Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang
Tirai tahun 2021 dibuka dengan ujian kepada penduduk-penduduk negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan apabila banyak kawasan dinaiki air dan banjir kilat melanda. Sangat meruntun jiwa tengok keadaan di negeri-negeri yang terjejas. Rosak rumah dan jalan raya. Dalam keadaan pandemic Covid19 yang belum reda, pergerakan jadi terbatas banyak faktor kena fikir sebelum buat keputusan. Syukur sangat tengok ramai yang menghulurkan bantuan dan sumbangan. Banyak agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta individu tertentu yang turun padang. Kalau aku ada kudrat dan kuasa memang ada keinginan nak pergi bantu jadi aku cari solution.. apa yang aku boleh buat dari jauh untuk kurangkan beban mangsa-mangsa banjir disana.
SUMBANGAN KHAS UNTUK WANITA-WANITA MANGSA BANJIR
I came across satu post di account Instagram Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis ( WOMEN:girls ) yang meminta sumbangan khas untuk wanita-wanita yang menjadi mangsa banjir. Antara barang-barang yang diperlukan adalah tuala mandi, pakaian dalam, sanitary pads, sarung bantal, socks dan beberapa items lagi related to women. Tak perlu ke lokasi banjir, kita hantar barang-barang ke pusat pengumpulan nanti diorang yang hantar kesana. Bila fikir balik, selain dari makanan memamgn benda-benda yang diminta sangat penting untuk wanita. Terpanggil rasa nak derma tapi aku tak ada duit beribu berjuta. Aku up di Instagram minta sumbangan dari kawan-kawan lain yang berminat untuk sama-sama menyumbang. Aku guna duit terkumpul beli barang-barang baru untuk didermakan. Boleh saja nak derma barangan terpakai, tapi aku prefer beli baru. Alhamdulillah.. dalam masa dua hari aku dapat kumpul RM2000.00 - jumlah yang diamanahkan untuk aku beli barang-barang yang diperlukan !! Aku kongsikan di sini sebagai kenangan kerjasama semua pihak yang menyumbang. Teringat zaman belajar di universiti bila aku dan kawan-kawan agak aktif bergiat dalam kokurikulum berkaitan CSR. Seronok.. Mudah-mudahan ada bahagian kita disana kelak dengan bantuan-bantuan yang kita hulurkan.
Aku hanya focus pada sanitary pads, underwares, towels dan cleaning supplies.
Borong sanitary pads dan tuala mandi.
Ngam ngam boot kereta ihik.. Alhamdulillah dapat 40 packs.
Cleaning supplies untuk lokasi pasca banjir.
Borong di Tesco - kebetulan ada discount lagi banyak boleh dapat.
Ready to go !! Ayuh..
Di lokasi pusat pengumpulan. Ramai yang datang menderma..
Pemurah sangat hati rakyat Malaysia..
UNTUNG ORANG ISLAM YANG KAYA DAN PEMURAH
Alhamdulillah selesai hantar barang-barang yang dibeli untuk diagihkan. Semoga mudah urusan pihak NGO untuk edarkan dan agihkan kepada mereka yang memerlukan. Seronok buat kerja-kerja amal macam ni akan timbul sejenis perasaan yang tak boleh digambarkan. Beruntung bagi mereka (Muslims) yang dikurniakan rezeki melimpah ruah ada wang yang banyak dan diinfakkan pada jalan yang benar. Lagi-lagi pada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Beri sumbangan pada sekolah-sekolah tahfiz pun sangat digalakkan.. Taja mereka yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran pastinya ada habuan untuk kita. Bila Allah SWT soal disana, kemana hartamu dibelanjakan - moga ada bahagian kita boleh jawab didermakan diinfakkan dan macam-macam lagi. Tengok Ustaz Ebit Lew sudah.. rezeki banyak boleh dikongsi dengan ramai orang. Sedikit pun tak berkira duit dibelanjakan macam air untuk tolong orang.. Subhanallah !! Seronok dan sebab itulah orang-orang Islam kena kaya, supaya foundation kita kuat untuk tolong satu sama lain. Makin dikongsi makin banyak rezeki sebab janji Allah SWT itu pasti, sedekah adalah salah satu pintu rezeki. Kita yang tak ada duit banyak macam Ustaz Ebit Lew macam mana ? Haaa.. Bersedekahlah mengikut kemampuan. Jangan sampai menzalimi diri sendiri, lain pula hukumnya. Janji sedekah tak kira nilai kecil atau besar semua diambil kira disisiNya. Hanya Allah SWT yang tahu niat hati kita.
Alone we can do so little..
Together we can do so much..
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com