LALUAN ROAD TRIP DI NEW ZEALAND, ITINERARY 19 HARI & BUDGET DAN PERBELANJAAN KE NEW ZEALAND | Aku dah kongsi tips dan persediaan penting sebelum dan semasa di New Zealand, kali ini nak share laluan road trip yang kami pilih, itinerary 19 hari disana dan budget perbelanjaan ke New Zealand musim panas December 2019. Kami pergi ke North Island dan South Island tak mahu terkejar-kejar. Alhamdulillah untuk kesempatan yang diberikanNya kali ini dapat aku bawa MamiZ ke New Zealand setelah berhempas pulas hampir 7 tahun menabung. Bukan duit turun dari langit yaaa.. Pelan-pelan kayuh bagi tabung penuh. Hampir 3 tahun aku baca pengalaman orang ke New Zealand dan ambil notes serba sedikit untuk pastikan aku puas hati merancang trip sendiri. Masa tu tak tahu lagi bila nak pergi just ambil semangat dan continue berangan.. Bila dah confirm ticket barulah aku lebih merancang perjalanan dengan serious. Trip aku dan MamiZ santai saja kami utamakan apa yang diminati dan make sure keselamatan terjaga sebab pergi hanya berdua. No rush and we took our own sweet time di setiap destinasi yang dituju. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan - ambil yang murni saja yang tak elok campak jauh.
Baca : TIPS DAN PERSEDIAAN KE NEW ZEALAND
Other Expenses
LALUAN ROAD TRIP DI NEW ZEALAND : NORTH ISLAND & SOUTH ISLAND
Nak plan laluan mana pun ikut sukalah - mula dari North ke South atau dari South naik ke North ikutlah mana yang selesa. Jadikan tips dan pengalaman orang sebagai panduan tapi apa-apa pun utamakan minat diri sendiri dan ahli-ahli rombongan. Kalau korang pergi dengan kawan-kawan, usually ada ketua yang rancang journey. Aku nasihatkan tanya ahli-ahli rombongan apa yang diorang suka dan tak suka. Iyaaalah kita ni manusia ada pelbagai ragam dan perangai. Cuba capai kata sepakat fair and square bertolak ansur supaya semua dapat enjoy dan puas hati. Tak mahulah nanti ada yang monyok dan sedih. Duit habis sama banyak jadi keseronokan pun kenalah sama rata. Kali ni aku dan MamiZ hanya berdua, sangat mudah untuk plan laluan dan tempat-tempat yang kami nak pergi - tak banyak kepala tak banyak kehendak. MamiZ ikut saja macam mana aku atur perjalanan dan tempat-tempat yang kami nak pergi. Kami cuba untuk pergi ke tempat-tempat wajib singgah disana tapi ada beberapa yang aku rasa tak kena dengan jiwa jadi skip sajalah. Baik pergi buat aktiviti-aktiviti yang kita suka. Dari awal memang plan nak sewa kereta wajiblah buat road trip sendiri kalau ke NZ sebab lebih selesa ikut pace sendiri. Rasa nak berhenti boleh berhenti.
Ini adalah laluan road trip di NZ yang kami buat..
Ini adalah laluan road trip di NZ yang kami buat..
7 Hari di North Island
Auckland (2 Malam) - Hamilton - Matamata - Rotorua - Taupo - Wellington
9 Hari di South Island
Christchurch (2 Malam) - Akaroa - Twizel - Oamaru - Dunedin - Te Anau -
Cromwell - Queenstown (2 Malam) - Auckland
Aku gerak dari Auckland ke Wellington dan naik flight ke Christchurch. Sewa kereta dari Apex Car Rental, pick up di Auckland dan return di Wellington. Usually ramai nak jimat masa, gerak dari Auckland ke Taupo dan patah balik ke Auckland untuk naik flight ke Christchurch atau Queenstown. Aku nak ke Wellington - the capital of New Zealand sebab ada ramai kawan-kawan yang study di Wellington cakap Wellington sangat cantik. Setuju !! Wellington memang cantik dan tak menyesal langsung lajak kesana. Plus, aku nak jejak kaki di keempat-empat main airports disana. Ramai yang kata di North Island kurang cantik berbanding di South Island tapi aku rasa di North Island pun cantik. Cantik di North Island tak sama dengan cantik di South Island tapi masih memuaskan mata yang memandang. Kena experience sendiri kedua-dua pulau baru dapat banding dan faham apa yang aku maksudkan. Ada banyak lagi tempat yang teringin nak cover di North Island tapi sayangnya waktu tak mencukupi. Kena utamakan tempat-tempat wajib dulu dan nak gerak ke South Island pula. Di South Island, aku gerak dari Christchurch sehinggalah aku sampai ke Queenstown. Masih sewa kereta dari Apex Car Rental, pick up di Christchurch dan return di Queenstown. Sebelum kejadian banjir dan tanah runtuh pun aku memang tak rancang untuk ke kawasan West Coast (Hokitika, Fox Glacier, Greymouth dan Arthur's Pass) - aku rasa perjalanan terlalu jauh dan masa tak mencukupi jadi kena ada win-win situation jugalah. You gain some you lose some. Kalau nak cover West Coast memang kena korbankan beberapa aktiviti lain. Tak nak !! Utamakan yang penting jadi tak apalah.. Insyallah kalau ada rezeki repeat for sure aku akan include kawasan West Coast sekali.
Jalan di NZ ni memang lain dari yang lain jadi masa rancang perjalanan tu kena tambah extra time. Speed limit paling laju pun 100/kmh itu pun di kawasan tertentu saja. Most of the time hanyalah 70/kmh - 90/kmh merangkak-rangkak. Tabah sangat !! Jalan banyak cerun dan single lane itu kena extra caution. Ada juga road signs yang sedikit pelik kena alert. Salah satu factor melambatkan adalah.. setiap ceruk kita rasa nak berhenti sebab kiri kanan sangat cantik. Dah berhenti nak bergambar nak posing semua makan masa. Memang kena adjust sesiap dalam itinerary untuk sebarang kemungkinan.
BUDGET DAN PERBELANJAAN DI NEW ZEALAND
Soal budget dan belanja memang memeningkan. Kadang-kadang kita risau sangat takut tak cukup budget. Aku pun sangatlah takut bab ini tapi syukur sangat semua masih under control dan ada duit lebih lagi. Apa yang nak dikongsikan hanyalah yang penting saja - tiket kapal terbang, penginapan, entrance fee ke tempat-tempat menarik di New Zealand, petrol dan bayaran lain yang utama. Aku prefer untuk selesaikan semua bayaran penginapan sebelum ke NZ cuma ada beberapa saja yang dibayar ketika check-in dan semua bayaran ticket entrance fee pun dah diselesaikan lebih awal. Hanya bawa duit emergency, makan, shopping dan apa-apa sajalah yang berkaitan. Sila wujudkan duit emergency kemana-mana saja dan dari awal tolong jangan kacau duit ni.. Kalau ada Credit Card mungkin boleh stand by tapi aku prefer cash. Duit ni hanya digunakan jika ada kecemasan saja kalau berlaku yang tak diingini. Ini adalah guidelines jadi pandai-pandai alter sendiri mengikut citarasa masing-masing.
Currency Exchange
NZD1.00 : RM2.71
Malaysia Airline Kuala Lumpur - Auckland Return [60KG + Seats + Meals + Insurance]
= RM5790.00 / 2 = RM2895.00 pax
Jetstar Airways Wellington - Christchurch [40KG Check-In + Plus Bundle]
= RM674.66 / 2 =RM337.33 pax
Jetstar Airways Queenstown - Auckland [40KG Check-In + Plus Bundle]
= RM1287.73 / 2 = RM643.86 pax
TOTAL = RM2895.00 + RM337.33 + RM643.86
= RM3876.19 /pax
Etiqa 360 Degrees Travel Insurance
= RM272.14 / 2 = RM136.07 pax
Visa NZeTA (Travel Agent)
= RM320.00 / 2 = RM160.00 pax
Makanan Yang Dibawa Dari Malaysia [Instant Food]
= RM279.18 / 2 = RM139.59 pax
Apex Car Rental North Island Auckland City - Wellington Airport (6 Days)
= RM1129.75 / 2 = RM564.87 pax
Apex Car Rental South Island Christchurch City - Queenstown City (7 Days)
= RM2033.40 / 2 = RM1016.70 pax
TOTAL = RM136.07 + RM160.00 + RM139.59 + RM564.87 + RM1016.70
= RM2017.23 pax
Penginapan Sepanjang Di Zealand :
- Juicy Snooze Auckland City (2 Nights) = RM372.76 / 2 = RM186.38 pax
- Mill Lodge Hamilton (1 Night) = RM285.69 / 2 = RM142.84 pax
- Horse and Jockey Inn Matamata (1 Night) = RM278.91 / 2 = RM139.45 pax
- The Backyard Inn Hostel Rotoroa (1 Night) = RM306.14 / 2 = RM153.07 pax
- Acapulco Motor Inn Taupo (1 Night) = RM298.98 / 2 = RM149.49 pax
- Halswell Lodge Wellington (1 Night) = RM233.62 / 2 = RM116.81 pax
- Colonial Inn Motel Christchurch (2 Nights) = RM472.82 / 2 = RM236.41 pax
- High Country Lodge Twizel (1 Night) = RM392.95 / 2 = RM196.48 pax
- AAA Thames Court Motel Oamaru (1 Night) = RM406.50 / 2 = RM203.25 pax
- Dunedin Holiday Park & Motels (1 Night) = RM230.29 / 2 = RM115.145 pax
- Te Anau Lakefront Backpackaers (1 Night) = RM346.88 / 2 = RM173.44 pax
- Carrick Lodge Motel Cromwell (1 Night) = RM462.00 / 2 = RM231.00 pax
- Pinewood Lodge and Apartments (1 Night) = RM576.27 / 2 = RM288.14 pax
- Nomads Queenstown Hotel (1 Night) = RM565.99 / 2 = RM282.99 pax
TOTAL = RM2614.90
Entrance Ticket (Bookme, Official Website & Klook) : Bayar sebelum depart.
- Auckland Dolphin & Whale Safari (Bookme) = RM502.75 / 2 = RM251.38 pax
- Hobbiton Movie Set Matamata (Official Website) = RM449.92 / 2 = RM224.96 pax
- Rainbow Springs Nature Park (Bookme) = RM108.21 / 2 = RM54.11 pax
- Whakarewarewa Living Maori Village (Bookme) = RM172.85 / 2 = RM86.43
- Wellington Cable Car (Klook) = RM46.00 / 2 = RM23.00 pax
- Christchurch Tram City (Bookme) = RM80.78 / 2 = RM40.39 pax
- Avon Punting Christchurch (Official Website) = RM163.71 / 2 = RM81.86 pax
- Shamarra Alpaca Akaroa (Klook) = RM254.00 / 2 = RM127.00 pax
- Milford Sound Cruise (Bookme) = RM259.32 / 2 = RM129.66 pax
- Queenstown Gondola Luge (Official Website) = RM375.87 / 2 = RM187.94 pax
TOTAL : RM1206.73
Other Expenses
Duit cash ditangan untuk perbelanjaan harian dua orang.
Currency Exchange :
NZD1.00 : RM2.71
RM4878 = NZD1800.00
- Petrol (13 Days) Original Budget NZ450.00 = NZD397.00
- Groceries Shopping Original Budget NZD300.00 = NZD244.68
- Duit Makan Di Kedai Original Budget NZD250.00 =NZD184.30
- Souvenirs Shopping Original Budget NZD500.00 = NZD370.64
- Emergency Cash = NZD300.00 (tak digunakan)
- Seasider Train Ride Dunedin = NZD140.00
- Whatawhata Berry Farm Entrance Fee + Berries = NZD32.00
- Backyard Lavender Garden =NZD4.00
- Wilson Parking Wellington = NZD25.00
- Wilson Parking Dunedin =NZD12.00
- Super Shuttle Airport Transfer =NZD55.00
TOTAL : NZD1464.62 = RM3969.12 / 2
= RM1984.56
BALANCE : NZD1800.00 - NZD1464.62
= NZD335.38 (RM908.88)
Perbelanjaan Credit Card :
- Ola Cab (Boleh trace perbelanjaan melalui application) = NZD104.58
- Shopping Di Dress Smart etc = NZD90.30
TOTAL : NZD194.88 = RM528.12 / 2
= RM264.06 pax
GRAND TOTAL :
= RM3876.19 + RM2017.23 + RM2614.90 + RM1206.73 + RM1984.56 + RM264.06
= RM11963.67 pax
Ini adalah perbelanjaan kami selama 19 hari di New Zealand. Kalau yang cari budget backpacking memang aku tak reti. Secara jujurnya aku rasa amount yang kami belanjakan adalah decent dan berpatutan memandangkan kami kesana agak lama dan berdua. Mungkin ada yang rasa mahal sangat tapi korang kena consider banyak faktor dulu. Salah satu faktor utama perbelanjaan jadi mahal juga sebab kami kesana ketika musim panas - peak season musim orang bercuti jadi harga kereta sewa, ticket penerbangan domestic dan penginapan sangatlah mahal. Memang ada banyak perkara tak boleh elak daripada bayar amount yang banyak sebab berjalan ketika Summer. Tapi !! Aku tak terkilan dan terkejut. Aku tetap rasa aku dah buat kerja yang baik dengan merancang perbelanjaan kami disana. Aku tak restrict sangat berbelanja tapi masih within allocation yang aku dah buat. Kalau ada benda teringin nak beli tu beli sajalah.. Ada benda teringin nak rasa nak makan tu makan sajalah. Aku bandingkan juga dengan harga yang ditawarkan travel agency - majoriti harga package adalah sekitar RM9000 - RM10000 bersama harga ticket kapal terbang untuk 9H 7M atau 12H 10M tapi tidak termasuk harga ticket entrance fee. Maksudnya korang kena bayar sendiri juga di New Zealand nanti.. Plus minus aku rasa lagi mahal dan belanja berkemungkinan melebihi budget kami yang kesana lebih dua minggu.
Walaupun aku rasa perbelanjaan kami dikira oookay, there are still few things yang aku belajar dari trip ke New Zealand sebagai pengajaran untuk berjimat cermat.
- Elak pergi ke New Zealand ketika peak season - Summer adalah the busiest month in New Zealand. Musim orang travel sebab cuaca sangat cantik jadi segala benda mahal. Aku memang dari awal sejak menabung bertahun lalu dah aim nak ke NZ ketika musim panas jadi dah expect untuk keluarkan belanja yang tinggi. Musim kedua tersibuk adalah Spring diikuti oleh Autumn. Low season di NZ adalah ketika Winter (June) kecuali harga penginapan di Ski Resort. Walaupun kita boleh dapat rate yang murah ketika Winter, tapi rugi juga sebab siang pendek dan perjalanan terhad.
- Tempah kereta sewa lebih awal - Walaupun aku dah mula menabung ke NZ sejak bertahun lalu, tapi aku confirm beli ticket hanyalah 4 bulan sebelum depart. Jadi nak susun segala itinerary ambil masa dan aku tempah kereta sewa 2 bulan kesana. Aku tengok harga sangatlah berbeza sehingga hampir RM1500.00 boleh jimat sekiranya aku tempah lebih awal.
- Tempah penginapan lebih awal - Sama seperti kereta sewa, ketika peak season penginapan pun sangatlah mahal terutamanya di bandar-bandar utama. Paling mahal adalah di Queenstown memang semua satu malam range harga RM500 keatas walaupun.
- Penginapan hostel / backpacker room (shared toilet / kitchen) - Ini kalau pergi dengan kawan-kawan sesuai jugalah sebab harga memang jauh lebih murah. Kalau korang tak kisah kongsi toilet dan kongsi dapur untuk memasak then inilah option terbaik untuk berjimat. In my situation, aku purposely tak pilih hostel dan backpacker room sebab aku pergi dengan MamiZ plus kami ada experience buruk duduk di hostel. Untuk penginapan aku memang cari yang selesa supaya kami ada space sendiri
- Cuba untuk cari at least 4 orang ahli-ahli rombongan - Dari awal aku memang rancang nak pergi dengan MamiZ saja, trip anak-beranak tapi aku tak nafikan kalau pergi lebih ramai, perbelanjaan individu akan jadi sikit sebab kita bayar kongsi. Bayaran seperti kereta sewa, penginapan dan makan boleh kongsi lebih ramai jadi tak terasa sangat mahal.
- Beli ticket entrance fee dari Bookme atau Klook - ini memang jimat sangat dah. Kena rajin tengok selalu sebab harga yang murah very limited. Baca terms baik-baik sebelum beli.
- Lebihkan memasak dari makan di kedai - Dalam trip kami, aku boleh katakan ratio kami makan di kedai dan memasak adalah 40:60 jadi kami berbelanja agak banyak juga on makanan. Untuk jimat, boleh kurangkan makan di kedai dan masak saja prepare bekal.
ITINERARY 19 HARI
DI NEW ZEALAND
Sebenarnya 17 hari saja on the road sebab 2 hari adalah hari perjalanan pergi balik. Ikutkan hati nak lajak sebulan terus sebab harga ticket jadi sama saja. Setelah ditolak ditambah dan direnung masa depan, tak jadilah sebab akan upset budget bab lain dan sememangnya tak cukup duit dah. Tak apa ada rezeki lain kita boleh pergi lagi walaupun tak tahulah kena menabung berapa tahun pula. Trip ke NZ ni kami cover both islands : North Island dan South Island. Perjalanan di North Island bermula di Auckland sehingga ke Wellington. Naik domestic flight dari Wellington ke Christchurch. Perjalanan di South Island pula bermula di Christchurch sehingga ke Queenstown sebelum ke Auckland semula untuk penerbangan balik ke Malaysia.
Day 1 111219 Wednesday | Dari Kuala Lumpur Ke Auckland
|
Day 2 121219 Thursday | Around Auckland Day 1
|
Day 3 131219 Friday | Around Auckland Day 2
|
Day 4 141219 Saturday | From Auckland To Hamilton
|
Day 5 151219 Sunday | Around Hamilton & From Hamilton To Matamata
|
Day 6 161219 Monday | Hobbiton Movie Set & From Matamata To Rotorua
Original schedule adalah ke Redwoods Treewalk, Government Garden dan Rotorua Lake, tapi terpaksa batal sebab hujan lebat. More time di hotel jadi kami selesaikan laundy. |
Day 7 171219 Tuesday | Maori Culture & From Rotorua To Taupo
|
Day 8 181219 Wednesday | From Taupo To The Windy Wellington - NZ Capital
|
Day 9 191219 Thursday | Around Wellington & From Wellington To Christchurch
|
Day 10 201219 Friday | Around Christchurch
By 3.00PM dah balik ke hotel semula sebab nak uruskan laundry sebelum mula road trip di South Island. |
Day 11 211219 Saturday | From Christchurch To Twizel
|
Day 12 221219 Sunday | Lake Taupo, Mount Cook & From Twizel To Oamaru
|
Day 13 231219 Monday | Sealions !! From Oamaru To Dunedin
|
Day 14 241219 Tuesday | From Dunedin To Te Anau
|
Day 15 251219 Wednesday | Milford Sound & From Te Anau To Cromwell
|
Day 16 261219 Thursday | Cherry Picking Day & From Cromwell To Queenstown
|
Day 17 271219 Friday | Glenorchy & Around Queenstown
|
Day 18 281219 Saturday | From Queenstown To Auckland (Around Auckland)
|
Day 19 291219 Sunday | Goodbye New Zealand !!
|
Inilah itinerary kami sepanjang 19 hari di New Zealand. Itinerary dirancang mengikut keselesaan kami anak-beranak apa yang kami suka dan mengambil kira beberapa faktor penting seperti keselamatan dan kesihatan amatlah diutamakan. Dari awal memang kami tak plan untuk ke West Coast sebab perjalanan jauh. Kalau ada lebih masa mungkin lajak juga slowly tapi masa terhad jadi kena korban dulu keinginan nak kesana. Disana pun tak banyak sangat benda yang kena dengan jiwa melainkan tengok permandangan yang cantik. Kecuali korang memang minat nak tengok glacier dengan jarak dekat barulah berbaloi. Dijadikan cerita, memang kawasan West Coast ditutup ketika waktu kami disana sebab banjir besar dan tanah runtuh. Tak apa.. ada rezeki lain kita pergi lagi. Perjalanan seharian basically bermula pukul 09:00AM dan aku design perjalanan supaya kami sampai di tempat penginapan sekurang-kurangnya pukul 06:00PM. Lunch memang tapau senang berhenti mana-mana cari kawasan sesuai dan makan. Ada hari yang kami sampai lebih awal jadi bonus sebab boleh berehat lebih sikit. Walaupun it was during summer dan waktu siang adalah panjang, we did not take the chance untuk merayau lama-lama. Lagipun kedai-kedai pun by 07:00PM dah tutup. Dalam trip ke NZ ni hanya sekali saja singgah masjid iaitu di Wellington Mosque sebab tak sempat nak solat di hotel. Sebab kami hanya berdua perempuan jadi rasa tak perlu kot nak singgah solat di mana-mana masjid. Semua aku susun supaya dapat Jama' Takhir di hotel. Itinerary yang aku kongsikan ada banyak kekurangan tapi bolehlah kot kalau korang nak jadikan panduan. Ambil mana-mana bahagian yang dirasakan sesuai bolehlah ikut. It is best kalau korang sendiri susun ikut apa yang korang suka supaya trip lebih bermakna.
Aku selalu pesan.. You are the boss. Biarlah macam mana kita rancang perjalanan kita pun tak perlu ikut orang. Ikut kata hari sendiri sebab kepuasan tu kita yang rasa.
Okay !! Semua persiapan dan itinerary dah siap.. Jomlah kita ke NZ.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com