TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG | SUNGAI NIBONG : CHOCOLATE BOSS
TEMPAT MAKAN BEST | CHOCOLATE BOSS. Fuh !! Lama tak buat food review. Banyak tempat makan lain yang tengah pending dok simpan tak share lagi. Ni baru mari seru nak share mengenai another tempat makan awesome yang korang boleh terjah di Pulau Pinang. Siapa suka makan chocolate ? Angkat tangan kanan !! Okay. Sep. Kita geng. Ceq nak share pasal another cafe chocolate yang baru saja beroperasi. Chocolate Boss yang terletak di Sungai Nibong baru saja mula menapak tapi aku yakin Chocolate Boss boleh pergi jauh. Tekak aku yang kerja nak makan ni meng'approve' kesedapan desserts yang disediakan.
Sesuai dengan theme yang diketengahkan : Chocolate.Chill.Chat. Konsep kedai mengikuti trend semasa. Hipster gitu..
MENU PENCUCI MULUT BERASASKAN COKLAT DI CHOCOLATE BOSS.
Come on. Girls always have room for desserts. Hampa cakap kenyang macam mana pun kalau dah terhidang dessert mesti ngap punya. Huhuhu.. Aku, Dayah dan MamiZ had our outing together. Nak girls day out katanya. Lepas dah penat pusing sana sini.. We decided to have dessert. Itu jadinya terus terlajak ke Chocolate Boss. Nak cuba dessert yang gempak menurut ArzMoha di SINI. Betul kaaa ? Haaa.. Kena cuba dulu baru tahu.
Pergh !! Sejak aku scroll IG Chocolate Boss lagi dah mula terliur. Tengoklah chocolate semua bukan main lagi. Menu di Chocolate Boss tak banyak tapi cukup nak penuhkan crave orang-orang yang suka makan desserts lagi-lagi yang berasaskan chocolate. Harga yang dikenakan pun tidak terlalu mahal. Kalau tiba-tiba teringin nak makan desert memang boleh sangat terjah Chocolate Boss. Tak payah risau duit cukup ke tidak.
BROWNIES DAN AISKRIM YANG SEDAP DI CHOCOLATE BOSS
Boss Tower memang awesome. Tiga scoops aiskrim with cream dan chocolate sauce. Korang nak apa lagi ? Nuts ? Choc chips ? Yaaa.. pun ada sekali. Memang complete package. Tengok Dayah sakan makan aiskrim.
Ini memang superb. Aku memang peminat brownies. A+ untuk texture yang gooey dan chewy. Memang style brownies yang aku suka. Ada chocolate sauce and nuts lagi as toppings. Memang terbaik. Cepat-cepat aku habiskan tak nak kongsi. Huhuhu..
Dua jenis desserts saja kami cuba that day.
Insyallah next visit aku nak cuba another dessert pula.
Insyallah next visit aku nak cuba another dessert pula.
LOKASI CHOCOLATE BOSS
CHOCOLATE BOSS
D9, Kompleks Medan Suri,
Sungai Nibong Besar,
11900 Bayan Lepas, Penang
1.00PM - 9.00PM
012-4146407 / 019-5121271
mail.chocolateboss@gmail.com
Instagram - Chocolate Boss
Facebook : Chocolate Boss
'you cannot buy happiness.. but you can buy chocolate..
and that is kind of the same thing..'
Happy food hunting everyone. Masukkan Chocolate Boss dalam list JJCM korang okay..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com