TRIP TURKEY 2019 : ITINERARY & BUDGET PERBELANJAAN KE TURKEY. Alhamdulillah selesai juga akhirnya perkongsian pengalaman perjalanan aku ke Turkey. Lama betul rasa nak siapkan sebab mood pun ada pasang surut nak menaip. Aku ke Turkey bersama Juara Travel & Tours jadi kali ni tak jalan sendiri. Semua diuruskan dengan baik dan layanan super tip top from A to Z memang puas hati sangat. Kalau korang malas nak rancang perjalanan sendiri boleh consider untuk pergi dengan Juara. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan perjalanan kami selama berada di Turkey. Untuk budget, aku senaraikan yang penting saja bukan segalanya. Harga barang-barang yang dibeli dan gambaran harga souvenirs semua aku dah kongsikan dalam entries lepas. Terlalu banyak kalau nak aku senaraikan jadi aku hanya pilih few things yang selalu ditanya. Perkongsian ini hanya untuk bagi gambaran saja bukan niat negatif sebaliknya. Tak suruh ikut bulat-bulat tak kata inilah yang terbaik dan sebagainya. Buat timbang tara dan judgement sendiri. Yang baik bolehlah korang cedok dan yang mana tak sesuai jangan ikut.
BUDGET DAN PERBELANJAAN DI TURKEY
Tukaran mata wang :
TL1.00 : RM0.78
USD1.00 : RM4.03
Package ke Turkey bersama Juara Travel & Tours April 2019 :
RM4679.00
Tukar USD100.00 :
RM403.00
Hot Air Balloon Ride di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
USD230.00 Credit Card (RM926.09 approx)
Whirling Dervishes di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
TL200.00 Cash (RM156.00) *deduct dari duit belanja
Duit belanja (Shopping)
TL1800.00 (RM1404.00)
RM4679.00 + RM403.00 + RM926.09 + RM1404.00
= RM7412.09 approx
Baca : ITINERARY PERJALANAN 9M 7H DAN BUDGET PERBELANJAAN DI TURKEY
Disebabkan aku pergi dengan travel agency, jadi kena bayar mahal sikitlah untuk package. Dah dibawa berjalan makan minum disediakan tempat tidur mewah jadi kenalah bayar untuk semua services yang diberikan. Boleh jimat banyak kalau pergi sendiri tapi kena atur baik-baik perjalanan dan sebagainya. Kedua-dua cara pun ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Aku memang bawa duit belanja untuk beli souvenirs untuk family members dan kawan-kawan rapat. Wajiblah dah berjalan jadi kita bawa balik kenangan sikit untuk diorang yang tak dapat ikut. Banyak jugalah aku belanja tapi untuk keluarga aku tak akan berkira dan tak akan aku pertikaikan. Ada rezeki kita kongsi sama-sama. Kalau ada duit banyak memang semua aku bawa berjalan sekali. Aku bawa duit untuk aktiviti wajib juga seperti Hot Air Balloon Ride di Cappadocia. Dari awal memang dah asingkan jadi kat sana tak adalah lari budget. Memang dah sedia maklum harga akan mahal sampai sana tak terkejut sangat. Rancanglah perbelanjaan korang baik-baik sebab kita berjalan ni tak mahulah stress kalau tak cukup duit atau tiba-tiba kena keluarkan belanja dah jenuh nak cari kat mana. Asingkan juga wang kecemasan dan simpan jangan kacau. Activekan juga Debit atau Credit Card senang nak swipe bila perlu - biasalah perempuan kalau shopping semua nak beli bukan ingat duit dah kurang. Kenalah cari jalan lain nak membeli. Apa-apa pun.. soal budget ni kena tanya selera masing-masing. Ada orang pandai sangat manage perbelanjaan jadi memang tip top dapat berjimat. Aku ni tak berapa pandai sangat sebab jenis boros. Tapi ikut kemampuan jugalah - kalau tak ada budget nak boros pun tak boleh. Apa yang ada sajalah.. You know yourself better dari orang lain so you are free to plan your trip the way you want it to be.
ITINERARY 9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS
Aku pergi dengan travel agency jadi perjalanan dah ditetapkan dan aku rasa kalau pergi dengan travel agency mana-mana pun lebih kurang saja itinerary yang dah dirancang. Mungkin kalau berbeza pun beberapa tempat mengikut kesesuaian musim.
Day 1 17042019 Wed | Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul
|
Day 2 18042019 Thurs | Dari Istanbul ke Bursa
|
Day 3 19042019 Fri | Dari Bursa ke Kusadasi
|
Day 4 20042019 Sat | Dari Kusadasi ke Pamukkale
|
Day 5 21042019 Sun | Dari Pamukkale ke Cappadocia
|
Day 6 22042019 Mon | Cappadocia
|
Day 7 23042019 Tues | Cappadocia ke Bolu
|
Day 8 24042019 Wed | Dari Bolu ke Istanbul
|
Day 9 25042019 Thurs | Istanbul - Muscat - Kuala Lumpur
|
- Turkey 2019 : Teaser
- Turkey 2019 : Budget Perbelanjaan Ke Turkey & Itinerary 9 Hari 7 Malam Ke Turkey Bersama Juara Travel & Tours
- Turkey 2019 : Tips Penting Dan Persediaan Travel Jalan-Jalan Ke Turkey
- Turkey 2019 : 1.0 Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Istanbul Menaiki Penerbangan Oman Air
- Turkey 2019 : 2.0 Merhaba Turkiye, Kota Lama Istanbul Sultanahmet Square, Hippodrome & German Fountain
- Turkey 2019 : 2.1 Blue Mosque (Sultan Ahmed Mosque)
- Turkey 2019 : 2.2 Topkapi Palace Museum & Roti Simit Yang Sedap
- Turkey 2019 : 2.3 Hagia Sophia & Perjalanan Ke Bursa
- Turkey 2019 : 3.0 Green Mosque, Shopping Di Bursa Silk House & Lunch Di Ramiz Park
- Turkey 2019 : 3.1 Isabey Mosque, Sekitar Bandar Kusadasi & Pigeon Island
- Turkey 2019 : 4.0 Fashion Show Pakaian Kulit & Kota Lama Ancient City Ephesus
- Turkey 2019 : 4.1 Pamukkale Cotton Castle, Peninggalan Kota Hierapolis & Banyaknya Pokok Bunga Poppies
- Turkey 2019 : 5.0 Perjalanan Ke Cappadocia Dan Singgah Di Mevlana Museum Konya
- Turkey 2019 : 6.0 Sekitar Cappadocia - Pigeon Valley, Evil Eye, Kilang Carpet, The Fairy Chimneys Dan Whirling Dervishes Ceremony
- Turkey 2019 : 7.0 Pengalaman Menaiki Hot Air Balloon Di Cappadocia
- Turkey 2019 : 7.1 Kota Bawah Tanah Saratli Dan Tasik Garam Tuz Golu
- Turkey 2019 : 8.0 Tulips Di Emirgan Park Dan Bosphorus Cruise
- Turkey 2019 : 8.1 Shopping Di Grand Bazaar & Souvenirs Yang Dibeli Di Turkey
Alhamdulillah selesai. Satu pengalaman manis untuk dijadikan kenangan. Aku dah senaraikan cerita-cerita berkaitan sepanjang berada di Turkey buat rujukan. Rasanya semua dah dikongsikan yang mana patut. Mana baik rasa korang rasa sesuai boleh jadikan panduan. Yang tak okay tak sesuai buang jauh. After all, it is your journey jadi rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin supaya berbaloi setiap langkah menapak dan setiap sen yang telah dibelanjakan. Aku doakan semoga murah rezeki semua untuk terjah meneroka bumiNya. Stay safe dan happy travelling !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com