Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TELAH MENGGEGARKAN PULAU PINANG

$
0
0

TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR MENGGEGARKAN PULAU PINANG


TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR DI PULAU PINANG, JOHOR DAN MELAKA. Tahniah diucapkan pada Enfiniti Vision Media yang telah berjaya membawa P. Ramlee The Musical ke Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Georgetown Festival yang sedang berlangsung. Khas untuk orang-orang Pulau Pinang, teater tentang anak jati Pulau Pinang yang telah berjaya mencipta nama dalam dunia seni bakal dipersembahkan. Siapa tak kenal P. Ramlee ? Satu nama yang tak asing lagi. Memang patut semua orang Pulau Pinang serbu kaunter tiket dan tonton persembahan hebat ini. Seramai tujuh orang ahli #BloggerUtara telah diberi kesempatan untuk sama-sama menyaksikan persembahan pertama P. Ramlee The Musical pada 28 Ogos 2015 yang lalu. Kalau boleh memang nak angkut semua ahli tapi masing-masing ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Terima kasih atas layanan yang diberikan oleh pihak produksi. Kami dilayan dengan baik sekali. Terharu.

Ini kali kedua aku menonton teater. Kalau di Pulau Pinang memang jarang sangat ada event yang macam ni. Kalau ada pun mungkin tak dihebohkan sangat. Jadi inilah peluang yang ada untuk tengok teater. Orang Johor dan Melaka standby. Lepas ni P. Ramlee The Musical tour akan terjah tempat korang pula. Jangan lepaskan peluang ini.

PERSEMBAHAN P. RAMLEE THE MUSICAL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG


Kami sepatutnya sampai pada pukul 6.30PM untuk pendaftaran Media tapi setiap pelusuk Pulau Pinang heavy traffic. Mungkin sebab ada perlawanan bola sepak juga antara sebab kenapa jalan sesak. Akhirnya hampir pukul 8.00PM baru kami sampai. Nasib baik masih berkesempatan untuk ambil tiket dan masuk menonton persembahan. 



Seating arrangement yang kami dapat pun memang memuaskan. Walaupun jauh tapi superb sebab boleh nampak keseluruhan pentas. Before show bermula biasalah, rutin wajib haruslah bergambar. Sementara orang masih tak ramai marilah kita posing puas-puas.

Hampir pukul. 9.15PM jugalah baru show bermula. Memang gempak dan opening saja dah buat orang ketawa. Penggunakan dialog yang senang untuk difahami dan dekat dengan masyarakat setempat. Tak adalah puitis sangat sampai pening nak hadam. Barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Tony Eusoff (P. Ramlee), Nadia Aqilah (Saloma), Tiara Jacquelina (Norizan) dan pendatang baru dunia seni teater Asmidar (Junaidah) pastinya membuatkan persembahan P. Ramlee The Musical menjadi lebih gempak.

Aku kongsikan sedikit gambar-gambar sepanjang pementasan. Nak tengok full kenalah beli tiket. Hihihi..






















Secara keseluruhan aku paling suka susunan lagu dan backdrop. Suara artis-artis yang awesome aku tak payah puji. Memang korang pun tahu mereka semua berbakat. Thumbs up untuk Asmidar (Junaidah) kerana telah berjaya melakonkan watak Junaidah dengan baik sekali walaupun inilah pertama kali membuat persembahan teater. Boleh pergi jauh. Keep up the good work. Suara Nadia Aqilah (Saloma) memang membuatkan penonton teruja. Setiap kali habis menyanyi mesti dapat tepukan gemuruh. Tak payah cerita pasal Paknil (D Harris). Dia keluar saja orang dah bersorak. Haaa korang tak teruja ke ? Aku dah cerita macam-macam ni. Kalau nak sama-sama rasa teruja kena dapatkan tiket show cepat-cepat.

Paling favourite adalah lagu pembukaan. Sangat catchy. Backdrop memang superb dan cantik-cantik belaka. Nampak lively dan meriah sangat. Aku paling suka props untuk scene perjalanan P. Ramlee ke Singapura dan ketika lagu Gelora dinyanyikan. Comel sangat. Tak ada satu scene pun yang bosan. Dalam sinis dialog yang diungkapkan masih ada mesej yang cuba disampaikan. Memang rugi kalau korang lepaskan peluang untuk tengok teater P. Ramlee The Musical ini.

PRESS CONFERENCE P. RAMLEE THE MUSICAL



Lepas habis persembahan teater P. Ramlee The Musical, kami dijemput menyertai PC pula. Sedang jam dah menunjukkan pukul 12.00AM kami masih berkampung di Dewan Sri Pinang. Tapi tak apalah. Nak jumpa barisan pelakon-pelakon terkenal. Berkorban sikit. Tapi tak sempat nak tahan Tony Eusoff dan bergambar. Menangis tak berlagu sebab P. Ramlee dah melarikan diri.

Sesi soal jawab bersama wartawan bermula. Macam-macam yang ditanya. Kami dengar saja. Malu untuk mencelah. Lagipun masing-masing berpuas hati dengan persembahan jadi nak tanya apa lagi ? Ada juga dua tiga soalan yang menarik seperti cabaran dan rintangan untuk buat persembahan di Pulau Pinang dan sebagainya. Memang orang di Pulau Pinang tak begitu didedahkan dengan persembahan teater jadi mesti ada sedikit gusar bila persembahan besar seperti ini hendak dimainkan di Pulau Pinang. Datin Tiara kita sangat optimistik. Berfikiran positif sentiasa. Dengar kata untuk beberapa persembahan akan datang dah ada yang full house. Korang better cepat ya kalau bercadang untuk tengok teater P. Ramlee The Musical ini.

JADUAL PERSEMBAHAN TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR


JOHOR BAHRU
Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor

4 September 2015 - 8.00pm
5 September 2015 - 3.00pm
5 September 2015 - 8.00pm
6 September 2015 - 3.00pm


MELAKA
Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Malacca

11 September 2015 - 8.00pm
12 September 2015 - 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 - 8.00pm

Tiket-tiket telah dijual pada harga RM83, RM103, RM153 dan RM203 dan boleh dibeli secara online di ( www.ticketpro.com.my ) atau hubungi 03-6142 9877 untuk maklumat lanjut.

Haaa.. ini adalah senarai persembahan teater P. Ramlee The Musical yang bakal berlangsung di Johor dan Melaka. Jadi kalau korang ada berdekatan silalah make yourself available. Tak rugi punyalah. Boleh rujuk entri INI untuk maklumat lebih lanjut.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579