MENAIKI ETS DARI PARIT BUNTAR KE KL SENTRAL
PS : Entri panjang. Mohon tabah. Jangan cakap kakak tak payung.
ETS RIDE | MENAIKI ETS DARI PARIT BUNTAR KE KL SENTRAL. Welcoming the Electric Train Service atau lebih dikenali sebagai ETS ke utara. Finally ETS telah memanjangkan laluan dari Ipoh terus ke hujung utara Semenanjung Malaysia, Padang Besar. Last year lagi aku dan DediS dapat agak yang ETS akan sampai ke utara real soon. Beberapa stesen kereta api yang berdekatan dengan rumah kami di upgrade. Stesen buruk Parit Buntar dah dibina semula. Pembinaan stesen KTM Nibong Tebal yang besar dan beberapa kali juga ternampak ETS dipandu uji. Jadi bila dapat peluang untuk naik ETS buat kali pertama, memang seharusnya aku rasa jakun.
PERJALANAN KE KL SENTRAL MENAIKI ETS
Aku kena balik KL to attend Momon's engagement. Kalau aku tak pergi nanti dia mogok tak nak pergi Korea dengan aku. Kalau aku tak pergi nanti tujuh keturunan dia ungkit tak sudah. Jadi untuk menyelamatkan keadaan, yes !! I bought my return ETS tickets from Parit Buntar to KL Sentral. At first aku nak naik Malindo since hanya RM69 return tapi no one yang boleh hantar aku ke airport. Bila fikir balik, cost toll Penang's second link pergi balik dan minyak, akan jadi sama harga dengan harga ticket ETS iaitu RM110. Jadi marilah senangkan kerja MamiZ dan DediS. Hantar sajalah aku kat stesen Parit Buntar. 15 minit saja dari rumah.
So here it is. The first journey to KL Sentral via ETS.
Aku tak ambil gambar pun dalam perjalanan pergi. Aku tak ada mood. Naik ETS pun dah senja jadi mata pun dah kuyu. Coach yang aku dapat sangat bising. Orang utara kata hingaq. Seriously aku dengar MP3 sampai volume 27/28 tapi aku still boleh dengar orang bersembang. Melayu Cina India. Semua bahasa bercantum sesedap rasa. Oh no. Tak ada consideration. Boleh nak cakap tapi pelan-pelan. You are in public. Aku tak nak tahu kisah perjalanan hidup kau. Please.
They talked loudly, gelak sampai nak gegar gerabak dan keep on jalan kehulu kehilir. Bukan ada benda nak tengok pun. Annoying. Pakcik sebelah aku pula tidur sampai makan space tempat duduk aku. Siap mengkerekot tidur tak sedar apa. Terseksa jiwa raga. Lepas tu menguap sampai *okay I cannot continue nak cerita*. Disgusting. Nak lari tak boleh. Full house.
Aku thought of wanting to buy some food tapi dengar orang cakap makanan habis. Nangis dalam hati. Padan muka. Siapa suruh tak makan siap-siap. Belagak nak makan atas train. Makan angin sampai kembung perut. Layanlah MP3 sampai KL Sentral.
Momon dan AbamA dah siap tunggu. Kena jemput uols. Aku suruh Momon jemput kalau nak aku pergi E-Day dia. Kemain depa dua orang ni. Esok nak tunang boleh dok dating kat NU Sentral makan aiskrim lagi. Gatai..
---------- E-Day Momon ---------
PERJALANAN PULANG KE PARIT BUNTAR VIA ETS DARI KL SENTRAL
Selesai majlis Momon, esoknya aku dah bersiap nak gerak balik ke Parit Buntar. Ticket awal pagi uols. Makcik Normala sempat buat cokodok untuk breakfast dan memikirkan takut tak ada makanan dalam train seperti sebelumnya, aku tibai makan puas-puas. Keluar rumah 8.45AM baru terkedek-kedek nak gerak dari Ampang. Tapi Momon kalau rempit baik punya. Kau bisa sampai on time. Pukul 9.00AM aku dah terpacak di KL Sentral. Aku tak tahu mana nak pergi so aku tanya pekerja kat Information Counter. Just to make sure platform mana nak pergi.
"Tak pernah naik train ke apa ? Tunggu kat sana.."
WHAT ?? Cuba kalau muka aku lawa slim kaki panjang macam awek Korea, mesti dia escort aku sampai depan pintu coach sambil bawa bag. LOL.
"I just got back from the States.."
Sambil practice accent sambil flip hair shawl dan blah. Tak kuasa aku nak layan.
Dah lupakan drama 30 saat di KL Sentral. Aku cari platform sendiri. Walaupun keliru sedikit tapi jumpa akhirnya. Coach A dan seat paling depan. Spacious space. This time aku duduk tepi adik manis yang nak ke Arau. Tengok dia usung bawa burger naik train aku questioned diri aku sendiri. Daripada kau buang masa gaduh dengan pekerja kat Information Counter baik kau pergi beli makanan. Arrrgh !! Marah diri sendiri sambil berharap ada makanan di cafe.
9.30AM sharp !! ETS bergerak meninggalkan KL Sentral. Kali ini aku snap banyak gambar.
ETS ada lima gerabak. A, B, C, D, dan E. Toilet berada di gerabak B dan cafe berada di gerabak C. After a while aku nekad untuk menjenguk ke cafe. Ada makanan atau tidak aku tak peduli. Aku just nak snap pictures. If ada makanan aku lepak lah sekejap. Hihihi..
Untuk ke gerabak yang lain kita kena buka pintu tutup pintu dan lintas penghubung gerabak dan buka pintu dan tutup pintu balik. Jadi kalau duduk Coach A macam aku sedikit seksa sebab jauh perjalanan nak sampai ke cafe. Sempat juga terlambung kiri kanan.
Lepas berjuang, akhirnya aku sampai di cafe ETS yang comel sangat. And aku bau makanan. Yes !! Ada makanan. Terus lupa camera sekejap dan belek-belek makanan yang ada. Not bad. Untuk service di dalam train. Kau expect nak makan pasta or pizza memang tak adalah. They have Nasi Lemak, Mee Goreng, Bihun Goreng, Sandwiches dan Burger. Hot drinks dan mineral water.
Tempat duduk agak limited. Kalau rasa tak mampu bersabar boleh balik ke seat masing-masing dan makan. While tunggu Nasi Lemak dipanaskan, ada one lady bangun. Dah sudah makan. My luck dan aku cepat-cepat duduk. Dapatlah merasa makan dalam ETS dengan pelaburan sebanyak RM9 untuk sebekas Nasi Lemak, Sandwich dan Hot Milo.
Sambil makan sambil cuci mata tengok hutan dan sambil berperang dengan kerusi yang super licin. Kaki pula pendek dok berjuntai tak sampai. Aunty sebelah aku siap tolong tahan kaki aku ingat aku nak tergelungsur jatuh. Hihihi.. Dia minum air tak senang sikit-sikit pandang aku.
"You okay aa ?"
Okay saja Aunty.
Lepas makan aku stop by gerabak yang ada toilet dan look around. Aku rasa train ETS yang aku naik bukan kereta api baru. Sebab ada bahagian yang dah buruk. Ada yang berkilat. Tak tahulah. Toilet aku tak mahu komen. Aku tak masuk. Aku tengok lantai basah sungguh terus tak jadi jenguk. I is very the cannot kalau public toilet sebegitu rupa. Unless sangat urgent.
PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN MENAIKI ETS
Banyak sebenarnya gambar yang aku snap. Tapi banyak juga yang tak menjadi. Camera tak secanggih mana jadi tak dapat nak snap gambar cantik-cantik walaupun train bergerak laju. Jadi yang ada hanyalah gambar-gambar yang aku dapat snap bila train sedikit perlahan.
Bagi aku, kawasan paling cantik adalah sepanjang laluan ETS merentasi Bukit Merah. Bayangkan ada laluan kereta api yang lalu tengah-tengah tasik. Siap boleh nampak bayang-bayang ETS di permukaan air. Superb gila view but again, gambar semua tak menjadi. Kena ambil train siang baru dapat nampak. Memang lawa. Dalam perjalanan pergi memang tak perasan langsung. Dah gelap.
Bila dah lepas Bukit Merah aku pun bersiap-siap untuk turun. Sembang sikit dengan adik manis dan say goodbye. 10 minit saja perjalanan ETS dah sampai Parit Buntar. MamiZ dan DediS dah siap tunggu. Menanti kepulangan anak dari perantauan. Hahaha..
So long ETS.. Terima kasih.
Perjalanan balik yang menyeronokkan. Perjalanan bersama ETS yang menarik. Insyallah lepas ni boleh naik lagi untuk balik kampung. Yahoo..
Ada kawan-kawan yang dah cuba naik ETS ? Yang baru pertama kali naik.. Yang selalu naik dari KL - Ipoh - KL.. Mana-mana sajalah. Mari kongsikan cerita uols di Siti Yang Menaip.
Ada kawan-kawan yang dah cuba naik ETS ? Yang baru pertama kali naik.. Yang selalu naik dari KL - Ipoh - KL.. Mana-mana sajalah. Mari kongsikan cerita uols di Siti Yang Menaip.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :