Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trend Cuci Gambar Jadi Versi Polaroid

$
0
0

Sana sini aku tengok orang cuci gambar versi polaroid tiba-tiba sendiri pun rasa nak cuci juga. Godek-godek Facebook jumpa orang jual service cuci gambar versi polaroid. Gambar-gambar biasa yang diambil dengan camera bukan polaroid pun dah boleh dicuci jadikan versi polaroid. Aku decide untuk cuci dengan Lomo Lorry dan service sangat bagus. Mudah sangat berurusan dengan diorang. Aku settle upload gambar hari Ahad, hari Rabu dah siap sampai. Perggh laju !! Harga untuk 120 keping gambar polaroid dan dua album gambar dan postage adalah RM55.00. Kalau tak mahu album pun tak apa lagi jimat. Aku divide 60:60 - separuh cuci gambar-gambar pemandangan atau view yang aku suka dan separuh lagi cuci gambar keluarga. Tengok pada kualiti bagi aku memuaskan. Aku edit dulu setiap gambar yang nak dicuci nak style vintage ke.. nampak classic ke.. Ikut suka kitalah macam mana pun. Sebenarnya aku ada camera polaroid sebiji Instax Mini 7s beli hampir 8 tahun lepas tapi memang lama sangat tak digunakan. Elok lagi alhamdulillah dok dalam kotak tersimpan sepi. Seronok sebenarnya ambil gambar polaroid dan teruja nak tunggu hasil gambar yang diambil. Cuma bab film camera tu tercekik sikit rasa sebab mahal. Kena adjust betul-betul sebelum ambil gambar takut tak jadi rugi rasanya sebab film mahal.

Cuci cara macam ni tak adalah 100% authentic perasaan sama macam cuci polaroid sebenar. Tapi who cares ?? Hihihi.. Harga jauh lagi murah jimat dan sama cantik. Plan cuci konon nak tampal kat dinding bilik di area meja tulis tapi nanti kita tengoklah hasil macam mana. Kalau aku rajin aku proceed. Kalau tak.. Duduk diam-diam dalam album =)



shake it.. shake it.. shake it.. shake it..
shake it like a polaroid picture..

Haaa.. kalau korang tahu lyrics diatas ni lagu apa..
Korang memang hebat !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579