Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Kena Pandai Bezakan Keperluan Dan Kehendak

Kena Pandai Bezakan Keperluan Dan Kehendak

Bila baca perkongsian oleh pakar ekonomi, seram sangat memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Pergolakan ekonomi negara dan dunia dijangkakan akan berlaku buat rasa tak keruan. Risau sangat.. Diri sendiri pendapatan pun tak seberapa dan tak menentu masih terkontang kanting entahlah macam mana. Tengok pula kadar pengangguran yang semakin tinggi cabaran buat anak muda dan mereka yang bakal habis belajar. The struggle is real !! Nak menstabilkan ekonomi bukan mudah dan semua pihak kena mainkan peranan. Kita kena fikir tentang ekonomi keluarga juga. Itulah sekarang kena pandai bezakan benda yang menjadi keperluan dan benda yang semata-mata kehendak. Kalau dulu kehendak boleh juga dilayan apa nak boleh terus beli tak fikir panjang sangat, sekarang kena fikir banyak kali. Kena tanya diri sendiri persoalankan sama ada yang kita nak beli tuuu benar-benar keperluan atau keinginan. Memang susah nak didik diri supaya berfikir dengan lebih teratur supaya bezakan yang penting dengan yang kurang penting sebab dah terbiasa semua benda nak kita akan beli. Aku nekad cuba kawal diri especially dalam berbelanja. 


Memang ikut hati rambang mata sangat nak beli itu ini serba baru sedangkan kadang-kadang benda dah ada pun.. Sentiasa rasa tak cukup memang perangai sangat. Kena stop beli tudung 'itik' dan tudung-tudung lain. Berhenti beli pakaian baru yang sedia ada pun tak terpakai. Kurangkan makan makanan-makanan acah fancy dan mahal-mahal. Sesekali tak apalah sebab bagi aku itu therapy. Kena jadi matang nak berfikir bukan untuk sehari dua kehadapan tapi berbulan atau bertahun. Simpanan kena ada kena mula dah dari sekarang. I had a discussion dengan MamiZ, mungkin untuk setahun dua ni tak adalah trip kemana-mana. Walaupun hati melonjak-lonjak gedik nak kesana sini, ini bukan keutamaan buat masa sekarang. Keadaan pun tak stabil dan tak mengizinkan jadi inilah hikmah suruh duduk rumah simpan duit.

Insyallah rezeki Allah SWT luas dan sentiasa ada buat hamba-hambaNya. Dalam kita kerisauan tu kena ingat sentiasa bahawa Dia yang jaga kita jadi kebergantungan kita padaNya jangan dilupakan. Kena doa sentiasa semoga Allah SWT lindung kita sentiasa dan dalam apa juga keadaan ujian pun akan diberikan jalan keluar jalan penyelesaian yang terbaik.

May Allah Ease

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Top 7 Lies of Boys


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE