Kita memang kadang-kadang tak boleh lari dari berpura-pura. Aku kadang-kadang pun berpura-pura juga. - pura-pura baik.. pura-pura berani.. pura-pura tak takut dan macam-macam lagi kepuraaan yang poyo dan menjengkelkan. Hihihi.. Tak perlu berselindung nak sorok sebab kepuraaan ni penting mengikut keadaan dan tekanan semasa. Kadang-kadang untuk menyelamatkan keadaan juga sebelum jadi lebih keruh memang kita kena berpura-pura. Bagi aku perlu ada skill ni.. lebih-lebih lagi bila dah semakin dewasa. Kena jadi matang untuk bertindak. Aku tak salahkan sangat orang berpura-pura ni sebab aku yakin ada sebab tertentu kenapa kena berpura-pura.
Yang geram tu kalau berpura-pura tak kena tempat dan gaya.
Haaa.. Baik mengaku cepat !!
Kepuraaan apa yang korang selalu buat ??