bawa kami meronda. Excited sangat nak pergi main snow. Walaupun baru balik Hokkaido dah puas main snow disana masih lagi rasa teruja. I can never have enough snow experience in life. Bawa MamiZ pula this time tengok dan pegang snow lagilah rasa tak sabar nak main snow. Jomlah kita..


SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SEGMEN BLOGLIST AUG & SEPT BY ZZZYY.BLOGSPOT.COM

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 1.1 - GUNUNG HALLA / HALLASAN + SLEDDING + HIDANGAN MAKANAN PERTAMA DI JEJU

$
0
0

TRAVELOGUE JEJU ISLAND : TRIP KE JEJU ISLAND SOUTH KOREA

Entri sebelumnya diSINI.
15 January 2018 (Isnin)

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : GUNUNG HALLA / HALLASAN + SLEDDING + HIDANGAN MAKANAN PERTAMA DI JEJU. Cepatlah !! Tak sabar nak pergi main snow. Memang tergedik-gedik excited nak terjah tempat-tempat menarik sekitar Jeju. Destinasi pertama adalah ke Hallasan untuk bermain snow. Walaupun Jeju baru reda dilanda snow storm, tapi tak banyak snow yang ada di kawasan rendah. Kena panjat naik ke kawasan tinggi juga untuk bermain snow. Jalan naik ke Hallasan baru saja dibuka setelah tiga hari ditutup kerana keadaan cuaca yang teruk. Polis juga kelihatan disana sini menjaga lalu lintas dan keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

HALLASAN : CARA UNTUK KE HALLASAN (1100 ROAD ROUTE) DAN LALUAN HIKING YANG TERKENAL

Hallasan adalah gunung tertinggi di Jeju dan boleh kelihatan dari setiap ceruk Jeju. Location pula memang terbentuk di tengah-tengah pulau daripada letusan gunung berapi. Keseluruhan pulau senang cerita memang terbentuk daripada volcano eruption. Tak pasti pula sama ada Hallasan memang dah disahkan sebagai gunung berapi tidak aktif atau sebaliknya. Tersenarai dalam senarai UNESCO World Heritage menjadikan Hallasan sebagai salah satu lokasi wajib singgah sekiranya korang bercadang untuk ke Jeju. Mode of transportation yang sesuai untuk ke Hallasan adalah kereta, bus dan teksi. Jalan kaki nak sampai ke laluan jalanraya tertinggi di Jeju memang ambil masa selamanya. Pengangkutan memang sedikit terhad di Jeju tapi okay saja tak teruk sangat. Tanpa sewa kereta atau join tour agent pun korang masih boleh enjoy Jeju to the max.  

Kalau korang adalah sejenis yang suka aktiviti hiking, boleh hiking juga mendaki sebab ada banyak hiking trails disediakan - Seongpanak Trail, Eorimok Trail, Eoseungsaengak Trail, Yeongsil Trail dan Gwaneumsa Trail. Paling famous adalah Eorimok Trail. Aku ada jumpa satu blog yang kongsikan pengalaman mendaki Hallasan Seongpanak Trail. Rujuk SINI kalau berminat. On the way nak ke 1100 Road Route nampak few spots kereta banyak berhenti tepi jalan dan ramai Ahjumma Ahjusshi tengah bersiap sedia nak mendaki. Orang Korea ni tua tua pun sihat sebab rajin buat aktiviti-aktiviti riadah. Aku yang muda rasa malu surrender kalau suruh pi panjat bukit. Kalau nak mendaki kena spend seharian suntuk jadi rancanglah perjalanan sebaik mungkin. Tempat tumpuan utama di Hallasan adalah laluan 1100 Road Route iaitu laluan paling tinggi di Jeju. Bukan puncak tertinggi Hallasan ya.. Laluan saja. Kalau naik kereta, bus atau teksi, disinilah semua akan turun. Rujukan paling senang untuk atur perjalanan menaiki bus di Jeju adalah dari Jeju Intercity Bus Terminal. Dari sini, korang nak pergi mana pun boleh. Nak terus naik bus ke 1100 Road Route atau ke hiking trails pun boleh tak jadi masalah. Rujuk SINI untuk jadual perjalanan bus ke Hallasan mengikut musim. Rujuk SINI pula untuk jadual perjalanan bus ke hiking trails di Hallasan. Aku tak ada pengalaman ke Hallasan naik bus tapi apa yang aku kongsikan adalah based on hasil pembacaan sendiri. Kalau masih blur, tanya saja pekerja di information counter. They can converse in English sikit-sikit.

Jalan lengang. Permandangan sekeliling yang cantik.



Sampai di 1100 Road Route Hallasan. Hujung sana adalah puncak tertinggi Hallasan. Kalau nak kesana kenalah hiking. Nice view.

Aktiviti utama di Hallasan ketika musim sejuk adalah bermain snow, sledding dan hiking. Kalau musim lain lebih banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Disini tak ada service sewa sledge kalau nak main tapi pihak JMT dah siap sediakan sledge untuk ahli-ahli rombongan. Majoriti yang datang memang bawa sledge sendiri. Yang meluncur guna plastic pun ada juga. Disebabkan snow dah turun banyak hari jadi dah keras. Ini bukan virgin snow fresh baru turun jadi sedikit bahaya actually. Tolong pakai winter gears yang sesuai from top to toe. Aku pula pergi pakai sneakers instead of my winter boots. Basah lencuh kecut jari dan kebas. Padan muka !! Alhamdulillah aku belikan MamiZ kasut yang sesuai untuk dipakai. Kalau tak memang jenuh nak berjalan atas snow. Snow di Hallasan tebal sungguh sekali pijak tenggelam kaki. Kalah snow di Hokkaido walaupun taburan salji lebih banyak disana. Dengan seluar sekali lencun tapi pura-pura tak sejuk sebab salah sendiri pakai baju tak kena gaya. 

Seronok tengok MamiZ, Kak Sal, MNgah dan Kak Husna teruja jumpa snow. Macam itulah agaknya reaction aku masa first time tengok salji. Hihihi..





Nak sledding kena panjat ni dulu !!

Panjat lagi !!


MamiZ dan handphone berpisah tiada.

Jenuh berpaut nak berjalan. Sekali langkah kaki tenggelam.

Nampak lubang-lubang yang ada ? Nak senang pijaklah ikut lubang-lubang itu. Hasil peninggalan pengunjung lain. Sekurang-kurangnya tak terkejut kaki tenggelam.

Kaki mana kaki !!

Kasih ibu tarik anak kaki tersangkut ranting. Hahaha..


MNgah dan Kak Husna. MamiZ tak mahu cuba sledding pun takut katanya. Ambil gambar sepanjang masa. Aku naik dengan Kak Sal.




Berjaya memujuk semua meniarap. 




Bertentang dengan parking area ada 1100 Altitude Wetland Nature Discovery Trail. Boleh mengelilingi sekitar kawasan wetland. Aku dan Kak Sal tak pusing pun ambil gambar saja. Ada juga souvenir shops kedai menjual snack dan observatory deck. Cantik sangat view menjelang senja. Musim sejuk matahari terbenam awal. Langit bertukar warna memang sangat cantik. Aku ada jumpa satu entry yang kongsikan view sekitar 1100 Road Route pada musim lain. Rujuk SINI. Bolehlah korang buat perbandingan musim apa yang lebih berbaloi pergi.

Dah penat bermain haruslah lapar. Sebelum kami dihantar pulang ke hotel marilah singgah makan dulu. Ada beberapa restaurants yang menyediakan hidangan halal tapi sangat limited. Option terbaik adalah cari gerai makanan seafood. Kalau sangat tak yakin, bawalah bekalan makanan dari Malaysia. JMT dah atur dan rancang jadual dan tempat makan jadi tak perlu nak pening kepala. Hidangan makanan Korea pertama di Jeju yang simple dan sedap. Menu in our language juga disediakan. Ada beberapa pilihan untuk dipilih - Asam Pedas Korea, Sambal Sotong, Nasi Goreng dan Bibimbab. Nak kongsikan location kedai aku tak berapa aware dimana sebenarnya. Aku noticed ada roundabout besar yang berdekatan dengan entrance university. University apa aku tak pasti. Maaflah.. Dah lapar sangat tak berapa nak focus.

Kedai yang berwarna merah itu..

Kimchi Jigae, Sambal Sotong dan Bibimbab.

My Bibimbab. Alhamdulillah kedai serve dengan telur goreng. Kasi telur mentah sebiji memang aku tak boleh nak telan langsung. Hihi..

Habis licin makanan.

Bagi aku hidangan makanan di kedai ini biasa-biasa saja. Sedap tapi biasa-biasa saja. Kalau nak suggest which one yang sedap - Asam Pedas Korea dan Bibimbab. Not the best Bibimbap yang aku pernah makan tapi licin aku bedal. Nasi dan sambal sotong out sikit mengikut selera tekak aku tapi okaylah boleh dimakan. Ahli-ahli rombongan yang lain pun makan sampai licin. Lapar sangaaat weh !! Kenyang dan kepenatan sesuailah untuk balik ke hotel dan berehat. Trip bersama JMT tak sampai malam pun hanya sekitar pukul 6:00PM. Aku faham kalau jalan sendiri lebih panjang langkah kaki tapi tak banyak sangat pun night activity yang boleh dilakukan di Jeju. Tak semeriah di Seoul dan Busan. Kalau ada pun orang pergi gambling kat casino. Ada certain kawasan tak ada lampu jalan jadi bagi yang memandu kenalah extra hati-hati. Kita balik hotel berehat regangkan otot sendi recharge energy. Esok sambung lagi perjalanan..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SEGMEN BLOGLIST 2018 NURUL NAJIHAH

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 2.0 - SAEBYEOL OREUM 새별오름 + JEOLMUL FOREST 제주절물자연휴양림 + JEJU MYSTERIOUS ROAD

$
0
0

TRAVELOGUE JEJU ISLAND : TRIP KE JEJU ISLAND SOUTH KOREA

Entri sebelumnya diSINI.
16 January 2018 (Selasa)

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : SAEBYEOL OREUM 새별오름 + JEOLMUL FOREST 제주절물자연휴양림 + JEJU MYSTERIOUS ROAD. Woot woot dah hari kedua di Jeju. Lena tidur kepenatan tak menyembang sangat pun dengan Kak Sal. Buka TV biarkan lagu-lagu KPOP melalak sendiri. Masa memang tak menunggu kita cepat saja berlalu. Breakfast disediakan oleh pihak Hotel Champion. Ada roti dan telur goreng. Mushroom soup pun ada jadi just nice untuk kita mulakan hari. Kalau rasa tak kenyang bawalah bekalan makanan sendiri. Seronok bila breakfast sebab dapat jumpa groups lain yang ambil package dengan Jeju Muslim Travel (JMT). Meriah.

Around 08:30AM kami dah siap sedia nak mulakan perjalanan mengikut itinerary yang telah ditetapkan oleh pihak JMT. Kami akan ke Saebyeol Oreum, Jeolmul Forest, Mysterious Road dan Dongmun Market. Sayangnya cuaca sedikit sendu sekejap hujan lebat sekejap renyai. Tapi kena jugalah teruskan perjalanan nak buat macam mana. Elok sediakan payung dan baju hujan untuk berdepan cuaca yang gloomy. Jujurnya kalau korang ada masa yang singkat untuk jelajah keseluruhan Jeju boleh skip saja tempat-tempat ini silalah pergi ke tempat-tempat lain yang lebih gempak. These places adalah tempat-tempat wajib singgah di Jeju, tapi mengikut pemerhatian dan pengalaman, aku rasa boleh skip. Nak singgah juga tak jadi masalah haaaih !! Cadangan saja. Dalam senarai tempat-tempat menarik yang kami tuju, Jeolmul Forest adalah yang paling best. Tapi kalau tak singgah pun tak apa. Dongmun Market kena pergilah pasar-pasar memang wajib singgah.

SAEBYEOL OREUM 새별오름

Destinasi pertama adalah ke Saebyeol Oreum 새별오름. Kalau korang drive sendiri di Jeju, it is very important untuk tahu nama location dalam ejaan Hangul dan coordinate yang tepat. Kadang-kadang nak cari route di Jeju boleh jadi tak jumpa. Eloklah prepare dari awal. Cuaca masih sendu dan hujan semakin lebat. Kami redah juga. Dah sampai mana boleh tak singgah. Terbentuk hasil daripada volcano eruption, perkataan 'Saebyeol' bermaksud 'lonely star'. Seketul bukit yang terbentuk dianggap sunyi tak ada teman. 'Oreum' pula bermaksud macam huurm.. Bila kita tengok kuah gulai tengah menggelegak ada buih-buih kan ? Masa letupan gunung berapi ada juga lebih kurang process yang sama. Bahagian yang 'menggelegak' itulah yang membentuk 'oreum'. Ada 360 jumlah 'oreum' disekitar Jeju dan Saebyeol Oreum adalah antara yang bersaiz sederhana. Lupa dah mana aku baca ni.. Kalau salah maaflah.

Season terbaik untuk terjah Saebyeol Oreum adalah ketika musim luruh. The whole area dipenuhi dengan lalang berwarna silver. Aku tengok gambar memang cantik. Antara spot terbaik untuk bergambar. Kalau terjah musim sejuk tak ada lalang silver.. tapi ada lalang kering warna emas. Kalau cuaca elok kami dah menapak memanjat. Apakan daya.. I think lawa juga cuma tak dapat nak posing sebab hujan makin lebat. 



Imagine kawasan ni penuh lalang cantik berwarna silver.

Ikut laluan yang disediakan memanjat ke atas bukit. Sedih sebab hari hujan.


Lari lari !! Hujan makin lebat.

Untuk ke Saebyeol Oreum menaiki bus, boleh gerak dari Jeju Bus Terminal ke Pyeonghwaro Road. dan turun di Elysian CC. Tapi macam sendu sikit selalunya orang pergi naik kereta. Kalau korang sewa tour taxi cantiklah boleh suruh Ahjusshi Teksi singgah. Syukur kami tak teruskan niat mendaki Saebyeol Oreum sampai atas sebab suku perjalanan saja hujan makin lebat. Walaupun ada baju hujan tapi memang tak selesa. Hari masih hujan waktu kami semua dalam perjalanan ke destinasi seterusnya. Memang pasrah..

Next destination adalah Jeolmul Forest 제주절물자연휴양림. Terletak diarah bertentangan dengan kedudukan Saebyeol Oreum, ke utara Hallasan. MamiZ dengan MNgah tak turun sebab hari hujan dan kaki MNgah dah terseliuh teruk jatuh ketika meronda di wetland. Tak apalah.. Duduk rehat dalam kereta saja. Biarkan kami yang melawat kawasan mencemar duli.

JEJU JEOLMUL RECREATION FOREST 제주절물자연휴양림

Dalam senarai tempat-tempat yang kami terjah sepanjang hari kedua di Jeju, aku nak recommend Jeolmul Forest untuk korang terjah sekiranya ada banyak masa. Bagi aku berbaloi tenang dan cantik. Banyak parking spaces dan entrance fee sebanyak 1000WON (RM3.60 approx) dikenakan. Kami tak perlu bayar apa-apa dah inclusive dalam package bersama JMT. Di Jeolmul Forest ada Jeolmul Oreum, puncak tertinggi disekitar kawasan Jeolmul Forest. Kami tak panjat mana-mana pun just meronda kawasan sekitar saja. Luas oookay kawasan Jeolmul Forest ni memang tidaklah nak pusing satu kawasan. Kalau nak menginap disini pun boleh ada banyak cabin disediakan. Harga pun not bad dan sempat selisih dengan a group of young people yang nak pergi huha huha agaknya. Banyak betul Soju diangkut sama. Yang pasti.. Ahjumma Ahjusshi ramai siap sedia nak mendaki lagi. Kagum dan malu menyelubungi..

Sampai betul-betul gate Jeolmul Forest ada tiga laluan utama. Kami cuba tiga-tiga laluan sampai halfway kami patah balik. Rasanya bertembung kesemua laluan tapi jauh sangat tak larat. Hari masih hujan kami pura-pura redah macam tak hujan.

Peta besar macam ni ada di semua tempat-tempat menarik sekitar Jeju.

Harga forest cabin di Jeolmul Forest.

Peta kawasan sekitar Jeolmul Forest. Luas sangat tak mampu nak pusing.



Teringat bamboo forest Arashiyama di Kyoto.



Puas cari mineral spring tapi tak jumpa pun !!

Vibe yang berbeza dari laluan sebelumnya.

Snow hujan dan kabus. Rasa macam masuk fairy land.






Boleh guna alat ni nak sembur angin buang kotoran di kasut.


Rasa teringin nak menginap di cabin yang ada. Kalau pergi dengan kawan-kawan mesti meriah. Cantik sangat Jeolmul Forest jadi tak rugi singgah. Kena allocate masa lama sikit nak enjoy menikmati keindahan alam. Ramai orang Korea sendiri datang ke Jeolmul Forest. Yang tua yang muda kanak-kanak semua ada. Seronok tengok how these people enjoy and appreciate nature. They way diorang kagum dan express rasa impressive tu jelas sangat bila dengar diorang sembang. Kalau korang biasa dengan rancangan-rancangan TV dari Korea mesti pernah dengar istilah 'healing trip' yang selalu disebut-sebut. Kalau sebut 'healing trip' mesti trip masuk hutan.. hiking.. cari air terjun dan semua yang berkaitan nature. Tempat macam Jeolmul Forest ni sangat sesuai untuk mereka yang merancang 'healing trip'.

Untuk ke Jeolmul Forest menaiki bus, boleh naik bus bernombor 300 atau 38 ke Dongmun Rotary dan tukar ke bus bernombor 1 terus ke Jeolmul Recreational Forest. All the best.

JEJU MYSTERIOUS ROAD (DOKKAEBI ROAD)

Next destination adalah terus ke jalan penuh misteri di Jeju - Dokkaebi Road. We will defy the laws of gravity tanpa perlu berbuat apa-apa. Usually kita letak botol air untuk tengok kuasa tarikan gravity tapi hari hujan tak dapat nak buat apa-apa. Tapi janganlah sedih, dengan menaiki kereta pun kita boleh buat experiment ini. Sampai saja di kawasan Mysterious Road, neutral gear kereta dan tanpa tekan minyak pun kereta akan bergerak. The best part, kita sebenarnya menurun tapi ditarik ke atas. Kami test jugalah Anne tunjuk macam mana. Kalau tak silap di Malaysia ada juga few places yang macam ni. Masa ke Keningau dulu macam pernah lalu kawasan yang hampir sama. Mysterious Road ni jujurnya kalau tak singgah pun tak apa tapi kalau nak singgah pun apa salahnya. Boleh sekali lalu saja tinggal jejak tanda dah sampai.

Ambil gambar dengan signage dalam hujan.

Bus pelancong tengah buat experiment.

Kereta lalu lalang semua matikan enjin nak cuba juga experiment.

Hurm ini.. Tak patut tayang tapi nak tayang. Kita tutup mana yang patut k..

Kenapa ada statue B*** laki bini disini bersama anak-anak ? Besar okay dan happy family sangat nampak gayanya. Jeju sangat terkenal dengan hidangan Black Pig yang hanya ada di Jeju saja jadi it is normal kalau kat mana-mana ceruk nampak patung B*** sama ada kecil atau besar. Black Pig dibela secara besar-besaran disekitar Jeju. Restaurants di Jeju pula majoriti sediakan hidangan Black Pig. Jadi kalau nak cari makanan di Jeju kena buka mata luas-luas. Make sure restaurant yang diterjah hanya menjual seafood dan tak ada hidangan daging. Dah setengah hari meronda meredah hujan, haruslah lapar.

Untuk lunch kami dibawa ke kedai yang sama we had dinner hari sebelumnya. We were okay about it tak adalah picky sangat. Pilihan menu masih sama tapi this time aku order menu lain pula. Again guys, I am not sure about the location. Aku ambil gambar bangunan dari sudut lain pula mana tahu ada yang pandai baca Hangul boleh translate tulisan. Bila travel dengan tour jadi tak berapa alert pula dengan kawasan sekeliling especially jalan raya.




Seafood Kimchi Jigae.


Kak Husna makan Omurice. Nasi Goreng Pataya hihi..

Overall.. the food was okay. Aku lagi prefer Bibimbab yang aku makan sebelumnya. Seafood Kimchi Jigae aku dipenuhi clams dan beberapa jenis siput yang aku tak pernah makan jadi sedikit terganggu disitu. Makan sotong dan udang saja. Aku rasa Omurice sikit dan sedap. Rasa kena dengan tekak. Yang pasti semua orang makan sampai licin. Aku suka sungguh tengok. Dah kenyang dah dapat energy balik kita terus ke next destination yang wajib diterjah sekiranya dah sampai ke Jeju. Jom !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

REVENGE !!

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 2.1 - JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장 + JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER 제주 중앙지하상가

$
0
0

TRAVELOGUE JEJU ISLAND : TRIP KE JEJU ISLAND SOUTH KOREA

Entri sebelumnya diSINI.
16 January 2018 (Selasa)

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장 DAN JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER 제주 중앙지하상가. Wajib !! Wajib singgah ke pasar tak kisahlah yang modern atau yang tradisional. Nak dekat dengan masyarakat setempat nak belajar mengenai culture satu kawasan kenalah terjah ke tempat yang banyak masyarakat tempatan berkumpul. Salah satunya adalah ke market. Di Jeju, Dongmun Traditional Market adalah yang paling popular. Memang wajib korang masukkan dalam senarai tempat-tempat menarik di Jeju yang harus dilawati. Kat sini jugalah tempat yang sesuai kalau nak borong souvenirs untuk dibawa pulang. Ada lebih kurang 300 kedai yang menjual macam-macam : pakaian, souvenirs, makanan, makanan laut, peralatan rumah dan macam-macam lagi. Memang meriah dengan hiruk pikuk Ahjumma Ahjusshi menjual. Penuh dengan rakyat tempatan dan juga Koreans dari pelbagai pelusuk. Menarik.. Tengok ragam masing-masing seronok luang masa dengan ahli-ahli keluarga.

JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장

Disebabkan Jeju Dongmun Traditional Market adalah antara hot spots di Jeju, banyak bus yang beroperasi untuk ke sana. Boleh rujuk SINI untuk senarai bus yang boleh dinaiki je kesana. Dongmun Market ada banyak entrance jadi masuklah ikut mana-mana entrance sekalipun semua bertembung. Bagi yang naik kereta, ada bangunan khas disediakan untuk parking. Waktu kami kesana memang line panjang lama jugalah tunggu tapi rezeki cepat dapat parking. Jomlah kita meronda cari souvenirs dan barang-barang lain yang sesuai dibawa pulang. Aku personally rasa souvenirs di Jeju sedikit mahal berbanding di Seoul dan Busan. Masih mampu milik tapi sekiranya korang akan travel ke Seoul dan Busan, eloklah beli disana. Melainkan souvenirs yang memang hanya ada di Jeju - Peta Jeju, Keychain dan Fridge Magnet Dol Hareubang - atuk batu terkenal di Jeju. Anne suggested suruh kami beli orange jams dan chocolates since Jeju sangat terkenal dengan oranges sebagai product tempatan especially Hallabong Orange. Bukan setakat boleh dijadikan spread makan dengan roti, boleh juga dijadikan kordial ataupun dicampur bersama teh. Kalau korang memang biasa dengan entries perjalanan aku, makanan adalah antara souvenirs yang aku paling suka bawa balik. Senang untuk semua ahli keluarga rasa. You cannot bring everyone with you at least kita bawa balik sedikit rasa dari tempat yang kita lawati untuk yang tersayang. 




Jenis-jenis orange jem yang boleh dipilih. Berbeza mengikut brand size dan rasa.

Dua plastics penuh dengan barang-barang yang kami beli untuk dibawa balik. Total damage adalah sebanyak 47 000WON (RM170.70 approx) - Jem Tea and Chocolates.

Souvenirs yang sama dijual dengan harga yang jauh lebih murah di Seoul dan Busan. Jangan membazir beli disini.



Di Jeju Dongmun Traditional Market, ada beberapa sections tapi ada juga section yang semua benda dijual dalam satu kawasan. Situlah jual pakaian.. Situlah jual makanan dan situ jugalah jual B***. Part ini paling stress sebab nak tak nak kena lalu juga lorong yang kiri kanan daging B*** dijual. At that time, hari tengah hujan lebat dan lantai pasar sangat basah. Seluar pun aku angkat sedikit aku tak bolehlah bab bab macam ni.. Hati jadi runsing bukan mudah weh bab macam ni. Pengetahuan agama aku dahlah cetek takut bab hukum hakam. Mungkin sedikit berbeza kalau lantai tak basah tenang sikit agaknya. Sumpah jenuh tawakal dalam hati supaya air yang mengalir tak bawa mudarat. Walaupun lorong yang meriah dengan street food dan B*** singkat saja tapi kalau boleh elak kita elak. Aku tak tahulah pendapat orang lain-lain jadi terpulang.

Obviously street food di Jeju kita tak boleh makan expect beberapa yang kita yakin tak ada benda bukan-bukan. Anne bawa kami ke gerai yang menjual Hotteok (sweet pancake) dan Eumok (fishcake). Since JMT dah lama beroperasi, insyallah diorang tahu beberapa spots yang diyakini halal dan tak ada unsur-unsur syubhah. So much aku suka mencuba pun tak semua bendalah boleh ditelan. Kesedaran Islam di Jeju tak seluas di Seoul dan Busan jadi penjual disini tak peduli pun. Tapi aku nampak few people with hijab yang selamba makan topokki dari kedai yang sah-sah ada kepala B*** elok terhidang. I could not avoid daripada pandang diorang dengan vibe yang terkejut. Can't you see ? There was a pig's head big enough kat depan tu.. 


Sebelah goreng ayam sebelah masak topokki. Andwaeyo !!

Ini orang Korea suka sangat makan - Sundae (Blood Sausage).

Look at the wet floor T.T

Fresh sashimi dan sotong kurita.

Pilih-pilih yang mana berkenan.

Sepinggan sotong kurita rebus berharga 15 000WON (RM54.58 approx).


Section buah-buahan. Boleh beli Hallabong Orange bawa balik.

Dah siap cantik berbungkus.

Pilihan chocolates dan cookies. Kebanyakan berasaskan oranges.


Finally !! Dapat strawberries. Sedapnya !!

Jeju City Tour Bus - konsep yang sama macam Hop On Hop Off Bus.

Nak meronda sekeliling Jeju Dongmun Traditional Market dalam masa yang singkat memang tak sempat. Banyak benda nak ditengok tapi kami ada masa yang limited. Jadi pandai-pandailah korang adjust timing macam mana. Selain daripada meronda sekitar Jeju Dongmun Traditional Market, ada juga underground shopping mall - Jeju Jungang Underground Shopping Center 제주 중앙지하상가. Senang sangat nak jumpa sebab basically Jungang Underground Shopping Center terletak dibawah Jeju Dongmun Market. Keluar dari mana-mana exit mesti akan nampak signage ke Jungang Underground Shopping Center jadi jangan risau. Kalau korang nak shopping di Jeju, disinilah antara salah satu tempatnya. Aku rasa shopping bukanlah main activity yang boleh dilakukan di Jeju. Ada juga few other shopping complexes tapi aku rasa macam biasa-biasa saja. Tak semeriah di Seoul dan Busan. You better shop at other places kalau berkesempatan but just incase nak juga shopping.. disinilah tempatnya.

Ada banyak exit macam ni.. Turun ke bawah and shop till you drop.

Menjelang malam.. Orang pun tak ramai.






Girls are being girls. Hihihi..

Pilih jangan tak pilih. Cosmetics sama saja harganya di mana-mana ceruk Korea.

Berkenan nak beli baju di Jungang Underground Shopping Center tapi sekali tengok harga mak haih !! Mahalnya lebih-lebih lagi kalau dah convert. Rasa macam tak berbaloi pula sebab rasanya harga di Malaysia lebih murah. Pakaian-pakaian di Dongdaemun Namdaemun dan Myeongdong jauh lebih murah. Borong cosmetics sajalah sebab mana-mana pun sama saja harga. Tak lama pun kami meronda di Jungang Underground Shopping Center sebab dah lewat dan sampai masa untuk pulang ke hotel. Masuk semula ke Jeju Dongmun Market ikut pintu lain - nak pergi makan Hotteok dan Eumok. First time nak rasa tak berkesempatan untuk cuba dalam trip sebelumnya ke Korea. Beli sekali Hotteok untuk MamiZ MNgah dan Kak Husna yang dah tunggu di kereta lebih awal. Kaki MNgah masih bengkak tak elok jalan jauh. Biarlah dulu MNgah berehat jangan dipaksa gerak banyak sebab lama lagi kami di Jeju.

Gate 3 - Gate jual buah-buahan. Kita jalan lagi kedepan.

Kami makan Hotteok di kedai makcik ini.
Eumok pun ada.


Kalau tengok KDrama atau KShow adalah normal bagi orang Korea makan fishcake yang dijual merata tepi jalan. Teruja juga nak cuba sebab first time dan jujurnya fishcake di Malaysia jauh lebih sedap. Kami beli satu cucuk saja kongsi berdua sebab aku tak rasa apa-apa pun bila makan Eumok. Ada dipping sauce and okaylah rasa sedap sikitlah bila dah cicah sos. Feeling juga makan makanan panas-panas waktu hari tengah hujan. Tapi bagi aku.. Hotteok sedap dan korang kena cuba kalau berkesempatan. Makan panas-panas memang feel bila dah sejuk keras sikit tapi masih sedap. I enjoyed my Hotteok more dari makan Eumok. Kalau tak silap harga sebiji Hotteok dan Eumok adalah 500WON (RM1.82 approx). Not bad harga murah. And with that, we ended our second day in Jeju. Balik hotel, dinner dah disediakan oleh pihak JMT. We had cheese pizza yang sedap. Goodnight.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 3.0 - JUSANGJEOLLI CLIFF 주상절리대 대포동지삿개 DAN CHEONJEYEON FALLS 천제연 폭포

$
0
0
Entri sebelumnya diSINI.
17 January 2018 (Rabu)

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : JUSANGJEOLLI CLIFF 주상절리대 대포동지삿개 DAN CHEONJEYEON FALLS 천제연 폭포. Hari ketiga di Jeju masih lagi menggunakan service tour dari Jeju Muslim Travel (JMT). Alhamdulillah cuaca cantik langit cerah tak mendung. Bolehlah kita terjah tempat-tempat menarik sekitar Jeju dengan hati yang riang. Hari ketiga tertumpu pada kawasan sekitar Seogwipo. Kami akan ke Jusangjeolli Cliff, Cheonjeyeon Falls, petik oren di farm sekitar Seogwipo, Yongmeori Coast, Osulloc Green Tea Farm & Cafe dan Innisfree House. Selesai breakfast di Hotel Champion, terus saja kami gerak ke destinasi pertama iaitu Jusangjeolli Cliff. Jauh juga perjalanan dari Jeju City ke Seogwipo sedap aku tidur sedar-sedar terjaga dah sampai di kawasan Jungmun. Berpandukan peta dibawah senang sikit nak faham kedudukan tempat-tempat di Jeju. Peta ini ringkas dan senang dijadikan rujukan. Bila merancang perjalanan di Jeju tengok kedudukan dan tak perlulah sekejap ke utara patah balik ke selatan kemudian ke timur dan sebagainya. Kalau sewa teksi tour dengan Ahjusshi Teksi pun tak adanya dia nak bawa pusing sekejap ke Seongsan kemudian ke Hallim dalam masa sehari.

Related image

JUSANGJEOLLI CLIFF 주상절리대 대포동지삿개 - CARA UNTUK KE JUSANGJEOLLI CLIFF

Jusangjeolli Cliff wajib masuk dalam senarai tempat-tempat menarik untuk dilawati di Jeju. Tak lama pun masa yang diperlukan untuk singgah Jusangjeolli Cliff cukup dalam lebih kurang satu jam. Tak ada aktiviti sangat disini hanyalah sightseeing tapi kawasan Jusangjeolli Cliff sangat cantik. Di Jusangjeolli Cliff, kita boleh lihat deretan batu-batu lereng laut setinggi 20M yang tersusun cantik membentuk 'pillars' macam tiang rumah hasil hakisan daripada air laut dan juga hasil larva yang mengalir dari Gunung Hallasan ke dalam lautan Jungmun. Dibuka sepanjang tahun untuk lawatan dari pukul 09:00AM - 07:00PM. Musim sejuk kawasan ini tutup lebih awal. Bayaran sebanyak 2000WON (RM7.29 approx) dikenakan untuk orang dewasa. Bagi yang ingin ke Jusangjeolli Cliff menaiki bus, bolehlah menaiki Airport Limousine Bus bernombor 600 dan turun di International Convention Center Bus Stop kemudian menapak sikit. Boleh juga terus naik Jungmun Express Bus dari Jeju Intercity Bus Terminal ke Jungmun Tourist Complex kemudian naik teksi ke Jusangjeolli Cliff. Kawasan lapang dan cantik bersih cuma dilereng-lereng memang bertangga. Tak sesuai untuk orang yang menggunakan kerusi roda, baby stroller dan tongkat. Masih boleh menikmati permandangan cuma bukan dari jarak dekat. Kaki MNgah masih bengkak tapi digagahi juga menapak. Tak mahu lepaskan peluang cuci mata tengok permandangan cantik.



Kaunter ticket.


Dari atas dah nampak air laut membiru. Yang menggunakan kerusi roda hanya sampai disini saja kemudian semua laluan bertangga.





Jangan gatal panjat !!


Inilah dia batu-batu hasil larva dari Gunung Halla. Elok berbentuk cube setinggi 20M. Makin lama makin terhakis dipukul pantai.


Orang ramai - Susah nak dapat gambar tanpa ada yang inter frame.



Ahjumma jual fresh seafood.



Sotong panggang dan aiskrim Hallabong Orange.

   
Dah sampai di kawasan Jusangjeolli Cliff wajib cuba sotong bakar dan aiskrim Hallabong Orange. Habis 9000WON (RM32.80 approx) beli aiskrim dan sotong bakar untuk lima orang kongsi. Not bad aku rasa. Nak beli tu jenguk sekali kedai yang jual tu jual apa lagi. Takut ada yang tidak-tidak tak mahulah. Kalau ada jual sausage pun bagi aku meragukan. Manalah tahu dia tumpang bakar kat tempat yang sama dengan sotong. Kedai yang aku singgah ada jual sotong bakar dan aku tengok ada roti pastries dan air. Jadi yakin untuk beli. Aiskrim Hallabong Orange sangat refreshing dan sedap. Rasa tak cukup dan nak lagi. Seterusnya kami ke destinasi yang kedua iaitu Cheonjeyeon Falls. Dekat saja dengan Jusangjeolli Cliff. Selain Cheonjeyeon Falls, ada satu lagi lokasi yang nama seakan-akan sama tapi berbeza. Di kawasan Seogwipo ada juga Cheonjiyeon Falls tapi jauh sikit lebih kurang satu jam pemanduan dari Jusangjeolli Cliff. Aku tengok gambar, aku rasa Cheonjiyeon Falls lagi cantik berbanding Cheonjeyeon Falls tapi kami tak berkesempatan kesana. Tak masuk dalam package bersama JMT. Jadi kalau korang yang drive sendiri bolehlah buat perbandingan nak pergi Cheonjeyeon Falls atau Cheonjiyeon Falls. Info mengenai Cheonjiyeon Fall diSINI.

CHEONJEYEON FALLS 천제연 폭포 - CARA UNTUK KE CHEONJEYEON FALLS

'Cheonjeyeon Falls' bermaksud 'The Pond of God' dan ada tiga bahagian. Kami cover dua saja sebab dah semput mengah lenguh kaki segala bagai memanjat tangga. Tak mampu nak teruskan ke air terjun ketiga. Bagi yang menaiki bus, sila naik bus Airport Limousine Bus 600 ke Jungmun dan turun di Yeomiji Botanical Garden. Jalan lebih kurang sepuluh minit untuk ke entrance Cheonjeyeon Falls. Entrance fee sebanyak 2500WON (RM9.11 approx) dikenakan untuk orang dewasa. Dibuka sepanjang tahun dari pukul 09:00AM - 07:00PM. Air terjun yang pertama datangnya dari Cheonjeyeon Valley dan mengalir ke kawasan air terjun kedua seterusnya mengalir ke air terjun ketiga sebelum mengalir ke laut. Kawasan Cheonjeyeon Falls sangat luas tapi masih juga tak mesra baby stroller dan kerusi roda. Ada banyak tempat duduk disediakan jadi boleh makcik pakcik yang tak larat memanjat tangga duduk. Kalau tengok gambar, air terjun Cheonjeyeon Falls sangat jernih kebiruan tapi rezeki kami dapat air keruh sebab hari sebelumnya hujan.



Kedudukan air terjun pertama, kedua dan ketiga. Ada Seonimgyo Bridge yang tinggi dan besar menghubungkan dua kawasan.



Tak boleh berenang !!

Air terjun pun malu-malu nak terjun. Air keruh..


MamiZ dan MNgah sampai disini saja. Laluan berliku penuh cabaran menanti dihadapan.



Air terjun kedua.

Seonimgyo Bridge. Tinggi !!


Mula menapak memanjat Seonimgyo Bridge.


Permandangan dari puncak Seonimgyo Bridge.


Kembang kaki pandang bawah. Angin kuat..

Hallasan dari atas Seonimgyo Bridge.


Laluan untuk ke air terjun ketiga. No thanks !!

Kudrat kena ada tenaga kena tinggi kalau nak cover sampai the third waterfall. Aku berjaya sampai yang kedua pun dah cukup berbangga dengan diri sendiri. Air terjun semestinya cantik dan okaylah lulus jugalah nak masukkan dalam list. Cuma beringat, kalau hari sebelumnya hujan korang bakal tengok air keruh susu jugalah macam kami. Nak tengok yang crystal clear biru cantik kena tengok cuaca. Kalau berkesempatan lajak ke Cheonjiyeon Falls sekali apa salahnya singgah sana. Kalau tak silap malam pun tempat tu buka. Next kami nak pergi petik buah pula.. Bila dah sampai Jeju, pengalaman memetik Hallabong Orange jangan dilepaskan. Jom !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 3.1 - PENGALAMAN PETIK ORANGE DI SEOGWIPO + YONGMEORI COAST 용머리해안 + OSULLOC GREEN TEA FARM & CAFE + INNISFREE HOUSE

$
0
0
TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA 2018 : DAY 3.1 - PENGALAMAN PETIK ORANGE DI SEOGWIPO + YONGMEORI COAST 용머리해안 + OSULLOC GREEN TEA FARM & CAFE + INNISFREE HOUSE

Entri sebelumnya diSINI.
17 January 2018 (Rabu)

TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : PENGALAMAN PETIK ORANGE DI SEOGWIPO + YONGMEORI COAST 용머리해안 + OSULLOC GREEN TEA FARM & CAFE + INNISFREE HOUSE. Selepas kepenatan meronda sekitar Cheonjeyeon Falls, kami teruskan perjalanan ke ladang Hallabong Orange yang banyak terletak di Seogwipo. Kalau korang adalah antara pembaca yang rajin sudi singgah blog aku, mesti dah boleh agak perangai aku yang suka terjah ke ladang buah-buahan. Aku tak akan lepaskan peluang kalau dapat pergi fruit farm dan petik buah. Sedikit sedih kerana kami tak dibenarkan petik walau sebiji pun buah oren (atas faktor quality control) tapi alhamdulillah sangat-sangat, kami diberikan kesempatan dapat tengok ladang buah oren dan sangat puas hati. Selama ni asyik tengok pokok limau purut limau kasturi saja. Kalau korang datang musim luruh (autumn) mungkin boleh petik sebab itu adalah waktu terbaik untuk harvest oranges. Bila winter buah semakin kurang sebelum batch baru tumbuh jadi kenalah control sikit hasil pengeluaran.

PENGALAMAN KE LADANG HALLABONG ORANGE DI SEOGWIPO

Jeju dan oranges memang berpisah tiada. Aku ada kongsikan diSINI macam mana keadaan di Jeju Dongmun Market yang kiri kanan vendors menjual oranges. Di Seogwipo, it is normal untuk tengok pokok-pokok oranges ditanam even ditepi jalan. Hampir semua rumah di Jeju mesti ada pokok orange - dah dianggap simbol. Buah oren tumbuh subur tepi jalan tak ada orang kacau dan curi. Ada sejarah tersendiri macam mana oranges boleh jadi sangat terkenal di Jeju. Boleh rujuk SINI. Aku tak minat sangat sejarah jadi malas nak explain. Bolehlah baca sendiri. Kalau korang pun berminat untuk merasai pengalaman di ladang Hallabong orange, boleh singgah mana-mana ladang yang ada dan tanyalah owner sama ada dia izinkan untuk masuk ke ladang atau tak. Memang banyak sangat kawasan yang tanam oren tak kira besar atau kecil. Jangan main terjah saja takut nanti kena halau. Lepas dah singgah ladang tu belilah sikit buah oren dari Ahjusshi dan Ahjumma owner ladang. Barulah diorang pun happy bagi kita masuk ladang.






Rasa gatal tangan nak petik. Hahaha..







Chocolates yang dalam kotak biru hijau dan pink itu saaangat sedap !!



Sedap !!

Buah oren yang dijual di sekitar Seogwipo jauh lebih murah berbanding di Jeju City especially Jeju Dongmun Market. Tapi yang kami beli di Jeju Dongmun Market lebih manis. Untuk orang yang suka makan oranges tak kisah pun masam atau manis tetap sedap. Kali pertama ke Jeju Dongmun Market aku dah jot down harga chocolates yang dijual disana tapi di kedai Ahjumma Oren harganya lebih murah jadi kami terus borong chocolates juga since harganya jauh lebih murah. Dah selesai semua kita pergi lunch sebelum ke destinasi seterusnya. Grilled mackerel adalah hidangan yang wajib dicuba sekiranya dah sampai ke Korea. Tapi di restoran-restoran Korea di Malaysia pun boleh dapat juga. Kalau rindu boleh pergi makan. Disini juga kami perform solat - owner izinkan guna satu sudut kedai untuk solat. Selesai segala urusan wajib kami teruskan perjalanan ke Yongmeori Coast 용머리해안. Aku personally vote Yongmeori Coast as the best place ever yang aku pergi di Jeju. Semua pun best tapi inilah yang paling best dan cantik. Wajib singgah dan kalau nak spend masa berjam-jam disini pun tak apa. Take your own sweet time jalan dan enjoy the view. Setiap sudut sangat cantik walaupun hanya batu.

PERMANDANGAN CANTIK DI YONGMEORI COAST 용머리해안 YANG WAJIB SINGGAH DI JEJU

Kawasan Yongmeori Coast bercantum dengan Sanbangsan Mountain sampailah ke kawasan laut. Dalam perjalanan ke Yongmeori Coast mesti akan lalu Sanbangsan Mountain. Kawasan rehat dibina untuk orang ramai berhenti singgah. Orang Korea memang hargai nature jadi penuh sentiasa dengan orang ramai. Boleh juga kalau nak mendaki Sanbangsan Mountain tapi kami lebih tertarik dengan kawasan coastal area Yongmeori Coast. Banyak parking spaces disediakan jadi sesuai untuk yang memandu. Entrance fee sebanyak 2000WON (RM7.27 approx) dikenakan untuk seorang dewasa. Silalah pakai pakaian yang sesuai sebab keadaan permukaan coastal area yang berbatu sekejap tinggi sekejap rendah agak bahaya. Sneakers and boots are the best options. Kami dah tengok beberapa orang jatuh tergolek tergelincir pakai heels. Bagi yang menaiki bus, boleh naik mana-mana bus dari Jeju Intercity Bus Terminal yang menuju Sanbangsan dan turun di Sanbanggulsa dan menapak sikit menuju kawasan pantai.

Jangan risau.. Memang sunyi macam ni di kawasan entrance.


Ramai Ahjusshi datang sini untuk memancing ikan.

Yup.. Kita akan berjalan di tepi laut sampai ke hujung sana.





Kalau kawasan tak ditutup boleh panjat. Keselamatan ditanggung sendiri.

 
Ahjumma jual fresh seafood dimana-mana. Lepas tangkap terus jual.


Hallasan dari Yongmeori Coast.

Hati-hati. Ada kawasan yang belumut jadi sangat licin.

We met new friends as well. (Credit : Kak Ain).


Dihujung trail kena mendaki sikitlah. Tabahlah kaki !! Lenguh di Cheonjeyeon Falls tak hilang lagi dah kena memanjat lagi.

Jenuh mencungap mendaki. (Credit : Kak Ain).

Bunga canola yang cantik di musim sejuk.


(Credit : Kak Ain).

Sayang sangat MamiZ dan MNgah tak dapat sama-sama join kami sekitar Yongmeori Coast. Memang permukaan tak rata jadi bahaya kalau tak sihat nak menapak. MamiZ teman MNgah yang kaki masih bengkak. Mampu tunjuk gambar saja kongsi pengalaman apa yang kami tengok dan lalui. Kalau korang ke Jeju tolonglah singgah ke Yongmeori Coast. Aku pilih ini sebagai tempat paling best di Jeju yang aku terjah. Kami bergegas gerak untuk ke Osulloc Cafe dan Innisfree House yang juga terletak dalam kawasan Seogwipo. Aku tak kisah sangat tempat ni tapi dah alang-alang sampai pergi sajalah.

Di Osulloc Cafe ada beberapa hidangan signatures yang famous tapi orang tersangatlah ramai. Nak cari tempat duduk pun seksa sangat. Jadi kami just tapau Hot Green Tea dan Green Tea Ice Cream. Sepatutnya nak rasa Green Tea Roll yang famous tapi apakan daya.. Semput tengok visitors yang ramai. Harga makanan pun agak mencekik juga jadi tak apalah. Singgah sekejap ke Innisfree House as product kecantikan Innisfree berasal dari Jeju. Beli few things (harga sama saja tak ada discount pun) cuma menarik tempatnya cantik. We ended our third day in Jeju dengan dinner yang disediakan oleh pihak JMT di Hotel Champion. Too tired to even nak bersembang masing-masing kepenatan. Lepas mandi solat memang terus hanyut. Chalja ~

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

GIVEAWAY PERTAMA BY DIYANATJUMAN.BLOGSPOT.COM

GIVEAWAY SAMPUL RAYA FASHION VALET 2018 BY SIQAHIQA.COM

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY DAY 4.0 - GIMNYEONG BEACH, WOLJEONGRI BEACH DAN MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

$
0
0
PANTAI CANTIK DI JEJU GIMNYEONG SEONSEGI 김녕 성세기 해변 DAN WOLJEONGRI 월정리해수욕장 SERTA MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

Entri sebelumnya diSINI.
18 January 2018 (Khamis)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : PANTAI CANTIK DI JEJU GIMNYEONG SEONSEGI 김녕 성세기 해변 DAN WOLJEONGRI 월정리해수욕장 SERTA MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG 성산일출봉. Pejam celik dah hari keempat di Jeju. Hari ini kami akan ke Gimnyeong Beach dan Woljeongri Beach yang cantik, memanjat Seongsan Ilchulbong, ke Seopjikoji Lighthouse dan Songeup Folk Village. Pagi hari cuaca mendung kelam sendu tapi alhamdulillah sehingga ke malam tak hujan. Destinasi pertama adalah ke Gimnyeong Beach. Selalunya boleh nampak Haenyeo Divers (penyelam wanita) yang selalu menyelam kutip abalone dan lain-lain. Mungkin sebab cuaca mendung tak ada pun nampak haenyeo. Seriously air laut di Gimnyeong Beach saaangatlah jernih. So crystal clear rasa tergedik-gedik nak terjun masuk laut mandi. Tapi tak dibuat orang mandi laut during winter. Kalau korang kesana during summer atau spring pergilah picnic dan berenang-renang. Hihihi..

CARA UNTUK KE GIMNYEONG BEACH

Kalau naik kereta senang sangatlah guna GPS dah boleh sampai. Parking spaces pun banyak. Kalau dari Jeju International Airport boleh naik bus 100 dan turun di Jeju Intercity Bus Terminal. Boleh terus ambil bus ke Gimnyeong Beach. Pilihan lain adalah menaiki bus bernombor 38 dari Jeju International Airport dan turun di Hamdeok-Ri 함덕리 kemudian naik pula Eup-Myeon Bus menghala ke East Coast dan turun di Gimnyeong Beach. Ini adalah suggestion yang aku dapat dari internet. Apa-apa pun sila buat rujukan sendiri untuk mendapatkan kepastian.


Dari tepi pantai dah nampak kejernihan air laut.








Sekejap saja kami singgah di Gimnyeong Beach. Kalau cuaca okay musim sesuai bolehlah nak berendam. Datang waktu musim sejuk memang tak ada harapan nak berkuak lentang. Celup jari pun rasa sejuk yang amat.. Untuk rujukan lanjut mengenai Gimnyeong Beach boleh rujuk SINI. Dari Gimnyeong Beach kami singgah pula ke Woljeongri Beach. Rasanya tak jauh sangat pun perjalanan dari Gimnyeong Beach. Woljeongri Beach lebih famous berbanding Gimnyeong Beach sebab ada banyak cafe comel dan selalunya menjadi tempat pilihan orang ramai untuk singgah. Pantai-pantai di Jeju kalau tak silap ada waktu-waktu tertentu saja yang dibenarkan mandi. Jadi kena always alert dengan waktu yang telah ditetapkan.

CARA UNTUK KE WOLJEONGRI BEACH

Dari Jeju Intercity Bus Terminal, boleh naik bus bernombor 701 dan turun di Gujwajungang Elementary School dan menapak sikit untuk ke Woljeongri Beach. Aku rasa berbaloi jugalah ke Woljeongri Beach untuk lepak santai minum kopi sambil layan perasaan duduk tepi pantai. Rujuk SINIuntuk info.



Wajib bergambar dengan kerusi-kerusi comel ini.

Sempat juga beli coffee peneman sepanjang perjalanan. Beli untuk MamiZ dan yang lain-lain. Saja nak rasa coffee Korea katanya hihi.. Aku tak minat jadi tak teruja sangat. Kami teruskan perjalanan ke Seongsan Ilchulbong yang terletak di Seogwipo. Seongsan Ilchulbong adalah lokasi wajib sekiranya ke Jeju.

MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

Seongsan Ilchulbong adalah gunung berapi tak aktif yang terbentuk hampir 100 000 tahun yang lalu dan tersenarai dalam senarai UNESCO World Heritage. Aktiviti utama di Seongsan Ilchulbong adalah mendaki ke puncak dan kawah gunung berapi. Kawah Seongsan Ilchulbong adalah sedalam 90M dalam dan mempunyai diameter sepanjang 600M. Satu bahagian mengadap laut dan sebahagian lagi bercantum dengan Seongsan Village. Aku dengar kena mendaki memang lemah lutut tak berkenan sungguh tapi kugagahi jua !! Memang sejenis yang tak fit langsung nak buat aktiviti fizikal walaupun tak adalah extreme sangat. Dah sampai kena jugalah buat. Kak Sal dan Kak Husna excited sungguh nak naik baiklah aku pun menanam keazaman yang tinggi untuk mendaki. Kalau next time ada rezeki kembali ke Jeju aku nak kena fikir sepuluh kali nak mendaki lagi atau tak. Seronok tapi penat !! MamiZ dan MNgah tak mendaki obviously. Duduk melepak dibawah saja.

Di Seongsan Ilchulbong juga ada persembahan Haenyeo Women Divers tapi ada waktu tertentu. Rasanya dua kali sehari. Kami ambil masa agak lama untuk mendaki tak sempat nak tengok persembahan. Just mengintai dari atas saja nampak jugalah Ahjumma Ahjumma menyelam.





Perjalanan mendaki pun bermula..


Panjat jangan tak panjat !!

Bawah sana tuuu Ahjumma Ahjumma menyelam.

Satu laluan mendaki dan satu lagi untuk turun.


Nak 'shishi' dalam perjalanan mendaki jangan risau..

Semakin tinggi mendaki. Senyum terpaksa dalam kepenatan.

Seongsan Village dari atas.



180M lagi nak sampai ke puncak. Rasa macam 180KM. Hahaha..


Pelantar dibina dipuncak gunung.

Kawan Seongsan Ilchulbong yang dah ditutupi dengan tumbuhan.

Sampai okay !! Berjaya sampai ke puncak.


Ikut signage untuk laluan turun.




Selesai mendaki dan pulang ke pangkal jalan.

Waktu persembahan Haenyeo di Seongsan Ilchulbong.


Ahjumma Ahjumma Haenyeo sedang bersiap sedia.



Kami tak turun pun kebawah sana sebab nak kena lalu laluan bertangga juga. Kaki dah menggigil-gigil memanjat Seongsan Ilchulbong. Okay kawan-kawan.. Aku tak ada isu pun panjat memanjat ni tapi kita lebih tahu keupayaan dan kemampuan diri sendiri. Eventhough aku tak minat tapi I am glad I made it to the top. View sangatlah cantik dan sememangnya sangat berbaloi mendaki Seongsan Ilchulbong. Slowly mendaki akhirnya sampai juga. Average masa diambil adalah sekitar 20-30 minit kalau pace orang fit bertenaga. We took more than that. Hahaha.. Di sekitar Seongsan Ilchulbong ada beberape kedai souvenirs dan barangan yang dijual lebih menarik berbanding di Jeju Dongmun Market. Sempat masuk ke dalam satu kedai tapi kami tak sempat nak membelek tour guide dah panggil sebab nak pergi makan. Terkilan juga tapi salah sendiri sebab kami dah ambil masa yang lama mendaki. Jadi untuk korang semua, bolehlah spend masa untuk cari souvenirs di kawasan Seongsan Ilchulbong. 

CARA UNTUK KE SEONGSAN ILCHULBONG

Dari Jeju Intercity Bus Terminal boleh terus naik direct bus Dongilju Bus ke Seongsan dan turun di Seongsalliipgu Bus Stop. Perjalanan dari Jeju City menaiki bus mengambil masa lebih kurang dua jam. Kalau dari Seogwipo International Bus Terminal pun boleh naik bus yang sama, Dongilju Bus dan turun di Seongsalliipgu Bus Stop. Dari bus stop dah boleh nampak Seongsan Ilchulbong jadi menapak sikit untuk ke entrance. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.
 
Orange juice dalam botol dimana-mana. They are good. Kena cuba !!

Sempat masuk ambil gambar saja.







We had lunch di kedai berdekatan Seongsan Ilchulbong and the food was scrumptious. Portion besar dan mengenyangkan. Antara makanan tersedap yang kami cuba di Jeju. MamiZ dan MNgah pun makan dengan berselera jadi sedap sungguhlah. Lepas makan kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Masih ada beberapa tempat-tempat menarik yang akan dituju. Sejak turun dari Seongsan Ilchulbong aku memang dah zero energy. Lembik lutut semua ada rasa. Nak jalan pun mood dah hilang syukur naik kereta bolehlah relax sikit. Apa-apa pun marilah kita teruskan perjalanan sebelum balik semula ke Jeju City.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Viewing all 579 articles
Browse latest View live