UPIN IPIN FIESTA DI DPULZE, CYBERJAYA
DPULZE CYBERJAYA | UPIN IPIN FIESTA. Ini bukan sebarang pemberitahuan. Event pun dah lama berlalu. Aku just nak kongsikan cerita dan gambar sebelum aku delete. Baik aku upload sikit daripada nanti tak ada dalam simpanan terus.
Nak dijadikan cerita, aku tak tahu menahu pun pasal Upin Ipin Fiesta yang berlangsung di DPulze. DPulze berada kat mana pun aku tak tahu. That day after Momon bertunang, dengan berbaju kurung bagai, kami terus shoot ke Cyberjaya. Nak melepak. Yes kami tinggalkan majlis macam tu saja. Together dengan orang yang bertunang. Hihihi.. Akhirnya kami pilih untuk ke DPulze. Lepas makan kami pergi solat. Since aku boleh Jama' and Qasar, aku malas nak bersesak dalam surau yang sempit. Aku tunggu kekakaks lain solat. Kat bawah memang ada booth jualan barangan Upin Ipin. Lepas tu ada dua MC naik stage dan mula kasi soalan quiz untuk orang yang mula berkerumun. Soalan-soalan quiz untuk budak-budak kecil. Kalau jawab betul dapatlah goodies. Aku dengan Momon tengok saja dari atas.
Tak lama lepas tu, MC jerit panggil keluar mascot. Aku ingat acah saja. Sekali betul pula seketul 'Ehsan' keluar dari entah mana. Makin ramailah budak-budak kat depan stage tu. Joget-joget si Ehsan atas pentas. Aku dah jeling Momon. Memberi signal nak turun. Terus aku cepat-cepat turun tinggal Momon kat atas. Momon geleng-geleng kepala. Mengutuk aku tapi lepas tu kekakaks semua sama-sama lupa daratan. Tak sedar umur dah tua. Come on. Age is no guarantee of maturity.
Jadi aku nak share saja moments aku bertukar jadi anak kecil seketika. Sama-sama excited dengan budak-budak kecil yang bersorak bila nampak Upin Ipin. Padahal bukan peminat pun. Sekadar tahu nama watak saja. Ada Ehsan, Jarjit, Upin dan Ipin.
Jejoget untuk beberapa lagu before adik-adik dijemput naik ke pentas untuk sama-sama menari. Aku nak naik juga tapi nanti rosak pula event orang. Comel sangat sampai orang tak dapat nak teruskan majlis. Lolz. Aku ada ambil video. Kalau nak tengok sila rajinkan diri scroll IG aku. Comel.
Lepas dah semput jejoget atas pentas, mulalah sesi bergambar dengan mascots. Kami gigih tunggu sampai ke sudah sebab nak bergambar dengan mascots. Isk.. dahlah tak dapat naik atas pentas menari, tak kan nak pergi macam tu saja. At least kena ada juga bahan bukti dah berpeluk-pelukan dengan Upin Ipin. Abaikan saja siapa kat dalam mascots tu. Janji dapat bergambar dengan riang ria.
Kekakaks yang dok gelak sakan kat aku pun dah sama naik. Tu lah !! Jangan gelak kat orang sangat. Kan dah sama-sama lupa diri. Boleh tengok sendiri. Lagi over dari aku. Yang baru bertunang pun sama excited. Hahaha..
Haaa puas kami kejar semua mascots. Siap main tarik lagi suruh pandang camera. Mascots pun sporting habis. Siap kasi idea nak posing macam mana. Kami tak pedulikan orang lain yang tengok kami atas bawah. Aaargh !! Tunggu turn masing-masing lah baru bergambar. Kami pun beratur juga. Sesekali buat perangai childish macam ni seronok. Boleh release tension dan lupakan seketika masalah duniawi yang melanda.
Okay itu saja nak kongsikan kali ini. Jumpa lagi nanti.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :