Mari lagiii episode acah-acah pandai masak sempena MCO.
Aku ni pandai makan dari pandai masak tapi kalau terbit rajin datang hampa jangan kacau aku bertukang di dapur. Antara favourite menu aku adalah Chicken Butter dan selalu makan kat kedaitak pernah masak sendiri. Dah terkurung nak beli dimana ? Kena pulun buat sendiri. Aku cari recipe Chicken Butter yang senang kat Youtube Instagram baca entries tanya kawan.. Semualah. Oookay bahan semua dah ada tinggal nak masak saja. Iyaaa !! Aku nak masak Chicken Butter saja pun kemain benar aku mengkaji.
Kisahnya dah campak semua benda aku rasa sikit macam ada serba tak kena.
Tak seperti yang aku bayangkan..
Aku tanya MamiZ kena letak gula ke tidak.. Mak aku pun tak sure memang masing-masing tak pernah masak Chicken Butter. Akhirnya aku ikut kata hati aku campak sikit gula. Haaa.. Dah mula rasa seperti yang biasa aku makan kat kedai. Ohooo ini ke rahsianya ? Jadi aku tambahlah sikit lagi bagi kena dengan tekak aku.
Nyuuumss.. Sendiri masak sendiri kata sedap.
Biarlah..
Nak tanya ni..
Sebenarnya memang kena letak gula ke tidak ?
#StayAtHome
#KitaJagaKita