Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Minuman Soda Unik Pelbagai Perisa Dari The Tapping Tapir

$
0
0
Minuman Soda Unik Pelbagai Perisa Dari The Tapping Tapir

Aku asyik tengok iklan The Tapping Tapir menjelma di Instagram jadi tertarik rasa nak mencuba. Kalau tak silap aku macam pernah juga nampak air soda The Tapping Tapir dijual di cafe-cafe hipstur gituuu.. Rasa macam have have sangatlah minum soda dari botol kaca ni. The Tapping Tapir adalah syarikat tempatan yang dah wujud di Malaysia sejak 2013 lagi dan menyediakan hidangan air soda tanpa any artificial flavours dan colouring - hanya air jus sebenar yang diperah dan campuran herba terpilih. Nama pun soda jadi obviously ada rasa carbonated sikit. Very light taste jadi tak teruk pun.. Terus aku godek website dan order Sampler Pack dengan harga RM86.00 free postage. The Tapping Tapir hanya jual in bulk untuk setiap perisa tapi untuk limited time ni diorang promote Sample Pack jadi dapatlah semua perasa dalam satu kotak. Kalau korang berminat boleh order cepat di The Tapping Tapir sementara masih available. Aku decided untuk beli all these soda babies sebagai antara hadiah birthday untuk diri sendiri. Aku bukan boleh tengok benda-benda comel terus rasa nak cuba. Tengok packaging saja dah tergoda belum lagi cuba rasa.

Packaging sampai elok cantik dalam kotak. Kalau parcel sampai dan ada botol yang pecah boleh tukar baru. Dalam Sampler Pack ada 12 flavours - Apple & Vanilla, Lemonade & Lengkuas, Grapefruit & Chamomile, Orange & Jasmine, Hibiscus & Lime, Guava & Lemongrass, Pineapple & Calamansi, Marigold Gold, Rose Green, Osmanthus Black, Borneo Krim, Rhino Ale.

Tengoklah semua botol-botol air soda yang comel ni..

Aku senaraikan top 6 flavours yang aku suka dan SYM Approved !! - Apple & Vanilla, Orange & Jasmine, Hibiscus & Lime, Pineapple & Calamansi, Rose Green dan Osmanthus Black. Flavours lain sedap juga tapi lebih kepada rasa herba, aku prefer yang ada fruity taste. Yang mana ada gabung dengan lengkuas, halia dan herba-herba lain tu menusuk kalbu sungguh rasanya. Walaupun soda rasa macam minuman tonic kesihatan memang terasa sungguh rasanya.



Semua aku dah minum habis dan sikit-sikit minum. Korang jangan tibai hari-hari pulak.. Sangat berpuas hati dengan semua flavours baru aku share dengan korang. Nak bagitau berbaloi beli Sample Pack sebab dapat rasa semua flavours. Dah rasa baru dapat decide apa flavours yang kita suka dan untuk next purchase bolehlah focus flavours yang kita suka saja. Korang yang dah pernah cuba tuuu share sikit apa flavours yang korang suka ? Bagi yang belum tapi berminat.. cepat pergi beli dan selamat mencuba.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Inggit Quotes and Taray Quotes


Girasoles para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“Hanggang s apag tanda natin”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Good Morning Quotes


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


FORTUITOUS EVENT