JALAN-JALAN MELBOURNE AUSTRALIA : TESSELAAR TULIP FESTIVAL
Entri sebelumnya di SINI.
16 September 2015
"Hang kena sambung cepat cerita Melbourne. Hang dahlah ada short term memory. Apa lagi long term. Huhuhu.." Kata diriku kepada diriku.
FINE !! Gigih nak sambung menaip sebelum semua maklumat mula pudar dari ingatan. Takut nanti dah malap aku sendiri tak sure maklumat apa aku nak sampaikan. Dah ready nak baca bebelan aku yang berjela ? Okay.. Dah ready baguslah. Muahciked !!
Dari Warratina Lavender Farm kami terus gerak ke Silvan. Tak jauh pun. Sekejap saja dah sampai. Alhamdulillah semua perancangan untuk hari ketiga berjalan lancar setakat ni. Cuaca mendung dari pagi tapi syukur tak hujan. Kami nak ke Tesselaar Tulip Festival. Antara tarikan utama di Melbourne menjelang musim bunga.
Dari Warratina Lavender Farm kami terus gerak ke Silvan. Tak jauh pun. Sekejap saja dah sampai. Alhamdulillah semua perancangan untuk hari ketiga berjalan lancar setakat ni. Cuaca mendung dari pagi tapi syukur tak hujan. Kami nak ke Tesselaar Tulip Festival. Antara tarikan utama di Melbourne menjelang musim bunga.
FIESTA MUSIM BUNGA DI MELBOURNE : TESSELAAR TULIP FESTIVAL
Tesselaar Tulip Festival. Inilah reason utama kenapa aku dan Kak Sal gigih bayar tiket flight yang sedikit mahal daripada harga biasa untuk ke Melbourne. Festival ini hanya berlangsung sepanjang musim bunga di Melbourne. Hanya beberapa minggu saja jadi kita harus rancang perjalanan sebaik mungkin. Memang kami pilih tarikh yang ngam dengan tarikh festival bunga tulip di Melbourne. Waktu musim kemuncak festival berlangsung jadi kami seharusnya tak melepaskan peluang. Kak Sal dah warning dari awal lagi supaya masukkan Tesselaar Tulip Festival dalam itinerary. Baik. Menurut perintah. Korang kena tahu, minah bunga sebenarnya Kak Sal tu. Hihihi..
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
Semua info yang aku kongsikan adalah berdasarkan pengalaman aku di Tesselaar Tulip Festival untuk tahun 2015. Untuk tahun-tahun mendatang, korang masih kena rujuk website rasmi untuk info lanjut yang lebih tepat - Tesselaar Tulip Festival.
LOKASI TESSELAAR TULIP FESTIVAL
Perjalanan hanya mengambil masa selama 15 minit dari Warratina Lavender Farm. Aku susun itinerary sepanjang di Yarra Valley & Dandenong Ranges biar dekat-dekat saja semuanya supaya tak terkejar-kejar. Kalau jauh takut nanti tak sempat pula nak sampai. Ada banyak cara nak sampai ke Tesselaar Tulip Festival. Kalau korang bawa kereta paling senang. Boleh rempit saja menonong pergi ke festival. Kalau tak bawa kereta pun tak apa. Naik train ke Lilydale Station dan naik bus terus ke Tesselar Tulip Festival. Ada juga perkhidmatan shuttle bus disediakan tapi aku tak pasti sama ada perlu dibayar atau tak.
Tapi satu perkara yang korang kena tahu, orang yang datang ke Tesselaar Tulip Festival melalui Lilydale adalah sangat ramai. Macam mana aku tahu ? Aku ada jumpa kekakaks dari Malaysia yang dah went through kesesakan di Lilydale while waiting for the shuttle bus. Lebih dari satu jam juga katanya. Hurrm.. Nak komen lebih aku tak pasti jadi aku kongsikan cerita sajalah.
Tesselaar Tulip Festival
357-359 Monbulk Road, Silvan
Adults : $24
Concession : $20.00
Children (under 16) : Free (accompanied by adults)
Website - Tesselaar Tulip Festival
Sepatutnya kami bayar 24AUD (RM75.12 approx) tapi Cik Tia buat drama di kaunter tiket. Kami hulur Cik Tia jadi main actress dengan menghulurkan kad student dia untuk dapatkan harga tiket concessions. Lulus !! Pergh.. Pekerja tu percaya dengan jayanya tanpa suruh aku dan Kak Sal hulur kad student kami. Saja nak cuba nasib. Kalau tak lepas kami bayar sajalah 24AUD. Dah berjaya lepas kami hanya bayar 20AUD (RM62.60 approx) saja. Guilty pleasure katanya..
Dah masuk ke dalam terus lupa daratan. Hanyut dalam lautan bunga.
Kan dah cakap.. Kak Sal minah bunga =) |
Tesselaar Tulip Festival sangat luas tapi masih tak boleh lawan keluasan Keukenhof Tulip Fields di Amsterdam sana. Last time when I was there, aku tak dapat pun tengok tulip sebab bukan musim bunga. Jadi dah ada kesempatan rezeki ke Tesselaar Tulip Festival haruslah aku enjoy sakan. Make sure pakai kasut yang bersesuaian dan selesa. Pakailah boots yang tidak terlalu tinggi, sneakers atau sport shoes. Kalau pakai heels alamatnya tenggelam sana sini heels korang tu. Tanah yang digunakan untuk buat batas bunga tulip di Tesselaar Tulip Festival sangat lembut. Memang ada disediakan boots scaper tapi jenuh dan seksa. Kalau kena nasib hari lepas hujan ? Faham-faham sendirilah macam mana keadaannya.
Ada juga few things yang aku rasa terkilan. Since kami datang pada minggu pertama Tesselaar Tulip Festival dibuka, masih banyak kawasan yang belum ditanam dengan bunga tulip. Ada dalam 5-6 kawasan lagi yang masih kosong. Batas sudah tersedia tapi bunga tak ada. Plus, bunga-bunga ada banyak yang masih kuncup. Belum mekar sepenuhnya. Tapi tak elok banyak sangat merungut daripada bersyukur. Maka.. Alhamdulillah. Dapat juga tengok tulips.
Cantik. Semua cantik. Favourite aku adalah yang putih ada pink sikit dan semestinya tulips merah !! Ada juga satu pokok yang mengeluarkan bunga yang bermacam warna. Subhanallah. Cantiknya ciptaan-Nya. Tak ada yang mustahil. Bila kita renung balik.. Indah. Beruntung bagi mereka yang melihat dan berfikir.
Disediakan juga perkhidmatan tram kalau korang malas nak berjalan. Tapi jangan nak mengada sangat. Jalan sajalah. Pusing cuci mata tengok bunga. Ada juga kedai-kedai makan dan snek dibuka. Ada beberapa kedai yang mempunyai logo halal jadi boleh cuba makanan yang disediakan. Kedai souvenirs semestinya ada. Totes.. TShirt.. Fridge magnet.. dan macam-macam lagi. Sediakan duit saja. Hihihi..
Sudah cukup layan perasaan membelek bunga. Perasaan di awangan tu kena cantas.
Nanti kereta api tinggal.
----------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com