Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trip Perth 2018 : Budget Perbelanjaan, Laluan Road Trip Dan Itinerary

$
0
0
LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN 10 HARI DI PERTH WESTERN AUSTRALIA | Alhamdulillah syukur aku dan MamiZ diberi kesempatan untuk ke Perth, Western Australia buat kali kedua pada bulan December 2018. Aku akan kongsikan pengalaman kami selama sepuluh hari ke tempat-tempat menarik di Perth dan sekitar negeri Western Australia. Tapi sebelum mula bercerita dan membebel, aku nak kongsikan dulu mengenai cadangan laluan 'Road Trip', itinerary perjalanan ke Perth Western Australia dan budget perbelanjaan sepanjang disana. Sambil tu aku selit sikit-sikit tips apa yang patut. Selalunya aku share itinerary jadual perjalanan dan budget perbelanjaan dalam entry terakhir. Soalan berkaitan itinerary dan budget adalah soalan-soalan yang sering aku terima dari kawan-kawan yang memerlukan rujukan dan pandangan. This is the reason why, kali ini aku kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan lebih awal. Senang juga nak share link suruh baca kalau nak bersembang soal itinerary dan budget. Memandangkan ini adalah trip kali kedua, perancangan dibuat dengan lebih teliti dan kemas sambil mengambil kira faktor-faktor seperti keselesaan, kemudahan untuk bergerak, cara untuk berjimat dan keselamatan ahli-ahli rombongan. Aku tak kata inilah yang terbaik - Tidak !! We design our journey mengikut selera kita jadi pandai-pandai buat buat penilaian sendiri. Adjust yang mana patut ambil yang positif saja. Yang tak sesuai jangan ikut.. Mudah-mudahan perkongsian kali ini dapat mendatangkan manfaat dan membantu serba sedikit buat semua.

TRIP KE PERTH WESTERN AUSTRALIA 2018 : LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN


Trip Musim Panas ke Perth, Western Australia 2018.


BUDGET PERBELANJAAN 10 HARI KE PERTH WESTERN AUSTRALIA

Aku akan share perbelanjaan yang basic dan aku rasakan penting untuk dikongsi. Segala perbelanjaan personal dan shopping aku tak include. Soal budget memang soalan famous. Berapa kena ada untuk bercuti di Perth ? Anggaran perbelanjaan dan sebagainya. Ini adalah pendapat peribadi aku, mengikut cara aku - Sekurang-kurangnya kena ada RM3000.00 seorang all in untuk enjoy pada tahap selesa di Perth. All in dan selesa bagi aku adalah termasuktiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan wajib seperti entrance tickets dan pengangkutan. Kalau lebih atau kurang itu adalah pilihan sendiri. Masing-masing punya cara dan gaya. Ramai yang dah kongsikan macam mana nak berjimat dan travel dengan harga murah di Perth, ada banyak articles dan entries menarik yang boleh dijadikan panduan. Aku pun rujuk pengalaman orang lain juga jadikan panduan.

Ini adalah pecahan perbelanjaan mengikut cara dan kesesuaian diri aku :

Currency Exchange
1AUD : RM3.09

Air Asia X KLIA2 - Perth International Airport [70KG + Seats + Meals + Insurance]
Air Asia X Perth International Airport - KLIA2 [110KG + Meals]
RM5468.60 / 4 = RM1367.15 pax

Takaful Etiqa Travel Insurance
= RM117.81 pax

Australia Electronic Travel Visa
= RM20.00 pax

Makanan yang dibawa dari Malaysia [Instant noodles, food paste etc]
= RM250.00 / 4 = RM62.50 pax

Penginapan yang dibayar sebelum ke Perth :
AIRBNB Balcatta (4 Nights) RM1104.00 / 4 = RM276.00 pax
Agoda - Comfort Perth City Hotel (1 Night) RM273.72 / 4 = RM68.43 pax
Booking.com - Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night) RM491.78 / 4 = RM122.95 pax
= RM467.38 pax

Kereta sewa dari No Birds Bayswater
(10 Hari, Additional Driver, Top Cover & Airport Transfer)
= 398.00AUD (RM1229.82) / 4 = RM307.46 pax

Duit ground di Perth (AUD) untuk perbelanjaan empat orang
(Hotels, Groceries, Makan, Entrance Fee, Fuel & Parking)
= 1600.00AUD / 4 = 400AUD pax (RM1236.00 pax)

TOTAL : RM1367.15 + RM137.81 + RM62.50 + RM467.38 + RM307.46 + RM1236.00
= RM3578.30 pax

Total perbelanjaan untuk seorang adalah RM3578.30untuk sepuluh hari di Perth dan Western Australia termasuk tiket kapal terbang pergi balik, penginapan, kereta sewa, harga tiket masuk ke tempat-tempat menarik yang berbayar, minyak kereta, segala perbelanjaan barangan dapur, makan dan parking. Aku personally rasa harga yang kami bayar adalah sangat okay memandangkan kami pergi kesana selama sepuluh hari. Dalam senarai diatas, last sekali ada duit ground dan duit ini dah dicampur sekali dalam jumlah besar, bukan perbelanjaan asing. Di Jeju dulu, aku collect duit untuk perbelanjaan ground senang tak payah fikir banyak, jadi di Perth pun aku buat benda yang sama. Ada bayaran yang kami dah selesaikan sebelum ke Perth dan ada yang kena diselesaikan semasa disana. Nak memudahkan segala urusan, aku collect seorang 400AUD (RM1236.00) seorang untuk cover perbelanjaan yang selebihnya seperti - penginapan, barang untuk memasak, makanan, duit petrol, entrance fee dan bayaran parking. Minta awal supaya tak kalut nak kira duit bila dah sampai ke destinasi tertentu yang memerlukan urusan pembayaran dilakukan. Semuanya ambil dari jumlah 1600.00AUD ini. Point salah seorang untuk uruskan soal duit ground ini kalau berjalan dalam group yang besar. In our case, aku minta Neddy yang uruskan. Alhamdulillah sangat cukup, berbaki lagi dan segala process perbelanjaan berjalan lancar. Kami memang catat setiap perbelanjaan dalam journal yang dah disediakan dari awal untuk track jumlah duit yang telah digunakan. Boleh juga track journal guna application, sekarang dah canggih tapi cara old school juga yang seronok. Nak juga conteng-conteng dalam buku.

Dibawah adalah pecahan perbelanjaan duit ground 1600AUD :

Booking.com - Best Western Pemberton Hotel (1 Night) 160.00AUD / 4 = 40AUD pax
Booking.com - Margaret River Tourist Park (1 Night) 153.00AUD / 4 = 38.25AUD pax
Booking.com - Bunbury Apartment Motel (1 Night) 157.50AUD / 4 = 39.38AUD pax
= 470.50AUD

Valley of the Giants Tree Top Walk =84.00AUD / 4 = 21.00AUD pax
Cape Leeuwin Lighthouse = 80.00AUD / 4 = 20.00AUD pax
Busselton Jetty Train Ride = 54.00AUD / 4 = 13.50AUD pax
Mandurah Scenic Dolphin Cruises = 128.00AUD / 4 = 32.00AUD pax
S&R Orchard Perth = 40.00AUD / 4 = 10.00AUD pax
Araluen Botanic Park = 24.00AUD / 4 = 6.00AUD pax
Yanchep National Park & Pinnacles Desert Drive = 13.00AUD / 4 = 3.25AUD pax
Caversham Wildlife Park = 116.00AUD / 4 = 29.00AUD pax
=539.00AUD

Perbelanjaan petrol :
041218 = 28.80AUD
051218 = 31.00AUD
061218 = 44.80AUD
091218 = 38.10AUD
101218 = 40.00AUD
121218 = 37.90AUD (diisi penuh sebelum pulangkan kereta)
= 220.60AUD

Perbelanjaan barangan dapur, makanan dan parking :
031218 Coles Dianella = 25.05AUD
041218 Coles Albany Orana = 44.30AUD
051218 Mineral Water = 6.00AUD
061218 Coles Margaret River = 77.05AUD
081218 Bunbury Farmers Market = 49.85AUD
081218 Chocolateria San Churro Mandurah = 16.00AUD
081218 Coles Dianella = 16.90AUD
091218 Parking Fremantle Market = 6.60AUD
091218 Parking Fremantle Kailis' Fish & Chips = 3.00AUD
111218 Parking Watertown Brand Outlet =7.00AUD
121218 Parking Elizabeth Quay = 5.00AUD
121218 Parking Perth DFO = 3.00AUD
= 259.75AUD / 4 = 64.94AUD pax

1600.00AUD - 470.50AUD - 539.00AUD - 220.60AUD - 259.75AUD
= 1600.00AUD -  1498.85AUD
= 110.15AUD (Balance)

Secara keseluruhan, perbelanjaan kami ke Perth Western Australia selama sepuluh hari kali ini boleh dianggap murah dan memuaskan. Naik naik kapal terbang syarikat mana, itu terpulang ikut kemampuan. Survey dulu bandingkan harga tiket kapal terbang dan plus minus dengan luggage. Setelah ditambah tolak, dah tengok harga Malaysia Airlines dan Malindo Air, kami pilih naik Air Asia dan beli extra luggage dengan niat nak bawa balik macam-macam. Total harga tiket kapal terbang dan luggage kami kongsi berempat. Soal penginapan adalah antara perkara yang aku pandang serious. Main concern aku untuk mencari penginapan yang sesuai adalah bilik yang selesa sekali dengan tempat masak, tak kongsi toilet dengan orang lain dan disediakan private parking. Aku personally tak kisah nak duduk hostel tapi memandangkan trip kali ini ada mak-mak, tak bolehlah nak rancang perjalanan macam kita yang muda remaja. Toilet wajib yang private tak berkongsi. Pengalaman pahit aku pada trip yang lepas buat aku serik nak duduk di penginapan yang kongsi toilet. Aku pilih penginapan yang ada stove top. Selain daripada senang nak memasak dan sediakan makanan, kami nak merasa pengalaman memasak di negara orang. Kalau tak pilih yang sediakan stove top pun tak apa, bawa saja rice cooker dah boleh masak macam-macam. Harga penginapan di luar kawasan Perth CBD agak mahal berbanding di bandar. Bila kita demand nak macam-macam kemudahan, kenalah bersedia nak bayar lebih.

Duit untuk petrol memang dah asingkan dari awal jangan kacau. Ini penting ya kawan-kawan sebab petrol mahal disana dan harga berbeza-beza mengikut hari dan lokasi. Ada yang sarankan guna application khas untuk tahu harga petrol setiap hari, tapi aku rasa buang masa. Makin jauh dari bandar harga minyak makin mahal. Nak mencari satu hal, jadi isi saja dimana-mana petrol station yang berdekatan. Tips aku - sentiasa pastikan tank minyak penuh lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh. Pejam mata sajalah harga petrol jangan convert. Walaupun dah bawa makanan dari Malaysia, kami tetap beli barang-barang untuk memasak disana seperti beras, ikan, buah, sayur, garam dan minyak masak. Kalau nak jimat, boleh cut down sikit budget bahan-bahan memasak, bawa yang instant. Boros kami berbelanja tapi tak apa.. Janji hati happy. Mak-mak nak beli buah dan sayur diiikutkan saja. Buah-buahan dan sayur-sayuran di sana taklah murah sangat tapi segar. Tak ada sekatan dan catuan bab beli barang dapur. Tempat-tempat menarik di Perth Western Australia pun pilihan masing-masing ikut selera. Sebenarnya banyak lokasi sekitar Perth yang tak perlukan duit tapi masih mampu enjoy di Perth.


LALUAN ROAD TRIP DI PERTH DAN WESTERN AUSTRALIA

Tak jatuh hukum wajib pun sebenarnya untuk merancang perjalanan road trip di Perth dan Western Australia. Bergantung pada kesesuaian masa dan perjalanan. Kalau trip korang singkat, jangan buang masa travel jauh, di Perth CBD pun ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersesuai untuk semua lapisan umur. Jika ada masa yang panjang, bolehlah rancang untuk buat road trip ke beberapa bandar sekitar negeri Western Australia selain Perth. Kena rancang betul-betul laluan yang akan dilalui dalam tempoh masa yang kita ada. Seronok sebenarnya pengalaman road trip di Western Australia tapi perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain adalah jauh dan memenatkan. Walaupun penat memandu, manisnya tetap terasa. Bentuk muka bumi pula rata dan berbatu sedikit kering dan gersang. Kali ini kami ada sepuluh hari disana jadi setelah ditambah tolak akhirnya kami bersetuju dengan laluan road trip ini :

Perth - Katanning - Albany - Denmark - Pemberton - Augusta
- Margaret River - Bunbury - Mandurah - Perth - Lancelin - Cervantes - Perth


Alhamdulillah ada rezeki kembali ke Perth dan inilah kesempatan untuk terjah bandar-bandar yang dahulunya kami tak singgah. Selain daripada bandar-bandar yang kami pergi pada tahun 2016 dan 2018, ada beberapa lagi bandar yang menarik seperti Esperance, Broome, Kimberly, Kalgoorlie, Jurien Bay dan Kalbarri tapi kesemua bandar-bandar ini terlalu jauh. Western Australia adalah negeri di Australia yang terbesar, memang tak mampu meronda keseluruh negeri dalam masa sepuluh hari. Tak tahulah berapa hari agaknya yang diperlukan kalau berminat nak cover keseluruh negeri. Kena duduk dua tiga bulan agaknya..

ITINERARY MUSIM PANAS 10 HARI KE PERTH WESTERN AUSTRALIA


 Day 1
031218
Monday

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth
  • Penerbangan Air Asia X ke Perth
  • Urusan kereta sewa dari No Birds Bayswater
  • Dinner di Charcoal Chicken Dianella
  • Groceries shopping di Coles Dianella
  • Check-in Comfort Perth City Hotel (1 Night)


Day 2
041218
Tuesday

Perjalanan road trip dari Perth ke Albany
  • Check-out Comfort Perth City Hotel 09:00AM
  • Singgah di Corica Pastries 
  • Perjalanan ke Albany melalui Katanning
  • Solat dan lunch (bekal) di Katanning Mosque
  • Teruskan perjalanan ke Albany
  • Groceries shopping di Coles Albany Orana
  • The Gap & Natural Bridge Albany
  • Check-in Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 3
051218
Wednesday

Dari Albany ke Pemberton
  • Check-out Big4 Emu Beach Holiday Park 08:30AM
  • Emu Beach Albany
  • Frenchman Bay
  • Albany Wind Farm
  • Solat dan lunch (bekal) di Albany Mosque
  • Gerak ke Denmark
  • Greens Pool & Elephant Rocks Denmark
  • Gerak ke Pemberton melalui Tingledale
  • Valley of the Giants Tree Top Walk
  • Check-in Best Western Pemberton Hotel (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 4
061218
Thursday

Dari Pemberton ke Margaret River melalui Augusta
  • Check-out Best Western Pemberton Hotel 08:30AM
  • Ke Augusta
  • Hamelin Bay Beach (Sting ray)
  • Cape Leeuwin Lighthouse
  • Gerak ke Margaret River
  • Groceries shopping di Coles Margaret River
  • Miller's Ice Cream 
  • Check-in Margaret River Tourist Park (1 Night)
  • Solat, lunch dan dinner (masak)


Day 5
071218
Friday

Dari Margaret River ke Bunbury
  • Check-out Margaret River Tourist Park 08:30AM
  • Yallingup - Dunsborough - Busselton - Bunbury
  • Injidup Natural Spa
  • Canal Rock
  • Busselton Jetty & Train Ride
  • Lunch di Busselton (bekal)
  • Gerak ke Bunburry
  • Check-in Bunbury Apartment Motel (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 6
081218
Saturday

Dari Bunbury balik ke Perth
  • Check-out Bunbury Apartment Motel 08:30AM
  • Bunbury Farmers Market
  • Lake Clifton Thrombolites
  • Mandurah Dolphin Cruises
  • Lunch di Mandurah
  • Gerak ke Rockingham
  • Solat di Ar Rukun Mosque
  • Rockingham Kebab & Pizza (Take away)
  • Charcoal Chicken Dianella (Take away)
  • Check-in Airbnb di Balcatta (4 Nights)


Day 7
091218
Sunday

Perth, Fremantle dan Fruit Picking !!
  • Gerak dari Airbnb 09:00AM
  • Petik buah di S&R Orchard
  • Araluen Botanic Park + Lunch (Bekal)
  • Ibrahim Mosque Perth
  • Fremantle Market (Souvenirs Shopping)
  • Rainbow Sea Container
  • Dinner di Cicerello's Fish & Chips
  • Balik Airbnb


Day 8
101218
Monday

Day trip ke utara Western Australia
  • Gerak dari Airbnb 09:00AM
  • Yanchep National Park
  • Lobster Shack Cervantes (Lunch)
  • Pinnacles Desert Drive
  • Lancelin Sand Dunes
  • Balik ke Airbnb untuk solat
  • Charcoal Chicken Dianella (Take away)


Day 9
111218
Tuesday

Shopping Shopping dan Shopping !!
  • Caversham Wildlife Park + Lunch (bekal)
  • Swan Valley Mosque & Islamic Centre
  • Watertown Brand Outlet
  • Belmont Forum (Coles BigW Kmart Woolworth etc)
  • Balik ke Airbnb


Day 10
121218
Wednesday

Goodbye Perth !!
  • Check-out Airbnb Balcatta 08:30AM
  • Elizabeth Quay
  • Kings Park & Botanic Garden
  • Blue Boat House
  • Perth DFO
  • Pulangkan kereta di No Birds Bayswater
  • Airport transfer 
  • Penerbangan Air Asia X ke Kuala Lumpur 04:00PM


Selesai perkongsian itinerary sepuluh hari di Perth dan Western Australia untuk rujukan. Dapatlah beri bayangan macam mana nak rancang perjalanan. Kita kena tetapkan masa perjalanan setiap hari supaya apa yang dirancang berjalan lancar. Kena alert waktu operasi setiap destinasi yang dituju dan tempoh masa untuk sampai ke destinasi yang dirancang. Setiap hari, perjalanan kami bermula pada pukul 08:30AM dan sampai ke destinasi terakhir, tempat penginapan selewat-lewatnya pada pukul 05:30PM. Tak ada aktiviti-aktiviti waktu malam, masa yang khas untuk berehat. Semua kedai tutup dan jalan pun sunyi sepi jadi eloklah menjelang petang dah sampai hotel. Seronok juga melepak santai sambil memasak. Langsung tak disarankan untuk memandu pada waktu malam, especially kawasan luar bandar. Kalau ada lelaki okay sikit tapi kalau semua perempuan, eloklah jangan. Serik memandu waktu malam disana masa trip yang pertama. Tak ada lampu jalan langsung memang bertemankan bulan bintang. Kita fikirkan keselamatan kita dulu yaaa di negara orang. Itu saja untuk entry perkongsian budget, road trip dan itinerary. Kalau ada soalan dan perlukan penjelasan lebih lanjut, silakan bertanya. Aku jawab mana yang tahu. It is a big and beautiful world out there. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Sapos para colorear


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Arbol genealogico para colorear


Two timer Sad tagalog Love quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 3.42.0 by Vimeo Inc


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!