Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TEMPAT MAKAN BEST | PULAU PINANG : BATU UBAN - NURUL IKAN BAKAR

$
0
0

IKAN BAKAR SEDAP DI PULAU PINANG | NURUL IKAN BAKAR


Kalau kita sembang soal tempat makan yang gempak di Pulau Pinang memang tak mampu nak kasi senarai penuh. Terlalu banyak. Setiap ceruk ada kedai makan yang menarik. Kalau aku dan family lebih kepada makanan masakan melayu. DediS dan MamiZ tak berapa gemar sangat makan Nasi Kandar. Sekali sekala ada juga makan. Bukan selalu.

Nak makan masakan panas, ikan bakar atau tomyam ? Pulau Pinang pun ada menawarkan port yang menarik untuk korang cuba bersama keluarga atau kawan-kawan. Memang mana-mana tempat ada juga sediakan makanan sebegini. Tapi kalau korang sampai Penang, apa salahnya cuba makanan disini pula.

Last few weeks, ada saudara dari KL datang naik ke utara. Kami bawa pergi makan ikan bakar di salah satu kawasan gerai ikan bakar menarik di Pulau Pinang. Last time aku ada kongsikan tentang Idrus Ikan Bakar kan ? Boleh baca di SINI. Tapi kali ni aku nak kongsikan tentang Nurul Ikan Bakar pula.

Kedua-dua kedai ini adalah bersebelahan. Kami sekeluarga tak pernah makan di Nurul Ikan Bakar jadi kami nak mencuba makanan disana pula.

Nurul Ikan Bakar
No. 4, Polis Marin, Batu Uban,
Pulau Pinang.
5°21'13.08"N 100°18'40.89"E

012 5625536

Ramai yang nasihat untuk telefon dulu sebelum pergi ke kedai. Jadi aku buat tempahan lebih awal. Telefon dan terus SMS makanan yang kita nak makan. Nanti tak perlu tunggu lama untuk makanan dihidangkan. Nurul Ikan Bakar ada di beberapa lokasi lain selain daripada yang terletak di Batu Uban. Jadi silalah telefon untuk kepastian dan nyatakan di lokasi mana yang uols nak pergi.



Ikan Siakap Bakar (Recommended)

Sambal sedap. Ikan dibakar elok.


Sotong Goreng Tepung (Recommended)

Rangup. Sedap.


Udang Goreng Butter (Recommended)

Udang digoreng bersama butter dan ditabur nestum.
Sedap tapi aku lebih prefer yang ada carik-carik telur.


Kerabu Sotong (Recommended)

Sedap. Tapi kalau boleh jangan sejuk gedi sangat.

Makanan lain yang kami order adalah Sayur Campur, Telur Dadar dan Tomyam. Asalnya nak makan Kailan Ikan Masin tapi katanya dah habis. Ramai sungguh orang that night. Makanan di Nurul Ikan Bakar agak memuaskan. Servis pun bagus. Pekerja ramah dan gigih melayan kehendak kami sekeluarga. Sampai saja di kedai kami terus dapat meja sebab dah tempah lebih awal. Ada yang masih berdiri menanti. Bila dah duduk terus kami dihidangkan dengan makanan yang kami dah tempah. 

Aku ada baca di beberapa blog yang tak puas hati dengan servis Nurul Ikan Bakar. Tapi bila aku sendiri dah makan dan berpengalaman berurusan dengan pihak kedai, aku rasa tak adalah seteruk yang diperkatakan. Bila pelanggan ramai, kita pun kenalah sedia maklum. Pekerja pun tak menang tangan nak layan jadi cuba bawa bersabar. Bukan kita seorang saja yang nak makan dan dilayan. Kena ada give and take. Okay ?

While I did my research tentang kedai ni, ada yang suggested untuk cuba Kerabu Sotong. Jujurnya aku sangat excited nak cuba sebab aku suka makan sotong. But it was not to my liking. Rasa semua dah cukup tapi sedikit sejuk. Macam disimpan dalam fridge pun ada juga. Jadi tak berapa terasa sangat nikmat nak makan makanan sejuk gedi. Ikan bakar saja yang dihidangkan panas. Aku rasa ada sesetengah jenis makanan yang sudah dimasak siap-siap dan terus dihidangkan bila ada pelanggan order. At least kena panaskan sikit dulu baru lebih mengancam.

Kedai Nurul Ikan Bakar lagi besar daripada kedai-kedai lain yang berada di kawasan yang sama. Memang mampu menampung kapasiti pelanggan yang ramai. Ada juga kawasan kalau nak duduk bersila. Aku tak gemar. Lenguh kaki.

Kedai berada dalam keadaan bersih. Lantai tak melekit dan selesa saja untuk makan di sana. Jadi sangat sesuai untuk melepak bersama keluarga. Menu di Nurul Ikan Bakar lagi banyak berbanding kedai lain. Rambang mata nak memilih. Harga bagi aku agak berpatutan. Zaman sekarang mana ada dapat harga murah sangat dah. Tapi sedikit mahal daripada Idrus Ikan Bakar. Apa-apa pun tak sampai tahap harga yang mencekik. Masih reasonable. 

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579