JALAN-JALAN MELBOURNE : PERSEDIAAN UNTUK KE MELBOURNE
Entri sebelumnya di SINI.
Haaa.. belum lagi. Belum nak masuk bab cerita jalan-jalan lagi. Sabaq na.. At first aku ingat nak buat entry ni last sekali as a wrap up selain daripada pembentangan budget yang telah dijahanamkan selama seminggu. Konon nak share tips. Tapi tak jadi. Aku rasa entry persediaan should come first. Before travel memang kena buat few things dulu kan ? Tak kan main hentam terjah cenggitu ja. Naya weh. Kang ada yang kena hantar balik Malaysia elok dah sampai airport. Nauzubillah.
Last few days, aku terima dua email. Satu dari adik manis Aqilah (not sure dia ada blog or not) and Kakak X (she is not a blogger dan identiti mahu dirahsiakan). Both of them akan pergi Melbourne real soon dan they asked me few things. Kakak X especially suruh aku update cepat tentang persediaan yang aku buat untuk ke Melbourne. Kakak X risau banyak perkara katanya since dia akan visit Australia untuk kali pertama. Dia akan berangkat dalam beberapa minggu lagi. Samalah kita kak.. I feel you. Memang banyak benda yang memeningkan. Kakak X ada senaraikan soalan-soalan yang mengganggu fikirannya dan aku dah pun balas mana yang termampu. Jadi aku merasakan ada baiknya aku share disini. Mungkin dapat membantu korang yang sama-sama terganggu fikiran sebab aku juga ada persoalan yang lebih kurang sama dengan Kakak X while getting ready nak berlepas. Bila sendiri dah melalui, dapat pengalaman baru boleh sembang kencang. Gitu..
1. Tiket
Tak ada tiket hampa nak terbang macam mana ? Jadi.. benda paling penting adalah tiket. Lepas dah ada tiket baru boleh proceed dengan urusan lain. Bagi aku.. tiket lagi penting dari duit belanja. Nak beli tiket sebenarnya adalah satu peperangan. Peperangan untuk dapat tiket yang murah dari yang orang lain pernah dapat. Aku survey banyak blog-blog travel yang ke Melbourne. Rata-rata dapat tiket around RM800-RM1000 untuk return tiket without luggage. Tapi dalam entry sebelum ni, aku dah habaq siap-siap yang aku beli tiket secara berasingan sebab aku tak ada duit segedebuk nak beli return tiket. Back in April 2015 aku beli tiket pergi KUL - MEL dan August 2015 baru aku beli tiket balik. But luckily.. Kalau aku terus beli return tiket bulan April adalah lagi mahal. Rajinkan diri istiqomah untuk selalu visit website syarikat penerbangan yang korang suka untuk compare harga. Bila dapat harga yang diidamkan, rembat saja. Jangan tunggu dah.
Bab ni kami ada drama juga. There was this one day aku tiba-tiba cek harga tiket balik jadi murah serendah RM6++ saja. Tak pernah lagi aku tengok harga semurah itu. While promo pun tak dapat harga tu. Aku terus contact Travel Partner. Patutnya aku setuju saja bila Travel Partner nak belikan tiket. Takut harga naik. Aku cakap hold dulu sebab aku kena pergi bank masukkan duit. Aku memang tak simpan duit dalam bank sangat selain saving hakiki atas sebab tertentu. Jadi manually kena masukkan duit dan baru boleh beli tiket. Bila dah balik terus on laptop dan nak beli tiket. Still harga yang sama. Masih RM6++ tapi bila dah confirm nak bayar terus naik harga tak seperti yang kami sangkakan. Uik ? Kenapa Huurrm.. bila cek balik memang dah tak ada harga RM6++ tu. Menangis tak berlagu lagi. Jadi kami ambil keputusan untuk pejam mata dan beli saja tiket balik tanpa perlu tunggu lebih lama.
Memang barang lama usah dikenang.. Tapi still rasa guilty. Maafin guwe dong, kakak.
2. Accomodation / Penginapan
Semua orang sedia maklum. Penginapan di Australia memang super expensive. Bed and breakfast yang paling simple pun boleh buat kita dapat darah tinggi. Tapi kalau pandai cari boleh dapat yang berpatutan. I met few kekakaks dari Malaysia while I was there. They all dapat bilik hotel (hotel ya bukan hostel) dengan bayaran RM4++ sekepala untuk seminggu. Empat orang dalam satu bilik. Aku rasa harga yang dibayar sangat berpatutan. Jadi tak mustahil untuk dapatkan harga yang murah. Aku beruntung. Aku ada Cik Tia (noted that Cik Tia is my ex-schoolmate when I was in MRSM) yang sudi untuk menumpangkan kami selama seminggu. Thank you so much. Aku rasa, sebab kami duduk di rumah Cik Tia, feeling kami sikit lain. Extra attached. Felt like home. Gitu.. Kalau tak ada Cik Tia rasanya aku tak sampai Melbourne sebab aku ada that sceptical thinking yang semua hotel / hostel adalah mahal di Australia. Well.. kita kena rajin search untuk dapat the best price.
3. Luggage
Ini adalah sangat subjective. Terpulang kepada kehendak masing-masing. Aku bukan jenis travel backpacking style jadi yang mana datang singgah dengan harapan ada tips untuk backpackers memang salah platform. Aku tak reti nak travel kalau tak bawak luggage. Aku ada minta pendapat Kakak Macho aka SS berapa berat ideal untuk aku beli pergi dan balik. Berat luggage nak share berdua. Cheaper berbanding tamak haloba bolot seorang diri. Kakak Macho pun advice this and that. Lepas aku berbincang dengan Travel Partner, kami bersetuju untuk beli 20KG pergi dan 30KG balik. For sure balik mesti akan lagi berat. Nak sumbat anak kangaroo hampa ingat ringan ? Belum campur lagi jajan manik koran untuk orang kampung. Jadi biarlah berwawasan jauh dengan beli extra KG daripada kita menangis terseksa bila kena bayar extra di kaunter. Kalau korang nak bawa makanan bersama, silalah tambah berat luggage sikit lagi. Kalau tidak korang bakal mengulangi drama yang aku dah buat ketika nak check in. Nak tahu drama apa ? Tunggu..
4. Pasport
Make sure valid untuk at least enam bulan before fly. Bunyi macam simple easy peasy tapi antara aspek yang paling penting. Korang mesti tak nak bila dah siap sedia semua tiba-tiba dapat tahu pasport korang tak valid dah. Boleh mental breakdown serta merta tahu tak ? Jadi biarlah kita jadi extra careful untuk semua perkara. Nak pergi tempat orang. Jadi kenalah hati-hati. Pasport aku dah lama tamat tempoh. Bulan September 2014 lagi. Aku baru renew a month before depart. Jangan ikut perangai aku yang suka bertunda ni. Untung sebab di Jabatan Imigresen Pulau Pinang usually tak hectic. Memang satu jam saja aku dah dapat pasport baru. Kalau korang ada masa extra silalah renew secepat mungkin. Nanti tak kalut.
5. Visa
Seperti yang disarankan oleh ramai rakan bloggers di blog masing-masing. Aku pun buat Visa untuk masuk ke Australia dengan menggunakan khidmat Cik Intan. Memang famous sungguh Cik Intan. Hampir setiap travel blog yang share tips ke Australia akan petik nama dia. Aku pun nak join the crowd. Kalau korang pun masih tercari-cari jawapan macam mana nak buat Visa untuk ke Australia meh sini nak habaq mai. Korang hanya perlu email pasport, nombor telefon, email address, flight details dan alamat kepada Cik Intan di alamat email : eta.australia@yahoo.com dan sediakan bayaran sebanyak RM20 sahaja. Kalau korang super rich, boleh terjah website Australian Electronic Travel Authority (ETA) untuk apply ETA dengan bayaran sebanyak 20AUD (RM63 Approx).
Kenapa berbelanja lebih ? Sayangilah duit anda.
Dalam masa sehari saja aku dah dapat email confirmation dari pihak Cik Intan. Memang super cepat. Dah dapat Visa baru bayar. Kalau boleh jangan buat last minute macam aku. Biar settle awal jadi senang hati. Tapi sebab aku belum renew pasport jadinya lambat jugalah baru buat Visa. Jujur cakap, aku doubt sama ada Visa yang dihasilkan valid atau tidak. Tapi aku yakin sebab ramai dah selamat pergi dan balik tanpa anything bad happen to them. Terima kasih Cik Intan.
6. Duit
Antara krisis terbesar yang dihadapi oleh Malaysia adalah penurunan nilai matawang Ringgit Malaysia. Aku menyesal tak tukar duit awal-awal. Pada awal August 2015, kadar pertukaran hanyalah RM2.57 : 1AUD. Tapi aku hold on dulu. Buat kerja selalu bertunda. Tambahan pula duit gaji sebagai guru ganti tak masuk lagi. Kalau aku tukar duit simpanan yang ada nanti tak ada duit belanja pula. Ada banyak benda yang perlu difikirkan. Jadi bila duit gaji masuk, aku terus tukar. Tiga kali aku buat pertukaran matawang jadi aku dapat tiga nilai yang berbeza. Paling sakit haruslah yang paling mahal. Budget aku sebenarnya sikit saja. Tak sampai 1000AUD pun.
Tapi MamiZ bagi aku extra money. Hadiah birthday yang aku belum claim. Jadi aku ada extra money. Few days before fly, MamiZ bagi lagi duit. Aku rasa macam dah tak perlu. Cukup dah perbelanjaan based on hasil aku congak tambah tolak bahagi semualah. Tapi haaaaati omak !! Mano poe pun dia tak akan sonang duduk. MamiZ risau if anything bad happen disana dan what if tiba-tiba kad bank aku tak boleh guna. Jadi better bawa cash. The safest option. Aku berangan nak bawa credit card DediS or MamiZ tapi bila direnung kembali, agak menakutkan. Nanti kena cekup fraudulent kat Melbourne buat naya ja. Famous internationally tiba-tiba keluar surat khabar. But.. I became a good girl there. I did not spend much. Kononlah !! Hahaha..
7. Travel Partner
Kalau korang jenis travel solo ini bukanlah masalah untuk korang. Ikut selera dan style masing-masing. Aku memang tak akan travel solo. Memang jujur aku tak berani. Tempat orang weh. Jadi apa-apa memang hazab. At least kena ada teman juga walau seorang. DediS dan MamiZ pun confirm tak akan lepaskan aku pergi jalan seorang diri. Walaupun disana aku ada Cik Tia, tapi aku tak boleh ajak dia berjalan sangat. Dia ada kerja nak dibuat. Cik Tia pun suggested untuk aku bawa kawan at least seorang. Tak adalah kesenduan yang amat menonong jalan seorang diri.
Kisahnya.. aku beli tiket dulu. Kemudian baru aku gelabah untuk cari travel partner bila Momon yang aku jangkakan dapat teman aku kena ke Bandung. Aku resah tapi masih cool. Aku pernah juga advertise dalam beberapa entries tapi tak ada orang yang sudi menyahut ajakan aku. Well.. siapalah diriku ini. Orang pun tak sudi nak teman. Tapi aku tak berputus asa. Lama dah aku jeling blog expected candidate as a Travel Partner aku yang seorang ini. Tak pernah berhubung pun selain berbalas-balas komen di blog masing-masing. Jadi untuk menghasilkan impak yang lebih berkesan, aku mula berdrama.
"Kak !! CT ada hal urgent gila nak cakap dengan akak. Email CT okay.."
Sumpah. Esok pagi aku terus dapat email. Huahuahua..
Jahat gila. Aku buat drama minta nombor telefon untuk memudahkan komunikasi. Elok aku whatsapp terus expected candidate terjah aku dengan bermacam-macam soalan. Mesti dia cuak kenapa aku yang entah duduk ceruk dunia mana ada hal urgent nak sembang. Choooi sangat !! Kalau tak buat macam tu aku tak dapat nombor telefon dia. Yes !! Maka aku teruskan misi dengan memperbentangkan usul. Alhamdulillah. Expected candidate aku aka Kak Salbiah sudi untuk travel bersama. Yahoo.. Aku dah tak perlu risau. Hari yang sama terus dia beli tiket.
Berdebar weh nak travel dengan orang yang kita tak kenal. Dup dap dup dap jantung ni sepanjang nak sampai KLIA2. First time jumpa teruk click. Memang awesome. Sabar layan perangai aku. Hahaha.. Alhamdulillah tak ada any pergaduhan tarik rambut atau masam muka. I think kami sama-sama enjoy. Aku saja ke rasa awesome tapi Kak Sal biasa-biasa saja ? Jaaawab cepat kak !! Jaaawab.
Yang belum kenal kakak gila bola ini, silalah rajin-rajin terjah. Kak Sal lagi pantas update entry berbanding aku. Jadi boleh baca cerita-cerita travel kami di blog Kak Sal. Nak tunggu aku cerita memang berkurun. Hihihi..
8. Pakaian / Forecast
Aku hanya beli few saja pakaian baru. Yang lain memang recycle. Denim jacket yang dibeli tiga tahun lepas diguna pakai balik. Top yang agak lama tapi jarang-jarang pakai dan sehelai sweater yang dirembat last minute. Aku bukan fashionista pun jadi tak pulun sangat. Janji nampak kemas. Few weeks before depart aku memang rajin check Melbourne Forecast dan Melbourne Weather Zone. Kena check ya kawan-kawan.. Senang untuk kita rancang perjalanan. Setiap negeri di Australia ada different cuaca dan keadaan. Tak sama langsung. Suhu spring di Melbourne tak akan sama dengan suhu spring di Sydney atau Gold Coast. Jadi kena make sure korang identify weather yang betul. Tapi apa-apa pun, semuanya kehendak Tuhan. Yang kita tengok tu ramalan saja. Kalau tiba-tiba cuaca tak seperti yang dijangkakan, jangan nak grumpy tak pasal pula. Situasi ini terjadi pada kami. While planning itinerary, dijangkakan suhu hanyalah sekitar 15-20c tapi sebaliknya yang berlaku. Hanya pada hari pertama saja suhu nyaman sekitar 17c tapi pada hari-hari berikutnya, suhu drop sehingga 7-9c pada waktu siang dan solid 3-4c pada waktu malam. Jadi kena selalu bersedia. Aku ? Pakaian yang dibawa sedikit malfunction juga ketika disana.
Nasihat aku untuk korang yang bakal travel pada musim bunga ke Australia, especially Melbourne, bawalah raincoat atau payung. Bawa juga jacket yang sedikit tebal dan tak over pun kalau bawa trench coat atau down jacket. Ramai gila orang yang still balut diri dengan baju tebal. Another point yang penting, pastikan kasut korang dalam keadaan yang baik. Jangan nanti tengah seronok berjalan tapak kasut tercabut tertinggal di belakang. Ooops !! Pilihlah kasut yang sesuai. Boots atau sneakers adalah pilihan yang bijak. Yang penting selesa. Nak melawa isu nombor dua.
9. Itinerary
Seawal bulan April 2015 lagi aku dah mula godek-godek entries kawan-kawan bloggers yang dah sampai Melbourne. Percayalah !! Banyak gila entries aku baca untuk cedok maklumat. Pengalaman kita lain-lain. Jadi aku baca sebanyak mungkin dan senaraikan nasihat dan tips yang diberikan. Jangan malas dan jangan malu bertanya kalau tak faham. Hampa pi tanya PLM tu.. berapa banyak email aku dia jawab ? Hahaha.. Tabah sungguh PLM melayan. Terima kasih PLM.
Selain tu kita kena rajin check official websites tempat-tempat yang nak dituju. Satu perkara pasal Australia ni.. Aku notice waktu operasi ada yang berbeza-beza ikut musim. Jadi kena alert bab tu. Ada yang sama saja throughout the year ada yang tak. Maka rancanglah perjalanan korang dengan teliti supaya hari korang terisi dengan elok.
Another thing yang penting untuk diambil kira, kalau kita jalan seorang diri kita tak perlu fikir orang lain. Tapi this time aku jalan dengan Kak Sal. Walaupun aku buat itinerary, aku kena tanya juga kalau Kak Sal ada any particular places yang dia nak pergi. Bukan ikut kepala aku semata-mata. Kena ada give and take. Tapi Kak Sal kata dia ikutkan saja. Dia letak kepercayaan untuk aku rancang trip kami. Jadi aku pun cuba sedaya upaya untuk jadikan trip kami selancar mungkin.
Ini adalah sample layout untuk itinerary aku. Details akan dipersembahkan kemudian. Thanks again untuk Kakak Macho aka SS sebab emailkan aku layout itinerary untuk dijadikan panduan. Aku pulun susun itinerary dua minggu before depart. Aku tak sempat nak print susun kasi cantik dan kemas macam kitab busuk SS sebab memang dah suntuk gila masa. Aku print itinerary beberapa jam before aku gerak ke KLIA2. Memang sangat chaotic. Kenapa ? Walaupun dah dua minggu mengadap itinerary, aku sebenarnya terkejar-kejar untuk key-in dan marking kertas test dan quiz students. Memang aku tak boleh nak concentrate langsung. Tapi alhamdulillah aku berjaya siapkan juga.
Kalau korang takut tak dapat line internet yang bagus disana, silalah print siap-siap peta yang boleh diambil dari Goole Maps. Kalau kata ada line internet yang laju pun, handphone canggih cepat habis bateri. Jadi elok ada back up peta dalam simpanan. Membantu.
10. Makanan
Aku rasa bab makanan memang antara benda paling merunsingkan. Mula-mula rasa macam tak nak bawa anything tapi ended up kami bersepakat untuk bawa juga. Kena alert extra bab makanan yang nak dibawa sebab Australia dan New Zealand sangat strict dan fussy. Menyampah pun ada juga sebab mengada sangat tapi hormat sajalah. Dah datang nak menempek kat negara orang. Jangan buat perangai pula.
Untuk senarai official barangan yang boleh dibawa masuk ke Australia, korang boleh refer website Declare it ! untuk keterangan lanjut. Kalau ikutkan tak susah mana pun. Ikut sajalah apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Another aspect yang aku risaukan adalah sama ada barang makanan aku akan dihidu oleh anjing-anjing yang mengawal Melbourne Airport atau tidak. Ya.. Ini adalah hebahan yang paling kerap aku baca. Hasil bacaan aku, ada diantara rakan-rakan bloggers yang mengalami pengalaman berdepan dengan anjing polis di Melbourne Airport. Seram. Irony sungguh. Cik Tia dah dua tahun belajar di Melbourne tapi tak pernah berdepan dengan anjing Melbourne Airport. Semuanya ikut nasib. Jadi kenalah banyak berdoa agar urusan dipermudahkan.
Ada yang habis satu bag luggage diteroka oleh anjing dan ada yang kastam buka luggage untuk check apa yang dibawa. Macam ganas bunyinya. Kalau dah ada orang pernah lalui pengalaman yang macam tu, tak mustahil aku juga akan berdepan perkara yang sama. Sama ada aku berdepan dengan anjing Melbourne Airport yang terkenal atau tidak, tunggu.
Sekarang aku nak kongsikan dengan korang, macam mana aku pack makanan yang aku bawa ke Melbourne. Thanks Kak Huda yang personally guide dan share macam mana nak pack makanan. Kak Huda dan Melbourne dah ibarat rumah kedua jadi dia ada banyak pengalaman. Dia petik je jari terus sampai Melbourne. Kan kak kan ? Hahaha.. Bolehlah terjah tanya apa-apa yang korang blur tak faham kat Kak Huda.
Hasil perbincangan dan nasihat dari Kak Huda.. Aku came out with this idea untuk pack makanan yang bakal dibawa. Bukanlah 100% ilham aku. Aku cilok idea Kak Huda juga.
CARA BUNGKUS MAKANAN UNTUK DIBAWA KE AUSTRALIA
Letak makanan yang nak dibawa dalam plastik murahan seperti diatas. Susun baik-baik. Yang paling berat dibawah dan seterusnya. Pandai-pandailah korang arrange.
Kemudian, letak plastik murahan yang berisi makanan yang nak dibawa di dalam tote bag atau any bag yang korang rasa sesuai untuk dibawa. Make sure kukuh. Jangan guna plastik murahan dah sebab takut terburai di tengah jalan.
Dan finally, balut tote yang digunakan dengan satu lapisan plastik murahan. Ini adalah untuk persediaan kalau ada anjing yang hidu bag korang, boleh buang plastik murahan layer paling atas. Kalau dia hidu tote, macam sayang pula nak campak tote.
Jadi, bungkusan makanan ini bolehlah korang simpan di dalam luggage yang korang akan check-in. Bila sampai di Melbourne Airport nanti, keluarkan bungkusan dari luggage dan asingkan. Letak bungkusan jauh sikit dari luggage. Kalau terus simpan dalam luggage takut nanti anjing gomol luggage pula. Dah ada yang kena beli luggage baru.
Pahe dok ni ? Dok pahe gak kawe dok tau nak buak guano (Jahanam bahasa).
11. Senarai Makanan
Aku dapat tips ni dari blog ItsPooBritney. Aku selalu jadi silent reader blog dia. Last time pernah juga drop komen tapi tak buat dah. Malu. Aku suka baca cerita travel dia. Nak banding dengan aku memang tak sama level langsung. Kasta lain. Hahaha.. Aku cilok tips ni dari dia. Dia sediakan senarai makanan dan bahan-bahan yang ada dalam makanan yang dibawa. Untuk apa ? Just incase barangan yang dibawa kena tahan, hulur saja kertas ni. Pandai-pandailah pegawai kastam kat sana nak belek dan tilik ingredients sesuai atau tidak untuk masuk ke Australia. Aku buat dua copies. Satu copy aku letak dalam bungkusan makanan siap-siap. Kalau dia buka dan check, dah siap dah list makanan dalam bungkusan. Another one as back up.
Terpulanglah pada korang nak buat atau tidak. Tahap penakut aku super high sebab tu aku prepare apa yang patut seboleh mungkin tak kena tahan dengan kastam. Alhamdulillah semua lepas. Tapi dua tin sos pasta aku kena tahan. Bukan di Melbourne Airport tapi di KLIA2 sebelum berlepas. Nak tahu kenapa ? Jeng jeng jeng.. Tunggu.
12. Travel Tour / Kereta Sewa / Etc
Niat asal aku berlagak nak drive. Tak perlu buat international license pun. Lesen Malaysia valid di Australia. Kalau rasa ragu sangat, pergilah buat salinan lesen di JPJ dalam Bahasa Inggeris. One day aku ternampak someone posted about hook-turn yang sangat terkenal di Australia di Facebook. Aku tengok video di Youtube dan serta merta seram. Actually kalau korang memahami rules lalu lintas dengan cemerlang, nothing to worry. Tapi disebabkan kerisaukan ini telah aku luahkan pada MamiZ, dengan serta merta MamiZ tak bagi aku drive. Aku ni boleh masuk kategori anak solehah juga sebenarnya. Dalam degil aku dengar cakap juga. Kalau mak tak bagi jarang-jarang aku derhaka. Aaargh stress tau dak. 50% daripada itinerary memerlukan kereta untuk sampai ke destinasi. Macam mana aku nak proceed kalau tak ada kereta ? Seminggu juga aku keresahan.
Akhirnya Allah SWT hantar bantuan. Entah macam mana boleh pula ada seorang budak randomly follow IG aku. Bila aku buka IG dia, aku tengok dia posing di Bathing Boxes Brighton dan aku terus jump into conclusion, dia study disana. Aku approach dia but unluckily, dia belajar di Sydney. Hurmm.. Aku kembali murung. Few days after that, that budak came back to me cakap dia ada tanya few friends di Melbourne yang sudi nak bawa kami jalan. Akhirnya ada seorang yang sudi bawa kami jalan-jalan. Another good news, kami tak perlu sewa kereta. Kawan kepada Cik Tia ada tinggalkan kereta untuk dipinjamkan kalau ada nak pergi mana-mana. The problem was, its a manual car dan aku hanya pandai hidupkan enjin saja. Cik Tia boleh drive tapi kalau jauh takut juga. So kami still perlukan khidmat tour guide untuk tolong drive. He said okay. Cool. Alhamdulillah. Settle satu perkara tak perlu susah hati dah.
Jadi korang sila make sure pengangkutan korang nanti disana macam mana. Kalau di bandar tak perlu risau. Semua boleh access dengan tram. Tapi untuk few places wajib visit, korang perlukan kereta untuk bergerak. Kalau korang ramai, memang worth it untuk sewa kereta, Kalau korang malas fikir, beli saja tour packages yang banyak ada disana. Rajin-rajin search about packages yang bersesuaian dengan jiwa korang atau boleh beli bila terus bila korang dah sampai sana.
----------------------------------------------------------------------
Okay. Cukup dulu dua belas benda aku bincangkan. As time goes by kalau aku teringat apa-apa aku tambah lagi. Harapnya membantu menyelesaikan kekusutan yang melanda kalau korang pun sama blur dengan aku. Korang pun mesti dah berbuih mulut baca aku karang panjang lebar. Next entry would be entry first cerita pengembaraan aku ke Melbourne.
Boleh terjah entry Kak Sal aka Travel Partner aku juga di SINI. Selamat blogwalking.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :