JALAN-JALAN MELBOURNE : YARRA VALLEY & DANDENONG RANGES - PENGALAMAN MENAIKI KERETA API PUFFING BILLY
Entri sebelumnya di SINI.
16 September 2015
Memang rasa macam nak spend more time di Tesselaar Tulip Festival tapi tak boleh. Kena berdisiplin untuk ikut timing itinerary yang dah dibuat. Lengah sikit saja habislah semua plan tergendala. Jom cepat !! Kita nak kejar masa naik kereta api pula.
LOKASI PUFFING BILLY - BELGRAVE STATION
Perjalanan untuk ke Belgrave dari Tesselaar Tulip Festival tak jauh sangat. Kalau korang bercadang untuk guna idea itinerary aku, silalah spend more time untuk merancang perjalanan dari Tesselaar Tulip Festival ke Belgrave Puffing Billy. Perjalanan kami smooth dan kami sampai tepat lima minit sebelum kereta api bergerak pada pukul 2.30PM. Lepas parking terus kami memecut laju untuk beli tiket. Jauh menapak dari kawasan car park ke station. Dalam hati memang berharap tiket masih ada dan kereta api belum jalan. Thanks to AK yang belikan tiket untuk aku dan Kak Sal guna student card jadi kami dapat discount lagi. Dari 51.50AUD (RM161.19 approx) kami hanya bayar 41AUD (RM128.33 approx). Aku dan Kak Sal saja yang naik Puffing Billy. Yang lain setia menunggu dalam kereta.
Ada juga cara lain untuk sampai ke Belgrave. Selain dari memandu, korang boleh juga naik train dari Flinders Street Station dan turun di Station Belgrave. Guka kad MYKI saja. Boleh juga naik bus. Dah sampai di Station Belgrave ada banyak signage yang membantu untuk cari jalan ke Puffing Billy. Tak akan sesat punyalah. Jangan risau.
Sangat punctual. Tak ada kesian kalau lambat. Memang kena tinggal. |
AK dah pesan untuk ambil seat sebelah kanan dan masuk gerabak belakang. Katanya awesome jadi kami pun ikut saranan AK. Nanti baru tahu awesome atau tidak. Orang tak ramai sangat jadi tak adalah adegan berebut-rebut seat. Uncle-uncle sukarelawan yang bekerja di Puffing Billy dah buat last call. Alhamdulillah kami berjaya juga sumbatkan diri dalam train. Tepat 2.30PM terus kereta api bergerak meninggalkan Belgrave menuju Emerald.
PERJALANAN PUFFING BILLY DARI BELGRAVE - MENZIES CREEK - EMERALD
| Credit |
Laluan perjalanan untuk kereta api Puffing Billy adalah panjang sebenarnya. Bermula dari Belgrave hingga ke Gembrook. Tapi untuk trip petang hari, hanya sehingga ke Emerald. Rugi sikit for those yang datang petang sebab harga tiket sama macam orang yang naik sampai Gembrook. Seeloknya datanglah pagi tapi kami dah bersetuju untuk pergi petang. Nak merasa naik Puffing Billy. Sampai Emerald pun jadilah. Kalau tak mahu bayar mahal, boleh naik sampai Menzies Creek. Tapi tak ada apa sangat. Hanya sekadar pokok-pokok dan hutan. Untuk balik pula kena tunggu kereta api dari station akhir depart. Haaa.. berjanggut menunggu.
Jangn lupa untuk always check jadual perjalanan dan harga tiket. Sentiasa berubah-ubah. Ada hari yang kereta api tak jalan langsung sampai Gembrook. Ada yang sehingga Cockatoo saja dan macam-macam lagilah. Rancang dan tentukan tarikh dan masa perjalanan korang.
Bye Belgrave !! See you soon. |
Untuk kepuasan maksima, boleh duduk juntai kaki beralaskan montot seperti diatas. |
Haaa !! Inilah yang awesome. Jambatan kayu yang still kukuh. Aku terkinja-kinja nak sangat naik Puffing Billy sebab nak merasa juntai kaki dan lalu kat landasan ni. Wajib untuk duduk juntai kaki mengadap tingkap kanan. Baru ada feeling macam ni. Kalau kiri kita tak nampak Puffing Billy dalam keadaan melengkung macam diatas. Jadi ingat ya.. Make sure duduk gerabak belakang untuk dapat picture macam ni. Duduk depan okay juga tapi kena hadap asap sikit. Sambil tu boleh goyang-goyang kaki dan enjoy the sceneries.
Tak terasa langsung perjalanan jauh nak sampai Menzies Creek. Ada pengumuman untuk sesiapa yang beli tiket sehingga ke Menzies Creek. Tak ada check tiket pun. Pandai sendirilah jadi jujur.
Berhenti sekejap 15 minit di Menzies Creek. Disediakan meja sebuah dua untuk lepak. Other than that memang tak ada apa melainkan hutan. Kalau sekadar nak merasa naik Puffing Billy, bolehlah beli tiket sehingga ke Menzies Creek. Tapi macam sendu saja. Baik teruskan journey. At first aku dan Kak Sal macam nak beli ke Menzies Creek tapi syukur kami teruskan ke Emerald. Kalau tak memang tak tahu nak buat apa di Menzies Creek.
Jom kita terus ke Emerald.
Kereta api berhenti around 45 minit di Station Emerald. Nak duduk tunggu boleh.. Nak merayap ke pekan Emerald boleh.. Ikut suka nak buat apa. Aku dan Kak Sal obviously tak akan duduk saja. Panjang kaki merayap meneroka pekan Emerald. Not bad. Still meriah walaupun hanya pekan kecil. Ada kedai makan, kedai souvenirs, marts dan playground. Gaya kampung style yang penuh ketenangan. Gitu..
Aku dan Kak Sal strolled around pekan Emerald. Masuk kedai souvenirs beli postcards. Quite pricey tapi cantik. Maka pejam mata dan bayar. Masuk mart cuci mata tengok buah-buahan yang gebu tapi tak beli pun. Setiap hari Ahad minggu ketiga pula ada Emerald Market. More information di SINI. Dah penat kami decided untuk balik ke kereta api dan tunggu.
Journey balik ke Belgrave langsung tak terasa lama. Tapi rasa lebih romantik. Sebab hari pun makin senja dan sayup. Hahaha.. Sunyi sepi dan tak riuh macam journey ke Emerald Station. Ramai tengah layan perasaan agaknya. Hanyut dalam angan-angan. Pergh !!Tahu dah sampai. Duduk juntai kaki sekejap. Lenguh.
Dah sampai balik ke Belgrave. Yahoo !! At first aku fikir naik Puffing Billy akan bosan sebab duduk saja but I was wrong. It was so much fun. Kalau korang berkesempatan untuk naik hingga ke Gembrook silalah naik. Kak Bibie told me before that Gembrook is nice. Tapi nak buat macam mana. Its going to take One day, if ada rezeki kembali ke Melbourne, I will be back and spend more time untuk ke Gembrook.
Cancel plan untuk ke Mornington Peninsula. Hari dah gelap and energy pun dah semakin berkurang. Aku dan Kak Sal ada another trip the next following day. Eloklah sedar diri dan berehat pula. At first memang dalam itinerary nak ke Mornington Peninsula. Ada few places juga yang menarik nak terjah tapi apakan daya. Tapi semua sepakat untuk balik ke Melbourne. Cukup dah dua hari AK jadi tour guide. We had so much fun. Thank you AK sebab melayan perangai kakak-kakak yangcute ni. Bid goodbye to AK but worry not people. Drama with AK tak habis lagi. AK akan menjelma lagi di kemudian hari. Hehehe..
----------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
Cancel plan untuk ke Mornington Peninsula. Hari dah gelap and energy pun dah semakin berkurang. Aku dan Kak Sal ada another trip the next following day. Eloklah sedar diri dan berehat pula. At first memang dalam itinerary nak ke Mornington Peninsula. Ada few places juga yang menarik nak terjah tapi apakan daya. Tapi semua sepakat untuk balik ke Melbourne. Cukup dah dua hari AK jadi tour guide. We had so much fun. Thank you AK sebab melayan perangai kakak-kakak yang
----------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com